badzri 🫢🏻 aleeya [terbit]

Von hannazhya

3.4K 228 7

soon, pbakl 2023 🫢🏻 terbitan Suara Hati bacaan 10 bab terawal raw, unedited 🫢🏻 preorder melalui Shopee pe... Mehr

Bab 2: Him | First meet
Bab 3: Her | D-day
Bab 4: Him | Saviour
Bab 5: Her | You in?
Bab 6: Him | Welcome
Bab 7: Her | Red. Failed.
Bab 8: Him | Koyak tengah
Bab 9: Her | He was quick
Bab 10: Her | Naik pangkat

Bab 1: Her | Faris

876 34 1
Von hannazhya

PUTIH.

Hanya warna itu yang memenuhi pandanganku yang kini merenung kosong tanpa perasaan. Tak ada satu pun benda yang menarik perhatian aku sekarang ini walaupun apa yang ada di depan mataku bukanlah sesuatu yang boleh dilihat setiap hari.

Pelamin. Dulang hantaran. Langsir. Kerusi. Meja. 90 peratus ruang tamu rumahku dah dihias mengikut tema akad nikah yang paling common. Putih. Bersih. Suci.

The sacred color. Kononnya.

Tapi apa yang bakal terjadi selepas ini, jauh daripada kata 'sacred' itu. Sebaliknya, sangat menjijikkan untuk aku.

Kalau orang lain dah bergembira untuk menyambut hari penyatuan dua jiwa, aku pula rasa makin kemurungan apabila tarikh majlis semakin dekat.

Lama termenung, aku akhirnya melepaskan keluhan berat. Mata terpasak pada segala persiapan majlis perkahwinan yang sudah lengkap di depan mata. Tinggal pengantin dan tetamu sahaja yang belum ada.

Hanya satu baris lafaz akad nikah, dan hubungan itu akan termeterai sah di sisi agama.

Dan, semua itu akan terjadi dalam tempoh satu minggu dari sekarang.

"Lamanya pandang."

Suara garau itu menyentak aku dari lamunan. Spontan aku tegakkan tubuh seraya menoleh ke arah empunya suara itu. Namun, hanya sekilas sebelum aku kembali memandang lurus ke hadapan. Tak ada hati nak tengok muka dia lama-lama.

Kalau tadi tak ada mood, sekarang jadi hilang mood kuasa dua bila ada dia.

"Teringin juga ke?" Dia bersuara lagi. Kali ini, siap dengan punggung yang dilabuhkan tepat di sebelahku membuatkan aku terus beranjak untuk menjauh. Serupa tengah buat penjarakan sosial. Loya nak duduk dekat-dekat dengan dia.

"Dah ada calon?" Suara Faris kedengaran lagi.

Bila dengan Faris ini, laju aje mulut aku rasa nak menyinis.

"Setakat ini, aku belum gian macam kau lagi."

Faris ketawa kecil. "Faham. Tapi, kahwin itukan ibadah. Ikut sunnah. Bukan sebab gian aje. Nafsu itu hanya salah satu dari sebab-sebab perkahwinan. Tapi bukan yang paling utama." Ayat acah baik Faris itu buat aku tersenyum sinis.

"Right. Nafsu mungkin di bawah sekali untuk kau. So, let me guess the top priority on the list." Kepalaku tertoleh ke sisi. Mata merenung tajam Faris yang masih dengan lagak selambanya.

"Harta?" Aku bersuara sesinis mungkin. Siap dengan mata yang meruncing tajam, tapi disambut dengan tawa Faris yang jauh lebih kuat berbanding tadi. Sikit pun dia tak tercuit dengan kesinisanku.

"Your mom is beautiful and she has a heart of gold. I sayang dia lebih dari sekadar harta-harta dia."

Meremang bulu roma aku dengan kata-kata Faris. Menggelikan. Sebab aku tahu, ayat itu langsung tak ada keikhlasan di sebaliknya. Siap dengan senyuman menjijikkan di bibirnya itu, mustahil Faris ikhlas dengan mama.

"You disgust me, Faris." Suara celah gigi.

"Mungkin dah boleh mula biasakan diri panggil papa."

Nak termuntah aku mendengarnya.

'Papa'. Satu panggilan yang sangatlah tak sesuai untuk lelaki berusia 32 tahun macam dia ini. Hanya berjarak lima tahun dari aku. Sepatutnya berpangkat abang, tapi tidak. Sebaliknya, bakal bapa baru aku.

Bakal. Bapa. Tiri!

Dengan mama yang dah mencecah usia lebih 50 tahun!

Yucks!

"You know, love knows no age." Faris bersuara lagi.

Aku pula yang ketawa sinis. "Dan itu cukup untuk justify sebab kau nak berkahwin dengan mama? In which let me remind you, she's 20 years older than you, dan kau hanya kenal mama aku selama satu tahun? Oh, dan jangan lupa yang mama I adalah founder The Beauty Edition, salah satu syarikat fesyen dan editorial terkemuka Malaysia sementara you bekerja sebagai security crew di TBE."

Benda yang dah nak berbuih air liur aku sebut, tapi Faris masih sibuk dengan ayat 'ikhlas' dia itu!

Faris ketawa lucu. "Jadi, hanya sebab kerja I tak setanding dan sehebat kerja mama you, jadi I tak layak dengan Sofia? Macam itu? You tak percaya yang cinta dua darjat itu adalah possible?"

"Oh come on, Faris. Ini bukan novel. Don't let me start with how much pennies my mom have spent on you. Dalam tempoh setahun lebih kenal, dah beratus ribu mama habiskan untuk kau. Just in case kalau kau tak faham Bahasa Melayu, biar aku mudahkan."

Aku berjeda seketika sambil jari telunjuk naik menuding tepat di depan muka Faris.

"Kau ini... Kaki. Kikis."

Bukan aku nak bersikap judgemental. Bukan nak mempersoalkan isu darjat atau umur.

Masalahnya, aku tahu sangat berapa banyak duit mama keluar demi seorang Faris. Dari sekadar membantu Faris atas dasar simpati, sampailah untuk benda-benda mewah seperti kereta dan rumah. Sewa bulanan Faris pun mama yang bayar!

Tapi, bila aku tanya mama soal itu, jawapan mama mudah. Sebab dah sayang. Faris tak pernah minta, mama yang nak bagi. Mama ikhlas nak bagi Faris.

Padahal Faris yang manipulative! Takkan baru setahun kenal, dah keluar ratus ribu demi seorang lelaki?

"Dah setahun sejak I kenal Sofia, Leeya. Dan dah setahun juga I asyik dengar benda yang sama dari you. You tak bosan ke? Berapa kali I nak cakap yang I ikhlas dengan Sofia? I sayangkan mama you."

Aku merengus pula. "Berhentilah jadi manusia yang menjijikkan, Faris. Masih belum terlambat untuk you berundur."

Lantaklah kalau pun majlis tinggal seminggu sahaja lagi. Kalau hanya tinggal 24 jam sahaja pun, aku tak kisah kalau Faris nak batalkan. Walaupun terpaksa hadap paparazi di kemudian hari, tapi semuanya aku sanggup.

Yang penting, mama dan Faris tak disatukan.

"Leeya? Faris?"

Aku tersentak.

Berpusing ke belakang, mama muncul bersama beg tangan yang tersandang di bahu. Bibir mengukir senyuman seraya melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang kosong. Mata tak lepas dari memandang Faris yang juga tersenyum menyambut kehadirannya.

Spontan, aku memandang mama dan Faris silih berganti.

"Mama nak keluar ke?" tanyaku.

Mama mengangguk. "Keluar makan sekejap dengan Faris. Leeya nak ikut?"

Spontan, aku pandang pula Faris di sebelahku. Patutlah tiba-tiba muncul kat sini hujung-hujung minggu macam ini. Nak keluar dengan mama rupanya.

Kepala terus digeleng. "Tak nak. Enjoy yourself." Suara yang terkeluar macam tak berapa nak ikhlas.

Aku pantas bangkit dari sofa. Tubuh dipusing untuk berlalu meninggalkan ruang tamu namun langkahku terhenti apabila terasa ada tangan yang pantas memaut lenganku.

Tundukkan kepala, kelihatan tangan mama menggenggam lembut lenganku.

"Tak apa kalau Leeya tak nak ikut hari ini. Tapi, Leeya tak lupa, kan yang Leeya dah janji dengan mama nak ikut mama pergi cake tester lusa?" Lembut suara mama bertanya. Macam nak memujuk supaya aku ikut juga.

Sebab aku tahu mama sedia maklum yang aku memang belum menerima Faris sepenuhnya. Aku anti dengan dia! Dan kalau boleh, aku tak nak terlibat langsung dengan majlis ini. Bahkan, aku tak nak datang pun majlis itu nanti!

Tapi, sampai ke hati aku untuk buat mama macam itu?

Bertahun-tahun hidup berdua, aku dilayan macam puteri oleh mama. Takkanlah aku sanggup untuk tak datang semasa hari bahagia mama? Sedangkan mama seorang ibu yang sangat baik. Terlalu baik.

Sayangnya, terlalu baik sampai terlalu mudah diperdaya Faris.

"Leeya boleh ikut mama, kan?" Mama memujuk lagi.

Aku pejamkan mata untuk seketika. Cepat-cepat betulkan emosi agak tak terlalu dingin dengan mama. Aku bencikan Faris, bukan mama. Semarah mana pun, aku tetap tak boleh biadab dengan mama.

Akhirnya, aku mengangguk perlahan.

"Sure. Nanti update Leeya appointment kek itu pukul berapa." Nada suaraku berubah. Kalau tadi sedingin ais di depan Faris, kini sudah mengendur dan melembut sedikit. Tangan mama di lenganku, aku tepuk lembut bersama senyuman kecil di bibir.

"Thank you, sayang. Betul ini tak nak ikut mama dengan Faris keluar hari ini?"

Aku menggeleng. "It's okay. Mama have fun. Leeya nak masuk bilik. Ada editing yang perlukan final revision."

"Jangan kerja kuat sangat. Leeya muda lagi. Jangan lupa untuk enjoy sekali sekala. Hidup kena seimbang."

Aku hanya senyum. Tidak membalas, kepala sekadar dianggukkan sedikit. "Leeya masuk bilik dulu, ma."

Tanpa menunggu lagi, aku terus membuka langkah. Kali ini, laju kakiku naik mendaki ke tingkat atas untuk masuk ke bilik tidur. Sempat nafas dihela lemah.

Kalaulah lelaki yang menjadi pilihan mama itu hanyalah lelaki yang sekufu, akulah akan jadi orang pertama yang gembira untuk mama. Semuanya aku akan uruskan sendiri demi hari bahagia kali kedua dalam hidup mama.

Sayangnya, mama tersilap pilih.

Katalah apa pun. Tipulah dan pusinglah cerita sebanyak mana sekalipun.

Di mata aku, Faris tetap tak lebih dari seorang kaki kikis.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

203K 13.8K 74
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
116K 10.6K 52
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
581K 22.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
23.4K 2.2K 26
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...