C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C35

2.1K 289 91
By leimonadd

*Betul-betul esok sis bagi ni HAHAHAHA enjoy okeyyy

MENYUSURI beberapa buah kedai, Nufa dan Halwa berborak ceria. Dan semstinya topik bualan mereka dikawal oleh Halwa. Semusnya berkisar mengenai kegemaran si abangnya. Yalah. Nama pun nak beri hadiah hari lahir. Pasti dan pasti nak cari sesuatu yang abangnya suka. Kan?

"Ni, baju ni? Abang suka tak style macam ni?" Telunjuk Nufa lurus kepada satu patung yang memperagakan sehelai baju kemeja hitam. Nampak mahal walaupun fesyennya simple. Kepala bayangkan Nadhif memakainya.

Boleh lah hensem sikit daripada takde.

Ehem.

Halwa diam. Kaki berhenti di hadapan patung itu sebelum tangan naik memegang kemeja itu. Nak rasa material kain agaknya. Nufa tak tahu. Yang Nufa tahu Halwa tidak bersetuju kerana gadis itu dah menggeleng kepala perlahan.

"Abang tak suka pakai kemeja." Beritahu Halwa. Lengan Nufa dipaut semula sebelum mereka sambung melangkah. Nak tengok benda lain pula.

Nufa kemam bibir. Dari tadi, itu sahaja lah yang dia dengar daripada Halwa. Semua benda yang dia rekomendasikan pasti mendapat jawapan 'abang tak suka'. Dari situ dia simpulkan yang Nadhif sangat cerewet! Semua benda dia tak suka. Apa yang lelaki itu suka pun dia tak tahu.

'Dia suka kau kan, Nufa?'

Tersentak Nufa dengan kata hati sendiri. Sampai mati langkah kakinya. Dan itu buat Halwa kaget sekali. Atas bawah pandangan Halwa diterimnya.

"Kenapa kakak?" Soal Halwa. Mula lah kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Cuba cari punca yang menyebabkan Nufa tiba-tiba brek langlah tadi. Tapi, macam tiada apa pun.

"Kakak okey?" Soal Halwa, prihatin.

Nufa senyum kekok. Kepala diangguk perlahan seraya langkah kembali diambil semula. Otak muka dikerah untuk cipta alasan kepada Halwa. Takkan lah dia nak beritahu yang dia tiba-tiba jadi begitu sebab ada kena mengena dengan abang tunggal gadis itu kut. Tempah malu tujuh keturunan namanya.

"Akak teringat sesuatu tadi." Mudah jawapan Nufa akhirnya dengan ketawa kekok di akhirnya.

Halwa hanya angguk. Terima sahaja walaupun rasa hairan masih menguasai.

"Err... So!" Sedikit tinggi nada Nufa.

Halwa menoleh.

"Abang Halwa suka apa? Dari tadi benda yang dia tak suka. Lama dah kita jalan ni. Satu barang pun tak jumpa lagi." Kata Nufa. Sambil itu mata melilau juga mahu lihat ada tak sesuatu yang mungkin menjadi kegemaran abang si Halwa. 

Halwa diam. Berfikir mungkin.

"Awa pun tak tahu. Abang walaupun nampak biasa macam tu, tapi semua benda dia ada. Dan Awa boleh kata dia tu agak cerewet juga."

Laju sahaja kepala Nufa mengangguk. Semestinya angguk laju untuk kenyataan Halwa yang terakhir tadi. Betul dah dia teka tadi. Si Nadhif tu cerewet! Dah lah cerewet, poyo pula tu. Huh! Tak boleh jadi someone. Pangkah! Pangkah!

"Dah tu. Abang suka apa?" 

Halwa angkat bahu.

"Yang setakat ni, Awa tahu yang abang suka kakak."

"Hah?!"

Langkah sama-sama mati.

"Hah?" Halwa buat-buat tak faham. Rasanya tadi dia mengomel perlahan aje. Takde niat pun untuk Nufa mendengar sama. 

Nufa telan liur. Berdebar dada dengar apa yang Halwa katakan sebentar tadi. Tapi, dia sendiri tak pasti adakah betul apa yang dia dengar tadi. Atau itu hanya perkataan-perkataan yang terbit dari imaginasinya sendiri. Yalah. Tadi pun hatinya bisik benda yang sama.

Berdebar, liur ditelan.

"Ha---Halwa cakap apa tadi?" Sedikit gagap Nufa meminta kepastian.

Dahi Halwa berkerut. Buat-buat ya. Bukan betul-betul pun.

"Bila?"

"Tadi tu."

Makin berpeluh Nufa dibuatnya. Eh. Sejak bila perangai Halwa jadi macam Sayf ni. Jangan sampai kakak back hand kau kat sini, adik. Ada yang kena nanti kang. Tak kira dah comel ke tak comel.

"Oh." Tangan Halwa naik menepuk perlahan lengan Nufa. Bibir pun dah ukir senyum manis. Lengan Nufa dirangkul kembali. Langkah pun diatur semula bersama.

"Awa cakap, yang setakat Awa tahu, Awa tak pasti betul ke tak. Tapi, Awa rasa abang suka betul kumpul topi. Dari dulu sampai sekarang, dia memang dengan topi dia aje. Tak pernah lah Awa tengok abang ada buat koleksi sebanyak koleksi topi dia tu." Panjang lebar jawapan Halwa. Pulak tu, dengan bersungguh pula tu dia memberitahu.

Terkelip-kelip mata Nufa. Lain macam. Rasanya Halwa dah ubah skema jawapan ni. Tapi, kita ambil aje lah jawapan yang ini. Lebih menyenangkan kut daripada yang dia tersalah dengar tadi. Kalau Halwa ulang sama macam apa yang dia terdengar, pasti jadi kekok. Dia pun tak tahu dia akan balas bagaimana.

"Oh." Terangguk-angguk kepala Nufa.

Halwa kerling Nufa sekilas. Senyum senget terukir. Comel aje lah kakak di sebelah ini. Tak pelik bagaimana kalau si abang tak sudah-sudah mencuri lihat wajah itu.

"Kalau macam tu kita pergi cari topi lah untuk abang Halwa." Putus Nufa.

"Tak nak."

"Aik?"

Halwa gelak kecil.

"Awa rasa Awa tahu nak belikan abang apa." Kata Halwa sambil tersenyum lebar.

Berjangkit dengan senyum comel Halwa, Nufa ikut sama tersenyum. 

"Apa dia?"

"Jom!" Dan terus tangan Nufa ditarik, buat langkah mereka berlari-lari anak sedikit. Tengok sekilas dah macam budak-budak sekolah first time masuk mall pula.

Biar lah! Asalkan mereka tak ganggu sesiapa dan rasa bahagia luangkan masa untuk hubungan persahabatan ini makin mekar. 

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

RALIT Nufa membelek sehelai t-shirt oversized yang terpamer di hanging rack. Terangguk-angguk kepala melihat design yang simple namun menarik t-shirt itu. Dari sehelai, jadi berhelai-helai pula t-shirt-t-shirt bergantungan itu dibelek Nufa. Tak cukup itu, kadang Nufa tarik sehelai dan diletakkan di tubuh. Mencuba.

"Nice lah." Komen Nufa. T-shirt berwarna ungun pastel dengan poket checkered hitam putih di bahagian dada diletakkan di atas tubuh. Jalan-jalan cari cermin, t-shirt itu dibelek lagi. Sampai di hadapan cermin, cuba Nufa lihat penampilannya.

"Nice!" Sorak Nufa. Tak fikir panjang, terus Nufa putuskan untuk dijadikan koleksi baju barunya. Nanti boleh sarung buat baju tidur di rumah. Kalau nak pakai di luar, boleh pakai dengan handsock. Tutup lengan memandangkan lengan baju itu labuhnya tak sampai menutup semua lengannya. Tutup 3/4 sahaja. Hehehe.

Angguk, angguk kaki pusing tukar arah langkah. Mahu cari Halwa. Tadi Halwa sibuk cari t-shirt untuk abangnya. Sleeveless semestinya memandangkan itu sahaja jenis baju yang beri keselesaan sesungguhnya kepada Nadhif. Bak kata Halwa lah.

Mata meliar cari batang tubuh Halwa, namun matanya tiba-tiba jatuh pada satu susuk tubuh yang biasa dipandangnya. Kecilkan mata, Nufa ingin pastikan betul atau tidak 'dia' yang Nufa nampak.

Lihat sahaja wajah pemilik tubuh itu, sinsi terus bibir Nufa.

Tu. Kat sana tu Mifzal.

"Aduh. Malang sungguh lah aku hari ni." Perlahan Nufa berkata. T-shirt di tangan dah disangkut semula di hanging rack. Tak minat dah nak membeli. Takpe lah takde koleksi baru pun. 

Terus kaki menapak keluar dari kedai. Tangan dah keluarkan telefon. Mahu telefon Halwa yang dia tunggu di tempat lain.

"Nufa?"

Berhenti terus jari Nufa di skrin telefon. Nafas berat dilepaskan bila dengar suara Mifzal menerpa masuk dalam pendengarannya. Ya. Memang cliche begini. Kalau kita nak lari, memang tak akan jadi. Pasti akan terserempak juga.

"Nufa!" Suara Mifzal jadi makin teruja bila Nufa angkat wajah. 

Jengkel riak wajah Nufa. Pelik. Dah kenapa pula lelaki itu mahu teruja berjumpa dengannya.

"Sayang buat apa kat sini?"

Nak muntah Nufa dengar panggilan yang Mifzal gunakan untuk dirinya.

"Eh, geli lah. Kau tak payah nak sayang-sayang dengan aku." Kasar Nufa membidas. Kaki dah diangkat mahu beredar namun laju sahaja Mifzal menahan. Elok berdiri di hadapan Nufa dengan muka tak tahu malu.

"You buat apa kat sini?" Soal Mifzal. Kedai dipandang dan senyum perlahan-lahan pudar dari bibir.

Nufa mengerling ke kedai sama. Senyum sinis terukir bila tahu punca senyum Mifzal pudar. Yalah. Lelaki itu terserempak dengannya di kedai pakaian lelaki kut. Siapa-siapa pun tahu kenapa seorang perempuan boleh berada di kedai pakaian lelaki.

A. Beli sesuatu untuk seorang lelaki.
B. Bersama seorang lelaki.

Apa-apa pun pilihannya, ia jelas. Ada kaitan dengan kaum lelaki seperti Mifzal.

"You dengan siapa, Nufa?" Suara Mifzal dah keras bertanya. Tangan pun dah dicekak di pinggang. Memang itu gaya lelaki itu jika rasa tidak puas hati menguasai diri. Dan sumpah Nufa tak faham kenapa itu yang perlu dirasakan Mifzal.

"Takde kena mengena dengan kau." Balas Nufa sebelum dia sekali lagi melangkah pergi. Namun, sekali lagi juga Mifzal menghalang jalan lurusnya.

Nufa tarik nafas dalam-dalam. Kena settle sendiri. Di sini tiada Nadhif mahu bantu.

'Eh, dah kenapa pula lelaki tu muncul time-time macam ni. Kau fokus boleh tak, Nufa?'

"Sana lah."

"You ada boyfriend baru ke?" Soalan Mifzal buat darah Nufa menggelegak sendiri. Terus tajam matanya memandang Mifzal yang dah cemberut riak wajahnya.

"Suka hati aku lah nak ada boyfriend baru ke tak. Ada masalah ke dengan kau?" Soal Nufa berani. Pelik dia dengan Mifzal. Dulu bukan main anggap dia kawan bagai. Sekarang, sibuk pula nak kongkong hidupnya. Walhal hubungan mereka jelas-jelas diakhirkan oleh lelaki itu.

"Yes! Memang ada masalah!"

Gelak sinis Nufa dibuatnya.

"Gila." Menggeleng Nufa sebelum tajam dia memandang Mifzal kembali. Kalau boleh keluar laser melalui mata, dah lama terbakar muka si Mifzal ni. Jengkel tak sudah!

"Aku ingatkan kau semula. Kau dengan aku dah takde apa-apa!"

"No! I nak you balik! You dengan I balik!" Tegas Mifzal nyatakan kehendak gilanya.

Ya. Gila. Gila nak getback.

"Eee, siapa nak dengan kau?" Jelek muka Nufa.

"Please, Nu---"

"Baby?"

Serentak Nufa dan Mifzal menoleh. Dan masing-masing menangkap Ayesha yang semakin menghampiri. Makin laju menghampiri bila mata jatuh pada seraut wajah bosan Nufa.

"Hei!" Nyaring suara Ayesha menyergah Nufa bila dia menghampiri. Sempat dia menolak bahu Nufa. Mujur tak jatuh Nufa dibuatnya.

Nufa tiup bucu tudung. Oh gosh! Ayesha mahu ajak shoot drama pulak ke?

"You!" Lurus jari telunjuk Ayesha di hadapan wajah Nufa. 

Nufa selamba menepis jari itu. Agak biadap ya buat begitu, Miss Ayesha.

Mifzal bertindak menjauhkan Ayesha daripada Nufa. Dia tak mahu Ayesha mengapa-apakan Nufa. Jika Nufa disakiti, tipis peluangnya untuk memujuk Nufa kembali kepadanya. Dan itu sangat dielakkan. Dia masih mahu Nufa terus ada dalam hidupnya walaupun dengan hanya status kawan.

Mungkin lama-lama ia boleh berubah kembali selepas itu.

Nufa garu dahi. Bosan lah dia dengan semua ini. Tujuan nak shopping dah hilang kalau begini.

"Look. Aku tak kacau siapa-siapa." Angkat dua tangan, Nufa pusing badan mahu beredar.

"Perempuan murah ni  buat apa pada you? Dia mengemis perhatian you balik ke?" 

Panas telinga Nufa dengar tuduhan Ayesha. Buat kaki yang nak melangkah pergi mati terus. 

"Heh." Sinis ketawa yang dilepaskan. Pusing semula Nufa menghadap Ayesha dan Mifzal. Dan seperti yang dia bayangkan dalam kepala, pandangan Ayesha benar-benar tunjuk yang dia sangat kerdil di mata gadis berkelas itu.

"Kau nak aku betul-betul jadi murah ke?" Provok Nufa selamba.

"Nufa, no." Mifzal menghalang. 

Ayesha mendekat. Sinis juga senyumannya kepada Nufa.

"What? You wanna kiss his shoes and begging him to stay? You want to do that? If yes, I will be love to watch it!" Tak mahu kalas Ayesha ikut sama memprovok.

"But spoiler! You won't ever get him!" Tambah Ayesha sambil jari mencucuk-cucuk bahu Nufa.

Nufa menepis sekali lagi. Senyum senget. Dah terbayangkan dah kesan cakaran kukunya di wajah Ayesha.

"Oh, babun. Aku tak buat tu."

Bulat mata Ayesha dengar kata Nufa. Tak percaya.

"What? Babun?!"

Mifzal tersenyum perlahan namun cepat dia tunjuk riak beku bila Ayesha menoleh kepadanya. Meminta tolong pastinya supaya dia memarahi Nufa. Tapi, Mifzal hanya buat-buat tak faham sahaja.

"Yes babun. And I can be babun tu."

"What?" Makin tak faham Ayesha. Perempuan depan dia ni gila ke apa?

Nufa senyum senget lagi.

"Macam ni!" Terus Nufa angkat tangannya tinggi, mengacah seperti mahu menyerang Ayesha. Dan itu sahaja berjaya Ayesha menjerit dan berlari menyorok kepada Mifzal. Puas hati Nufa bila lihat Ayesha yang pengecut begitu. Main-main lagi dengan Nufa Huwainaa. Itu baru acah. Kalau dia buat betul-betul, baru padan muka!

Mifzal sibuk melindungi Ayesha. Sedikit terkejut dengan perbuatan Nufa. Tak dia sangka sisi lembut Nufa tidak lagi kelihatan.

"Lemah." Komen Nufa sebelum dia angkat dan kali ini tiada siapa yang menghalang. Bagus!

Lihat langkah ringan Nufa, tak berkelip mata Mifzal dan Ayesha.

"Ish! You ni! You pandang dia kenapa? You tak nampak ke dia nak serang I tadi? Kenapa you tak marah dia?!" Ayesha hentak kaki sekali dua sebelum dia melangkah pergi dari situ. Bengang dengan Mifzal yang tidak bertindak apa-apa kepada Nufa tadi.

Mifzal terdiam. Langkah Ayesha diperhati sebelum sekilas dia memandang Nufa yang sudah menghampiri seorang gadis. Lihat gadis yang bersama Nufa, Mifzal jadi lega sendiri. Sekurang-kurangnya dia tahu dah jawapan untuk soalannya tadi.

Dia masih punya peluang.

"Baby!" Jeritan nyaring Ayesha kedengaran dan itu buat Mifzal buru-buru mendekati gadis itu. Tapi, Nufa yang tadi belum hilang dalam kepala.

'She's cute.'

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

SHUTTER dikunci. Simpan kunci dalam beg, Nufa tarik keluar telefon bimbitnya. Mahu telefon Sayf yang pasti. Nak tahu di mana koordinat lelaki itu. Dia sudah penat dan mahu pulang dengan segera.

Namun lihat ke dalam beg, Nufa perasan akan sesuatu yang berbalut kemas di dalam beg itu. Terbantut niat mahu menelefon Sayf. Bahkan, tangan menarik keluar bungkusan cantik itu dari dalam beg. 

Telan liur, kedai buah di seberang sana dipandang. Garu dahi sekejap lihat shutter besi kedai itu sudah jatuh. Tanda kedai sudah tutup. Tanda Nadhif dan Halwa sudah pulang. Yalah. Sekarang pun dah jam berapa. Halwa pun ada cakap yang mereka akan tutup awal untuk sambut hari lahir Nadhif.

"Akak ikut sekali jom!"

Laju Nufa menggeleng bila Halwa mengajak. Dengar nama Haikal yang tertera dalam ahli majlis buat rasa mahu mengekor itu hilang seratus-peratus. Bukan apa. Dia tak mahu sambutan jadi gelanggang gusti pula. Dia dan Haikal kan memang tak sebulu. Dengan Nadhif pun tak sebulu juga. 

"Nanti lah pass dekat Halwa." Putus Nufa.

Telefon kembali menjadi pusat tumpuannya. Nombor Sayf didail namun masuk dalam peti suara. Sekali lagi, Nufa mencuba namun perkara yang sama juga berlaku. Operator yang menjawab panggilannya.

"Aduh pak cik ni. Jangan gitu, Sayf!" Nufa dah tak sedap hati.

Sayf kalau operator yang menjawab, sah-saha lelaki itu sibuk. Sibuk dengan assignment atau sibuk dengan tidur. Yang tidur tu yang merisaukan. Tak memasal dia kena tidur dobi malam ini. Seram ya, anak-anak!

Nombor Sayf didail sekali lagi, namun sekali lagi suara robot yang menyahut.

"Mampus."

Digit jam dipandang. Nak jam 11 malam dah. Nak minta tolong siapa pula ambil dia malam ni?

Takut sendirian, Nufa mendekati shutter besi semula. Ada baik dia tunggu di dalam dobi daripada sendirian di luar begini. 

Baru tangan nak buka mangga di shutter, dehaman kecil dari belakang buat Nufa menoleh. Dada berdebar dek takut namun bila lihat yang berdeham itu Nadhif, terus nafas lega dilepaskan.

"Hish!" Marah Nufa perlahan. Yalah. Lelaki itu berjaya buat dia berpeluh dingin juga tadi.

Nadhif senyum kecil.

"Kau kenapa tak balik lagi?" Soal Nufa. Nadhif dipandang atas bawah. 

'Dia ni bukan tengah sambut birthday party ke?'

"Saje." Dan selepas itu Nadhif tak lepas pandang Nufa. Buat Nufa tak senang duduk. Tak senang duduk sebab pipi dah rasa hangat sendiri.

Tiba-tiba pula teringat pula kata-kata lelaki ini jam 12 malam tadi. 

"Perfect. Aku mula hari lahir aku dengan kau."

Makin hangat jadi pipi Nufa.

 "Apa?" Soal Nufa. Untuk sorok hangat wajahnya, Nufa kembali pusing untuk buka mangga shutter. Ada Nadhif makin dia mahu duduk dalam dobi. Kurung diri dalam dobi sampai malunya hilang.

Punya lah dia usahakan tak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Tup tup, terjumpa juga. Walaupun bukan dia yang pergi jumpa malah sebaliknya.

"Sayf tak ambil?"

Nufa menggeleng. Shutter ditolak dan sebelum dia masuk ke dalam dobi, Nadhif dipandang. Pelik dia bila lelaki itu masih lagi tak sudah memandangnya.

"Nak apa?"

"Topi aku."

Nufa terkebil-kebil sendiri sebelum dia angguk. Dapat tangkap. Mesti lah lelaki itu mahu topi yang disauk di kepalanya oleh lelaki itu sendiri semalam. Dah tahu tak boleh hidup dengan topi, pergi sauk-sauk dekat kepala orang dah kenapa? Tak faham sungguh.

'Sebab dia suka kau lah.'

Tarik nafas dibuatnya. Tak habis-habis lagi kata hatinya yang satu itu.

"Kejap." Pinta Nufa. Topi itu di dalam. Dia simpan di meja kaunter supaya tak lupa. Kalau bawa balik rumah, peratus untuk lupa pulangkan itu ada ya. Bukan setakat ada malah tinggi juga.

Masuk dalam dobi, lurus Nufa menuju ke meja kaunter. Topi Nadhif yang ada di situ diambil dan bila nak ke pintu semula, langkah mati gara-gara lihat Nadhif yang dah duduk di hadapan pintu. Elok pula tu badan bersandar di pintu kaca.

"Tak tahu ke lantai tu kotor." Omel Nufa sambil menggeleng.

Namun, omelan dan gelengan mati bila lihat Nadhif menoleh ke belakang memandang lurus kepadanya. Telan liur Nufa dibuatnya. Bila Nadhif begitu dengan dagu direhatkan di lutut, buat liur dah tak ditelan. Tersekat di kerongkong.

'Kan kata, dia suka kau.'

"Eh, bukan masa sekarang ya." Nufa menidakkan.

Debar di kawal dan langkah diambil. Buat selamba sahaja sampai lah Nadhif dihampiri. 

Berdiri, kepala menunduk pandang Nadhif. Dan debaran makin menjadi-jadi bila Nadhif mendongak. Tambah lagi mata lelaki itu lurus memandangnya.

"Lelaki kena tundukkan pandangan." Sedas Nufa bagi untuk hilangkan rasa aneh yang tiba-tiba menyusup masuk dalam hati.

Ya. Dan itu ada kena mengena dengan lelaki ini.

Nadhif senyum sinis dan patuh. Pandangan ditundukkan. Topi yang dipegang Nufa ditarik kemudiannya. Dapat, terus dia sarungkan topi di kepalanya. Tempat yang betul selepas duduk dengan rakan kongsi.

Ehem.

"Kau lah menarik sangat." Omel Nadhif perlahan.

"Hah?!" 

Nufa terkejut. Macam dejavu. Kalau tengah hari dengan si adik, malam dengan si abang pula. Ke telinga dia yang salah dengar. Banyak sangat bendasing ke dalam telinga?

Nadhif hanya geleng seraya bangun dari duduknya. Kali ini, Nufa pula yang terlihat mendongak kepadanya.

"Comel."

"Hah?!" Mata  Nufa dah bulat. Dia rasa dia tak salah dengar kali ini. Betul-betul di hadapannya.

"Pendek."

"Hello!" Cekak pinggang  Nufa dibuatnya. Senang aje bagi orang panas hati lepas buat dia berdebar. Pang kang!

Nadhif senyum senget.

"Annoying. Balik sana!" Halau Nufa.

"Kau balik dengan siapa?" Lain yang Nufa suruh, lain pula yang Nufa dapat.

Nafas dihela.

"Tak tahu. Tidur sini kut." Pasrah aje suara Nufa. Bukan mahu raih belas Nadhif atau apa. Tapi, memang itu yang dia rancang. Tidur sahaja lah di dobi jika Sayf tidak boleh ambil. Bukan kali pertama walaupun rasa seram tidur di sini itu ada.

Nadhif angguk.

Nufa angguk sama.

Nadhif pandang Nufa. Tak lepas sekali lagi.

"What? Apa lagi?"

Nadhif hanya diam.

"Kau nak cakap kau nak habiskan hari kau dengan aku pula ke?" Berani tak berani, terpacul apa yang ada di fikiran dalam bentuk omelan perlahan. Dan sumpah, Nufa sendiri terkejut. Tak sangka dia mengomel apa yang ada dalam kepala.

Wajah dah menghangat. Habis lah kena ejek tujuh keturunan jika begini. Perasan betul Nufa Huwainaa ni.

"Perasan." Kutuk Nadhif pendek.

Mata Nufa terpejam. Kan dan kata.

"Tapi aku tak rasa nak nafikan." Tenang Nadhif menutur kata.

Mata terbuka. Bulat memandang Nadhif kemudiannya.

"Yes. Aku nak habiskan hari lahir aku dengan kau." Tanpa nada, tanpa senyum, Nadhif tuturkan kata itu. Buat Nufa gamam sendiri.

Lihat tiada respon daripada Nufa, Nadhif buka topi. Menoleh ke arah lain, rambut dibetulkan perlahan sebelum topi disarungkan semula dengan gaya snapback. Kemudian, jatuh semula pandangan kepada Nufa.

Senyum senget bila lihat pipi Nufa sedikit memerah.

"Aku charming kan?"

Nufa terkebil-kebil dengar soalan Nadhif. Lambat dia nak gelak sinis tu. Sekali gus itu mengantoikan Nufa. Nampak lah macam membenarkan apa yang Nadhif kata tadi selama tiga saat.

"Perasan." 

Nadhif jongketkan bahu.

"Oh. Alang-alang kau ada dan hari ni pun birthday kau, aku nak bagi ni." Kata Nufa seraya mengeluarkan barang berbalut kemas tadi dari begnya. Dihulurnya kepada Nadhif tanpa memandang lelaki itu. Malu pula dia.

Eh. Macam mana boleh jadi begini ya? Bukan mereka saling tak suka ke? Ini siap bagi hadiah bagai.

Nadhif ambil. Takde langsung ungkap terima kasih malah selamba aje bungkusan itu dibuka di hadapan Nufa. Gelabah Nufa jadinya sebab segan.

"Eh, jangan lah buka depan aku."

Tangan Nadhif berhenti. Balas tatap sekejap dengan Nufa.

"Asal? Kau bagi aku racun ke?"

Hilang terus segan Nufa. Lelaki ini memang mahir ya dalam bab-bab membunuh rasa.

"Ish! Bagi semula lah!" Tangan dah bergerak mahu  merampas, namun laju Nadhif menjauh.

Nufa peluk tubuh dan julingkan mata. Lantak kau lah mat! Malas aku nak melayan. Sudahnya, lihat sahaja Nufa kepada Nadhif yang jelas-jelas unboxing pemberian kecilnya depan mata.

Nadhif buka dan buka. Bila lihat isinya, mata terkebil-kebil sendiri. Nufa dipandang dan gadis itu terlihat sibuk dengan telefon di tangan. Langsung tak memandangnya atau lebih tepat sengaja tak nak pandang.

"Seriously? Mini towel?"

Nufa menjeling.

"Jenis tak bersyukur!" 

Dan terus terhambur gelak Nadhif. Buat Nufa kaku.

That dimple smile! No! It's dimple laugh!

Nufa cair!

Nadhif habiskan gelak. Nufa dipandang dan dia perasan laju gadis itu alihkan pandangan daripadanya. Itu buat Nadhif senyum lebar.

"Why this?"

Nufa julingkan mata.

"Saje. Tuala Good Morning kau nampak usang." Komen Nufa selamba.

Nadhif angguk.

"It's the little things." Bisik Nadhif perlahan.

Nufa menjeling. Jadi malu bila lihat Nadhif duk pandang tuala kecil pemberiannya tak lepas. Bukan itu sahaja. Tangan lelaki itu pula tak sudah-sudah mengusap mini towel itu. Macam itu lah benda paling berharga yang lelaki itu punya.

"Ish, dah lah! Balik!" Halau Nufa.

Nadhif angguk bersetuju. Memang tujuan dia datang ini pun selain mahu habiskan minit-minit akhir lahirnya bersama Nufa.

"Bye."

Nufa mencebik. Langsung takde terima kasih. Poyo!

"Oh, by the way. Sayf kat sana." Jari Nadhif tunjuk ke satu arah. Dan mata Nufa terus membulat bila lihat kereta Sayf terpakir di tempat yang ditunjuk Nadhif. Bukan itu sahaja malah lelaki itu galak mengangkat kamera seolah-olah semua yang terjadi tadi berjaya dirakam.

"What?!"

Nadhif senyum senget.

"Hadiah aku daripada dia. Bye!"

Nufa terdiam. 

Apa? Ini Hadiah daripada Sayf buat lelaki itu.

Apa? Masa ke? Sayf hadiahkan masa ke? Sayf hadiahkan masa supaya lelaki itu dapat bersama dia? Itu ke?

ARGH! Lelaki berdua itu memang tak guna! Seorang bagi rasa gugup. Seorang lagi bagi rasa geram. Urgh!

*HA TAK TIDUR LAGI KAN?

Continue Reading

You'll Also Like

123K 14.1K 34
"𝗠𝗮𝘆𝗯𝗲 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗲, 𝗼𝗿 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝗹𝗶𝗳𝗲, 𝘄𝗲'𝗿𝗲 𝗺𝗲𝗮𝗻𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝗲𝗮𝗰𝗵 𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿. 𝗕𝘂𝘁 𝗳𝗼𝗿 �...
593K 29.3K 47
Setelah kehilangan orang tersayang, Damia Nabella nekad. Tidak mahu mencintai. Huluran cinta hadir daripada Irfan Izzali, yang dianggap sebagai aman...
673K 25.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
2.8M 141K 97
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu...