ISTERI YANG TERSAKITI✔️

By atsyarine

331K 11.5K 337

[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana w... More

INTRODUCTION
BAHIYAH : PROLOG
BAHIYAH : 1
BAHIYAH : 2
BAHIYAH : 3
BAHIYAH : 4
BAHIYAH : 5
BAHIYAH : 6
BAHIYAH : 7
BAHIYAH : 8
BAHIYAH : 9
BUKAN UPDATE
BAHIYAH : 10
BAHIYAH : 11
BAHIYAH : 12
BAHIYAH : 13
BAHIYAH : 14
BAHIYAH : 15
BAHIYAH : 17
BAHIYAH : 18
BAHIYAH : 19
BAHIYAH : 20
BAHIYAH : 21
BAHIYAH : 22
BAHIYAH : 23
BAHIYAH : 24
BAHIYAH : 25
BAHIYAH : 26
BAHIYAH : 27
BAHIYAH : 28
BAHIYAH : 30
BAHIYAH : 31
BAHIYAH : 32
BAHAGIA BUKAN MILIK KITA
BAHIYAH : 29
BAHIYAH : 33
BAHIYAH : 34
BAHIYAH : 35
BAHIYAH : 36
BAHIYAH : 37
BAHIYAH : 38
EPILOG
SPECIAL CHAPTER🌻
TUAN AD-DARUQUTHNI
SPECIAL CHAPTER 2 🌸
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 🌼
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 2 🌼
BISMILLAH

BAHIYAH : 16

8.1K 297 7
By atsyarine



"umi abah.. Hiyah balik dulu tau.. nanti bila bila Hiyah datang jenguk umi abah lagi.." ujar Bahiyah. Setelah itu dia menyalam tangan umi dan abahnya.

Selesai Bahiyah, tengku Akif pula menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hajah Julia dan Haji Adnan.

"kami balik dulu ye.. maaf tak dapat duduk lama dekat sini.." giliran tengku Akif berkata sambil tersenyum kecil.

"takpe, umi dengan abah faham Akif banyak kerja. bila bila boleh datang lagi kan." balas Hajah Julia.

"insyaAllah."

Hajah Julia memeluk Bahiyah lalu dielus lembut belakang badan anaknya itu.

"Hiyah ingat pesan umi ya. jadi isteri yang baik untuk Akif. nanti kalau umi dengan abah dah tiada. Akif sahaja lah tempat Hiyah boleh mengadu." ujar Hajah Julia. Bahiyah yang mendengar itu lantas dia melepaskan pelukan mereka.

"apa umi ni. selama lamanya umi dengan abah akan ada untuk Hiyah. umi dengan abah kan dah janji." balas Bahiyah.

Hajah Julia hanya tersenyum. haihlah anak.

"dah tu, nanti lambat pulak sampai rumah." Haji Adnan berkata dengan lembut. Bahiyah seperti rela tidak rela nak ikut suaminya balik. dia nak tinggal sini. tapi apekan daya! hm

"Assalamualaikum umi, abah" ujar tengku Akif

"Waalaikumsalam.."






Sepanjang perjalanan mereka ke rumah, tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari bibir suami isteri ini. yang ada hanya siaran radio sahaja.

Sesampai mereka di rumah, tengku Akif terus naik ke atas menuju ke biliknya. Belum sempat untuk Hiyah mengatakan sesuatu.

Dia terpaksa naik untuk pergi ke bilik tengku Akif. dia mengetuk pintu bilik suaminya terlebih dahulu.

p/s : nak tahu kenapa author cakap tu bilik tengku Akif? yes, sebab diorang tidur asing. okay back to the story.

"Awak.. boleh saya masuk sekejap?" tanya Hiyah selepas mengetuk pintu bilik itu..

"hmm masuk."

Bahiyah memulas tombol pintu bilik suaminya dan melihat tengku Akif sedang baring di atas katil sambil membaca satu buku. majalah kot.

dia menuju ke arah tengku Akif. sampai sahaja, dia duduk di tepi katil betul betul sebelah suaminya. lama dia tenung wajah kacak itu.

"Saya nak tanya sikit boleh?" soal Bahiyah.

"tanyalah."

"Sebelum awak kahwin dengan saya, awak ada bercinta dengan sesiapa?" soal Bahiyah lagi.

tengku Akif yang mendengar itu, terus menoleh ke arah Bahiyah.

"kenapa kau tanya?"

"saje."

"dulu pernah sekali. masa aku belajar dekat university. aku sayang gila dekat perempuan tu. tapi rupa-rupanya dia bercinta dengan aku sebab harta." jelas tengku Akif..

Bahiyah hanya memandang ke arah suaminya. jadi sekarang dia tahu kenapa tengku Akif selalu buruk sangka dengan dia.

"jadi itu ke sebab awak cakap saya rapat dengan arwah tokma dan saya kahwin dengan awak disebabkan harta?" tanya Bahiyah lagi.

tengku Akif diam sekejap.

"tak boleh ke awak percaya kan saya yang saya buat semua ni sebab saya ikhlas? dan kerana saya cinta dan sayangkan awak?" soal Bahiyah.

tengku Akif seakan tidak percaya. dia cintakan aku? tak mungkin.

"takpayah nak tipu aku Hiyah. aku tahu niat kau lain." ujar tengku Akif penuh sinis.

"saya tak tipu."

"kau cakap semua ni sebab nanti senanglah kau nak kikis harta aku kan? sebab aku dah percaya kan kau." balas tengku Akif.

"untuk apa saya kikis harta awak? apa yang saya dapat? saya tak perlukan semua tu. itu semua harta dunia. saya taknak." ujar Bahiyah dengan yakin. takboleh kah suaminya ini percaya kan dia? takpernah terlintas dalam fikiran dia nak kikis harta suaminya sendiri.

tengku Akif hanya merenung wajah isterinya. dapat dia rasakan yang Hiyah sedang jujur. tapi sikap sangka buruknya tetap menguasai diri.

"boleh mati dengan alasan karut kau. jangan harap aku nak percaya semua kata kata kau dan jangan harap aku akan balas cinta kau." ujar tengku Akif.

dengar sahaja apa yang dikatakan oleh tengku Akif. dia tersenyum garis. hatinya sakit mendengar itu. dia mula bangun dari katil tengku Akif dan berjalan keluar.

tengku Akif hanya memejamkan mata. kejam sangat kah dia? kenapa harus begini?

Bahiyah terus masuk ke biliknya. tidak tahan menahan sakit hati. dia terus menangis teresak. perlukah sebegini fikiran tengku Akif terhadapnya?

ya Allah, bantulah hamba-Mu ini..







tak boleh ke awak percaya kan saya yang saya buat semua ni sebab saya ikhlas? dan kerana saya cinta dan sayangkan awak?

apa yang dikatakan okeh Bahiyah masih terngiang ngiang di fikirannya. patut kah dia percaya?

lamunan tengku Akif diganggu oleh panggilan telefon yang tidak dikenali. tetapi tengku Akif tetap menjawab panggilan tersebut.

"Hello ini siapa?" tanya tengku Akif.

"Assalamualaikum, ini tengku Akif ke?" soal orang di panggilan tersebut.

"Waalaikumsalam, iye saya.. kenapa ye?"

"Saya salah seorang dari kawan Haji Adnan. saya dapat tahu yang tengku Akif ini adalah suami kepada anak Haji Adnan dan Hajah Julia.." ujar lelaki tersebut.

"iye betul.."

"Boleh bawa isteri tengku datang ke rumah mereka sekarang? Haji Adnan dan Hajah Julia baru sahaja meninggal tengahari tadi. kami dah siap mandi dan kafankan jenazah. tinggal kebumikan sahaja. kami nak anak mereka berjumpa dengan jenazah buat kali terakhir.." jelas lelaki itu lagi.

Allahuakbar!

berdegup laju jantung tengku Akif. kenapa semua ni tiba tiba sahaja? apa reaksi Bahiyah kalau dia bagitahu nanti?

"innalillah wainna ilahirojiun.. b..baik, saya bawak dia balik sekarang.." ujar tengku Akif.. dia masih tidak percaya dan tanpa sedar air matanya sudah bertakung..

tanpa buang masa, tengku Akif terus meninggalkan pejabatnya dan balik ke rumah nya.







Sampai tengku Akif di rumah.. dia melihat Bahiyah sedang memasak di dapur. dengan cepat dia memanggil isterinya.

"Bahiyah.."

Bahiyah memandang ke arah tengku Akif..

"awak dah balik? saya baru nak masak.." ujar Bahiyah.. nampak dia lihat riak wajah suaminya seakan sedang sedih.

"tinggalkan sekejap. kita pergi balik rumah umi dengan abah sekarang."

Bahiyah berkerut dahi. tiba tiba sahaja? dia mula rasa tak sedap hati.

"kenapa? apa jadi?" soal Bahiyah..

"kita balik dulu.. cepat siap.. janji dengan aku kau kene kuat.. " jawab tengku Akif..

Bahiyah memandangnya pelik..

"kenapa awak?! cakaplah.." Hiyah berkata dengan nadanya sedikit kuat..

tengku Akif menghela nafas.. dia memegang kedua bahu Hiyah dengan lembut..

"umi dengan abah dah takde.. diorang baru je meninggal tengahari tadi.." ujar tengku Akif..

serta merta mata Hiyah membulat.. dia seakan tidak percaya.. air matanya jatuh ke pipi mulusnya..

"awak tipu kan? awak sengaja nak buat saya lemah kan?! benda ni bukan main main Akif! tak mungkin diorang meninggal! kita baru je jenguk diorang semalam!" tengking Hiyah sambil air matanya laju turun ke pipi.

"Hiyah.. aku tak main main.. kita balik ya? jumpa diorang buat kali terakhir.." balas tengku Akif lembut..

buat masa ni dia tahu Bahiyah mesti tak percaya.. dia sendiri tak percaya.. rasa bersalah mula timbul di dalam diri Akif..

TBC

boleh lah ni kan? 🤣 jangan lupa vote tau korang.. mekasehh muahh🫶🏻

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 39K 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni...
2M 96.6K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
27.9K 1K 25
『••𝕮𝖎𝖓𝖙𝖆 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘••』 Simple and short story by @lazysya Also known as "Bella's Future Husband" ZAYYAD AQRIZ ISABELLA SOPHIA ━━━━━━ Bermula...