Sara Isabella

By froszrine

424K 36.4K 6.6K

Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, di... More

Prolog
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
epilog

18.

9.8K 866 105
By froszrine

Minta maaf if awak rasa saya bagi fake hope pasal bab sebelah. Tapi deal komen tembus 50 kan untuk setiap next update?

Time Stamp.

Pagi itu, Sara terjaga dengan tuala kecil yang menempel di dahi. Perlahan dia cuba untuk bangun, menyandar pada kepala katil. Ruang kosong di tepi yang semalam jadi tempat Ghaz membuat kerja dah kosong. Ghaz dah keluar agaknya masa Sara tengah tidur.

Kepalanya dikalih kemudian menatap ke arah sisi. Telefon bimbit dicapai dan layar ditatap. Pukul sembilan pagi. Sara menghela nafas. Selesai solat subuh yang penuh perjuangan, dia sambung tidur sebab kepala masih berdenyut tapi tak ingat pula dia ada tuam kepala sendiri.

Klak!

    "Akak dah bangun?" Di celah pintu yang terbuka, wajah Amaya terjengul dengan senyuman lebar.

Melihat anggukan Sara, Amaya melangkah masuk dan duduk di tepi katil. Tangannya terangkat menyentuh dahi Sara dengan belakang tangan, cuba membandingkan suhu kakak iparnya itu dengan suhunya sendiri. Dah kurang panas.

   "Dah better sikit. Hari ni akak rehat je okay? May yang akan teman akak. Akak nak mandi dulu? Ke nak sarapan dulu?" Amaya dah serupa jururawat tak bertauliah.

    "Mandi dulu la." Sara menyelak comforter dan bangun dibantu oleh Amaya. Beg galas berisi pakaiannya dituju sebelum isi dalam beg itu dipunggah keluar. Nasib baik tengah sakit kepala semalam pun, otak masih bawa baju yang betul.

    "May keluar dulu, nak siapkan sarapan. Dah siap mandi nanti panggil May okay." Adik Ghaz itu kemudian menapak keluar.

Sara menarik tuala yang berlipat di tepi rak sebelah meja solek. Kakinya dihalakan ke bilik air. Kurang dari 20 minit, Sara keluar dengan tubuh yang terasa lebih segar dan wajah yang lebih bermaya. Rambut lembabnya dikeringkan dengan tuala sebelum dia keluar dari bilik.

Aroma wangi masakan langsung terhidu sebaik kakinya berhenti pada island table. Amaya sedang sibuk mengacau entah apa di dalam kuali. Sara perlahan menarik kerusi yang diambil dari bar kitchen dan melabuhkan duduk.

    "Kenapa tak duduk dalam je? May tengah panaskan makanan, tunggu kejap." Amaya menegur sebaik perasan dengan kehadiran kakak iparnya itu.

    "Akak dah okay la." Sara membalas dengan sengihan. Mana tahan terbaring atas katil je. Lenguh. Lagipun dia dah rasa lebih baik berbanding semalam. Dah tak ada rasa bahang yang buat dia jengkel walaupun kepala masih pening lalat.

Pandangan Sara melingas memerhati sekeliling sementara Amaya sibuk dengan kerjanya. Kali terakhir dia datang ke sini masa Ghaz sakit, tak banyak yang berubah. Kondo itu masih dengan interior minimalis dengan nuansa hitam, putih dan kelabu yang mendominasi.

    "Okay, dah siap. Jom pergi meja makan." Amaya mendahului Sara bersama kuali sederhana besar di tangan.

Sara senyap mengambil tempat duduk. Permukaan meja itu dah dihidangkan dengan teh O panas, nasi goreng buatan Amaya, bubur ayam dan kuih muih pelbagai jenis di atasnya.

    "Hehe, May tak tahu sangat orang sakit makan apa. Jadi May main beli je." Amaya bersuara sebaik meletakkan mangkuk berisi bubur ayam di depan Sara.

    "Buat susah je May." Biasa kalau sakit dan Sara tak larat sangat, dia masak je maggie kari buat alas perut.

    "Tak susah pun, bukan May masak." Amaya tersengih selesai merapalkan doa.

Seketika ruang meja makan itu hening. Masing-masing tengah menyuap makanan ke mulut sendiri. Hampir seminit, Sara berhenti menyuap buburnya. Lidahnya sedikit kelat, tak boleh nak menyuap terus sebab jadi muak.

    "Bila May sampai?" Sebenarnya sejak kemunculan Amaya tadi, Sara memang nak tanya, tapi dah anak dara orang di depan dia ni layan gaya Sara tu nazak sangat, terlupa jadinya.

    "Pagi tadi dalam pukul lapan lebih macam tu. Abang bagitau kakak sakit. Dia ada urusan katanya, tu yang minta tolong May datang." Amaya bercerita ringkas.

Sebenarnya dia terkejut juga masa Ghaz bagitau yang Sara bermalam di sini. Tak sangka cepat pula kakak iparnya itu buka hati untuk duduk sebumbung dengan abangnya. Tapi rasa teruja Amaya lebih besar, jadi dia tak nak ambil tahu dan tak kisah kalau kena habiskan masa seharian dengan Sara.

    "Menyusahkan je, maaf tau. Semalam je demam lepas tu housemate kakak balik kampung. Tu yang Ghaz suruh stay sini. Walhal tak ada benda pun, ni petang kejap lagi kakak memang nak balik dah."

Aiyo, ingat Sara tengah sakit kronik ke apa?

Sara senyap apabila Amaya cuma menatap dia dengan pandangan tak terbaca. Kedua kening dijongket sebelum dibalas dengan gadis itu menghela nafas.

    "Kak, kakak tak susahkan sesiapa pun la. Jangan la cakap macam tu. Ke kakak masih susah nak terima May? Masih susah nak terima abang? Kakak masih anggap kita orang ni orang luar ke?"

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Sara menatap Amaya dengan lidah yang kehilangan fungsi. Diserang pertanyaan bertubi dengan soalan yang langsung tak terfikir oleh Sara, buat kepalanya kembali berdenyut pelan. Macam mana boleh sampai ke situ pula jalan fikiran si Amaya ni?

    "Kakak tak ada depan May sekarang kalau kakak anggap May dan Ghaz macam tu." Sara membalas perlahan.

Dia tak akan senang-senang nak lembutkan hati, turunkan ego untuk tinggal dalam ruang yang sama dengan Ghaz dan Amaya kalau hatinya masih susah untuk menerima. Belum sepenuhnya, tapi dia tengah cuba.

    "Lega May dengar. Kakak jangan anggap May orang luar tau?" Amaya menggenggam tangan Sara dengan muka memelas.

    "May tak marah ke? Kakak hancurkan hidup Ghaz?" Tanpa beban ayat itu disoal. Tak sempat berfikir pun apa rasionalnya soalan tu diaju, tapi dah terlepas cakap.

    "Hidup abang hancur ke?" May kerut dahi, cuba membandingkan ayat Sara dengan kelakuan abangnya itu beberapa bulan belakangan ini.

    "Entah, May tak ada hak pun nak label macam-macam. Abang yang atur hidup dia, kak. Sepanjang dia dah kahwin dengan kakak, tak ada pun lagi dia cerita benda tak elok." Bahu dijongket dan suapannya kembali diteruskan.

Sara menghembus nafas. Entah serapat apa hubungan May dan Ghaz, tapi Sara pasti tak semua hal berkaitan hubungan rumah tangganya diketahui oleh adik Ghaz ini.

   "Sembang apa serius semacam je ni?"

Tumpuan Sara dan Amaya beralih fokus sebaik suara berat Ghaz menampar gegendang. Lelaki dengan Tshirt polos hitam berseluar jeans itu kemudian menarik kerusi dan duduk di sebelah Sara.

   "Awalnya abang balik? May dengan Kak Sara baru nak bincang satu hari ni nak buat apa." Amaya menatap Ghaz sengit.

Kacau daun betul la dia ni! Mahu tak sakit hati? Bila masa je lagi yang Amaya ada nak lepak dengan Kak Sara? Sebelum ni bukan dia tak pernah bagitau Ghaz nak minta izin tapi abangnya itu tak benarkan. Kedekut!

   "Cancel je la plan kau orang tu." Ghaz membalas tak berperasaan. Kuih di atas meja dicapai dan disuap ke mulut sendiri.

    "Awak dari mana?" Sara melirik Ghaz.

Ghaz yang dilirik tak langsung menjawab. Kunyahannya disudahkan sebelum wajah Sara ditatap. Tangannya naik menyentuh dahi wanita itu sebelum menatap Amaya kemudian.

    "Kak Sara dah okay, May boleh balik."

    "Apa buat perangai tak bertamadun ni? Akak, tengok abang!" Rasa ringan je nak baling Ghaz yang tayang muka tak berperasaan tu dengan sudu.

    "Abang dari airport tadi." Ghaz membuka mulut sebelum sesiapa sempat mencelah. Wajah Amaya diatatap dengan pandangan seolah mereka berdua je yang faham.

    "Jemput mummy dengan daddy." Kali ini renungannya singgah ke wajah terkedu Sara.

    "Bila masa mummy dengan daddy datang? May tak tahu pun?" Amaya jadi kalut sekejap.

Ketahuilah, kepulangannya balik ke sini atas dasar nekad tanpa keizinan. Dah selamat landing baru dia hantar gambar dengan papan tanda balai ketibaan dalam Whatsapp group.

Jangan tanya berapa panjang bebelan mummy lepas tu, yang Amaya tahu nyawanya terancam. Sebab tu juga dia tak nak balik semula ke rumah sana.

    "Awal pagi tadi landing. Mummy pesan suruh May balik. Dia rindu katanya." Senyuman mengejek terukir pada hujung ayat membuatkan Amaya mendengus. Dan sejurus itu, telefonnya berdering dengan nama mummy terpapar di layar.

    "Mampus!" Amaya pantas bangun dan berlari ke arah pintu sambil menjawab panggilan mummynya. Buat masa sekarang, kelangsungan hidupnya lebih penting.

Sebaik bunyi dentuman pintu kedengaran dan bunyi tapak kaki Amaya menghilang, ruang makan itu kembali diisi dengan hening. Ghaz dengan makanannya dan Sara dengan isi kepalanya yang mula ke mana-mana.

Mak dengan ayah Ghaz ada dekat sini?

Seolah susah dia nak mencerna info yang baru diterima itu. Sepatutnya dia tak perlu risau dan takut sebab dia dah memang tahu yang hubungannya dengan Ghaz hanya Amaya yang maklum. Tapi entah kenapa Sara jadi tak sedap hati. Rasa macam ada yang akan berlaku.

   "Hey."

Sara menatap Ghaz apabila lelaki itu menegur pendek. Dahinya yang berkerut disentuh oleh telunjuk Ghaz dan diurut perlahan menghilangkan garis di sana.

    "Kau fikir apa?" Mata Sara direnung.

    "Mak ayah awak ada dekat sini?"

Soalan Sara itu hanya dibalas dengan senyuman. Ghaz memusingkan tubuhnya saling berhadapan dengan Sara sebelum menarik kerusi wanita itu mendekat.

    "Hmm."

Jeda.

    "Dia orang balik bercuti sekejap, dalam seminggu dua macam tu. Jangan risau, dia orang tak tahu pun pasal kita. Tak, bukan. Dia orang belum tahu pasal kita."

     "Awak nak bagitau mummy dengan daddy awak ke?" Sara membulatkan mata. Biar betul Ghaz ni? Kenapa cepat sangat?!

    "Apa masalahnya? Kau isteri aku kan?" Ghaz menjawab separuh serius.

    "Ghaz, tak lawak!" Aduh, rasa nak demam balik.

    "Main-main je la." Kepala Sara diusap. "Mungkin lepas aku balik dari Hamburg. Bagi aku fikir dulu macam mana nak buat." Ghaz mencebik kecil.

Hamburg?

Jerman?

Entah kenapa ada rasa tak rela sebaik nama tempat itu disebut. Ghaz akan balik ke sana?

    "Flight aku esok. Daddy bercuti balik sini, jadi aku kena fly balik sana." Ghaz menyambung lagi.

Sara mengangguk kecil dengan kepala dikalih ke sisi. Tak nak Ghaz melihat dia yang tiba-tiba sebak. Apa benda kau ni Sara? Sejak bila pandai main emosi depan Ghaz? Bukan ni ke yang kau nak sangat? Jauh dari dia?

    "Sara." Ghaz menyeru tapi tak diendah.

    "Sayang." Kali ini lengan Sara ditarik memaksa wanita itu untuk menatap dia. Senyuman Ghaz terukir melihat mata Sara yang bergenang.

    "Kenapa ni?" Pelupuk mata Sara diusap dengan ibu jari.

    "Pening, sakit kepala." Datar Sara menjawab sambil cuba mengelak sentuhan Ghaz.

Tak boleh la kalau Ghaz buat perangai baik dia macam ni. Sensitif pula lepas jatuh sakit, menyusahkan.

    "Kau rehat dulu la kalau macam tu, biar aku kemas meja. Sekejap, aku ambil hoodie. Kalau kau rasa sejuk, pakai je." Sekali lagi kepala Sara diusap sebelum Ghaz beranjak.

Melihat Ghaz yang memanjat anak tangga naik ke biliknya, Sara menghela nafas jengah. Penat tahan emosi sendiri. Kalau dia suruh Ghaz untuk stay di sini, agak-agak Ghaz setuju tak?

Abaikan. Agaknya demam Sara teruk sangat semalam sampai bagi kesan pada otak dia.



supaya tak membebankan, kita batalkan je la deal awal tu. Awak boleh komen berapa bnyak pun yg awak nak dan saya akan update bila saya nak.

see you when i see you 💋

Continue Reading

You'll Also Like

185K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ญ๐ž๐œ๐ญ๐ž๐ ๐ก๐ž๐ซ ๐ฆ๐จ๐ซ๐ž ๐ญ๐ก๏ฟฝ...
1.2M 79.4K 57
โ” ๐‹ ๐ˆ ๐‹ ๐˜ ๐‘ ๐Ž ๐’ ๐„ โThe symbol of purity and refined beautyโž โ€ขโ€ขโ€ข Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, U...
409K 14.5K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
46.1K 3.3K 34
mempersembahkan- you're definitely worth the wait. โ€ขโ€ขโ€ขโ€ข a simple romance , drama story. "You dont have to burn yourself to keep them warm." A Man Lik...