ISTERI YANG TERSAKITI✔️

By atsyarine

330K 11.5K 337

[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana w... More

INTRODUCTION
BAHIYAH : PROLOG
BAHIYAH : 1
BAHIYAH : 2
BAHIYAH : 3
BAHIYAH : 4
BAHIYAH : 5
BAHIYAH : 6
BAHIYAH : 7
BAHIYAH : 8
BAHIYAH : 9
BUKAN UPDATE
BAHIYAH : 10
BAHIYAH : 11
BAHIYAH : 12
BAHIYAH : 13
BAHIYAH : 14
BAHIYAH : 15
BAHIYAH : 16
BAHIYAH : 17
BAHIYAH : 18
BAHIYAH : 19
BAHIYAH : 20
BAHIYAH : 21
BAHIYAH : 22
BAHIYAH : 23
BAHIYAH : 24
BAHIYAH : 25
BAHIYAH : 26
BAHIYAH : 27
BAHIYAH : 28
BAHIYAH : 30
BAHIYAH : 31
BAHIYAH : 32
BAHAGIA BUKAN MILIK KITA
BAHIYAH : 29
BAHIYAH : 33
BAHIYAH : 34
BAHIYAH : 35
BAHIYAH : 36
BAHIYAH : 37
BAHIYAH : 38
EPILOG
SPECIAL CHAPTER🌻
TUAN AD-DARUQUTHNI
SPECIAL CHAPTER 2 🌸
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 2 🌼
BISMILLAH

T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 🌼

3.2K 122 9
By atsyarine


Muhammad Al-Baihaqi (Haq) • 23 tahun

"Haq, puas aku cari kau satu Masjid Jamek ni. Kau pergi mana? Kau tawaf satu masjid ni ke?" tanya kawan baik kepada Haq apabila dia melihat Haq sedang berjalan menuju ke arah nya.

Mereka ingin pulang ke rumah keluarga mereka. Disebabkan kawan baik Haq iaitu Fattah tinggal sama di Kuala Lumpur, Haq memperlawa Fattah agar mereka pulang sekali dengan satu kenderaan.

Haq dan Fattah sama tempat belajar di satu universiti di Perak. Mereka mengambil satu jurusan di tahap degree. Mereka berdua berada di Masjid Jamek kerana ingin singgah untuk solat asar.

Haq berjalan ke arah Fattah sambil tangannya masuk ke dalam poket seluar jeans nya.

"Sorry, aku pergi tandas tadi. Lupa nak bagitahu kau." kata Haq.

"Aku fikir kau dah tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini tadi. Suspend aku tau." balas Fattah membuatkan Haq ketawa kecil.

"Aku tak kejam lah nak tinggalkan kau dekat sini."

"Yelah, aku tahu. Sebab tu lah kau famous dekat kolej. Sampai kalau seminggu tu lebih 10 orang bagi coklat dengan bunga dekat kau. Aku ni? Takde siapa pun nak bagi." kata Fattah sambil tangannya memeluk tubuh.

Haq menggeleng kepala. Itu pun nak merajuk?

"Tapi semua tu siapa yang ambil? Kau juga kan?" soal Haq sambil menjeling ke arah Fattah. Haq yang dapat, Fattah yang ambil. Coklat dia makan. Kalau dapat banyak bunga, dia acah-acah bagi dekat perempuan lain. Kononnya bunga tu dia yang beli. Aduhai!

"Apa rahsia kau siot sampai ramai yang nak tackle kau? Dah lah muka hensem, tinggi, peramah, sopan, selalu tundukkan pandangan, pandai baca Al-Quran, mengaji, solat tak pernah tinggal. Ya Allah, aku yang lelaki ni pun kalau boleh nak tackle kau tau. Memang kau ni suami idaman para wanita." ujar Fattah panjang lebar.

Memang dia hormat sangat dengan kawan baiknya ini. Kawan yang sangat mulia, baik dia pernah kenal.

"Rahsia apa nya kau ni? Takdenya. Memang dari kecil aku dah diajar oleh umi aku tentang semua itu. Kalau setakat muka hensem ni, tak bawa pergi mana pun. Nak cakap pasal solat, solat tu wajib. Dulu masa aku kecil, umi dengan abah aku sampai marah kalau aku solat lambat." balas Haq dengan tenang.

Dulu, masa dia berumur 6 tahun, Bahiyah dengan Tengku Akif memang sudah mula mengajar Haq solat dan mengaji. Mereka mahu, anak-anak mereka ini menjadi insan yang berguna satu hari nanti.

Fattah hanya tersenyum mendengar setiap tutur kata Haq. Memang dia beruntung dapat kawan baik seperti Haq. Memang setiap kali, Haq yang akan nasihat, dengar semua luahan dia kalau Fattah ada masalah yang dihadapi.

Memang Haq sahaja pendengar setianya.

"Kau pun hensem, tinggi, rajin solat, pandai mengaji. Takde yang lebihnya pada aku. Kita ni sebagai orang islam solat itu lah kewajipan kita." sambung Haq. Fattah mengangguk setuju.

"Dah? Kau ada nak pergi mana-mana lagi ke lepas ni sebelum kita balik KL?" soal Haq. Mereka mula berjalan keluar dari masjid itu.

"Takde kot. Aku nak terus balik rumah. Rindu dengan ayah ibu aku." balas Fattah. Haq mengangguk lalu tersenyum.

"Okay, jom."

Mereka berjalan untuk pergi ke arah kereta yang terletak di parking lot. Tiba-tiba....

"Allah!" jerit seorang wanita yang seperti sebaya dengan Haq dengan Fattah yang terjatuh terduduk mengakibatkan buku yang dipegangnya bersepah di atas tanah.

Lantas itu, membuatkan Haq laju melangkah ke arah wanita itu untuk membantunya.

Wanita itu dengan pantas mengutip semula buku yang bersepah dibantu oleh Haq. Fattah pun turut bersama dengan Haq untuk membantunya.

Selesai, Haq menghulurkan buku yang dipegang kepada wanita itu. Mata mereka bertembung. Hati Haq seakan berdetak laju apabila melihat mata wanita itu.

Wajah yang sangat suci, tenang sahaja apabila melihatnya. Pakaian yang sangat labuh. Tiada solekan yang ada di wajah wanita itu. Sungguh suci, cantik dan menawan.

Wanita itu sedar lalu dia dengan cepat menundukkan pandangan. Haq turut sama tersedar apabila wanita itu tidak lagi memandangnya.

Wanita itu berdiri, matanya tidak memandang ke arah Haq.

"Terima kasih bantu saya. Maaf jika menyusahkan." ujar wanita itu lalu dia pergi meninggalkan Haq dan Fattah.

Haq melihat sahaja wanita itu berjalan ke arah pintu masuk masjid itu. Kenapa hatinya rasa lain? Wanita itu...

Sungguh cantik dan sempurna.

Fattah perasan yang Haq masih tidak melepaskan pandangannya pada wanita itu.

"Kau kenal ke perempuan tu?" tanya Fattah.

Haq tersedar. "Eh, takdelah. Jom lah nanti lambat."

Haq berjalan menuju ke arah keretanya. Fattah memandang pelik. Kenapa pula dengan kawan dia ni?




🍀



Setelah beberapa jam perjalanan, Haq dan Fattah akhirnya sampai ke rumah mereka. Haq sudahpun menghantar Fattah pulang ke rumah keluarganya.

Kini dengan perasaan yang amat rindu dengan keluarga tersayang, Haq dengan laju melangkah ke arah pintu utama rumah banglonya.

"Assalamualaikum." Haq memberi salam terlebih dahulu.

Tidak sampai beberapa minit, kedengaran suara seseorang yang Haq amat kenal.

"Waalaikumsalam."

Dengan itu pintu utamanya dibuka memaparkan wajah Atikah yang elok bertudung sarung.

"Abang!!" Atikah tersenyum melihat wajah abang sulungnya yang sangat dia rindui. Lantas, Atikah memeluk tubuh Haq. Haq membalas dengan senang hati.

"Ya Allah, rindu gila dekat kau bang! Umi, Abi! Tengok ni siapa balik!" kata Atikah selepas dia meleraikan pelukan mereka.

"Ye, Ikah! Bingit betul lah suara kamu—"

Membulat mata Bahiyah apabila melihat wajah anak lelaki nya yang sangat dia rindu. Bahiyah laju berjalan ke arah Haq. Tubuh itu dipeluk erat.

Bahiyah terus menghamburkan tangisannya di bahu si anak. Haq mengelus lembut belakang tubuh Bahiyah.

"Ya Allah, Haq! Kenapa tak bagitahu umi Haq balik? Rindu nya umi dengan kamu..." kata Bahiyah mengeratkan lagi pelukan mereka.

"Haq saja nak surprise kan, umi. Haq pun rindu sangat dengan umi." balas Haq lembut.

"Sayang? Siapa datang tu?" Tengku Akif berjalan turun ke bawah.

"Abi..." panggil Haq sejurus dia melihat Tengku Akif seakan terkejut dengan kehadirannya.

"Haq!" dengan laju Tengku Akif mendapatkan Haq. Sang ayah turut memeluk erat tubuh itu.

"Kenapa balik tak bagitahu? Terkejut abi tau." kata Tengku Akif lalu pelukan mereka dileraikan.

"Katanya nak surprise." balas Bahiyah.

"Surprise lah sangat. Kot nya kat rumah ni takde orang. Ha." Haq hanya tersenyum.

"Mana lagi 4 orang lelaki dalam rumah ni?" tanya Haq apabila dia tidak melihat kelibat Hud, Azrel, Baliq dan Basyar.

"Ada dekat dalam bilik. Azrel dengan Hud dah tidur penat sebab ada acara dekat sekolah mereka tadi. Baliq dan Basyar umi tak tahu tengah buat apa." balas Bahiyah. Haq sekadar mengangguk.

"Eh, dah jom masuk. Lama sangat kamu berdiri dekat sini. Umi siapkan makanan untuk kamu ye." sambung Bahiyah. Haq pun naik ke atas bilik untuk membersihkan diri.

Setelah selesai makan malam, Haq duduk di balkoni rumah. Dia termenung seketika.

Terima kasih bantu saya. Maaf jika menyusahkan.

Suara itu masih terngiang-ngiang di telinga Haq. Tidak tahu mengapa. Haq juga masih terbayang wajah wanita itu.

"Astagfiruallah. Kau kenapa Haq. Ya Allah, ampunkan aku." gumam Haq sendiri. Tanpa sedar satu sosok sedang berjalan ke arahnya.

"Haq?"

Lantas Haq menoleh melihat Tengku Akif yang sudah berada di sebelahnya.

"Buat apa kat luar ni? Kan sejuk."

Tengku Akif melabuhkan punggung di sebelah Haq. Haq tersenyum ke arah abinya.

"Takde apa lah, abi. Saja. Rindu suasana luar rumah ni." balas Haq.

"Macam mana study? Okay?" tanya Tengku Akif sambil memandang ke arah Haq.

"Alhamdulillah, abi. Semua nya dipermudahkan."

"Alhamdulillah. Lega abi dengar."

"Takde jumpa seseorang?" tanya Tengku Akif tiba-tiba. Haq berkerut dahi.

"Maksud, abi?"

"Someone special." Haq ketawa janggal sambil menggarukan kepala.

"Abi tengok Haq macam fikirkan seseorang je. Taknak kenalkan dekat umi dengan abi?" sambung Tengku Akif.

"Takde lagi lah, abi. Abi ni memandai je." balas Haq. Cuba tenangkan dirinya. Tengku Akif ketawa. Suka sangat mengusik anak sulungnya itu.

"Satu je abi nak pesan. Kalau Haq sudah beristeri nanti. Layan lah isteri Haq itu sebagai ratu. Isteri kita amanah dari Allah. Jangan sesekali naik tangan pada dia. Kalau ada masalah, cuba bincang elok-elok. Rendahkan ego kita sebagai lelaki apabila ada masalah dengan isteri. Jangan jadi macam abi. Dulu abi jahat dengan umi."

"Tapi sekarang, umi dah dapat terima abi kan? Kalau tak, takkan lah sampai dapat 6 orang."

Tengku Akif ketawa kecil.

"Alhamdulillah. Abi rasa kalau umi tak bagi abi peluang. Mesti sekarang abi tak dapat rasa erti kebahagiaan. Dapat isteri yang solehah, baik seperti umi kamu. Abi bersyukur sangat. Umi kamu itulah bidadari abi. Sampai bila-bila." ujar Tengku Akif panjang.

Haq yang mendengar dengan tekun. Terharu hatinya saat ini. Dia tahu, perkahwinan Bahiyah dan Tengku Akif bukan atas dasar cinta. Tetapi siapalah kita nak melawan takdir Allah?

Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

"Uit. Buat apa dekat luar tu? Dah nak masuk pukul 12 dah. Tidurlah." Haq dan Tengku Akif memandang sesama sendiri. Puan Bahiyah sudah bising.

"Ha dah, jom lah masuk. Nanti sampai ke subuh umi kamu membebel." kata Tengku Akif.

Haq terkekeh lalu dia pun bangun dan masuk ke dalam bersama Tengku Akif.


Hai! Hehe rindu dah tulis dekat story Bahiyah ni. So author buat special chapter untuk Haq. Amacam? Nak sambungan lagi tak? Hahahaha! Kalau nak komen banyak-banyak. 🫶🏻

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 57.1K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
20.5K 1.1K 37
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
620K 23.2K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
ALYSA✔️ By cah

Teen Fiction

893K 36K 48
Hilman Zavirel pemuda kacukkan yang sangat terkenal dan mempunyai perniagaan sendiri semasa usianya masih muda. Melihat Aleeya Alysa pada hari perta...