C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU

Av IntanFarhanim4

434K 16.4K 1K

Menceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh... Mer

FULL SIPNOPSIS
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
BAB 94
BAB 95
BAB 96
BAB 97
BAB 98
BAB 99
BAB 100
BAB 101
BAB 102
BAB 103
BAB 104
BAB 105
BAB 106 [ENDING]
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2

BAB 48

2.8K 110 9
Av IntanFarhanim4

Tiga bulan berlalu...

Tanpa sedar. Sudah tiga bulan berlalu setelah daripada dia keluar daripada syarikat tersebut dan kembali kepada pejabatnya semua.

Cepat masa berlalu. Dan tinggal lagi sebulan untuk di menguruskan projek dengan Syarikat Tengku Erman.

Mengingatkan kepada lelaki tersebut. Sejak daripada dia berpindah keluar daripada pejabat mereka langsung tidak bertemu.

Dan bermakna sama juga tidak bertemu dengan orang-orang terdekat lelaki tersebut.

Seakan dunia mereka sudah terpisah dunia antara satu sama lain. Seperti mana jika berpaspasan nanti mereka tidak akan mengenali antara satu sama lain.

Walaupun sudah beberapa kali dia melalui tempat-tempat yang pernah dia berjalan bersama dengan lelaki tersebut.

Pada akhirnya hasilnya mereka tidak bertemu langsung. Pelik tapi benar terjadi.

Kalau ada yang tahu keadaanya kini. Mengapa dia tidak menelifon sahaja lelaki tersebut. Bukan dia tidak ada nombornya.

Tapi seakan jarinya berat untuk menghubungi lelaki tersebut. Banyak dia fikirkan. Apa yang harus dia bicarakan dengan lelaki tersebut?

Apakah yang harus mereka bualkan. Sedangkan lelaki itu. Terlalu kaku untuk berbicara antara satu sama lainnya.

"Alah! Biarkan lah. Bukan dia heran pasal kau pun Ayriana. Lantaklah." setelah itu dia langsung menyambung kerja-kerjanya.

Sedang dia sibuk bercakap dengan diri sendiri tiba-tiba Fattah datang menegur.

"Oi mak cik! Apahal cakap sorang-sorang. Gila ke?" kutuk Fattah.

Serta merta wajah garang Ayriana tunjukkan. "Amboi kau..mulut tak ada insurankan." ujar Ayriana.

Tapi Fattah masih sahaja ketawa terkekeh seperti biasa tidak langsung takut dengan 'kegarangan' Ayriana. Bukan dia akan betul-betul marah.

"Kenapa cik Ay. Kau rindu seseorang ke?" kali ini Naim mencelah. Rakan-rakan sekerjanya ini semuanya sudah bangun mengerumun kepadanya.

Tangan auto di angkat. "Tak adanya. Mana ada." balas Ayriana.

"Mustahil. Mesti ada pun. Ceritalah. Kau dah ada penganti bekas tunang kau tu ke?" soal pula daripada Fahriz.

Mereka satu kumpulan sudah sedia maklum yang Ayriana sudah putus tunang. Itupun setelah Naim sendiri membuka mulut bertanyakan bilakan tarikh dia akan berkahwin.

Yang pada asalnya hanya bualan yang di anggap sekadar gurauan mereka. Tapi tiba-tiba Ayriana sendiri yang membongkarkan dan memberitahu bahawa dia sudah putus tunang dengan Tengku Kamal.

Apabila di tanyakan alasannya, Ayriana ingin merahsiakan dan tidak memberitahu. Kerana menghormati hal peribadinya mereka juga tidak bertanya lebih lanjut.

Hanya membiarkan sahaja. Biar masa dan keadaan yang mengubah segalanya.

"Tak ada. Mana ada." balas Ayriana lagi.

Mahu di paksa mereka sudah mengenali sikap sahabat perempuan mereka satu-satunya ini. Kaki perahsia.

Setelah itu, terus sahaja mereka menyambung kerja masing-masing. Bergosip nanti mulut dan telinga di dalam pejabat mereka ini bukan boleh di percayai sangat.

*****************************

Ayriana berjalan keluar daripada perut lift. Barulah dia boleh menghembus nafas lega.

Akhirnya kerjanya siap juga. Walaupun mendapat pada saat-saat akhir dan harus di siapkan sebelum esok. Tapi dia tetap dapat siapkan.

"Maafkan saya Ayriana. Ini kes kecemasan. Diorang nak cepat. Saya pun baru tahu diorang nak kan perubahan sedikit." ujar Tuan Hafizz.

Yang kelasnya lelaki itu, terasa seperti serba salah untuk memberitahunya perhal pengubahan rekaan ruang geleri di syarikat itu.

Geleri...ah!!! dia masih ingatkan dia!

Mahu..tidak mahu..terpaksalah dia siapkan dan perbaiki mana yang di minta pihak pelanggan.

Lagipun itu lukisannya. Dia lah yang harus bertanggungjawab dengan perihal seperti itu.

Perbetulkan itu dan ini. Sehingga tanpa sedar dia sudah di tinggalakn sendirian dan matahari sudah bertukar dengan cahaya bulan yang malam.

Setelah siap dia perbaiki. Langsung dia hantar kepada Tuan Hafizz. Setelah mendapat kata putus. Barulah dia berasa lega apabila Tuan Hafizz memberitahu bahawa pihak mereka sudah tiada masalah dengan rekaan lukisan mereka.

Fuh! Nasib baik.

"Ha...penatnya..ini hari-hari boleh pecah kepala aku jadinya." bicara dia sendiri. Tas tangan hitamnya di silang ke tubuh.

"Sabar lah Ayriana. Nama pun hidup sebagai orang dewasa. Hadaplah selagi boleh" bicara dia lagi.

Memberi semangat kepada diri sendiri.

Tapi tidak lamanya dia mengeluh sekali lagi. Kerana dia baru teringat bahawa dia memarkingkan keretanya agak jauh daripada tempat letak kereta biasanya.

Al-maklumlah. Entalah mengapa hari ini. Terlalu ramai orang yang datang ke syarikatnya setelah makan siang di pulang daripada tempat makan.

Mencari tempat parking semuanya penuh belaka. Jadi dia mengambil keputusan untuk memusing mencari tempat parking lain.

Dan nasibnya baik apabila terjumpa satu tempat di sebelah bagunan syarikat terdapat sebuah bagunan kedai yang terbengkalai.

Di situ dia jumpa tapak kosong yang masih ada tempat untuk meletakkan kereta walaupun sudah mahu di penuhi kereta. Tapi masih ada ruang yang cukup untuk dia letakkan keretanya.

Kerana dia sudah tidak cukup masa. Tidak fikir-fikir apa lagi terus sahaja dia memarking kan kereta di situ.

Dan kini, dia serasa amat menyesal. Kerana tempat yang meletakkan kereta kini sudah bertukar menjadi lorong penjalan kaki yang gelap tanpa pengcahayaan yang cukup.

Dengan bismillah dan doa dia berjalan dengan berhati-hati masuk ke dalam lorong yang gelap tersebut.

Kaki melangkah makin melangkah masuk. Namun dapat dia rasakan seakan ada seseorang bukan! Ada beberapa orang sedang mengikuti dia daripada belakang tidak dia dapat rasakan mereka berada di sekeliling dia.

Dia berhenti di tempat dia berdiri. Tapi kepala dia mahu memusing. Apabila melihat ada banyang. Dia yakin itu ada orang yang mengikutinya.

Langsung dia menyambung berjalan semula seperti biasa.

'Tenang Ay..kau tenang. Jangan gelabah' sekeliling sudut di kawasan tersebut yang separa gelap.

Tambahan sunyi itu, tiada seorang pun yang berada di kawasan gelap tersebut. Aduh...waktu-waktu macam ini pun tak ramai orang!

Srk...srk..

Bunyi beberapa tapak kasut berjalan. Sudah jelas itu ada orang yang mengikutinya. Hati mula berdebar. Dia tidak sedap hati.

Dia harus segera merangcangkan sesuatu. Dia harus selamatkan diri. Telifon pintar yang di pengelangan tangannya di pegang erat olehnya.

Sesaat dia berpanpasan dengan satu lorong yang lebih gelap daripada situ. Kerna keadaan, dia dengan beranikan diri. Dia melangkah masuk ke lorong gelap tersebut.

Sesaat....dua saat....

DUGH!!!!!!

Terangkat bahu Ayriana yang sedang berdiri di sebalik salah satu tembuk yang berada di lorong tersebut.

Jelas dia mendengar tong sampah besi berdentum di tendang kasar oleh seseorang iaitu salah seorang daripada mareka!

Ayriana makin memasukkan diri di sebalik tembok tersebut mengharapkan tiada siapa daripada mereka menyedari dia di situ.

Entah mengapa dirinya degil sangat tidak mahu berlari dan meminta tolong. Masih sahaja teguh berdiri seakan-akan dia bersedia untuk membuka langkah untuk menghabiskan mereka tersebut.

"Ha....Aku rasa perempuan tu dah tahu lah...yang kita ikut dia." ejek satu suara daripada lelaki pertama.

Dan dia rasa lelaki itu juga yang sama menendang tong sampah besi itu tadi.

"Aku rasa macam itu juga..." sahut lelaki kedua.

"Cik adik. Ohhh...cik Ayriana...keluarlah. Kitorang tahu. Kau dah tahu kitorang ikut kau. Keluar sahaja. Jangan sembunyi lagi!" jerkah lelaki ketiga. Ini lebih garau suaranya dan mengerunkan.

Tapi Ayriana masih teguhkan diri untuk tidak keluar. 'Kau jangan harap!' jerkahnya hanya termampu di dalam dirinya sendiri.

Cepat-cepat telifon di tangannya di bawa mendekati skrin telifon yang sudah terbuka dia bergerak ke sana sini.

Nombor Afril didail. Itu sahaja harapan yang dia ada untuk meminta tolong.

"Please along. Angkat call. Angkat call along." rayu dia.

Walaupun tubuh sudah megeletar habis. Tapi dia tidak seharusnyan mengalah sekarang. Dia harus hidup.

Beberapa panggilan dia buat namun beberapa kali juga tidak di balasnya.

"Angkatlah! Cepat angkat please!" ujar dia dalam diam. Mulut mahu menjerit semahunya namun dia sedar keadaan sekarang ini bukan untuk dia terkorban dengan mudah!

Sedang dia cuba sekali lagi berkali-kali cuba menelifon beberapa orang masih sahaja hasilnya sama!

'Uhg!!!! please! Answer the call!' jerit dia didalam hati. Dengan secara tiba-tiba.

"Bos aku rasa kita dah jumpa dia." ujar daripada suara lelaki kedua..

Perlahan-lahan kepalanya di angkat ke atas. Dengan serta merta. "Hai cik Ayriana Kyaiseh. Pandai kau sembunyi. Tapi sekarang tidak." ujar lelaki yang suara pertama.

Dan dengan sepantas kilah sahaja ada satu susuk tubuh yang entah munculnya di mana cuba untuk menyerang Ayriana.

Namun dengan sepantas kilat juga Ayriana mengelak dan melawan lawannya itu suasana lorong yang gelas itu sudah terbiasa di matanya membuatkan dia mudah mengesan pergerakkan mereka masing-masing.

Sesaat lelaki pertama menyerang dia mengelak serta melibat kencang ke kaki jinjang lelaki tersebut membuatkan ia jatuh tersungkur ke jalan tar tersebut.

"Tak guna! Punya perempuan." ujar lelaki pertama tersebut.

Dia bangun dengan derap nafas kasar serta dada turun naik menahan amarah yang mencanak naik tinggi.

Sekali lagi lelaki pertama tersebut menyerang Ayriana sekali lagi. Dan sekali lagi juga, Ayriana melawan dengan tangkas dan cekap.

Tiada secalitpun dia terkena daripada serangan tersebut. Uh..tangkas sangat nak lawan dia. Memang tidak lah aku bagi kau peluang. Kau jumpa salah lawan. Dia tersenyum sinis.

Dan lelaki tersebut juga mejeling tajam kepada Ayriana sungguh ketara mereka tiada puas hati dengan Ayriana yang sungguh berani lawan.

"Tak guna punya perempuan. Kuat juga kau kan." lelaki pertama cuba untuk mengejek. Namun dia yang terkena semula.

Ayriana ketawa kcil sungguh kedengaran sinis. "Kau dah salah target." setelah dia berkata bergitu sahaja.

"Tunggu apa lagi. Kerjakan perempuan tu!" arah lelaki ketiga itu pula.

Dengan arahan itu, serta merta kedua lelaki lain tersebut terusan menyerang sekali lagi. Dan Ayriana dengan kutrat yang masih tersisa dia berlawan.

Dia tawakal sehabis baik.

Kedua-dua lelaki tersebut mendekat. Dan langsung menyerang langsung Ayriana mahu dan melawan.

Setiap satu serangan mereka Ayriana elak dengan pantas selicik mungkin dia membalas sehingga kedua mereka akhirnya tumbang.

Seiring waktunnya. Tiba-tiba...

Bang! Bang!

Ayriana terkejut. Tubuhnya mengeletar matanya terbutang.

Fortsett Γ₯ les

You'll Also Like

8.4K 1.1K 51
β˜†πŒπ’π§πž π’πžπ’π«πžπ¬ 𝐕𝐨𝐋1β˜† π€πˆπƒπ„π πŒπˆπŠπ‡π€πˆπ‹ - Jejaka Kacukan Italy Dingin Semestinya, kejam to the one who dare to mess with him , berj...
854K 34.6K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
157K 4K 84
Second story✨ Tengku Adyan Hayder seorang yang bekerjaya, memiliki segalanya malangnya dia gagal dalam percintaan. Ditinggal dirinya oleh seorang per...
231K 12.1K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...