C | ๐‚๐”๐๐ˆ๐ƒ

By leimonadd

224K 27.4K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C34

1.8K 258 69
By leimonadd

MELOROT jatuh Nufa menyorok dalam kereta bila kereta Sayf sudah berhenti di hadapan dobi. Sayf yang melihat tingkah pelik Nufa hanya mampu mengerutkan dahi. Kepala pula menggeleng beberapa kali bila lihat Nufa kalut memakai pelitup muka. Tak cukup dengan itu, kaca mata hitam pun ditarik sama.

Geram, Sayf terus ketuk perlahan kepala Nufa dengan botol kosong. Mengaduh Nufa dibuatnya.

"Ish, sakit lah!" Kepala digosok perlahan. Tajam mata hantar jelingan kepada Sayf di sebelah.

"Itu makan dia! Yang kau nak pelik-pelik pula kenapa? Cepat lah keluar!" Arah Sayf. Picu tali pinggang keledar ditekankan buat Nufa sebelum dia campak botol kosong tadi kepada Nufa. Minta dibuang dengan cara yang paling biadap. Haha!

Nufa merengus tidak puas hati.

'Sebab kawan baru kau yang poyo tu lah aku jadi begini. Hish!' Tak puas hati Nufa mengomel dalam hati.

Botol kosong dicapai dan tali pinggang keledar dilepaskan. Jeling Sayf, pintu kereta dibuka luas-luas. Bersedia untuk hempas kuat-kuat. Biar Sayf tahu dia salah cari pasal pagi-pagi begini.

Nampak kuakan besar itu, Sayf buru-buru keluar dari kereta. Nak selamatkan kereta kesayangannya. 

"Kau jangan macam-macam eh, pagi ni!" Amaran Sayf sudah keluar. Kejap tangan memegang pintu kereta seraya Nufa ditolak lembut ke tepi. 

Julingkan mata, Nufa betulkan topi di kepala. Dan tiba-tiba dia teringat. Teringat tentang pemilik topi ini. Mata terus pandang kedai buah seberang jalan sana. Nampak dah shutter besinya dinaikkan. Pasti pemilik kedai itu sudah mula berkerja.

"Sana lah. Aku dah lambat ni. Kau balik nanti tunggu sini diam-diam eh?" Pintu kereta Sayf tutup. Nufa dipandang kemudiannya dengan tangan mencekak pinggang sendiri. Gaya bapak-bapak marah anak.

Beralih pandang, mata Nufa lihat Sayf.

"Patut pun kau single abadi. Macam polis pencen!" Kutuk Nufa selamba sebelum dia ambil langkah tinggalkan Sayf di situ. Jika berlama, takut pula adegan tumbuk-menumbuk terjadi. Pagi lagi ni kalau nak jadi gengster.

Lihat langkah Nufa, Sayf mencebik. Kereta dimasuki kembali. Pandang seberang jalan, teringat terus kepada Nadhif.

"Awal lagi ni." Jam dilihat sekilas. Selepas berkira-kira sendiri, Sayf buat keputusan.

"Singgah kejap lah." Handbreak diturunkan, sedia untuk memandu ke kedai seberang sana.

Senyum dah melorek di bibir. Ada bagus juga dia singgah sebentar. Boleh juga dia tahu gossip terkini Nadhif dan Nufa.

Tiba-tiba teringat hal semalam.

Seronok berbalas WhatsApp dengan Nadhif, sengaja dia hantar nombor Nufa. Tak memasal. Walhal takde pun Nadhif sebut apa-apa mengenai Nufa.

Nadhif
Pehal ni?

Sengih Sayf dibuatnya.

You
Eh sorry, sorry. Terhantar.

Nadhif
Oh.

Berdekah Sayf dibuatnya. Tolak tepi lah malu tak malu tu. Misi jadikan Nadhif someone Nufa perlu diteruskan juga.

Sampai, handbreak ditarik. Tersenyum dia keluar dari kereta. Mata dah tangkap Nadhif yang sibuk menyusun atur bakul-bakul kayu yang berisi buah di tempatnya.

"Bro!" Tegur Sayf bila kaki cecah masuk ke dalam kedia buah Whole Fruit.

Kaget, Nadhif menoleh. Bila lihat Sayf, tangan diangkat tanda menyapa. Kaki pun dah bergerak merapati kawan lelaki Nufa itu.

"Sayf. Buat apa sini?" Tangan Sayf disalam. Dan sekilas mata memandang ke luar.

Ehem. Faham-faham lah siapa yang dicari. Dah kalau Sayf Hakim, pasti Nufa Huwainaa menjadi pasangannya.

Lihat gerak mata Nadhif, Sayf kemam bibir.

'Jangan senyum. Jangan senyum.'

"Awal kau datang sini." Nadhif berbasa-basi. Tuala Good Morning dibawa naik mengelap peluh di leher.

Sayf angguk kecil.

"Nak tahu gossip, memang lah awal." Omel Sayf dibawah nafas.

"Hah?" Berkerut dahi Nadhif. Satu butir kata Sayf langsung tidak ditangkapnya.

"Hah? Tak, tak. Hantar Nufa tadi. Pastu tiba-tiba ternampak kau. Tu singgah sekejap." Selagi boleh goreng, Sayf goreng.

Nadhif mengangguk. Sayf pula senyum lebar. Tak lepas pula pandang dia. Buat Nadhif kekok sekejap.

"Nak beli buah?" Dan terpacullah juga soalan yang kekok. Siapa juga suruh lihat dia tidak berkelip. Kan dah mendapat.

Sayf gelak kecil.

"Aku beli jus aje lah. Dah bukak ke Juice Station korang?" Soal Sayf. Kaunter dilihat sekilas. Takde pula nampak batang tubuh Halwa.

Nadhif senyum dan kaki mula menapak ke dapur mini. Mahu layan pelanggan pertama yang mahu minum jus pagi-pagi begini.

"Untuk kau, sekarang juga buka." Seloroh Nadhif. Dan Sayf hanya sambut dengan tawa kecil.

Langkah Nadhif diekori.

"Bagi aku jus oren lah." Pinta Sayf.

Nadhif hanya mengangguk kecil. Sarung tangan getah berwarna hitam dipakai sebelum sebiji oren diambil.

Diam Sayf melihat Nadhif menyiapkan pesanannya.

"Aku suka jus oren. Dan Nufa suka jus tembikai."

Terhenti sekejap tangan yang sedang memotong buah oren. Tak lama. Kalau tak diperhatikan dengan teliti, memang tak akan nampak tangan Nadhif berhenti seketika tadi.

Tapi, menjadi seorang Sayf Hakim yang bak helang memerhati sedari tadi, pasti sahaja ia disedari.

'Woho!' Sorak sekejap dalam hati.

Nadhif tayang muka kosong sahaja.

"Halwa mana? Tak datang?" Kita tukar topik.

Nadhif masukkan potongan buah oren dalam mesin pengisar.

"Entah. Datang-datang terus keluar. Katanya nak beli sarapan." Beritahu Nadhif.

Gula dimasukkan bersama dengan satu cawa air. Tutup mesin kemudian bising ruang kedai dengan bunyi mesin pengisar yang berfungsi.

Sayf mengangguk. Jam di tangan dipandang. Okey. Masa makin suntuk tapi macam mana dia nak pancing Nadhif ya? Nak juga tahu lelaki itu ada hubungi Nufa tak semalam.

Jari mengetuk kaunter perlahan.

Mesin pengisar dimatikan. Ambil cawan plastik yang berisi ais, isi dalamnya dituang ke dalam cawan plastik itu. Siap, langsung Nadhif berikan jus oren kepada Sayf.

"Thank you."

Nadhif senyum sahaja. Biarkan Sayf menikmati, dia basuh apa yang perlu dibasuh di sinki.

"Emm..."

Nadhif menoleh. Sayf seperti mahu cakap sesuatu.

"Kau a---"

"Abang!" Suara dari arah gerbang kedai, memotong kata-kata Sayf.

Serentak Sayf dan Nadhif memandang gerbang kedai.

Ada Halwa. Dan ada Haikal juga. Bersama mereka ada dua keping sandwich buah yang dicucuk dengan lilin bernombir 26.

Sayf pandang Nadhif. Kebingungan. Manakala Nadhif pula dah ukir senyum lebar. Tangan naik menutup muka. Malu.

Nak tutup pakai topi, topi dekat ehem ehem.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nadhif Hamza
Allah selamatkan kamu

Ceria Halwa dan Haikal menyanyi buat Nadhif. Buat Sayf terikut sama dengan tangan menepuk kecil.

Lah birthday boy rupanya Nadhif hari ini.

'Kena bagitahu Nufa ni.' Sayf dah pasang niat dalam hati.

"Bro!" Haikal mendekati selepas lagu habis dinyanyi.

Kepala Nadhif dihead lock longgar. Sebelah tangan pula seronok meluku kepala Nadhif berkali-kali.

Nadhif ketawa lepas. Jelas nampak lesung pipitnya. Buat Sayf makin nak beritahu apa yang dia lihat sekarang kepada Nufa.

Memang sesuai Nadhif jadi someone Nufa. Cerah masa depan Nufa dengan lesung pipit manis itu.

Fuh!

TING!

NUFA kerling telefon. Berkerut bila lihat nama Sayf muncul di skrin.

"Bukan dia tengah kelas ke?" Ingin tahu, telefon dicapai dan notifikasi WhatsApp ditekan.

Sayf Dude
TERGEMPAR!

Dahi jadi makin berkerut.

"Apa benda mamat ni pagi-pagi." Omel Nufa. Laju tangan menari di papan kekunci. Nak balas chat Sayf sama.

You
Apa benda kau ni. Pagi lagi ni Sayf nak bergossip pun

Sayf typing.

Sayf Dude
Hari ni birthday laki kau. Kau tahu tak?

Menganga kecil mulut Nufa. Meter geram tu dah naik sikit. Sayf memang cari nahas.

You
Sejak bila pula mamat poyo tu jadi laki aku?

Sayf Dude
Mamat poyo?

Juling mata Nufa dibuatnya.

"Buat-buat bodoh pulak!" Omel Nufa geram dengan tangan menaip kata yang sama.

You
Buat-buat bodoh pulak. Nadhif lah!

Sayf typing.

Bucu tudung ditiup Nufa.

"Dah kenapa Nufa? Marah kat siapa?" Kebetulan, Afrina yang muncul bertanya. Lihat kerutan Nufa, dahinya ikut sama berkerut.

Sangat tidak baik ya!

"Sayf ni! Pagi-pagi cari pasal!" Luah Nufa tidak puas hati.

Afrina kemudiannya menggeleng. Tanpa kata terus dia beredar ke belakang. Tak payah tahu sangat apa benda yang digaduhkan dua kawan itu. Yang pastinya, dua-dua macam budak-budak.

Sayf Dude
Uuuuu. Aku tak mention dia pun. Uuuuu. Kenal eh laki kau? Tahu eh birthday dia?

Tangan naik tutup mata lepas baca balasan Sayf. Sungguh lah anak Pak Cik Hanafi ini menjengkelkan. Malas dah dia mahu membalas.

Sayf Dude
Oh. Kau wish dia eh pukul 12 malam tadi?

Mata bulat.

"Eh tak kuasa aku."

Sayf Dude
Ke dia yang wish kau?

"Babun."

Sayf Dude
Oh pandai dah eh buat hubungan belakang aku.

"Gila!"

Sayf Dude
Diam ni. Betul eh? Betul lah eh kau contact dia semalam?

Geram, telefon dicapai.

You
EH. Kau jangan nak putar belit eh. Kau yang bagi dia nombor aku! Sekarang tuduh aku pula yang menggatal. Gila!

Send! Geram Nufa dibuatnya.

Sayf typing.

Sayf Dude
BINGO! THANK YOU BAGI JAWAPAN. BYE AKU NAK KELAS.

Mulut Nufa menganga.

Sayf Dude
Btw, kau jangan lupa wish laki kau okey? Aku cakap dah tadi kau datang nak bagi hadiah nanti.

Tambah, mulut menganga luas.

"Eeeee! Gila lah mamat ni!"

You
Woi sikat tepi!

Satu tick. Grey tick. Makin buat Nufa sakit hati.

"Urgh!"

"Tak habis gaduh lagi?" Suara Afrina bagai angin lalu aje.

Terus Nufa jatuhkan kepala di meja. Ugh! Terus takde mood nak berkerja.

Ting!

Bunyi notifikasi WhatsApp masuk lagi. Buat Nufa tarik nafas dalam-dalam. Si Sayf ni dah hidupkan semula mobild data ke?

Tet! Salah. Bukan Sayf yang hantar WhatsApp. Tapi Halwa.

Terus skrin ditekan.

Halwa
Kakak Nufa.

Tak sempat nak balas, nama Halwa dah muncul di skrin. Gadis manis itu menelefonnya. Laju tangan menggesek ikon hijau untuk menjawab panggilan masuk itu.

"Halwa. Akak baru nak balas WhatsApp Halwa." Beritahu Nufa. Senyum kecil dah terlorek di bibir.

Halwa gelak di talian sana.

"Sorry, sorry. Awa teruja."

Suara ceria Halwa menerbitkan tawa kecil Nufa. Hilang terus rasa marah tadi. Kan bagus begini. Berbual dengan sesorang yang  mampu menceriakan pagi kita. Bukan seperti Sayf tadi.

"Takpe. Kenapa Halwa call kakak?" Soal Nufa.

"Awa nak tanya kita nak gerak pukul berapa tengah hari ni? Awa kena minta izin abang awal-awal."

Terkebil-kebil mata Nufa menerima soalan Halwa. Otak cuba difungsikan tapi nampak seperti tak berfungsi. Topik luar alam mana yang Halwa bawa sekarang ini?

"Hah?"

"Abang Sayf suruh Awa tanya akak kita nak keluar pukul berapa."

Nufa dah tak sedap hati. Kalau dah keluar nama Sayf, mesti ada kerja gila yang lelaki itu lakukan.

"Kejap. Halwa ada jumpa Sayf?" Soal Nufa mahu mendapat penjelasan.

Awal sangat nama Sayf meniti di bibir Halwa.

"Lah. Abang Sayf datang sini wish sama dekat abang. Dia tahu sebab kakak bagitahu." Jawapan Halwa buat Nufa pejam mata rapat-rapat. Tangan dah naik urut pelipis kepala.

Dia dah kata dah. Sayf memang suka cari pasal!

"Oh."

Halwa gelak kecil di sana.

"Pastu Abang Sayf ada bagitahu juga yang kakak nak ajak Awa pergi cari hadiah abang, tapi kakak malu."

Berdiri terus Nufa dari duduknya. Afrina yang elok sedari tadi buat kerja di sebelahnya pun kaget dengan tingkahnya. Buat kakak iparnya cekak pinggang sama.

Elok. Sekarang dia pula yang naikkan meter geram Afrina.

Semua salah Sayf Hakim!

Tak tunggu lama, Nufa terus angkat kaki. Beralih tempat sembang. Bilik iron menjadi tempat pilihannya.

"Akak jangan malu-malu. Awa pun sebenarnya nak minta kakak teman Awa. Eh tup tup, kakak pun nak buat yang sama."

Sengih kekok Nufa dibuatnya.

"Kita memang kamceng lah kakak."

Aduh. Makin kekok sengihan Nufa.

'Ini bukan kamceng, wahai Awa. Ini fitnah!'

"Halwa, akak sebenarnya..."

"Ya?"

Hela nafas. Serba salah pula nak menolak dan ceritakan hal sebenar bila Halwa dah bersuara teruja seperti tadi.

Tarik nafas dalam-dalam, Nufa mengalah.

'Takpe. Sayf menang kali ni. Kau tengok aku balas macam mana nanti.'

Nafas dihembus. Senyum diukir terpaksa.

"Nanti pukul 12 boleh, Halwa?"

Dan suara teruja Halwa menjawab boleh buat Nufa senyum kecil. Ikhlas tidak lagi terpaksa seperti tadi.

Aduh. Best rupanya ada adik. Lagi-lagi kalau yang perangainya macam Halwa. Comel!

Tapi, untuk cerita rekaan Sayf tu kita buat pasrah aje lah. Ada ubi ada batas. Ada hari Nufa akan pastikan dia membalas!

TBC ESOK atau malam ni kalau sis sempat habiskan type. Ke esok eh?

Continue Reading

You'll Also Like

714K 4.3K 11
"Kau okey? Bangun dulu. Aku tolong kau." Awal pertemuan yang mengejutkan, Marsya Khalili tidak menyangka akan ada wujud malaikat yang membantu diriny...
330K 34.1K 51
Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki...
81.2K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
479K 24.1K 59
๐—ฅ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ โ€ขยฐ. *เฟ ยซ2๐ง๐ ๐๐Ž๐Ž๐Šยป ยฉ2021โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš๐€๐ƒ๐˜ ๐€๐’๐‡๐‘๐€๐… ๐— ๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐€ ๐€๐“๐ˆ๐‹๐ˆ๐€หš เผ˜โ™ก ยทหš Adi Ashraf dan...