𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

arysslavhh tarafından

460K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... Daha Fazla

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

36 || ERDEN'S ✧.*

5.2K 336 62
arysslavhh tarafından

DAREN menolak pintu bilik Carl. Xylon turut mengikut Daren. Di mana ada Daren, di situ ada Xylon. Carl yang sedang leka menyiapkan kerja itu terus mengangkat wajahnya memandang ke arah pintu.

Kerusi di hadapan meja Carl itu ditarik. Carl hanya memandang saja dua orang sahabatnya yang berjaya melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

"Kenapa?" Soal Carl hairan. Jarang sekali Xylon mengikut Daren masuk ke biliknya. Pasti ada sesuatu yang mereka mahu katakan.

"Kau busy?" Soal Daren. Matanya memandang tepat pada wajah Carl. Nampak seperti tiada apa-apa masalah. Dia pasti Irene masih tidak jujur dengan Carl tentang kandungannya.

Carl menggeleng. Kerjanya hampir siap jadi dia tidaklah sibuk mana. Jika mahu ajak berborak, boleh saja.

"Kau dah berbaik dengan Irene?" Soal Xylon pula. Lambat betul si Daren ni nak mulakan topik sebenarnya. Akhirnya dia sendiri yang mulakan. Nak tunggu Daren? Agaknya sampai esok pun tak sudah.

Carl terus mengalihkan pandangan ke arah Xylon. Berkerut dahinya memandang wajah Xylon.

"Kenapa tiba-tiba tanya?"

Xylon mengeluh sebelum dia memutarkan bebola matanya. "Jawab aje lah.."

"Entah. Aku cuba nak sayangkan dia. Susah.." Carl menggeleng kepalanya. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya.

"Jadi kau dah boleh terima dia?" Soal Daren pula. Matanya menatap tajam wajah Carl.

Lama Carl mendiam. Daren dan Xylon turut diam menunggu jawapan dari mulut Carl. Dia benar-benar mahu tahu tentang itu.

Perlahan-lahan Carl mengangguk kepalanya. Melihat Carl mengangguk itu, Daren dan Xylon terus berpandangan sesama sendiri.

"Kau dah terima dia tapi kau still cuba untuk sayangkan dia?" Kening Xylon terangkat. Carl memandang wajah Daren dan Xylon silih berganti. Apa kena dengan dua orang manusia ni?

"Apa masalah korang berdua ni?" Carl menjeling. Tidak pasal-pasal dia kena soal siasat dengan dua jejaka beku ini.

"Cuba jawab je. Jangan banyak tanya." Daren mendengus kasar. Susah betul nak jawab soalan orang.

"Aku cuba nak sayangkan dia. Rasa sayang aku still tak ada pada dia."

"Sebab sayang kau sepenuhnya untuk Ayeshah.. Kan?"

Carl terdiam. Memang benar apa yang dikatakan oleh Xylon itu. Dia masih menyayangi dan mencintai Ayeshah. Jadi tidak semudah itu untuk dia mencintai dan menyayangi perempuan lain selain Ayeshah.

"Teruskan sayang dan cintakan Ayeshah. Sebab Ayeshah adalah satu-satunya perempuan yang tak akan buat kau kecewa.." Daren tersenyum kecil. Mustahil untuk Ayeshah mengecewakan Carl kerana Ayeshah sudah tidak ada di dunia ini. Cuma yang tinggal hanya kenangan Carl bersama Ayeshah.

Berkerut dahi Carl mendengar kata-kata Daren. Kecewa? Kenapa hal ini dibangkitkan?

"Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah.." Carl mengeluh. Susah ya bila berbual dengan orang yang suka putar belit cerita.

"Carl.. Aku nak tanya.."

Carl terus mengalihkan pandangannya ke arah Xylon. Pening dia mahu menjawab soalan dua jejaka ini. Macam-macam..

"Apa benda yang akan buat kau kecewa?"

Makin berkerut dahi Carl. Mengapa hal kecewa ini dibangkitkan oleh Daren dan Xylon?

"Kecewa? Aku nak kecewa pasal apa?" Carl menggeleng kepalanya. Setakat ini, dia tiada lagi kecewa dengan sesiapa.

"Pasal rumah tangga kau." Kata Daren pula. Carl terus memegang kepalanya. Sakit pula kepala nak melayan dua jejaka ini.

"Kalau isteri aku ada orang lain?"

Jawapan Carl itu membuatkan Daren dan Xylon memandang sesama sendiri. Jawapan Carl itu benar-benar akan mengecewakan dirinya suatu hari ini.

IRENE menghempas badannya ke atas sofa yang berada di ruang tamu rumahnya. Alysse yang baru saja turun ke tingkat atas itu memandang Irene pelik.

Figura Irene di dekati sebelum dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Irene. Wajah Irene dipandang lama. Nampak macam ada masalah.

"Mel? Kau okay ke?" Soal Alysse hairan. Sejak Irene kahwin, dia jarang pulang ke sini. Biasanya dia pulang ke sini jika dia ada masalah.

Irene menoleh ke arah sahabatnya sebelum dia mengeluh. Puas dia fikir untuk mengelakkan Carl tahu tentang kandungannya.

"Alysse.." Panggil Irene. Alysse memandang saja wajah sahabatnya yang penuh dengan masalah itu.

"Apa kau buat kalau kau mengandung anak luar nikah?"

Soalan Irene itu membuatkan Alysse sedikit terkejut. Mengapa pula Irene tiba-tiba menyoalnya tentang mengandung anak luar nikah?

"Kenapa kau tanya aku macam tu?" Alysse sudah syak sesuatu. Dia pasti Irene ada lakukan kesilapan. Dan kesilapan itu amatlah besar. Cuma dia tidak mahu menuduh melulu. Biarlah Irene jujur sendiri padanya.

"Tak adalah. Aku tanya aje. Jawablah.. Kau akan buat apa?" Irene menatap wajah sahabatnya dengan penuh harapan Alysse memberi jawapan yang sama dengan akalnya berfikir.

"Jaga je lah anak tu. Salah sendiri. Siapa suruh menggatal sangat." Selamba Alysse menjawab. Irene yang mendengar jawapan spontan Alysse tu terus berubah riak wajah. Tadi wajahnya teruja mahu mendengar jawapan Alysse, bila sudah dengar wajahnya terus berubah.

"Ish kau ni! Jawapan kau menyakitkan hati.." Irene memeluk tubuhnya. Sakit pula hatinya mendengar jawapan Alysse. Nak kata orang menggatal pula.

"Kenapa? Kau terasa ke?" Soal Alysse lalu dia tersenyum sinis melihat Irene terdiam. Dia tahu ada sebab Irene menyoal begitu. Kalau tidak, tak akanlah Irene sengaja mahu membuka topik tentang anak luar nikah.

"Ma...Mana ada. Ikut suka hati kau je nak tuduh aku.." Irene menafi. Dia akan cuba untuk menyorokkan hal ini dari sesiapa. Bahkan dengan sahabatnya sendiri dia berahsia, apatah lagi orang lain?

"Kenapa tak gugurkan je?" Soal Irene tiba-tiba. Di fikirannya hanya memikirkan tentang gugur. Dia mahu gugurkan kandungannya. Cuma dia tidak pasti.

"Kau gila ke?!" Alysse terus memandang wajah Irene yang selamba berkata macam orang tiada agama.

"Ke..Kenapa?" Terkejut Irene tatkala Alysse meninggikan suaranya. Dia tidak pernah dengar Alysse meninggikan suara dengannya, inilah kali pertama. Dan puncanya adalah menggugurkan anak luar nikah.

"Berdosa tahu tak? Sudahlah buat anak luar nikah, lepas tu nak gugurkan budak yang tak berdosa tu? Ish kalau ada orang yang gugurkan anak luar nikah tu, dialah manusia yang paling jahat sekali dalam dunia ni.."

Terdiam Irene mendengar bebelan Alysse. Sejujurnya, dia sudah tidak fikir tentang hukum. Dia lebih mementingkan hubungannya dengan Carl berbanding hubungannya dengan Tuhan.

"Budak yang tak berdosa tu pun layak hidup dekat dunia. Dia tak salah.. Yang salahnya orang yang wujudkan dia dalam dunia ni. Cuba sebelum buat tu fikir dulu. Jangan nak ikut nafsu aje.." Alysse menggeleng. Dia amat benci dengan perempuan yang menggugurkan anak.

"Mak bapa yang salah, anak yang kena.. Adil ke? Nanti dia dah besar.. Dia kena hina.. Tak kesian ke?" Alysse mengeluh. Bagaimana hidup anak luar nikah bila mereka meningkat dewasa nanti. Pasti ramai yang akan menghina dan mencaci mereka.

"Sebelum gugurkan tu, fikir dulu. Ingat senang ke nak dapat anak? Tahu kan anak tu rezeki? Kenapa nak tolak rezeki dari Tuhan? Cuba belajar bersyukur walaupun anak dalam kandungan kau tu anak yang tak sempurna. Dia tak sempurna sebab diri kau sendiri. Kau yang bodoh!"

Terkaku Irene. Dia menoleh sekilas ke arah sahabatnya itu sebelum dia menunduk. Sahabatnya ini berkata seolah dia tahu Irene sedang mengandung anak luar nikah.

"Kenapa kau marah sangat ni? Aku cuma tanya. Bukannya aku mengandung anak luar nikah pun.." Irene mengeluh. Seram pula bila duduk di sisi Alysse yang sedang dingin itu.

Alysse tergelak kecil sebelum dia memandang wajah Irene tajam. "Don't lie, Melissa. Dari muka kau pun aku dah tahu kau mengandung anak luar nikah. Kalau tidak, tak akanlah kau tanya aku pasal ni kan?"

"WHAT?! MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH?!" Soal Ian yang baru masuk ke dalam rumah itu. Irene sudah mengeluh apabila matanya terpandang susuk tubuh Ivan yang turut ada di sini.

"Mel? Kau mengandung anak luar nikah? Anak siapa Mel?" Ian sudah memukul dahinya perlahan. Aduhai budak ni.

Irene hanya diam. Dia menundukkan wajahnya ke bawah. Tidak berani dia mahu mengangkat wajah.

"Alysse? Mel pregnant?" Soal Ian kepada Alysse. Alysse mengangguk. Walaupun Irene masih tidak jujur dengannya, tapi dia dapat tahu.

"Dia nak gugurkan kandungan dia." Ucap Alysse bersama matanya memandang wajah Ivan yang sudah berubah dingin itu.

"Kau gila ke Irene Melissa? Apa nak jadi dengan kau ni?" Soal Ivan yang mendengar kata-kata Alysse tadi.

Irene setia menundukkan wajahnya. Dia benar-benar takut jika Ivan sudah mula bersuara.

"Pandang muka aku, Mel."

Irene terus mengangkat wajahnya memandang wajah Ivan yang dingin itu. Mahu ataupun tidak, dia perlu juga jujur.

"Kau pregnant? Betul? Kau tak tipu?" Soal Ivan lagi. Bukannya dia tidak percaya, cuma kepercayaannya pada Irene sudah berkurang oleh kerana Irene membohongi mereka tentang kandungannya ketika dahulu.

Irene mengangguk. Tidak berani mahu bersuara. Dengan Ian dia masih berani, jika dia Ivan.. Bercakap pun dia tidak berani.

"Jangan gugurkan."

Irene terus memandang tajam Ivan apabila dia menghalang Irene untuk gugurkan kandungannya.

"Apa you ni? Nanti makin teruklah hubungan I dengan Carl." Irene mengeluh. Mengapa semua tidak setuju dengannya? Anak ini anak haram. Mengapa dia perlu simpan anak haram ini?

"Itu salah kau sendiri. Kau yang menggatal dengan jantan. Kau tanggunglah sendiri. Kau jangan nak gugurkan!" Ivan menikam tajam anak mata Irene.

"Mel... Ramai orang dekat luar sana nak anak, tapi sampai sekarang tak dapat. Tapi tengok kau.. Kau tak nak anak, tapi Tuhan bagi kau anak.."

"Belajar bersyukur. Jangan pernah terfikir nak gugurkan anak tu. Dia tak salah, kau yang salah. Kalau kau tak nak, kau boleh je bagi dekat orang lain kalau dia dah besar nanti.." Puas Alysse menasihat Irene. Harapnya Irene tidak gugurkan anak itulah.

Ian hanya diam. Dia sendiri terkejut mendengar berita ini. Mengapalah Irene ni sangat degil? Dia mahukan yang sempurna malah dirinya sendiri yang membawa dia ke arah yang teruk.

To Be Continued

—Siapa yang patutnya deserve better? Irene ke Carl?

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

835K 32.9K 60
Aviera Ratasya. Dia memiliki segalanya. Cintanya utuh milik kekasihnya, Isaac Ethan. Kisah cinta mereka indah namun pengakhiran yang tidak pernah d...
125K 7.1K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè
180K 10.2K 76
[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. • 𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐢𝐬𝐤 𝐈'𝐥𝐥 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐭...
468K 24K 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan...