Sugar Love [C]

By qeination

269K 17.3K 1.3K

↳ *𝐝𝐨𝐜𝐭𝐨𝐫 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 𝐯𝐨π₯ 𝟐* ΰΌ‰β€§β‚ŠΛšβœ§ [Spin-off Magnetic Love] Fadhil | Afia Selepas lima tahun menet... More

SL : 1
SL : 2
SL : 3
SL : 4
SL : 5
SL : 6
SL : 7
SL : 8
SL : 9
SL : 10
SL : 11
SL : 12
SL : 13
SL : 14
SL : 15
SL : 16
SL : 17
SL : 18
SL : 19
SL : 20
SL : 21
SL : 22
SL : 23
SL : 24
SL : 26
SL : 27
SL : 28
SL : 29
SL : 30
SL : 31
SL : 32
SL : 33
SL : 34
SL : 35
SL : 36
SL : 37
SL : 38
SL : 39
SL : 40
SL : 41
SL : 42
SL : 43
SL : 44
SL : 45
SL : 46
SL : 47
SL : 48
SL : 49
SL : 50
SL : 51
SL : 52
SL : 53
SL : 54
SL : 55
SL : 56
SL : 57
SL : 58
SL : 59
SL : Epilog
E-book [Adam x Nadhirah]

SL : 25

4.1K 276 3
By qeination

Kelopak mata yang sukar untuk dibuka, dipaksa buka juga. Terus anak matanya terhinggap pada tangan yang melingkar kemas di pinggangnya. Perlahan-lahan matanya menurun pada Afia yang berada separas dengan lengannya. Jarak mereka yang terlalu dekat menyebabkan bibir Afia hampir menyetuh lengannya yang masih tidak berbalut baju. Mata dikerdipkan beberapa kali memandang wajah lena Afia. Curi-curi peluk dia pula.

Dengan penuh berhati-hati Fadhil mengalihkan tangan Afia. Dia bingkas bangun dari katil. Baju yang berada di atas lantai, dicapai lalu disarungkan ke tubuh.

Kaki dibawa menuju ke penjuru bilik. Kotak besar yang disimpan di biliknya itu dicapai lalu kembali melangkah ke tepi dinding yang tergantungnya gambar-gambarnya dengan Tengku Hanis.

Satu bingkai gambar yang mempamerkan wajah mereka berdua memandang antara satu sama lain, diambil. Gambar perkahwinan mereka. Bibir nipisnya mula mengukirkan segaris senyuman.

"Kenapa tiba-tiba nak gantung gambar kita banyak-banyak ni?" Curiga Fadhil. Mata larit memerhati tindak-tanduk si isteri yang sedang mengetuk paku di dinding.

"Biar! Biar awak tengok gambar kita ni lama-lama. Beringat-ingat sikit yang awak dah kahwin." Seloroh Tengku Hanis. Satu bingkai gambar yang berada di dalam kotak, dicapai lalu digantung di paku tadi.

Fadhil tersenyum lucu. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Tepi tubuhnya disandarkan di dinding.

"Mestilah aku ingat. Kenapa tak boleh ingat pula? Kau kan isteri aku?" Mata Fadhil langsung tak lepas dari menatap wajah bersih isterinya.

"Yalah tu... Boleh percaya ke? Nanti awak pergi dekat dengan skandal-skandal lama awak." Tengku Hanis mencebik.

Pecah terus tawa Fadhil. Tergeleng-geleng kepalanya.

"Siap." Tengku Hanis menapak ke belakang, melihat bingkai gambar yang elok tergantung di dinding. Gambar terakhir yang terhias di segenap ruangan bilik tidur mereka. Semuanya elok tersusun sebaris di sekeliling bilik tidur. Entah buang tabiat apa Tengku Hanis ingin menggantung gambar-gambar itu semua dengan cara begitu.

Fadhil ikut senyum. Kaki menapak ke sebelah Tengku Hanis. Pinggang si isteri dirangkul kemas dari tepi. Turut sama memandang gambar perkahwinan mereka.

"Nanti kalau saya dah tak ada dan awak dah kahwin baru... Bolehlah awak simpan gambar-gambar ni semua."

Laju Fadhil menoleh memandang Tengku Hanis yang masih tersenyum menatap gambar itu.

"Ish! Apa pula cakap macam tu? Janganlah..." Terus tepi dahi Tengku Hanis dicium-cium Fadhil. Perut yang semakin membuncit itu juga diusap-usap penuh kasih. Ingin memberhentikan bicara celopar Tengku Hanis. Sejak menunggu kelahiran anak sulung mereka, pasti Tengku Hanis akan membangkitkan isu kematian. Naik risau Fadhil dibuatnya.

"Kalau saya tak ada aje awak boleh simpan. Selagi saya ada dalam dunia ni, awak tak boleh simpan. Ingat tu!" Nada suara Tengku Hanis sudah ditinggikan. Amaran keras!

Fadhil tertawa halus tatkala mindanya tiba-tiba mengimbau perbualan dengan arwah isterinya beberapa tahun dahulu. Seminggu selepas perbualan itu, Tengku Hanis dimasukkan ke labour room untuk proses melahirkan. Tanpa suami di sisi. Terkilan. Tapi, dia tidak boleh berbuat apa-apa. Isterinya sudah pergi dari hidupnya buat selamanya.

"Haihhh... tak sangka kau betul-betul dah tak ada." Fadhil melepaskan keluhan berat. Bagaikan mimpi. Baru dua tahun dia meluangkan masa dengan sang isteri. Sekelip mata dia hilang permaisuri hatinya lalu diganti dengan amanah yang perlu ditatang bagai minyak yang penuh dalam seumur hidupnya. Hez Ferran. Anak sulung mereka.

Sebelah tangan menampung berat kotak besar itu, manakala sebelah tangan lagi mencapai bingkai-bingkai gambar itu ke dalam kotak.

"Awak buat apa tu?"

Hampir terlepas kotak yang dipegang mendengar sergahan suara itu. Mujur dia lebih tangkas memegang kedua-dua belah telinga kotak itu.

Terus kepalanya berpaling, memandang Afia yang sedang menggosok mata.

"Nak simpan gambar-gambar ni..."

Bulat biji mata Afia. Terus segar.

"Kenapa pula?"

"Kan sekarang aku dah kahwin dengan kau... dah tiba masanya untuk aku simpan gambar-gambar ini semua dan mulakan hidup baru dengan kau. Sebelum ni aku sibuk nak simpan." Fadhil tersenyum nipis. Kakinya kembali melangkah setapak demi setapak mengelilingi dinding biliknya. Menyimpan gambar-gambar itu.

Terdiam kejap Afia dibuatnya. Dia akui... biarpun Fadhil tiada hati dan perasaan padanya, Fadhil tetap berusaha untuk menjaga sekeping hatinya. Jujur dia katakan dia terharu.

"Awak masuk kerja pukul berapa?" Soal Afia sambil mengekori langkah Fadhil mengelilingi biliknya.

"Tujuh. Macam biasa..."

"Awak selalu sarapan kat rumah atau kat hospital?"

"Kat rumah, sebab ada Hez. Aku selalu buat sarapan dulu. Kalau sempat, kami makan kat rumah aje, kalau tak kat hospital la jawabnya. Bawa bekal." Jawab Fadhil penuh terperinci.

"Ohh... kalau macam tu saya nak buat sarapan dulu la. Nanti awak tak payah la bawa bekal ke sana." Ujar Afia dengan niat ingin memudahkan urusan lelaki itu. Baru sahaja langkah ingin dibuka, Fadhil bersuara.

"Awal lagi, Fia. Baru pukul lima. Lepas solat subuh kau buat la." Cadang Fadhil dan Afia hanya turuti. Kakinya kembali menegak di sebelah Fadhil, memerhati tingkah lelaki itu yang sedang membongkok sambil menutup kotak yang sudah dipenuhi semua gambarnya dengan Tengku Hanis.

Penuh satu kotak itu. Berkali-kali telinganya menangkap helaan nafas Fadhil. Pasti lelaki itu kesal dengan tindakan sendiri. Afia pula tidak menghalang apa-apa dan hanya membiarkan menyimpan gambar-gambar itu kembali.

"Boleh saya tanya awak sesuatu?" Afia meminta izin terlebih dahulu.

Tubuh Fadhil kembali menegak, menghadap Afia, "Apa dia? Tanya la."

"Siapa Pak Majid? Nampak macam orang penting aje dalam hidup awak." Soalan yang sudah berlegar-legar dalam kepala sejak kali pertama nama itu meniti di bibir Fadhil, ditanya jua.

Fadhil tarik senyum, "sangat penting. Dia penguat semangat hidup aku. Dan, kau kena berterima kasih dekat dia..."

Afia kerut dahi, "kenapa pula?"

"Kalau bukan sebab dia... aku takkan ajak kau kahwin. Dia banyak buat aku sedar tentang redha pemergian seseorang. Kalau kau ingat, aku pernah cerita kat kau apa yang Pak Majid cakap dekat aku sampaikan aku ajak kau kahwin. Itulah orangnya. Dia sangat-sangat penting. Aku dah anggap dia macam ayah aku sendiri. Dan, aku harap aku ada ayah macam dia. Beruntung anak-anak dia." Fadhil tersenyum hambar.

"Mana anak-anak dia?"

Fadhil jungkit bahu, "dia kata, dia tak ada keluarga." Aneh juga. Dari segi umur juga sudah capai ke umur-umur sudah perlu mempunyai cucu.

Kotak besar itu diangkat dengan mudah. Baru sahaja kakinya ingin melangkah pergi, tiba-tiba anak matanya terpandang wajah suram Afia.

"Kenapa, Afia?" Terus terbantut langkahnya. Berdiri di hadapan Afia.

Afia angkat kepala, pandang Fadhil.

Senyuman nipis terbit pada bibir mugil itu. Kepala turut menggeleng kecil, "tak la. Saya teringatkan abah saya aje. Nama dia orang sama..."

Fadhil terdiam lama. Macamlah dia tidak sedar akan hal itu. Nama pesakit Pak Majid dan abah Afia sama.

Afia Maisarah binti Majid. Terkejut juga bila dia dapat tahu nama penuh Afia akad nikah berlangsung. Terfikir juga sesuatu. Abah Afia dan pesakit Pak Majid itu adalah orang yang samakah?

Tidak mahu bersuara hal itu dengan Afia. Lagi tambahkan kesedihan Afia aje. Kaki terus diatur ke pintu.

"Eh, Fad!!"

Sekali lagi langkah Fadhil terhenti, betul-betul di hadapan pintu. Afia menapak laju, mendapatkan Fadhil.

"Saya nak tanya lagi."

"Tanya apa?" Kotak besar yang hampir melorot jatuh, diangkat lagi.

"Nak tanya apa, Fia oi? Cepat! Aku nak letak kotak ni kat bilik Hez. Berat ni."

"Err... saya bukan nak tanya. Saya nak minta izin sebenarnya." Afia membetulkan ayatnya. Kepala yang tidak gatal digaru.

Bekerut dahi Fadhil menatap wajah ragu-ragu Afia. Sekali lagi, kotak yang berada di pelukan, dinaikkan sedikit. Adoi... mahu patah tangannya.

"Saya ingat nak keluar dengan Ellie."

Terangkat alis kening milik Fadhil. Itu aje yang Afia yang cakapkan?

"Eloklah tu... nanti pergi hospital sekali dengan aku."

"Kenapa pula?" Kini, giliran Afia pula yang berkerut seribu.

Fadhil menghela nafas berat, "Ellie tu... kalau dia dah nak bersalin, dia memang berkepit dengan Izaan aje. Tak boleh berpisah langsung. Kadang-kadang diorang tidur kat hospital, dalam bilik pejabat Iz tu la jadi tempat tidur diorang. Sebab tu masa jumpa Izaan dengan Lixin, dia ada sekali. Haa.. malam tu dia tidur hospital."

Afia sudah terngadah. Sebegitu sekalikah rakan baiknya? Adui, mujurlah Izaan melayan aje ragam Ellie itu. Harap Fadhil juga tak penat melayan kerenahnya. Eh, ke situ pula...

"Ada apa kau nak jumpa Ellie?" Fadhil mula menyoal. Keliru.

"Saya... nak bayar hutang."

"Hutang?"

Afia hanya mengangguk.

"Ha... yelah. Kalau kau ada soalan apa-apa lagi, tanya nanti ajelah. Aku nak letak kotak ni dulu. Dah berat ni." Banyak soalan yang ingin ditanyakan. Namun, tangan yang semakin melemah, dilupakan sahaja niatnya itu.

Afia melepaskan tawa kecil. Perasan juga kotak itu asyik mahu melorot jatuh. Sudah berapa kali Fadhil angkatnya.

Kaki Afia terus diusung ke pintu lalu dibuka untuk Fadhil. Sesudah itu, dia turut keluar, menuju ke dapur.

Cadangnya dia mahu menyediakan bahan-bahan untuk memasak nasi goreng. Lepas solat subuh nanti, barulah dia memasak hidangan itu memandangkan ada masa lebih kurang 20 minit sebelum azan subuh berkumandang.

Sempat lagi kalau dia mahu berperang di dapur. Tiba-tiba Afia berasa teruja ingin menyediakan sarapan untuk suami. Sudahlah orangnya itu Fadhil. Fikirnya, dia tidak akan merasai momen indah ini. Walaupun tanpa cinta sang lelaki, dia dapat rasai semua ini. Tak apalah... asalkan dia bahagia.

Continue Reading

You'll Also Like

400K 10.7K 65
Biar beribu kali kau menolak, Aku sasarkan target berpeluru cinta... ****** "Kita tidur asing-asing ke?"Dengan polos aku bertanya. Bukan aku tak tahu...
92.1K 7.3K 61
Mystery | Romance π€π²π«πš 𝐗 π…πšπ«π‘πšπ§ "I Accepted Her" β€’β€’β€’ AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang dengan kekeliruan masa silam. Satu demi s...
612K 37.8K 48
-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi...
50.2K 1.6K 39
Luke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujur...