ISTERI YANG TERSAKITI✔️

Από atsyarine

332K 11.5K 337

[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana w... Περισσότερα

INTRODUCTION
BAHIYAH : PROLOG
BAHIYAH : 1
BAHIYAH : 2
BAHIYAH : 3
BAHIYAH : 4
BAHIYAH : 5
BAHIYAH : 6
BAHIYAH : 7
BAHIYAH : 8
BAHIYAH : 9
BUKAN UPDATE
BAHIYAH : 10
BAHIYAH : 11
BAHIYAH : 12
BAHIYAH : 13
BAHIYAH : 14
BAHIYAH : 15
BAHIYAH : 16
BAHIYAH : 17
BAHIYAH : 18
BAHIYAH : 19
BAHIYAH : 20
BAHIYAH : 21
BAHIYAH : 22
BAHIYAH : 23
BAHIYAH : 24
BAHIYAH : 25
BAHIYAH : 26
BAHIYAH : 27
BAHIYAH : 28
BAHIYAH : 30
BAHIYAH : 31
BAHIYAH : 32
BAHAGIA BUKAN MILIK KITA
BAHIYAH : 29
BAHIYAH : 33
BAHIYAH : 34
BAHIYAH : 35
BAHIYAH : 36
BAHIYAH : 37
EPILOG
SPECIAL CHAPTER🌻
TUAN AD-DARUQUTHNI
SPECIAL CHAPTER 2 🌸
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 🌼
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 2 🌼
BISMILLAH

BAHIYAH : 38

7K 240 16
Από atsyarine


"Tengku sendiri tahu kan? Kalau Puan Bahiyah ambil keputusan untuk simpan kandungan ini, Puan tak boleh teruskan rawatan?" tanya doktor yang selalu merawat Bahiyah.

Tengku Akif mengangguk. Bahiyah di sebelahnya hanya menunduk.

"Jadi saya perlukan keputusan dari tengku dan puan Bahiyah. Sama ada nak simpan kandungan itu dan kita stop treatment atau kita boleh teruskan treatment tetapi dengan syarat, kita terpaksa gugurkan kandungan itu." kata doktor itu.

Bahiyah memandang ke arah tengku Akif yang hanya diam menunggu jawapan darinya. Tengku Akif menoleh ke arahnya dan hanya tersenyum nipis. Senyuman yang sukar ditafsirkan.

Bahiyah menghela nafas sebelum memulakan bicara.

"Saya nak simpan kandungan ni sampailah dia lahir." kata Bahiyah. Tengku Akif tidak terkejut kerana inilah jawapan Bahiyah sebelum mereka datang berjumpa dengan doktor.

Tengku Akif redha kalau inilah keputusan isterinya. Walaupun dari sudut hatinya dia ingin Bahiyah teruskan treatment itu.

"Baik kalau itulah yang Tengku dan Puan Bahiyah inginkan. Saya tidak boleh berbuat apa-apa kalau itu keputusan puan . Saya harap Puan Bahiyah dan anak dalam kandungan itu selamat bila tiba saat nya nanti." ujar doktor tersebut.

Bahiyah senyum nipis. Memang dia mengharapkan agar dia dan anak mereka selamat bila dia bersalin nanti.

Selesai mereka berjumpa doktor, mereka pulang ke rumah. Dalam perjalanan, tiada sepatah yang keluar dari bibir mereka. Masing-masing hanya berdiam diri.

Sampai mereka di rumah, tengku Akif keluar dari kereta dan terus melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Bahiyah. Ya, mereka sekarang duduk di rumah sendiri. Lagipun, tengku Akif fikir sudah lama mereka duduk di rumah mama dan papanya.

Bahiyah yang melihat itu, menghela nafas. Dia tahu, tengku Akif marah padanya.

Dengan langkah perlahan, Bahiyah melangkah masuk ke dalam dan melihat tengku Akif yang naik ke atas menuju ke bilik mereka. Dia mengekori suaminya.

"Abang.." panggil Bahiyah sejurus dia membuka pintu bilik mereka. Terlihat Akif yang sedang duduk di tepi katil membelakanginya.

Bahiyah menuju ke arah tengku Akif dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Tanpa kata, dia mencapai tangan suaminya lalu letak di riba Bahiyah dan mengelus lembut tangan tengku Akif.

"Abang.. Hiyah tahu abang marahkan Hiyah sebab ambil keputusan untuk stopkan treatment tu. Tapi percayalah abang, Hiyah buat semua ni untuk kebaikan kita berdua. Kalau lah anak kita ni lahir nanti, dan Hiyah tak dapat nak teruskan hidup, atleast anak ni boleh jadi peneman dan kekuatan abang." ujar Bahiyah sambil mengelus tangan suaminya.

"Don't you dare to talk like that, Bahiyah." kata tengku Akif dengan nada sedikit keras. Matanya langsung tidak memandang ke arah Bahiyah.

"Abang, pandang Hiyah. Boleh tak sekarang kita serahkan semuanya dekat Allah? Kalau umur Hiyah panjang, tak mustahil Hiyah boleh hidup lepas lahirkan anak ni." Bahiyah memaut dagu tengku Akif untuk memandang wajahnya.

"Hiyah cuma perlukan sokongan abang, mama dan papa. Abang tahu kan, Hiyah dah takde siapa dekat dunia ni? Mulai sekarang, kita doa banyak-banyak minta tolong Allah permudahkan semuanya. Allah kan Maha Mendengar. Kan abang?" sambung Bahiyah lagi.

Tengku Akif maju memeluk erat isterinya. Tanpa sedar, air matanya jatuh membasahi pipi. Sungguh, dia takut kehilangan isteri tercintanya ini.

"Abang minta maaf..."

Bahiyah hanya tersenyum sebelum meleraikan pelukan mereka. Terus tengku Akif mendekatkan wajahnya pada perut Bahiyah yang berlapik kan baju dan masih kempis itu lalu diusap lembut.

"Abi minta maaf. Membesar dengan baik ye, anak abi." kata tengku Akif. Lalu dia mengangkat wajahnya kembali dan mencium sekilas bibir isterinya. Dia tersenyum manis.

"Terima kasih, sayang. Maafkan salah silap abang."

"Sama-sama, abang. Abang takde silap apa pun dengan Hiyah. I love you."

"I love you too. Till my last breath."

~~~

Masa berjalan dengan pantas dan Alhamdulillah, kandungan Bahiyah sekarang sudah hampir mencecah 9 bulan. Tunggu masa sahaja. Sepanjang itu, tiada masalah yang menimpa mereka. Tuhan yang Maha Kuasa itu, benar-benar mempermudahkan urusan mereka.

Dalam masa itu juga, Tengku Maria rajin datang ke rumah mereka untuk melihat keadaan Bahiyah. Bagi memastikan Bahiyah dan bakal cucu nya sihat sahaja.

Sekarang Bahiyah sedang sibuk di dapur menyiapkan sarapan untuk suaminya. Terhinjut sedikit bahunya apabila merasakan ada tangan yang melingkari di sekitar pinggangnya dan mengusap lembut perut Bahiyah yang sudah membulat itu.

Bahiyah tersengih. "Awal abang turun? Hiyah belum siap masak sarapan lagi."

"Saja. Takpelah, abang boleh teman sayang masak." balas tengku Akif.

"Teman je buat apa. Meh masak sekali."

"Kalau abang tolong masak sekali, tak sedap lah makanan tu. Nak sayang je yang masak, dah tentu sedap. Meletupsss" balasnya. Bahiyah ketawa kecil. Ada saja suaminya ini.

Setelah beberapa minit, Bahiyah menutup api dapur gas dan mencedok nasi goreng lalu dimasukkan ke dalam mangkuk yang sudah tersedia di tepi kuali tadi.

"Jom makan." pelawa Bahiyah.

Tengku Akif hanya menurut. Bahiyah meletakkan nasi goreng itu di atas meja makan dan tiba-tiba tengku Akif memusingkan tubuhnya.

"Ish, abang ni. Cepatlah nanti lambat pergi kerja."

"Kejap lah sayang." kata tengku Akif lalu ditariknya badan Bahiyah rapat dengannya. Tidak lah serapat mana, kerana perut Bahiyah yang sudah membulat besar itu menghalangnya sedikit.

"Nampak berseri muka sayang sejak mengandung ni. Suka abang tengok." puji tengku Akif.

"Abang puji-puji ni mesti ada something nak minta kan?" tanya Bahiyah. Dia mengecilkan matanya membuatkan tengku Akif ketawa kecil.

"Macam tahu-tahu je sayang. Nak ni." tengku Akif menunjukkan bibirnya. Bahiyah yang faham maksud itu, menjungkitkan badannya sedikit lalu dicium sekilas bibir tengku Akif.

"Dah."

"Ala, lama lah lagi sayang."

"No. Kita makan dulu. Nanti nasi goreng ni sejuk tak sedap. Abang balik kerja nanti, Hiyah cium abang lagi okay? Lagi lama. Lebih 10 minit pun takpe." kata Bahiyah membuatkan tengku Akif sudah senyum teruja.

"Okay, janji eh. Kalau abang tak dapat, siap sayang."

Bahiyah hanya menggeleng sebelum mereka berdua duduk di meja makan dan mula menjamu selera.

~~~

"Abang pergi dulu, sayang. Apa-apa cepat telefon abang. Takpun telefon mama." kata Tengku Akif yang sudah siap untuk pergi ke tempat kerjanya.

Bahiyah tersenyum lalu mengangguk faham.

Tengku Akif membongkok kan sedikit badannya supaya sama paras dengan perut Bahiyah yang sudah membulat itu.

"Abi pergi dulu. Jangan nakal-nakal dalam perut umi tu. Tengahari nanti abi balik okay?" katanya sambil mengusap perut isterinya.

"Tengahari dah balik? Cepatnya, kata ada meeting."

"Lepas abang habis, abang terus balik. Mana boleh lama-lama tinggalkan sayang sorang kat rumah ni. Risau lah abang."

"Hiyah okay jelah, abang."

"No. Tengahari abang balik." balas tengku Akif.

Bahiyah menghela nafas. Dah laki kita cakap macamtu, ikutkan ajelah.

Tengku Akif menghulur tangannya dan Bahiyah terus mencapai untuk bersalaman dengan suaminya itu. Tengku Akif tersenyum manis.

"Abang pergi dulu. Jaga diri."

Bahiyah mengangguk. Belum sempat tengku Akif masuk ke dalam kereta. Bahiyah memanggilnya dengan sedikit kuat.

"Abang!"

Tengku Akif menoleh.

"I love you so much!"

"I love you more!"

Bahiyah melambai ke arah nya dan tengku Akif pun membalas dengan senang hati.

Setelah kereta tengku Akif hilang dari pandangannya, Bahiyah menutup pintu lalu berjalan ke arah sofa untuk duduk sebentar.

Tangannya naik mengusap perut yang besar itu. Dia tersenyum manis.

"Umi tak sabar nak tengok anak umi ni lahir. Jika umi tidak dapat melihat anak umi ni membesar depan mata umi. Umi nak kamu tolong jagakan abi untuk umi. Dengar cakap abi, jangan melawan cakap abi. Membesar lah jadi anak yang baik. Cuma umi nak anak umi ni ingat satu je, umi sentiasa sayang kan anak umi ni. Sampai bila-bila." luah Bahiyah.

Semoga semuanya dipermudahkan.. Aamiin.

~~~

Selesai membuat sedikit kerja rumah, Bahiyah tertidur akibat kepenatan. Tapi dia tiadalah buat kerja berat-berat. Badannya pun tak larat sangat.

Bahiyah yang sedang lelap di atas katil, terasa basah di bahagian peha nya. Dia bangun untuk melihat dan raut wajahnya bertukar panik apabila dia seakan tahu apa yang berlaku.

Berkerut dahi Bahiyah merasakan sakit di bahagian ari-ari. Dengan tenaga yang dia ada, dia mencapai telefon yang ada disebelahnya dan mula mendail nombor seseorang.

Tidak sampai sesaat, panggilan nya dijawab.

"Ab..abang, s..sakit.." terketar-ketas suara Bahiyah menahan sakit. Terus dia mematikan telefon dan memejam matanya seketika.

"Ya Allah, sakit..." rintih Bahiyah.

Dalam hatinya sudah membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi melegakan sedikit rasa sakit.

Tidak lama, seseorang membuka pintu dengan kuat dan mendekati Bahiyah yang sudah lemah.

"Sayang! Tahan tahan. Kita pergi hospital sekarang." kata Tengku Akif sejurus dia masuk ke dalam dan melihat keadaan Bahiyah yang sedang sakit itu.

Terus dia mencempung badan isterinya lalu dibawa ke hospital. Perasaan takut mula hadir dalam dirinya. Dia takut kalau apa-apa jadi pada isteri dan anaknya.

Lebih kurang dalam 15 minit, akhirnya mereka sampai ke hospital dan dengan tindakan pantas, semua jururawat dan doktor membawa Bahiyah ke labor room. Dalam perjalanan ke sana dan dengan tenaga yang Bahiyah ada, dia berkata sesuatu pada tengku Akif.

"Ab..abang.. Maaf..kan salah si..lap Hi..yah pada abang se..lama Hi..yah jadi is..isteri abang. Halal..kan semua ma..kan minum Hi..yah.. Hi..yah cin..takan ab..bang." kata Bahiyah yang sedang upaya menahan sakit.

"Sayang.. nothing will happen to you. Sayang dengan anak kita akan selamat. Tolong kuat untuk abang. Abang mohon. Abang pun cintakan sayang. Selamanya. Janji dengan abang, sayang kena kuat. Kita sama-sama besarkan anak kita. hm?" pinta tengku Akif. Dia mengenggam erat tangan isterinya sebelum dilepaskan kerana tengku Akif tidak dibenarkan masuk ke dalam.

Ya Allah, selamatkan lah isteri dan anakku. Aku mohon pada-Mu. Kuatkan lah isteri ku Ya Allah. Sungguh, aku tidak boleh hidup tanpa nya. bisik tengku Akif dalam hati. Berdoa agar isteri dan anaknya selamat.

Tidak lama, Tengku Maria dan tengku Arsyad datang ke hospital apabila diberitahu Bahiyah sudah masuk ke labor room. Mereka mendekati tengku Akif yang sedang duduk dengan keadaan menunduk.

"Kif..." panggil tengku Maria.

"Ma.." tengku Akif berdiri lalu maju memeluk tengku Maria. Dia menangis semahunya.

"Kif, takut ma. Kif taknak hilang Hiyah." rintih tengku Akif. Tengku Maria mengelus lembut belakang anaknya. Tengku Arsyad simpati melihat tengku Akif.

"Sabar Kif.. InsyaAllah Hiyah dan anak Kif akan selamat. Jangan putus doa. Mama ada untuk Kif." balas tengku Maria.

Tengku Arsyad turut mengelus lembut belakang tengku Akif. Dalam hatinya berdoa agar Bahiyah baik-baik sahaja di dalam sana.

Hampir 1 jam, mereka menunggu. Akhirnya, satu suara bayi yang menangis menerpa gegendang telinga mereka. Serentak mereka mengucap rasa syukur.

Tidak lama, seorang doktor perempuan keluar dari labor room tersebut sebelum menghela nafas lega. Tengku Akif maju datang ke arahnya.

"Ma-macam mana doktor?"

Doktor itu tersenyum.

"Alhamdulillah, Puan Bahiyah selamat melahirkan anak lelaki." ujarnya.

"Alhamdulillah." ucap tengku Maria dan tengku Arsyad serentak.

Tengku Akif sudah mengalirkan air mata. Tidak sangka, dia sudah menjadi seorang ayah. Tetapi fikirannya mula teringat seseorang.

"Isteri saya, doktor? Dia selamat kan?" tanya Tengku Akif. Terus senyuman doktor itu memudar.

Doktor itu menggeleng.

"Maafkan saya..."

TBC

Standby untuk epilog esok! 🫶🏻 Alhamdulillah sudah sampai ke penghujung. Jangan lupa tekan butang vote. Mekasehhh!

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

535K 21.9K 32
Credit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan s...
ALYSA✔️ Από cah

Εφηβική Φαντασία

893K 36K 48
Hilman Zavirel pemuda kacukkan yang sangat terkenal dan mempunyai perniagaan sendiri semasa usianya masih muda. Melihat Aleeya Alysa pada hari perta...
21K 1.2K 37
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
66.5K 2.2K 48
Tengku Ayaaz × Naura Aqila Mengisahkan seorang gadis yang tinggal bersama ibu saudaranya tetapi sering didera Apa saja yang gadis itu lakukan semuany...