ISTERI YANG TERSAKITIโœ”๏ธ

By atsyarine

331K 11.5K 337

[COMPLETE] > ** ๐“๐„๐๐†๐Š๐” ๐€๐Š๐ˆ๐… ๐ƒ๐™๐”๐‹๐Š๐ˆ๐…๐‹๐ˆ - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana w... More

INTRODUCTION
BAHIYAH : PROLOG
BAHIYAH : 1
BAHIYAH : 2
BAHIYAH : 3
BAHIYAH : 4
BAHIYAH : 5
BAHIYAH : 6
BAHIYAH : 7
BAHIYAH : 9
BUKAN UPDATE
BAHIYAH : 10
BAHIYAH : 11
BAHIYAH : 12
BAHIYAH : 13
BAHIYAH : 14
BAHIYAH : 15
BAHIYAH : 16
BAHIYAH : 17
BAHIYAH : 18
BAHIYAH : 19
BAHIYAH : 20
BAHIYAH : 21
BAHIYAH : 22
BAHIYAH : 23
BAHIYAH : 24
BAHIYAH : 25
BAHIYAH : 26
BAHIYAH : 27
BAHIYAH : 28
BAHIYAH : 30
BAHIYAH : 31
BAHIYAH : 32
BAHAGIA BUKAN MILIK KITA
BAHIYAH : 29
BAHIYAH : 33
BAHIYAH : 34
BAHIYAH : 35
BAHIYAH : 36
BAHIYAH : 37
BAHIYAH : 38
EPILOG
SPECIAL CHAPTER๐ŸŒป
TUAN AD-DARUQUTHNI
SPECIAL CHAPTER 2 ๐ŸŒธ
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI ๐ŸŒผ
T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 2 ๐ŸŒผ
BISMILLAH

BAHIYAH : 8

5.5K 234 4
By atsyarine

"Ju, Hiyah macam mana?" soal Haji Adnan yang baru sahaja balik dari balai polis untuk membuat report. Dia terus menuju ke arah Hajah Julia yang sedang sibuk membasuh pinggan di singki.

Hajah Julia terus menoleh ke arah suaminya. Dia memberhentikan seketika kerjanya lalu mengeluarkan keluhan kecil di bibirnya.

"Dia masih terkejut bang. Dia cakap itu semua salah dia sebab tak jenguk dulu sebelum bukak pintu. Dari tadi dia asyik menyalahkan diri dia je." balas Hajah Julia dengan riak muka sedih.

"Haih, bukan salah dia pun sebenarnya. Mungkin dia ingat kita yang ketuk pintu. Lagipun ini semua dah jadi ketentuan Allah. Benda dah jadi dah pun." jawab Haji Adnan sambil memandang ke arah bilik Hiyah.

Hajah Julia hanya mengangguk kecil. Kesian dia tengok keadaan Bahiyah yang asyik termenung memikirkan pasal kejadian tengahari tadi.

"Abang pergilah tengok keadaan dia." Hajah Julia menyuruh suaminya untuk menjenguk puterinya.

Haji Adnan tidak membalas apa apa. Terus dia pergi ke arah bilik Bahiyah, diketuk dulu sebelum masuk.

"Hiyah?" panggil Haji Adnan. Dia melihat Bahiyah duduk di tepi katil hanya termenung.

Bahiyah yang mendengar panggilan abahnya, terus dia memandang ke arah Haji Adnan. Dia hanya tersenyum kecil.

"Hiyah okay?" soal Haji Adnan ingin kepastian.

"Hiyah okay abah, cuma masih tak dapat terima. Macam tu je lenyap hasil kerja keras Hiyah kumpul duit banyak banyak tu." luah Hiyah dengan nada sedih.

Haji Adnan meletakkan tangan nya di bahu Hiyah. Di tepuk lembut bahu sang anak.

"Hiyah, ikhlas kan ya? Bukan salah Hiyah pun semua benda ni terjadi. Mungkin ada rezeki yang lebih baik. Nanti kalau Hiyah nak kahwin, tak cukup duit. Guna duit dalam bank abah dulu. Abah tak kisah. Untuk anak abah sorang ni." balas Haji Adnan sambil mengusap lembut ubun-ubun anaknya.

Bahiyah yang mendengar apa yang dikata oleh Haji Adnan, terus dia menggeleng kepala tanda tidak setuju. Dia tidak susahkan abahnya. Cukup Haji Adnan bekerja keras untuk membesarkan dia dengan didikan agama yang sempurna.

"Tak abah. Hiyah taknak susahkan abah. Biar Hiyah yang cari duit sendiri. Cukuplah berkat doa umi dengan abah yang mudahkan Hiyah untuk dapat kerja. Walaupun gaji tak seberapa tapi Hiyah bersyukur sangat. Kalau tak cukup duit nak kahwin pun. Senang Hiyah tak payah kahwin lah. Biar Hiyah jaga umi dengan abah sampai bila-bila. balas Hiyah panjang. Dia betul betul tidak mahu susahkan umi dan abahnya. Biarlah dia usaha sendiri kumpul duit balik.

"Eh, janganlah macamtu nak. Kamu kena kahwin juga. Kalau umi dengan abah tiada nanti. Sekurang-kurangnya Hiyah ada suami yang boleh jaga Hiyah." jawab Haji Adnan dengan lembut.

Hiyah hanya mengeluh kecil. Mengapa lah hati nya rasa tidak sedap bila abahnya cakap macam itu. Tapi dia tidak mahu fikir banyak. Dia hanya mampu berdoa agar Allah panjangkan umur umi dan abahnya





tengku Akif melangkah masuk kerumah nya. Dia melihat tengku Arsyad, tengku Maria dan tengku Roslina sedang sibuk beborak sakan. Entah apa lah diboraknya itu. Sakan sungguh.

"Ha, Akif, balik pun. Meh sini kita borak sekali." ajak tengku Maria sejurus tengku Akif masuk ke dalam rumah.

"Akif penatlah ma, nak naik atas rehat" balas tengku Akif sambil tangannya melonggarkan sedikit tali lehernya.

"Sekejap saja. Cepat. Bukan selalu kamu duduk borak sekali. Selalu balik kerja je terus naik atas. Meh sini." ajak lagi Tengku Maria.

Dengar sahaja mama nya berleter terus tengku Akif berjalan ke arah mereka dan meletakkan beg kerjanya di sebelah tempat dia duduk.

"Tokma tidur sini ke malam ni?" soal tengku Akif sejurus dia duduk di sofa.

"Haah, dah lama tak tidur sini. Lagipun tokma memang ada benda nak bincang dengan papa, mama kamu." jawab Tengku Roslina dengan soalan yang ditanya oleh tengku Akif.

Berkerut dari tengku Akif. Bincang apa pulak ni? Macam penting sangat je?

Tengku Maria memandang tengku Roslina sambil tersenyum sedikit lalu dia memandang ke arah tengku Akif pulak.

"Tokma ada cerita pasal perempuan yang tokma kamu kenal masa jumpa dekat pusat beli belah haritu. Mama rasa macam tertarik je dengan dia. Dengar je tokma cakap pasal dia. Mama macam tertarik nak jumpa dan kenal dengan dia." jawab tengku Maria jujur.

Tengku Akif memandang mamanya tidak percaya. Aik? baru cerita sikit dah tertarik dengan perempuan tu? Entah macam mana background family dia pun kita tak tahu.

"Mama ni dah kenapa? Jumpa pun tidak. Tiba-tiba dah tertarik pulak?" soal tengku Akif tidak percaya.

"Lah apa salahnya, kalau mama tahu dia sesuai dengan kamu. Mama tak teragak agak nak jodohkan kamu dengan dia." balas tengku Maria.

"Ma, kita tak tahu tau latar belakang keluarga dia macam mana. Tah datang dari keluarga miskin. Taknak lah Kif. Bila dia dapat tahu kita datang dari keluarga senang lepastu kahwin dengan kif sebab nak duit, nak harta." jawab tengku Akif. Mereka semua pandang tidak percaya itu yang keluar dari mulut tengku Akif.

"Kif.. papa dah cakap haritu, tak semua perempuan sama macam yang kamu fikir. Buang sikap sangka buruk kamu pada perempuan. Sampai bila bila pun kamu takkan kahwin kalau asyik nak menangkan perangai kamu ni."Tengku Arsyad tegas bersuara. Tak tahan dengan sikap anaknya yang suka sangka buruk.

"Pa, masa kat UNI dulu. Kif kenal dengan seorang perempuan ni. Kif cinta kan dia, sayangkan dia sepenuh hati Kif. Tapi rupanya dia terima kif sebab dia tahu papa Kif ada syarikat sendiri." jawab Tengku Akif.

"Jangan disebabkan seorang perempuan. Orang lain yang kena tempias. Ingat tu, Kif." balas tengku Arsyad sedikit tegas.

Tengku Akif hanya diam. Dia sudah malas nak cakap apa apa. Apa sahaja yang dia cakap semua salah dimata mereka.

"Tokma nak lusa kamu ikut tokma jumpa dengan perempuan itu. Kenal dengan dia dengan lebih dalam. Tokma yakin dia bukan seperti perempuan yang kamu fikir." giliran tengku Roslina bersuara.

"No tokma! Akif taknak! Please, jangan paksa Akif. Kif tak suka!" tengking tengku Akif. Dia tak boleh terima semua ni.

"Kif! Sejak bila kamu berani tinggi suara dekat tokma ni?! Hormat sikit tokma ni Kif!" balas tengku Maria. Mengapa lah perangai anak lelakinya begini. Sudah pandai tinggi suara pada orang tua.

"Sejak tokma dengan mama paksa Kif kenal dengan perempuan yang datang dari mana! Tolong jangan paksa Kif macam ini! Tokma pun baru je jumpa dia 2 kali! Jangan nak sangka baik sangat dengan perempuan tu! Kif ni cucu tokma!" tengku Akif menjawab dengan nada yang agak tinggi. Terus dia bangun dari situ dan mencapai beg kerjanya dan terus berjalan ke tangga menuju ke biliknya.

Tengku Arsyad, tengku Maria dan tengku Roslina menggelengkan kepala mereka melihat sikap tengku Akif..

"Nanti Maria nak kenal dengan dia boleh mummy? Bila-bila mummy nak jumpa dengan dia. Bawa Maria sekali eh?" tengku Maria bersuara.

Tengku Roslina hanya tersenyum lalu mengangguk setuju. Dia pasti anaknya suka dengan Bahiyah.


TBC
okay sampai sini je, esok earin update lagi.. sorry kalau macam hambar en.. jgn lupa vote tau.. 🫶🏻

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 38.9K 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni...
401K 19.2K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
15.8K 855 16
Amelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie. Sampai suatu hari dia ber...