OG | | SWEET GUARDIAN

By farhaenanurr

3.4K 335 47

( And Action! ) '๐™ˆ๐™” ๐™‹๐™€๐˜ผ๐˜พ๐™€, ๐™ˆ๐™” ๐™‡๐™Š๐™‘๐™€' Drowning to the deep ocean. ๐“†ฉโ™ก๐“†ช Mature Content ๐“†ฉโ™ก๐“†ช Dark... More

-'แƒฆ'-โ•ฐโŠฑPROLOGโŠฑโ•ฎ-'แƒฆ'-
เผŠ*SGยท01หš
เผŠ*SGยท02หš
เผŠ*SGยท03หš
เผŠ*SGยท04หš
เผŠ*SGยท05หš
เผŠ*SGยท06หš
เผŠ*SGยท07หš
เผŠ*SGยท08หš
เผŠ*SGยท09หš
เผŠ*SGยท10หš
เผŠ*SGยท11หš
เผŠ*SGยท12หš
เผŠ*SGยท13หš
เผŠ*SGยท15หš

เผŠ*SGยท14หš

78 9 0
By farhaenanurr

Aisar melangkah perlahan ke dalam rumah besar itu. Suara tawa lelaki dan perempuan membelah udara.

" Aww, there is my brother-in-law" seorang lelaki memeluk Aisar kemas.

Aisar terkedu melihat Adelyn di belakang yang sedang tersenyum lebar dan sangat cantik dengan dandanan yang tidak pernah dia lihat.

" Abang! Surprised!" Ucap Adelyn perlahan.

Adelyn memeluk untuk melepaskan rindu terhadap Aisar. Matanya meliar mencari luka di badan Adelyn.

" I'm fine sayang. Abang Qash yang selamatkan saya haritu. Thanks to him" Adelyn memegang tangan Aisar erat.

" Really? Ya Allah, I'm so worried" Aisar mencium lembut tangan Adelyn.

Aisar berpusing menghadap Qash yang sedang tersenyum terhadap mereka berdua. Aisar menghulur tangan untuk bersalaman dengan jejaka itu.

" Thankyou so much. I owe you my life" Ucap Aisar ikhlas.

" It's a pleasure." Balas Qash bersahaja.

" Oh lupa nak kenalkan, ini abang Qash. Abang kandung saya"

Luas mata Aisar, Mikael dan Zaqiu memandang Qash. Senyuman kekok dihadiahkan dari bibir masing-masing bila melihat tubuh tinggi dan tegap Qash malah lebih tegap dari Aisar.

" Ini kalau kau buat hal dengan Adel, memang lunyai kau Is" Aisar menyenggol lengan Mikael bila mendengar bicara Mikael yang tidak menyenangkan itu.

" How?" soal Aisar lagi.

Qash mengajak mereka duduk di sofa. Dia menyilang kaki sambil mata merenung Aisar yang sudah menelan liur kelat.

" Mommy dengan Daddy aku pindah ke Malaysia masa umur Ammara 5 tahun. Waktu tu aku umur 10 tahun tapi Daddy suruh aku tinggal dengan uncle aku di sini. Bila aku cakap nak balik Malaysia, uncle tak kasi. Suatu hari aku terdengar uncle cakap dengan Daddy dalam phone. Aku dengar uncle menjerit marah bila Daddy taknak bagi aku balik Malaysia and dia cakap yang dia takde anak lelaki malah dia cakap pada semua orang yang dia hanyalah anak tunggal dan hanya ada puteri tunggal" Qash memulakan bicara.

" Quin Adelyn Ammara. Itulah puteri tunggalnya. Pada mulanya aku marah, marah sangat tapi bila Daddy hantar surat dan buku yang menceritakan sebab dia buat begitu, aku menyesal. Menyesal sebab tuduh Daddy macam-macam. Daddy orang terpengaruh disini, Mommy pregnantkan aku diam-diam. Hinggalah berita Ammara ada dalam kandungan tersebar. Untuk selamatkan kami, Daddy terpaksa tipu mereka semua." sambung Qash panjang lebar.

" Aku sentiasa ada dimana adik aku ada." katanya lagi.

Adelyn yang berada di dalam pelukan Aisar hanya diam kerana dia sudah tahu cerita itu sejak sampai ke sini.

" Abang, mana lagi 3 orang?" soal Adelyn lembut.

Aisar terus menepuk dahi lalu saling berpandangan dengan sahabatnya yang lain. Wajah Adelyn pula dipandang.

" Kalea hilang" katanya.

" Abang!" Adelyn membulatkan mata lalu menepuk bahu Aisar kuat.

" Pastu you tercegat apa lagi? Go!"

Aisar dengan langkah tergopoh-gopoh terus keluar untuk membantu Adhan pula. Kasut dipegang di tangan kerana terlalu takut dicerlung Adelyn. Qash hanya ketawa melihat aksi mereka.

Adelyn memandang abangnya yang sakan bergelak itu dengan cerlungan garang. Qash yang terpandang wajah Adelyn terus diam.

" Kenapa you tak tolong?"

" That's not my problem" jawab Qash selamba.

" Itu adik ipar you tau. Kalau jadi apa-apa pada suami I, you takkan jumpa I lagi abang" Ugut Adelyn kepada abangnya.

" Aik" Qash menggaru kepala yang tidak gatal.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Adhan memulas minyak mengikut GPS yang diberi oleh orang bawahannya untuk mencari Kalea. Sudah hampir tiga jam mereka memulas minyak namun kluenya tetap salah namun dia tetap tidak berhenti.

Dalam masa yang sama, Aisar dan yang lain juga mengerah tenaga mencari Kalea di tempat lain.

Lewat Malam menjelang tiba, mereka bergerak pulang ke rumah kerana terlalu letih. Adhan juga diberi arahan untuk pulang ke rumah orang tuanya.

" Where did you go earlier Han?" soal sang ayah di dalam kegelapan rumah mereka.

Adhan meraup muka dengan mata yang sudah sangat letih. Dia tidak perpaling menghadap ayahnya di belakang. Nafas dihela panjang.

" Han tolong Aisar cari isteri dia"

" Kalea is more important Han" Adhan membatu di tempat yang sama.

" Yes, but Adelyn lagi penting. Han adalah punca Adelyn kena culik, so Han kena bertanggungjawab. But father, Aisar tak kasi Han ikut. Dia suruh han cari Kalea jugak walaupun han dah banyak buat salah dengan dia. Sebab tu Han lambat. Sorry Father"

" Father tak marah Han. Father tahu Kalea pun ada buat salah dengan korang kan? But you need to keep your promise to find her. Okey?" Adhan mengangguk.

King Jonas menepuk bahu Adhan lalu berlalu ke lift untuk masuk ke biliknya. Adhan juga begitu namun berlainan lift.

Adhan membaling pakaiannya ke lantai sekuat mungkin lalu jatuh terduduk. Dia menumbuk lantai hingga darah mengalir dari tangannya. Suara raungan Adhan bergema di seluruh biliknya.

Aisar mengatakan bahawa Velos sudah mati. Jikalau begitu, siapa yang menculik Kalea. Musuhnya hanyalah Velos sahaja.

TING!

Bunyi mesej dari telefon pintar di dalam poket seluar berbunyi nyaring. Dia menarik keluar telefon lalu membuka mesej yang dihantar oleh 'private number'. Adhan bergegas bangun dari duduknya setelah membaca mesej yang dihantar. Mesej itu dihantar kembali kepada Aisar sebelum dia sendiri membawa diri ke rumah sahabatnya itu. Tangan yang berdarah teruk tadi dibiarkan begitu sahaja.

Sepanjang perjalanan ke rumah Aisar, dia cuba menahan amarah yang memuncak. Berdecit bunyi tayar motosikal berkuasa tinggi di hadapan rumah Aisar. Mata sahabatnya sudah kuyu  kerana terlalu penat namun mereka masih lagi membantu Adhan.

Adhan memandang mereka yang masing-masing menghadap laptop untuk mencari Kalea dengan pandangan kabur. Dia sedih. Sebab Dirinya, mereka semua terlibat dalam masalah hidupnya. Tubir mata sudah dikaburi dengan air mata dilap dengan hujung baju. Kaki melangkah ke dalam rumah yang masih cerah dengan perasaan sebak.

" Han?" Suara lembut Adelyn memanggil Adhan dari tepi. Wanita itu masih lagi tersenyum indah memandangnya walhal matanya juga sudah merah menahan kantuk.

" Adel belum tidur?" Soalnya.

" Belum. I teman dorang buat kerja, kesian pula kalau lapar ke dahaga ke." Adelyn menjawab dengan nada perlahan. Matanya ralit memerhati satu persatu lelaki yang ada di dalam rumahnya itu.

" You tak penat?" Satu senyuman lebar terbit di bibir Adelyn apabila mendengar soalan Adhan.

" Semua orang penat, Han. Tapi sahabat takkan tinggalkan sahabatnya terkontang-kanting sendirian kan?" Dia akhiri kata-kata dengan tawa kecil untuk menenangkan hati Adhan.

Lelaki itu kelihatan sangat serabut saat ini. Kehilangan orang tersayang memang akan memberi impak yang besar kepada semua orang.

Adhan memandang Adelyn dan Sahabatnya yang lain dengan wajah sayu. Masing-masing tidak langsung mengangkat kepala dari melihat skrin laptop di hadapan mata. Makin besar rasa bersalahnya terhadap mereka semua.

" Adel..." Serunya lagi.

Adelyn mengangkat kening menjawab seruan Adhan. Matanya memandang Adhan dengan penuh rasa ingin tahu.

" Han... Han minta maaf, sebab Han, You yang kena culik." Adelyn menggeleng.

" You tak salah, Han. Itu takdir hidup I. Tapi kali ni Nasib I baik, sebab abang I datang tepat waktu." Adelyn menepuk bahu Adhan lembut, cuba memberi semangat terhadap lelaki itu.

" Han! Dia hantar mesej lagi. Katanya dia tunggu kat rumah kau, datang sorang kalau nak Kalea selamat." Suara Mikael berbunyi.

" Cliche' betul permintaan pun..." Suara Zaqiu pula menjengah ke telinga.

" Maaf..." Permintaan maaf keluar dari mulut Adhan membuatkan Zaqiu merasa serba salah.

" Aku tak bermaksud nak cakap macam tu, Han." Zaqiu kembali berkata. Adhan hanya mengangguk dalam kesedihan.

" Ayok! Tatayok! Qiqi buat Adhan sedih..." Kali ini suara Arian pula, dia mengejek Zaqiu dengan memek muka comel.

" Diam!"

Continue Reading

You'll Also Like

917K 29.9K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
73.8K 3.4K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...
329K 6.7K 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung p...
1.4M 64.9K 62
โ„•๐•’๐•š๐•๐•’๐•™ ๐•๐•’๐•Ÿ๐•Ÿ๐•’๐•™ ๐•ƒ๐•–๐•—๐•ฅ๐•–๐•Ÿ๐•’๐•Ÿ ๐•‚๐• ๐•ž๐•’๐•Ÿ๐••๐•–๐•ฃ ๐•Œ๐•ฅ๐•™๐•ž๐•’๐•Ÿ ๐”ฝ๐•š๐•ฃ๐••๐•’๐•ฆ๐•ค ๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐’Š๐’๐’Š ๐’‰๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’“๐’†๐’Œ๐’‚๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’”๏ฟฝ...