ISTERI YANG TERSAKITI✔️

By atsyarine

332K 11.5K 337

[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana w... More

INTRODUCTION
BAHIYAH : PROLOG
BAHIYAH : 1
BAHIYAH : 2
BAHIYAH : 3
BAHIYAH : 4
BAHIYAH : 5
BAHIYAH : 6
BAHIYAH : 7
BAHIYAH : 8
BAHIYAH : 9
BUKAN UPDATE
BAHIYAH : 10
BAHIYAH : 11
BAHIYAH : 12
BAHIYAH : 13
BAHIYAH : 14
BAHIYAH : 15
BAHIYAH : 16
BAHIYAH : 17
BAHIYAH : 18
BAHIYAH : 19
BAHIYAH : 20
BAHIYAH : 21
BAHIYAH : 22
BAHIYAH : 23
BAHIYAH : 24
BAHIYAH : 25
BAHIYAH : 27
BAHIYAH : 28
BAHIYAH : 30
BAHIYAH : 31
BAHIYAH : 32
BAHAGIA BUKAN MILIK KITA
BAHIYAH : 29
BAHIYAH : 33
BAHIYAH : 34
BAHIYAH : 35
BAHIYAH : 36
BAHIYAH : 37
BAHIYAH : 38
EPILOG
SPECIAL CHAPTER🌻
TUAN AD-DARUQUTHNI
SPECIAL CHAPTER 2 🌸
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 🌼
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 2 🌼
BISMILLAH

BAHIYAH : 26

7.5K 272 6
By atsyarine


"Tengku."

"Ya?"

"Kenapa tengku nak saya ikut sekali kalau tengku sendiri nak pergi?" tanya pembantu peribadi tengku Akif.

Semalam tengku Akif memberitahu pada PA nya yang dia akan pergi sekali dengannya. Apa yang dikatakan oleh tengku Arsyad semalam membuatkan dia betul betul ingin tengok sendiri keadaan isterinya di sana.

"Untuk langkah berjaga-jaga." balas tengku Akif.

Pembantu peribadinya mengerut dahi.

"Tengku bukannya perempuan."

Tengku Akif mengecilkan matanya. Banyak pulak bunyi budak ni. Lantas pembantu peribadinya menunduk sedikit. Takut dengan pandangan tengku Akif.

"Maaf, tengku."

"Dah, jom."

Mereka berdua mula masuk ke lapangan dan tidak lama kemudian, kapal terbang mula berlepas.


"Aduh, kenapa pening sangat kepala ni." rintih Bahiyah sambil mengurut kepalanya.

Lepas je bangun dari subuh pagi tadi, terus kepala nya terasa sakit. Ingatkan sekejap je, sampai nak masuk tengahari kepala nya masih terasa pening.

Bahiyah bangun untuk pergi membersihkan diri nya sekali lagi, kerana badannya terasa ingin berendam dengan air je sekarang. Terasa panas tiba-tiba.

Apabila Bahiyah sudah berdiri, kepalanya mula terasa berat dan mata mula kuyu. Bahiyah rebah di tepi katil dan matanya tertutup dengan rapat.

Sebelum dia betul-betul sudah tidak sedarkan diri. Mulutnya memanggil seseorang dengan nada bisik.

"Abang..."


"Ma, Akid nak pergi jumpa kakak Hiyah kejap."

Belum sempat mamanya membalas, Akid berlari ke resort yang Bahiyah menetap dan bertanya kepada pekerja yang berada di kaunter resort itu.

"Kakak, kat mana bilik kakak yang nama dia Bahiyah?"

"Bilik dia no.107"

"Okay, terima kasih kak."

"Sama-sama."

Akid berlari menuju ke bilik Bahiyah. Apabila dia sudah sampai, dia mengetuk pintu bilik Bahiyah dahulu.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum, kakak cantik."

Tiada yang menyahut.

Dia mengetuk lagi pintu bilik itu. Dia mendapati pintu bilik Bahiyah sedikit terbuka. Dengan teragak-agak Akid membuka pintu itu dengan sedikit luas.

"Kakak?"

Panggil Akid lagi.

Alangkah terkejutnya dia apabila Akid melihat Bahiyah yang sudah terlantar di tepi katil. Terus dia menjerit memanggil orang ramai disitu.

"Tolong! Tolong! Ada orang pengsan!"

Tidak sampai beberapa minit, orang ramai mula datang ke bilik Bahiyah.

"Kenapa ni dik?" tanya salah seorang yang berada di situ.

"Kakak dalam bilik ni pengsan! Tolong abang!"

Beberapa orang masuk ke bilik Bahiyah dan mereka mengangkat Bahiyah untuk dibawa ke hospital.

Akid yang berada di situ sudah menangis teresak melihat keadaan Bahiyah yang sudah lemah. Pucat mukanya.

"Takpe, naik kereta saya sahaja. Nak telefon ambulans mesti lambat sebab dari sini ke hospital jauh." ujar salah seorang lelaki dewasa disitu.

Mereka yang sedang mendukung Bahiyah mengangguk setuju.

"Puan, boleh ambil telefon bimbit akak ni? Boleh telefon ahli keluarga dia nanti." ujar salah seorang wanita disitu.

Salah seorang pekerja disitu terus pergi ke bilik Bahiyah dengan cepat dan mengambil telefonnya dan beri kepada wanita itu.

"Saya ikut sekali." ujar wanita itu.

Salah seorang lelaki itu mengangguk dan dia menoleh pula ke arah Akid.

"Adik, boleh ikut abang sekali? Adik kenal kakak ni kan?" tanya lelaki itu.

Akid dengan laju dia mengangguk. Dia masuk ke dalam kereta lelaki itu. Mereka mula menuju ke hospital yang agak jauh dari resort itu.


Dalam hampir 30 minit, akhirnya mereka sampai ke hospital. Seorang lelaki yang membawa Bahiyah ke hospital memanggil jururawat dan doktor disitu.

"please! emergency.."

Doktor dan jururawat terus membawa Bahiyah ke dalam bilik kecemasan. Mereka bertiga hanya menunggu di luar bilik itu.

"Adik.. kenal tak sesiapa ahli keluarga kakak ni?" soal wanita yang bersama dengan Akid dan seorang lelaki dewasa itu.

Akid berfikir sejenak.

"Haritu suami kakak Hiyah ada datang sini. Tapi sekarang dia dah takde dekat sini." ujar Akid.

Lantas wanita itu mengeluarkan telefon bimbit Bahiyah yang dibawa bersamanya tadi. Tetapi malangnya telefon bimbit itu harus memasukkan kata laluan terlebih dahulu.

"Nampaknya tak bolehlah kita telefon suami akak ni." ujar wanita itu sambil menghela nafas.


"Alhamdulillah, sampai juga."

Tengku Akid menghela nafas lega apabila mereka berdua sudah sampai ke Pulau Tioman.

Abang datang, sayang. bisik tengku Akif dalam hati.

Dia membawa beg bagasi bersamanya dan menuju ke resort yang Bahiyah menetap. Tetapi dia mengerut dari apabila dia melihat ramai orang di sekitar depan resort tu.

"Ada apa ramai ramai tu tengku?" tanya pembantu peribadinya.

Tengku Akif menoleh ke arahnya lalu menggeleng.

"Jom kita tanya." ujar tengku Akif.

Mereka berhenti di situ dan tengku Akif memanggil seorang wanita yang agak muda di kalangan orang ramai disitu.

"Maaf kak, saya nak tanya. Ada apa apa jadi ke kat sini?" tanya tengku Akif.

Wanita itu menoleh ke arah tengku Akif.

"Tadi ada seorang wanita ni pengsan dekat bilik dia. Baru je tadi kami tolong dia." ujar wanita muda itu.

Tengku Akif seperti tidak sedap hati mendengarnya. Mengharapkan orang itu bukan seperti yang disangka.

"Err, boleh kami tahu nama dia?" tanya pembantu peribadi tengku Akif. Tengku Akif hanya mengangguk. Memang itu yang dia mahu tanya.

"Tak silap Bah..Bahiyah.. ah ye Bahiyah nama dia." ucap wanita itu.

Deg!

Jantung tengku Akif berdegup laju. Tak mungkin.

Dengan itu tengku Akif beredar dari situ. Pembantu peribadinya mengikuti langkah tengku Akif yang agak laju darinya.

"Bawak aku pergi hospital sekarang." ujar tengku Akif.

Pembantu peribadinya yang masih terkebil-kebil hanya mengikut kehendak tengku Akif. Dia membawa tengku Akif ke hospital.

Sampai sahaja mereka ke hospital, Tengku Akif laju berjalan masuk ke dalam hospital dan Tengku Akif bertanya kan kepada jururawat yang berada di kaunter.

"Maaf, kat sini ada pesakit nama Bahiyah tak?"

"Boleh saya tahu Encik ni siapa?" tanya jururawat itu.

"Saya suami dia."

"Oh, baiklah. Puan Bahiyah masih berada di bilik emergency. Encik boleh tunggu dan duduk di sana dulu." ujar jururawat sambil tangannya menunjuk ke arah kerusi yang berada di belakang Tengku Akif.

Tengku Akif hanya mengangguk. Dia berjalan ke arah kerusi dibelakangnya dan apabila dia hendak melabuhkan punggungnya, ada satu suara memanggilnya.

"Abang hensem!"

Lantas Tengku Akif menoleh ke arah suara itu.

"Akid!"

Akid langsung berlari ke arah Tengku Akif dan duduk di sebelahnya.

"Akid buat apa kat sini?"

"Akid teman orang yang hantar kakak Hiyah pergi hospital."

"Macam mana kak Hiyah boleh pengsan?"

"Akid tak tahu. Akid pergi bilik kakak cantik sebab nak ajak dia main dekat tepi pantai. Tapi masatu Akid nampak pintu kakak cantik terbuka sikit. Bila Akid bukak, nampak kakak cantik dah pengsan kat tepi katil." ujar Akid panjang.

Tengku Akif menghela nafas.

"Dah lama dah kak Hiyah kat bilik emergency?" tanya Tengku Akif.

Akid mengangguk.

"Lebih kurang setengah jam."

Tengku Akif membalas dengan senyuman nipis. Fikirannya sekarang hanya terhadap isterinya. Kalau lah dia tak tinggalkan isterinya sorang ii dekat sini.

Sedang mereka hanya menunggu, pintu bilik terbuka memaparkan doktor yang merawat Bahiyah.
Lantas mereka semua berdiri dan berjalan dekat ke arah doktor tersebut.

"D..doktor, macam mana dengan isteri saya?" tanya tengku Akif setelah mereka berhadapan dengan doktor itu.

Doktor itu menghela nafas. Riak wajahnya seperti ada berita buruk yang berlaku.

"Harap Encik dan semua kuat dengan apa yang saya nak bagitahu ini."

TBC

hai korang!! sorry sebab dah lama tak update😭 busy sangat ii hmm, ni baru dapat update. tu pun satu bab je.. sorry jugak tau kalau makin hambar cite ni🥹 apa apa pun tolong vote tau! muahhh🫶🏻

Continue Reading

You'll Also Like

629K 23.4K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
1.1M 39K 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni...
1.5M 57.6K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...