C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C36

2.1K 298 102
By leimonadd

WAKTU makan tengah hari tiba. Tapi sebab Nufa ambil sarapan agak lewat hari ini, perutnya masih terasa penuh. Mudah sahaja dia menolak ajakan Afrina dan Warda yang tak sudah-sudah mengajaknya. Katanya nak makan Sukiya hari ini. Makanan viral di TikTok tu. Tapi, kalau dah namanya, kenyang. Ajak lah seketul Nufa macam mana pun. Nufa tetap tidak mahu.

"Betul eh tak mahu ikut? Jangan menyesal bila tengok video makan aku nanti." Warda cuba menghasut sekali lagi. Afrina juga terangguk-angguk sama mahu memujuk. Tapi gitu-gitu aje lah sebab dah faham sangta dengan perangai adik iparnya.

Nufa angguk bersungguh.

"Pergi aje lah. Macam takde hari lain pula nak join." Balas Nufa mudah. Warda dan Afrina dah ditolak menuju ke pintu. Tag Open dan ditukar kepada tag Lunch.

Warda dan Afrina pasrah. Tahu Nufa betul-betul tak mahu.

"Okey lah. Kau kalau bosan, ajak kekasih kau datang sini ya?" Warda berkata serius. Tak peduli dengan riak bingung Nufa dan Afrina. Kedua-duanya masih hadam siapa yang Warda maksudkan dengan 'kekasih' itu.

"Siapa?" Afrina menyoal. Bahu Warda ditolak.

Dengan wajah serius, lurus jari Warda menghala ke kedai buah seberang. Dari berkerut, menyampah terus riak wajah Nufa. Manakala Afrina dan Warda masing-masing dah tayang muka menyakat.

"Oh. Dah upgrade ya? Sejak bila?" Afrina bertanya. Lebih kepada menyakat sama sebenarnya.

Alah. Mengenai Nufa dan 'someone' baru Nufa dah heboh dah. Kalau tak Warda yang bercerita, pasti Sayf yang bercerita. Kalau bukan dua makhluk itu, Halwa pun kadang-kadang tumpang sekaki.

Masing-masing memang suka betul kalau Double N jadi bualan. Bahkan kadang sampai ke plan menyatukan diajak berbincang sekali.

Nufa cekak pinggang.

"Eh. Korang nak lunch ke nak jadi mak cik bawang hangit ni?"

Warda simpul senyum.

"Tiba-tiba rasa kenyang. Tak jadi lah. Apa kata kita hangitkan lagi bawang kita. Nak tak?"

Sumpah Nufa menyampah gila dengan Warda sekarang ini. Kecil besar, kecil besar sahaja Warda di matanya sekarang. Kalau boleh lenyek, penyek habis dah si Warda ini Nufa kerjakan.

"Eee, menyampah lah aku. Pergi keluar sana cepat!" Nufa dah bertindak menolak Warda dengan kuat. Tak peduli kalau Warda hampir terjelopok jatuh sekali pun.

Afrina hanya gelak. Kaki cepat melangkah keluar dari dobi. Tak mahu jadi mangsa penolakan Nufa.

Warda hanya bantai gelak sahaja lihat wajah cemberut Nufa. Masam kalah asam!

"Apa-apa pun, ajak lah orang sana mai teman jika bosan. Mungkin lama kitorang lunch." Warda sambung kata.

Dahi Nufa berkerut mendengar kata-kata Warda.

"Dah kenapa lama pula lunch kali ni?" Soal Nufa kehairanan. Dahi dah digaru perlahan.

Warda senyum senget. Merapat badan kepada Nufa, mahu berbisik. Nufa juga ikut merapat sama.

Tangan naik dengan gaya berbisik di telinga Nufa.

"Sebab nak bagi kau dating lama-lama dengan abang si Halwa."

Terpejam kegeraman mata Nufa dengar bisikan Warda. Tanpa lengah, tangan terus naik memukul lengan Warda.

Pap! Kuat bunyi yang terhasil. Menyeringai kesakitan Warda dibuatnya.

Afrina hanya menggeleng melihat gelagat dua teman itu. Tanpa lengah terus dia tolak Warda, menyuruh gadis itu mengatur langkah untuk beredar. Risau pula lama-lama, tak jadi makan pula mereka. Elok-elok nak makan Sukiya, termakan Sang Kaya aje nanti. Jenuh mulut Warda merungut nanti.

Warda melambai dan ambil langkah ceria. Nufa yang melihat hanya gelengkan kepala. Risau dengan perangai suku Warda. Macam tu punya perangai pun ramai yang beratur tunggu turn mahu jadi calon kekasih seterusnya.

Hilang batang tubuh Warda dan Afrina dari pandangan mata, Nufa buru-buru masuk ke dalam dobi. Niat di hati mahu tidur seketika. Boleh lah tampung tidur yang tak berapa lena semalam.

Tangan naik menggeliat. Uh! Sedap rasanya! Sampaikan sepanjang jalan nak ke meja kaunter Nufa menggeliat sedap. Sekali tengok, dah macam kucing pulak.

"Huh! Lega!" Jerit Nufa.

Kerusi ditarik dan duduk diambil. Capai telefon, Nufa buka aplikasi Tik Tok. Buat 'nap time story'. Nanti bila dah bosan, mata pun terasa kuyu, maka mudah lah nak masuk ke alam mimpi buat beberapa ketika.

Sedang Nufa seronok melayan video-video di Tik Tok dengan mata yang hampir-hampir kuyu, telinga tiba-tiba menangkap bunyi loceng. Bulat terus mata.

Kalau di dobi dengar bunyi loceng, itu menandakan ada orang yang melangkah masuk atau keluar dobi. Terus badan Nufa tegak, mahu melihat gerangan orang yang masuk ke dalam dobi. Walhal terang-terang tag Lunch tertampal di pintu kaca.

Mendarat sahaja mata di pintu, badan Nufa jadi kaku seketika. Mata pula tak berkelip. Mulut ternganga kecil. Kurang percaya sebenarnya dengan gerangan manusia di hadapannya ini. Tapi, tak mustahil pun kalau manusia yang seorang ini mahu jejak kaki ke sini. Yalah. Kedainya seberang sana sahaja.

Ya. Yang datang melawat waktu lunch hour sekarang ini adalah seketul Nadhif Hamza. Selang tiga dari pertemuan akhir mereka, Nadhif muncul kembali. Siang-siang hari ya. Jadi, pelik sekejap.

"Tutup mulut lah. Tak senonoh." Laju Nadhif menyerang. Buat Nufa laju menutup mulut dengan geram.

Nafas ditarik dalam-dalam. Kalau nak berhadapan dengan Nadhif, perlu punya kesabaran yang tinggi. Layan Nadhif seperti layan Sayf dan Haikal serentak. Sekejap menyenangkan dan banyak menjengkelkan.

"Kau nak apa? Tak nampak ke tengah lunch hour?" Soal Nufa. Duduk diambil kembali. Tak perlu sopan-sopan menyambut kehadiran lelaki yang seorang ini.

Nadhif malas-malas pandang tag di pintu. Alah. Bukan dia tak nampak sebelum masuk ke dalam dobi ini tadi.

"Kalau lunch hour..."

Nadhif pandang Nufa. Juga malas-malas. Naik menyampah Nufa jadinya. Tertanya sendiri. Kalau nak layan dia malas-malas, kenapa ke mari? Buat sakit mata dan hati aje.

"Kenapa kau tak keluar lunch?" Soal Nadhif. Bangku kosong menjadi pilihan duduknya. Malas nak berdiri di hadapan kaunter sana. Buat lenguh kaki sahaja.

Nufa diam sahaja. Malas mahu jawab. Dia tanya kita malas-malas, jangan harap dia rajin-rajin nak menjawab.

Nadhif sabar menanti jawapan Nufa. Tapi, macam sia-sia sahaja penantiannya. Sudahnya Nadhif bangun dan terus beredar dari situ tanpa kata pamit.

Terkebil-kebil Nufa lihat langkah pergi Nadhif. Berdiri tegak dia di tempatnya dengan rasa bingung menguasai diri.

"Eh. Yang datang kenapa eh kalau begini perangainya?" Omel Nufa tak puas hati. Menggeleng dia sebelum kaki beredar dari situ. Dia mahu ke pantri buat air.

Panas hati Nufa dengan perangai Nadhif.

Cawan diambil dan satu sachet serbuk minuman coklat diambil. Sambil buat air, sambil mulut mengomel tak puas hati.

Tak puas hati lah dengan perangai Nadhif.

"Sekejap layan okey. Sekejap layan tak okey." Mencebik Nufa.

"Memang merepek lah tebakan dorang yang mamat poyo tu suka aku." Tangan laju mengacau minuman dalam cawan.

"Mana ada orang layan orang yang dia suka macam tu." Sudu dibawa ke sinki. Mahu basuh. Dah selesai bancuh air.

Peti dihampiri dan ice box dikeluarkan dari freezer. Letak ais banyak-banyak sikit dalam minuman coklatnya memandangnkan hati tengah panas sekarang ini.

"Annoying." Sambung mengomel, satu persatu kiub ais dicampak ke dalam cawan.

Ice box disimpan kembali. Marah-marah pun siap juga secawan air.

"Huh!" Bucu tudung ditiup.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Perlukan kesabaran ya. Perlukan kesabaran.

"Takpe Nufa. Dia takde dah. Semua akan okey. Semua akan okey." Ayat penenang hati.

Usai tenangkan hati sendiri, Nufa bawa langkah kembali ke hadapan semula dengan secawan air coklat sejuk di tangan.

Buka sahaja pintu, terlompat kecil dia di situ. Habis tumpah sedikit minuman coklat dalam cawannya.

"Ish!" Mata tajam memandang Nadhif yang tunjuk riak tak bersalah.

"Lah buat air rupanya." Selamba Nadhif tutur kata. Pandangan pula kosong kepada air coklat di lantai. Kemudian pandang Nufa.

Eh. Baru perasan. Ada budak comel dengan riak muka marah.

Ehem.

Nufa. Nufa yang marah.

"Apa?" Tak bersalah Nadhif lontarkan pertanyaan.

Terpejam rapat mata dengar nada tanpa salah itu.

"Kau tengok apa jadi." Nada suara dikawal Nufa. Sia-sia aje test pitching suara dengan si Nadhif Hamza ni.

Nadhif pandang lantai.

"Air tumpah. Kau yang tumpahkan." Selamba Nadhif kata dengan langkah yang diambil menghampiri.

"Kau ya---"

Mati kata Nufa bila tiba-tiba sahaja Nadhif duduk melutut di hadapannya. Bahkan bila lelaki itu mendongak memandangnya, Nufa macam lumpuh. Tak berfungsi anggota badannya. Lidah lagi lah. Tak tahu nak bergerak dah kerana tiba-tiba dipandang begitu oleh Nadhif tanpa amaran.

Nadhif menunduk kembali. Mudah dia tarik kain buruk yang sentiasa tersangkut di poket seluarnya. Dan selamba kemudiannya dia mengelap tumpahan air di atas lantai itu.

Nufa hanya memerhati. Dia kaku. Tak bergerak langsung sehingga Nadhif berdiri kembali di hadapannya. Tika itu baru lah Nufa mengundur satu langkah ke belakang. Sedar jarak mereka agak rapat.

Berdiri, Nadhif tak henti pandang Nufa dan semestinya Nufa jadi tak selesa. Bila tak selesa, mula lah mata melilau tak mahu bertembung dengan mata Nadhif.

Melihat Nufa begitu, Nadhif sembunyi senyum. Kepala ditundukkan sedikit.

Kerling Nadhif sekilas, Nufa pandang tempat lain kembali bila Nadhif angkat wajah semula.

Aduh. Kenapa lah rate jantung dia tiba-tiba tak normal ni? Tambah lagi bila sipi-sipi nampak Nadhif masih memandangnya. Mula lah rasa sesak nak menguasai. Yang lelaki ini pun satu. Yang nak pandang dia tak berkelip dah kenapa.

"Ish. Sana lah." Tangan Nufa mengibas udara. Nak suruh Nadhif ke tepi. Boleh pula dekat-dekat. Dah lah ganggu laluannya.

Akur, Nadhif tanpa kata menjauh sedikit. Dia pandang sahaja Nufa yang dah labuhkan kembali duduk di atas kerusi.

Nufa buat-buat Nadhif seperti tidak wujud. Cawan mahu diletakkan di atas meja. Namun, belum pun sempat permukaan cawan menyentuh meja, laju satu tangan merampas cawan dari tangannya dengan penuh cermat. Sekali lagi Nufa terkejut kerana Nadhif.

"Ish!" Entah kali ke berapa perkataan 'ish' ditujukan buat Nadhif.

Nadhif dijeling tajam. Geram ni.

Nadhif selamba. Seperti biasa. Tak rasa terancam. Yalah. Muka comel macam tu. Takde siapa percaya kalau dia cakap Nufa sedang marah. Heh.

"Tak payah nak ish, ish lah. Comel tak guna kalau buta. Kau buta ke? Tak nampak ni ada sisa air ni? Buta. Kotor meja tu, baru tahu." Tiba-tiba Nufa dibebeli Nadhif.

Terkelip-kelip mata Nufa pandang Nadhif. Tak tahu nak rasa apa. Nak suka sebab kena puji comel. Atau nak marah sebab kena kutuk buta. Yang pasti, mengelirukan. Makin mengelirukan bila Nadhif selamba sahaja bergerak masuk ke pantri.

Kaku di tempatnya, Nufa terkelip-kelip sendiri. Masih hadam apa yang dah jadi. Tak sempat nak hadam, Nadhif dah keluar dari pantri dengan cawan yang sama di tangan. Cuma bezanya, sisa air coklat tiada dah di sekitar cawan. Dah dibasuh mungkin.

Tanpa kata, Nadhif letakkan cawan di atas meja. Pandang Nufa, kebetulan Nufa juga pandang dirinya.

"Ummm." Nufa cuba cari kata.

Bibir dikemam.

"Thank you?" Ragu-ragu sebab belum habis hadam. Tapi, rasanya memang itu kata sesuai buat Nadhif. Terima kasih Nadhif. Kalau bukan sebab kau, takde lah meja ni kotor. Itu kalau mahu ayat yang panjang dan jelas sikit.

Nadhif mengangguk.

"Eh."

Nadhif jongketkan kening.

"Tapi ni salah kau eh. Kalau kau tak tiba-tiba muncul, takde lah aku terkejut. Takde lah air aku tumpah dan takde lah meja ni nak kotor." Nufa tiba-tiba rasa tak ahu kalah. Nadhif perlu sedar yang semua ini berpunca daripada Nadhif.

"Sedap aje nak buta-butakan kita." Omel Nufa perlahan kemudiannya.

Nadhif peluk tubuh. Kalau dah perempuan. Nak menang itu pasti.

"Kau tengok. Semua dah settle kan? Lantai dah bersih, macam tu juga dengan cawan tu. Jadi, aku dah betulkan semuanya." Tanpa nada Nadhif beritahu. Jari tunjuk arah lantai dan cawan. Dan kepala Nufa ikut sama.

Tak dapat cari jawapan sebab Nadhif betul. Tapi, perempuan kan? Tetap juga nak memang.

"Apa-apa lah! Tapi tetap kau punya salah."

Nadhif julingkan mata. Bosan sungguh. Nufa yang perasan juga ikut julingkan mata. Ingat lelaki itu sorang aje ke boleh buat? Huh! Annoying. Layan Sayf lagi elok rasanya.

"Yang kau datang sini kenapa?" Soal Nufa. Yalah. Tiba-tiba pergi, lepas tu tiba-tiba pula tu datang. Macam hantu.

"Tak cukup perangai macam hantu, diri pun nak jadi hantu." Kutuk Nufa selamba. Tak peduli jika Nadhif dengar atau tidak. Kalau dengar, boleh sujud syukur rasanya.

Nadhif rasa ringan sahaja tangannya nak naik meluku kepala Nufa. Tapi Nadhif cool. Nadhif sabar.

Tanpa kata, Nadhif berlalu dari situ. Buat Nufa bangkit laju.

"Nak pergi mana?" Soal Nufa. Tapi, terhenti sekejap fikirannya bila kepala ulang tayang semula nada suara yang dia guna tadi.

Kenapa bunyi macam manja semacam. Bukan 'nak pergi mana?!' yang marah. Tapi, 'nak pergi mana?' macam minta perhatian.

Ya. Nufa yakin nada begitu yang keluar tadi. Nada minta perhatian. Makin yakin bila nampak riak jengkel di wajah Nadhif.

"Gedik." Jadi makin yakin Nufa dibuatnya.

Terus Nufa duduk. Kepala jatuh di atas meja. Tangan pukul kepala sendiri. Sumpah diri sendiri. Gedik! Betul seperti yang Nadhif kata. Dia gedik!

Melihat Nufa begitu, Nadhif simpan senyum. Bangku kembali dihampiri dan satu plastik yang ada di situ diambil. Pandang Nufa sekilas, kaunter dihampiri semula.

"Nah."

Nufa angkat kepala bila dengar suara Nadhif. Serentak, plastik merah terletak elok di hadapannya. Pandang Nadhif, Nadhif hanya beriak kosong. Nampak lah tak mahu bercakap dari riak itu.

"Kau belum buta. Aku rasa kau boleh tengok sendiri." Kata Nadhif.

Selamba kemudiannya ditarik kerusi kosong di meja kaunter ke sisi meja. Duduk dilabuhkan macam meja kaunter ini meja kopi. Tambah makin selamba bila minuman coklat Nufa disisip tanpa rasa bersalah.

Atas bawah Nufa pandang Nadhif.

"Tak malu gila."

Muka Nadhif berkerut.

"Bapak manis. Kau bukan setakat buta, malah hilang deria rasa." Cawan ditolak menjauh. Bibir pun dilap beberapa kali.

Geram, Nufa letak jauh cawan daripada Nadhif.

"Ada aku jemput kau minum ke?!" Naik tinggi dah suara Nufa. Tak peduli dah kalau hilang melayang coolnya.

Nadhif menggeleng sahaja. Plastik yang dia letak tadi ditolak perlahan.

Nufa menjeling sebelum isi dalam plastik dibawa keluar. Riak marah hilang serta-merta bila lihat plastik yang berisi buah tembikai potong di dalamnya.

"Kenapa bagi?" Soal Nufa.

Nadhif diam sahaja. Gerak kepala sikit arah Nufa rasa. Dan Nufa pun baik sahaja menurut. Buat Nadhif simpan senyum sekali lagi. Alahai. Mood Nufa memang cepat berubah begini ke? Dia jadi terhibur pula. Seronok buat menyakat lain hari ni.

Sepotong tembikai dibawa masuk ke dalam mulut. Dan terus mata terpejam dek rasa segar dan manis tembikai itu di dalam mulutnya. Setiap gigitan, penuh jus tembikai yang keluar. Spontan, Nufa terus tepuk tangan kecil di situ.

Nadhif pandang Nufa tak lepas. Lahai. Comel.

"Sedap?" Lembut Nadhif bertanya.

Nufa angguk laju. Sepotong tembikai diambil dan dibawa masuk ke dalam mulut. Dan sekali lagi Nufa menepuk tangan suka di situ.

Senget senyuman Nadhif. Betul kata Sayf. Nufa suka tembikai.

"Mana dapat ni? Manis! Jus dia pun banyak." Sepotong lagi masuk. Belum habis sepotong, sepotong lagi dibawa masuk ke dalam mulut. Sekali lagi tepuk tangan.

Dari comel, Nadhif rasa rimas. Rasa Nufa terlebih gedik.

"Dah dah lah tepuk tangan tu." Kata Nadhif. Tangan keluarkan tisu dari poket seluar dan dihulurkan tisu itu kepada Nufa.

Nufa senyum kecil. Tutup mulut spontan untuk menutup perangai kurang sopannya. Maaf lah. Bila makanan dah terlalu sedap, memang begini riaksinya. Kalau boleh nak sumbat semua, memang dah disumbat masuk semuanya ke dalam mulut kecilnya.

"Sorry. Hehe."

Tak sangka yang telinga akan dengar suara lembut manja itu, Nadhif terus angkat tangan tutup bibir yang dah melengkung. Mata ikut tutup sekali sebab tak tahan tengok kecomelan asli tanpa buat-buat Nufa.

Parah ni, Nadhif.

"Mana kau dapat ni?" Nufa soal sekali lagi. Polos. Tak perasan langsung riak Nadhif tadi.

Raup wajah, riaksi kembali seperti biasa. Beku. Takde riak.

"Kampung." Pendek Nadhif balas. Tangan selamba ambil sepotong tembikai juga. Dia bawa. Tak salah kalau dia makan sekali. Lagipun kan tengah lunch hour.

"Kampung kau?"

Nadhif angguk. Sambil mengunyah, mata tak lepas pandang Nufa.

"Kat mana?"

"Pahang."

"Cameron?"

"Lebih kurang."

Nufa terangguk-angguk.

"Tanah tinggi ke?"

Nadhif pula angguk kali ini. Simpan senyum sekali lagi bila Nufa ikut sama mengangguk. Eee. Menyampah pula kalau dah terlalu comel macam ni.

"Nak pergi?" Nadhif tiba-tiba pecahkan sunyi mereka dengan soalan.

Kening Nufa terjongket. Tak faham sangat.

"Pergi mana? Kampung?"

Nadhif jatuhkan kepala sekali. Tangan naik menutup separuh wajah. Nufa dipandang lurus. Tiba-tiba berdebar nak tahu jawapan si gadis. Bila mulut laju dulu ikut kata hati daripada otak, begini lah. Siap-siap lah untuk dikecewakan.

"Buat apa?"

Ouch. Sakit sikit sebab kena reject. Tapi, takpe. Nadhif cool.

"Tengok buah tembikai."

Nufa lepaskan gelak. Mengejek lebih tepat.

"Tembikai, pergi kedai kau pun ada." Nada mengejek balasan si Nufa.

Nadhif kemam.

"Macam tu..."

Nufa pandang Nadhif.

"Jumpa mak ayah aku. Takde kat kedai aku."

*ADEP IN ACTION! KYAAAAAAAAAAAAAAAAA (ke tak?) hehe

Continue Reading

You'll Also Like

145K 10.2K 43
"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?"...
2.8M 141K 97
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu...
314K 14.3K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
268K 19K 54
Pernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...