ISTERI YANG TERSAKITI✔️

By atsyarine

344K 11.7K 340

[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana w... More

INTRODUCTION
BAHIYAH : PROLOG
BAHIYAH : 1
BAHIYAH : 2
BAHIYAH : 3
BAHIYAH : 4
BAHIYAH : 5
BAHIYAH : 6
BAHIYAH : 7
BAHIYAH : 8
BUKAN UPDATE
BAHIYAH : 10
BAHIYAH : 11
BAHIYAH : 12
BAHIYAH : 13
BAHIYAH : 14
BAHIYAH : 15
BAHIYAH : 16
BAHIYAH : 17
BAHIYAH : 18
BAHIYAH : 19
BAHIYAH : 20
BAHIYAH : 21
BAHIYAH : 22
BAHIYAH : 23
BAHIYAH : 24
BAHIYAH : 25
BAHIYAH : 26
BAHIYAH : 27
BAHIYAH : 28
BAHIYAH : 30
BAHIYAH : 31
BAHIYAH : 32
BAHAGIA BUKAN MILIK KITA
BAHIYAH : 29
BAHIYAH : 33
BAHIYAH : 34
BAHIYAH : 35
BAHIYAH : 36
BAHIYAH : 37
BAHIYAH : 38
EPILOG
SPECIAL CHAPTER🌻
TUAN AD-DARUQUTHNI
SPECIAL CHAPTER 2 🌸
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 🌼
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 2 🌼
BISMILLAH

BAHIYAH : 9

5.6K 235 2
By atsyarine


2 hari sudah pun berlalu.

Hiyah sudah redha dengan apa yang jadi dengan kejadian tempoh hari. Sekarang dia sedang berada ditempat kerja. Kalau nak tahu, Hiyah bekerja di sebuah kedai gubahan bunga. Hiyah suka sangat dengan bunga. Kalau boleh hari hari dia nak tatap bunga tu. Sampai semua jenis nama bunga dia tahu.

Sedang Hiyah menyusun bunga bunga di tempatnya, telefonnya berdering. Tidak lain dan tidak bukan, nama tokma yang tentera di situ. Hiyah terus mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum tokma.." dengan cepat Hiyah memberi salam kepada Tengku Roslina.

"Waalaikumsalam Hiyah, tengah buat apa tu?" soal Tengku Roslina sejurus dia menjawab salam Hiyah.

"Hiyah tengah kerja tokma. Tengah susun susun bunga." jawab Bahiyah sambil tangannya lagi satu masih memegang bunga.

"Oh, Hiyah kerja dekat kedai bunga ke?" soal tengku Roslina teruja.

"Haah tokma, Hiyah suka sangat bunga. Itu yang kerja pun nak kena mengena pasal bunga juga" jawab Bahiyah sambil ketawa.

Tengku Roslina yang mendengarnya turut ketawa dihujung talian.

"Ada apa tokma telefon Hiyah ni?" soal Bahiyah pada tengku Roslina.

"Oh iya, tokma nak ajak kamu shopping harini. Kamu balik kerja pukul berapa? Nanti tokma jemput kamu kat tempat kerja." balas tengku Roslina. Dia mengharap kan yang Bahiyah boleh meluangkan masa dengan dia. Lagi pula, Tengku Maria dah teruja nak jumpa Bahiyah.

"Bahiyah habis kerja pukul 3 tokma. Tokma takpayah susah susah jemput Hiyah dekat sini, kita jumpa dekat sana je." jawab Bahiyah dengan nada lembut.

" Baiklah, kalau kamu dah cakap macamtu. Kita jumpa kat mall ye. Assalamualaikum.." balas tokma dengan senyuman terukir di bibir. Dengar je suara Bahiyah rasa tenang je hati dia.

"Waalaikumsalam, tokma." jawab Hiyah, sejurus itu dia mematikan panggilannya.

Kerja Bahiyah yang tadi tergendala, terus dia sambung menyusun bunga di tempat nya. Dia hilangkan rasa bosan dengan menyanyi. Perlahan sahaja takut nanti pelanggan tiba tiba datang.






Tepat pukul 3, Hiyah sudah berada di shopping mall. Dia masih menunggu kedatangan Tengku Roslina.

Tidak sampai 5 minit, dia melihat tengku Roslina berjalan ke arah nya. Disebelah nya ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat pun berjalan ke arahnya bersama Tengku Roslina. Pakaiannya kelihatan sedikit mewah tetapi masih lengkap menutup aurat.

"Hiyah dah lama tunggu tokma?" soal tengku Roslina. Risau kalau dia buat Bahiyah tunggu lama.

"Eh takdelah tokma, Hiyah pun baru je sampai tadi." balas Bahiyah dengan senyuman.

Tengku Roslina memandang tengku Maria di sebelahnya. Dia melihat tengku Maria tersenyum ke arah Bahiyah.

"Oh, ini anak tokma. Puan Maria. Tokma cerita tentang Hiyah dekat dia. Dia nak sangat jumpa Hiyah depan depan." tengku Roslina berkata sambil matanya memandang ke arah Bahiyah.

Bahiyah yang mendengar itu. Terus dia menghulurkan tangan nya untuk bersalaman dengan tengku Maria. Tengku Maria dengan lembut dia mencapai tangan Bahiyah.

"Apa khabar, aunty. Nama saya Bahiyah. Panggil je Hiyah." Bahiyah berkata selepas bersalaman dengan Tengku Maria.

"Sihat Alhamdulillah, betul kata tokma. Bila tengok Hiyah depan-depan cantik sungguh orangnya. Pakaian pun sopan je." balas tengku Maria jujur. Sungguh dia terpegun dengan kecantikan Bahiyah. Pakaian nya juga benar benar sopan. Memang ini menantu idamannya.

Hiyah yang mendengar terus tersenyum manis. Eleh malu lah tu orang puji depan-depan.

"Takdelah, aunty. Hiyah ini biasa sahaja orangnya." jawab Bahiyah dengan lembut.

"Dah ada seseorang ke ni? Cantik macam ni takkan tiada orang nak kan?" soal tengku Maria ingin tahu. Kalau tiada, memang ade chance lah nak dibuat menantu.

"Takde lagi aunty. Belum sampai jodoh lagi. Ada masa ni Hiyah cuma nak bahagia kan umi dengan abah Hiyah je." jelas Hiyah.

Tengku Maria hanya tersenyum apa yang dikatakan oleh Bahiyah. Memang betul kata mummynya. Setiap butir yang keluar dari mulut Bahiyah sungguh lembut dan tenang.

"Baiklah, jom kita shopping?" arah tengku Roslina.

Bahiyah dan tengku Maria hanya membalas dengan mengangguk. Mereka menuju ke eskalator untuk pergi ke tingkat atas.







"Hiyah, meh kita masuk sini." panggil tengku Maria. Dia mengajak Bahiyah ke satu kedai baju seperti baju nikah, tunang dan macam-macam lagi fesyen baju.

Bahiyah hairan. Kenapa pergi kedai baju ni? Siapa pula nak kahwin?

"Em aunty, kita buat apa masuk sini? Aunty ada anak perempuan ke yang nak kahwin?" tanya Hiyah hairan.

Tengku Maria hanya tersenyum ke arah Bahiyah dan menoleh sebentar ke arah tengku Roslina. Tengku Roslina membalas senyuman tersebut.

"Aunty nak beli untuk Hiyah." jawab tengku Maria.

Membulat mata Bahiyah mendengar jawapan dari tengku Maria. Dia mula rasa tak sedap hati. Apa ni? Takde angin takde ribut tiba tiba beli baju untuk aku?

"Eh aunty, tokma. Hiyah mana ada calon lagi nak kahwin. Lagipun duit kahwin yang Hiyah kumpul sebelum ni pun dah kena curi." jujur Bahiyah.

"Kena curi?" tanya tengku Roslina.

Bahiyah mengangguk sahaja. Rasa bersalah terhadap dirinya mula muncul.

"Haritu Hiyah tinggal sorang kat rumah. Lepastu ada orang ketuk pintu. Ingatkan umi dengan abah Hiyah yang balik. Sekali pencuri pecah masuk." jelas Hiyah dengan tenang.

"Astagfirullah , habis Hiyah okay tak? Ada luka luka tak?" tanya tengku Maria sambil itu dia melihat Hiyah atas dan bawah.

"Hiyah okay je aunty. Cuma panik sikit plus terkejut je masa itu. Abah dengan umi yang tenangkan Hiyah. Abah cakap takpelah mungkin itu bukan rezeki Hiyah. Jadi Hiyah reda je." jelas Bahiyah.

Tengku Maria dan tengku Roslina hanya mendengar luahan Bahiyah. Terasa sedih dengan apa yang dialami oleh Hiyah.

"Betul lah tu apa yang abah Hiyah cakap. Okay takpe, apa kata Hiyah jadi menantu aunty? Apa sahaja Hiyah nak, aunty boleh bagi.." tengku Maria berkata sambil senyuman terukir di bibir.

"Ya Allah aunty. Kalau Hiyah kahwin dengan anak aunty pun itu tak bermakna Hiyah senang-senang nak mintak apa apa kat aunty.. Umi dengan abah pernah pesan. Nak terima seseorang tu pandang dari segi akhlak dan sifat. Bukan pandang kerana berharta." jelas Bahiyah. Haji Adnan pernah berpesan tentang itu.

Tengku Maria yang mendengar itu, tersentuh hatinya. Apa yang dikatakan Bahiyah. Setiap tutur katanya kedengaran ikhlas di telinganya.

"Aunty tahu. Sebab tu aunty nak Hiyah jadi menantu aunty. Tokma pun teringin nak Hiyah jadi cucu menantu dia. Kalau kamu setuju. Nanti aunty kenalkan Hiyah dengan anak aunty." balas tengku Maria.

Bahiyah hanya senyum kecil. Dia rasakan semua ni hanya tiba tiba sahaja. Dia pun takpernah terpikir akan jadi sampai macamni.

"Bagi Hiyah masa dulu boleh tak aunty, tokma? Bagi Hiyah istikharah dulu?" minta Hiyah.

"Boleh sayang. Nanti apa apa kamu bagitahu tokma ya?"balas tokma.

Bahiyah mengangguk faham.

TBC

sorry lah kalau start mcm bosan.. sbb takde idea.. otak tak berfungsi sangat😭 nnti earin update lagi.. vote tau korg🤍

Continue Reading

You'll Also Like

607K 22.4K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tan...
ALYSA✔️ By cah

Teen Fiction

895K 36.1K 48
Hilman Zavirel pemuda kacukkan yang sangat terkenal dan mempunyai perniagaan sendiri semasa usianya masih muda. Melihat Aleeya Alysa pada hari perta...
673K 24.8K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
371K 14.6K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...