Sara Isabella

By froszrine

424K 36.4K 6.6K

Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, di... More

Prolog
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
epilog

25.

8.8K 847 170
By froszrine

Time Stamp.

Pandangan Sara singgah menjeling jam dinding yang tergantung. Hari ini pertama kali dalam beberapa bulan terakhir dia sampai ke rumah awal. Jarum pendek jam belum pun menyentuh angka lapan sebaik Sara menanggalkan kasut dan dimasukkan ke dalam rak.

Setelah itu, langkahnya diatur naik ke bilik. Beg laptop dan slig bag diletak ke atas meja sebelum Sara mengambil tempat di birai katil. Tangannya naik meraup wajah sendiri berserta keluhan terlepas. Penat.

Mental dan fizikal. Ah, penat emosi juga sebenarnya.

Seharian ini dia paksa diri untuk pura-pura okay. Tak nak terlalu hanyut dengan perasaan walaupun hati masih pedih terhiris dengan insiden di lapangan terbang semalam. Tak nak menjawab soalan cepumas Fahin juga sebenarnya.

Sebaik dia tiba di rumah sewa semalam, muka Sara jelas merah padam baru lepas menangis. Fahin yang ketika itu tengah menonton TV tak banyak soal, hanya menatap Sara dengan pandangan tertanya. 

Sara faham je Fahin nak menyoal tapi melihat keadaan dia, Fahin cuba untuk beri Sara ruang sendiri. Sudahnya, sampai malam ni isu semalam tu tak berbangkit. Sara yang masih tak ada mood nak bercerita atau Fahin yang malas nak masuk campur.

Tak nak melayan rasa, Sara bangkit dan berjalan ke bilik air. Nak bersihkan diri lepas tu wuduk dan solat Isyak. Sekurang-kurangnya dia perlu dinginkan kepala dulu sebelum berperang dengan isi kepala sendiri.

Berperang dengan overthinking yang semakin parah tak berkesudahan.

    "Sara?"

Sara menoleh ke arah pintu sebelum wajah Fahin kelihatan. Kawan baiknya itu tersenyum dengan kepala terjengul di celah pintu yang terbuka.

     "Turun makan. Aku bungkus lebih tadi." Fahin memberitahu sebelum kembali menutup pintu bilik Sara apabila yang dipanggil itu mengangguk.

Sara menghembus nafas. Tangan kemudian ditadah membaca doa sebelum diraup mengaminkan. Setelah itu, dia bangun dari duduk dan mengemas telekung dan sejadah yang diguna tadi. 

Langkah kakinya diatur turun dan menghampiri meja makan. Fahin muncul bersama dua cawan berisi air putih tak lama selepas itu. Masing-masing mula membaca doa makan dan menyuap nasi ke mulut.

    "Sara." 

Sara mendongak menatap Fahin. Seruan dengan perkataan sepatah tu, dia dah boleh agak ke mana arah perbualan mereka selepas ini. Mesti ada kena mengena dengan hal semalam.

    "Kau okay?"

Angguk dan senyum. Tak okay pun, dia kena tunjuk okay kan? Apa je yang dia boleh cerita pun? Fahin memang tahu cerita dia dan Ghaz tapi bukan semua. Sara masih ada Eilyas untuk berkongsi kalau betul dia dah tak tahan sangat nak memendam.

    "Aku tahu kau bohong sebab semalam kau nangis. Aku tak bodoh." Fahin membalas sambil menjulingkan mata ke langit. Nak menipu pun agak-agak la si Sara ni. Mereka kenal bukan sehari dua.

    "Aku okay, ada masalah sikit. Sorry tau kalau jadi bad mood lepas tu kena tempias dekat kau." Sara meringis. 

Tolak tepi hal overthinking pasal Ghaz dulu sebab Sara pun sebenarnya tak pasti apa yang berlaku walaupun payah nak bersangka baik selepas kejadian semalam. Tak adil juga untuk Fahin tiba-tiba kena hadap mood angin taufan Sara walhal Fahin tu tak tahu apa-apa.

    "Tak adalah kena tempias ke apa sebab kau satu hari ni senyap je. Budak-budak office pun perasan cuma tu la, aku tak tahu kau kenapa jadi payah sikit nak menjawab." Sepanjang hari ni, aura Sara terasa mencengkam dan gelap semacam. Nak tegur lebih-lebih pun tak berani.

    "Bad mood sikit." Sara meringis. Apa je la yang dia boleh balas pun? Nak cerita hal rumah tangga sendiri? 

    "Aku tak tahu kenapa kau bad mood tapi adik Ghaz, budak Amaya tu katanya datang cari kau tengah hari tadi. Since kau kata kau sibuk dan tak nak diganggu, jadi dia balik masa budak receptionist cakap macam tu."

Sara ketap bibir. Wajah Amaya serta merta terbayang. Ada serba salah yang mengasak tapi Sara tak boleh nak paksa hati. Entah untuk berjumpa dengan Amaya atau Ghaz sekali pun, Sara tak nak. Dia masih belum kuat.

Agak berlebihan mungkin, tapi siapa yang tak sakit hati tengok suami sendiri kena peluk dan kena cium oleh perempuan lain? Amaya pun gaya dah tahu je 'kejutan' Ghaz tu macam mana. Sara rasa tertipu.

Sepanjang hari ni juga, Sara langsung tak buka WhatsApp atau media sosial dia yang lain selain berkaitan dengan kerja. Jangan cakap berapa banyak pesanan dan panggilan yang masuk dari nombor Amaya dan Ghaz, bahkan nombor Eilyas pun ada. Mungkin Eilyas dah tahu dari Ghaz. Entah, Sara tak larat nak memikir.

    "Kau balik awal hari ni pun sebab nak mengelak kan? Kau tahu yang Ghaz akan datang jemput kau." Fahin menyambung lagi.

Sara tu, kalau dah bersangkut hal kerja memang gaya nak tidur di office je semata nak siapkan task. Berbeza dengan hari ni, Sara bahkan pulang lebih awal dari Fahin.

Elok Ghaz muncul dekat lobi selepas Sara memberitahu yang dia dah on the way balik lima minit kemudian.

    "Ada salah faham sikit, nanti la aku settle dengan dia." Mudah Sara menutur. 

    "Elok la tu, jangan simpan rasa sakit hati lama sangat. Nanti menyesal, kau juga yang payah." Hanya itu yang Fahin mampu balas. 

Nak cakap lebih-lebih dia tak faham apa permasalahan yang Sara hadap. Tapi yang dia pasti, kalau dah sampai Ghaz dan adik dia datang ke office semata nak cari housemate bertauliah dia ni, sahih ada masalah besar.

Bzz. Bzz.

Sara menjeling telefonnya. Beberapa saat, panggilan yang masuk dengan nama Amaya itu terputus apabila Sara tak menjawab.

    "Tak nak jawab ke? Dengar dulu apa yang Amaya tu nak cakap." Fahin menegur apabila telefon Sara masih bergetar untuk kali ketiga. Dalam hati dia menggerutu, boleh tahan batu juga Sara ni. Lepas ni kena fikir elok-elok kalau nak buat perangai.

Sara menghela nafas. Kali kelima, telefonnya masih berdering dengan nama pemanggil yang sama. Sesaat, bahunya terasa ditepuk perlahan oleh Fahin sebelum gadis itu beredar ke ruang tamu. Dah habis makan dan dia nak beri ruang untuk Sara.

    "Kakak..." Suara Amaya kedengaran sebaik panggilan kesekian kali itu akhirnya disambut.

Sara menghela nafas. Bukan dia tak dapat tangkap suara Amaya yang sedikit serak dan sengau itu. Lepas menangis ke?

    "Kak, May nak minta maaf. Kakak jangan marah May okay?" Amaya bersuara lagi apabila Sara sekadar diam. 

    "May tak salah, kenapa nak minta maaf?" Sara menjawab perlahan. Kenapa pula Amaya yang bersungguh walhal bukan salah Amaya?

     "Pasal semalam tu, May tak patut ajak kakak sekali. May minta maaf sebab May tak tahu pun abang balik ajak perempuan lain." 

Perempuan lain. Hati Sara tersiat mendengar perkataan itu.

    "Bukan salah May pun, kakak yang nak ikut sekali kan?" Rasa bodoh sekejap kenapa dia boleh terfikir untuk ikut May ke lapangan terbang. Macam saja nak sakitkan hati sendiri je.

Tapi, kalau dia tak ikut semalam tu mesti Sara tak tahu yang Ghaz pulang dengan perempuan lain siap shoot adegan sebabak, kan?

    "May ingat abang balik seorang, tapi tak sangka Casey pun ada."

Oh, jadi nama perempuan tu Casey. Sara mengangguk faham.

    "Casey tu siapa?" Sara dah malas nak berteka teki. Dah alang-alang May sudi call dan buat sesi permohonan maaf ni baiklah dia tanya terus. Nak tanya Ghaz, percaya la akan ada banyak benda menyimpang lain yang disebut oleh lelaki itu sebelum menjawab persoalan Sara.

Macam tempoh hari, Ghaz yang mengelak setiap kali Sara tanya kenapa lelaki itu sanggup menukar pegangan dan memilih untuk hidup dengan dia.

    "Bukan May tak nak bagitau, tapi lebih baik kalau kakak tanya abang sendiri." Sedikit teragak suara Amaya membalas.

    "Selepas apa yang dia buat semalam?" Sara memintas laju. 

    "Tak apalah, Kakak tak paksa pun kalau May tak nak bagitau. Nanti la kakak tanya Ghaz sendiri. Jangan risau, kakak tak marahkan May pun." Sara dah serupa orang putus asa. 

    "Kak, Casey tu girlfriend abang sebelum dia kahwin dengan kakak. May tak tahu abang masih suka ke tak, tapi dia tak akan kahwin dengan kakak kalau dia masih ada perasaan dengan Casey, kan?" Amaya membalas selepas dihimpit serba salah.

Deg!

    "O... Okay." Sara dah tak tahu nak membalas apa.

    "Tapi kakak kena dengar explanation dari side abang juga. Dia mesti ada sebab sendiri kenapa. May tak boleh nak cerita lebih-lebih." Amaya di hujung talian menyambung sebaik suara Sara kedengaran seakan speechless dengan jawapannya tadi.

Nak buat macam mana? Amaya nak cerita semua hal, dia bukan tahu pun. Abangnya itu tak berkongsi semua benda dengan dia.

     "Thanks May." Sara bersuara sebelum memutuskan talian. Dia dah tak sanggup lebih lama mendengar entah apa lagi yang akan diceritakan oleh adik iparnya itu. Hatinya amsih belum kuat.

Lebih tepat, belum bersedia untuk menghadap kenyataan kalau Ghaz selama ini masih belum selesai dengan masa lalunya. 

Kekasih yang ditinggalkan sebab perkahwinan dia dan Ghaz? Sara tak bodoh, siapa je yang boleh move on dalam masa lapan bulan semata sebab berkahwin dengan orang lain? 

Ayat Eilyas serta merta terngiang. Ah, jadi ini maksud abangnya itu kalau Ghaz pun sama terpaksa korbankan hidup sendiri? Sara meringis. Dia sebenarnya ambil hak orang lain ke?




Tak ada adegan BadRose 2.0, jangan risau 😌

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 463 16
3.0 | Butterfly : Let Me Fly ❛ bangun dan tipu kitorang sekali lagi ❜ Mana pergi janji kau untuk terus tinggal? × a friendship story × > tw: ment...
58.5K 4.5K 10
Ebook Nerisa Hilman | Umayr Dzariff Apa perlu dilakukan jika kekasih tiba-tiba minta putus dan hantar kad jemputan kahwin? Jangan menangis, janga...
15.3K 945 18
Muhammad Aryan Arshad & Fara Deelaila THIRD SERIES IN ARSHAD'S
2.3M 87.6K 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria...