OG| A True Love (Slow Update)

By xMrs_HU

9.3K 679 25

๐Ÿ„บ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ…๐Ÿ…ˆ๐Ÿ„ฐ ๐Ÿ„ฟ๐Ÿ„ด๐Ÿ…๐Ÿ…ƒ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ„ผ๐Ÿ„ฐ ๐Ÿ…‡๐Ÿ„ผ๐Ÿ…๐Ÿ…‚_๐Ÿ„ท๐Ÿ…„ '๐‘†๐‘Š๐ธ๐ธ๐‘‡ ๐ถ๐‘‚๐‘ˆ๐‘ƒ๐ฟ๐ธ-1~ LA NOSTRA STORIA D'AMORE NON HA FINE. Put... More

ATL๐Ÿฅ€
LxA 1๐Ÿฅ€
LxA 2๐Ÿฅ€
LxA 3๐Ÿฅ€
LxA 4๐Ÿฅ€
LxA 5๐Ÿฅ€
LxA 6๐Ÿฅ€
LxA 7๐Ÿฅ€
LxA 8๐Ÿฅ€
LxA 9๐Ÿฅ€
LxA 10 ๐Ÿฅ€
LxA 11๐Ÿฅ€
LxA 12๐Ÿฅ€
LxA 13๐Ÿฅ€
LxA 14๐Ÿฅ€
LxA 15๐Ÿฅ€
LxA 16๐Ÿฅ€
LxA 17๐Ÿฅ€
LxA 18๐Ÿฅ€
LxA 19๐Ÿฅ€
LxA 20๐Ÿฅ€
LxA 21๐Ÿฅ€
LxA 22๐Ÿฅ€
LxA 23๐Ÿฅ€
LxA 24๐Ÿฅ€
LxA 25๐Ÿฅ€
LxA 26๐Ÿฅ€
LxA 27๐Ÿฅ€
LxA 28๐Ÿฅ€
LxA 29๐Ÿฅ€
LxA 30๐Ÿฅ€
LxA 31๐Ÿฅ€
LxA 32๐Ÿฅ€
LxA 33๐Ÿฅ€
LxA 34๐Ÿฅ€
LxA 35๐Ÿฅ€
LxA 36๐Ÿฅ€
LxA 37๐Ÿฅ€
LxA 39๐Ÿฅ€
LxA 40๐Ÿฅ€
LxA 41๐Ÿฅ€
LxA 42๐Ÿฅ€
LxA 43๐Ÿฅ€

LxA 38๐Ÿฅ€

198 10 0
By xMrs_HU

Malam yang indah untuk dating dengan encik suami. Usai sahaja menghidang makanan di tempat yang aku tetapkan tadi, aku naik ke tingkat dua untuk memanggil suamiku turun makan. Kalau ikutkan tadi Andrey mau menolong ku masak lobster tu. Tapi aku menghalang nya dari menolong ku. Sampai aku merajuk supaya dia tidak menolong aku di dapur tadi.

Flashback.

"Jom kita masak sama-sama." Ajak Andrey pada isterinya itu.

"No, Adel masak sendiri ok abang pergi rehat. Kalau nak masak sama-sama lepas balik dari honeymoon."

"Abang nak tolong love masak. Kalau kita masak sama-sama kan cepat siap." Andrey masih dengan pendirian nya. Naik geram Liliana.

"No no no, Adel nak masak sendiri jugak. Abang tak boleh tolong Adel kat dapur. Abang naik atas rehat. Nanti dah siap Adel panggil turun bawah ye." Aku masih mengarahkan nya untuk tidak menolong ku.

"Tak nak abang nak tolong isteri abang ni masak juga. Kita masak sama-sama barulah sweet dolcezza."

"No"

"Yes"

"No abang"

"Yes tesoro"

"Ishh, dah lah tak nak kawan dengan abang, hm." Liliana sudah merajuk. Andrey menghembus nafas berat. Haih nak tolong masak pun tak boleh ke?

"Darling, abang nak tolong wife abang ni masak je. Tak akan tak boleh love?" Ujar Andrey tenang. Sempat dia mengelus lembut pipi gebu isterinya itu.

"Boleh tu boleh tapi bukan sekarang. Adel nak masak sorang-sorang dulu sebab Adel nak surprise kan abang nanti. Kalau abang tolong tak surprise lah." Kata Liliana sambil memuncung mulut nya . Akhirnya Andrey mengalah juga dan ikutkan sahaja kehendak isterinya itu.

End flashback.

Dia tau kejutan yang dia buat malam ini tidak seberapa mewah baginya. Hanya biasa-biasa sahaja, tapi cukuplah dia membuktikan bahawa dia cintakan jejaka itu dengan hatinya yang paling ikhlas. Walaupun tak seberapa dia mencuba menjadi isteri yang sempurna seperti di luar sana. Dia cuba..

"Abang jom turun makan, Adel dah siap masak dah." Ujar Liliana selepas membuka pintu bilik itu. Dapat dia lihat suaminya sedang bersandar di kepala katil sambil membuat kerja. Dengar sahaja suara isterinya memanggil dia terus meletakkan komputer riba dia atas meja kopi sebelum melangkah ke arah Liliana.

"Ok jom turun sama-sama." Ujar Andrey lembut. Satu senyuman manis ditayangkan.

"Cup cup, sebelum turun pakai ni dulu." Liliana menunjukkan penutup mata yang berada di tangannya itu, berkerut dahi Andrey.

"Kenapa kena pakai benda ni love? Perlu ke."

"Perlu, meh sini Adel nak pakaikan untuk abang, tunduk." Andrey hanya menurut. Dia menundukkan sedikit badannya kerana isterinya jauh lebih rendah darinya. Mana tak jauhnya kalau ketinggian Andrey 188cm dan Liliana 160cm. Memang jauh betul bezanya kan.

"Dah jom turun, abang jangan risaulah ye Adel pimpin abang sampai bawah." Ujar Liliana lembut.
Andrey hanya mengangguk sahaja. Mereka keluar dari bilik itu sebelum Liliana menutup daun pintu hingga rapat.

Perlahan-lahan kami berjalan ke arah lif. Terasa comel pula aku melihat wajah Andrey begitu. Tak tau apa yang comel tapi kalau dah laki sendiri mestilah semua ada kat dia kita suka kan, dia tidur berdengkur pun kita kata hensem. Dengan senyap-senyap aku mengambil gambarnya beberapa keping. Boleh lah buat wallpaper phone nanti. Kan.

"Abang tau lah abang hensem tapi jangan lah tangkap gambar abang macam tu sayang." Terkejut aku bila ditegur oleh tuan punya badan. Macam mana dia tau, uish hebat.

Pintu lif terbuka luas. Kami masuk dalam perut lif bersama-sama, sampai sahaja di tingkat bawah kami berjalan keluar dari perut lif dan menuju ke halaman belakang rumah. Dengan berhati-hati aku mempimpin Andrey untuk ke halaman belakang, manalah tau dia tetiba tersepak meja ke naya nanti kaki laki aku ni.

"Sweetheart, kenapa ada rumput dalam rumah ni. Ni bukan jalan ke ruang makan kan sayang?" Tanya Andrey curiga. Tak kan bini aku ni bawa rumput masuk rumah pula. Nak tergelak Liliana bila mendengar suaminya kata bergitu.

Aku tidak menjawab soalan yang suamiku tanya kan itu. Sampai sahaja kami di kolam renang kami berhenti dari melangkah. Hati kian berdebar takut sang suami tidak menyukai nya tapi apa pun harus yakin.

"Kita dah sampai. Buka lah penutup mata tu." Kata ku teruja. Dengan perlahan Andrey membuka penutup mata itu.

Andrey terpengun dengan apa yang dia lihat didepan nya sekarang ini. Dia tidak menyangka bahawa kejutan yang isterinya cakap ialah seperti ini. Andrey mengalihkan pandangan ke arah Liliana yang sedang memandang nya juga. Dia terus memeluk tubuh badan isterinya itu dengan erat nyaris sahaja air mata nya gugur akibat terharu. Jangan ingat lelaki pun tak ada perasaan terharu tau.

"Tadaa surprise, abang suka tak? Maaflah kalau tak beberapa cantik" Kata ku ceria.

"Mestilah abang suka, dolcezza. Abang tak sangka sayang sanggup buat macam ni seorang diri. Ini pun dah lebih dari cukup sayang." Ujar Andrey ikhlas, dia membelai rambut isterinya itu. Tangan di genggam sebelum mereka ke arah satu meja yang di tetapkan oleh Liliana tadi. Dekat dengan tepi kolam renang dan hiasan latar berlampu-lampu.

Ye mereka akan ber candlelight dinner di tepi kolam renang sahaja. Hidangan makanan mereka seperti yang si pesan oleh Han's Andrey. Andrey menarik kerusi untuk Liliana duduk sebelum dia turut duduk berhadapan isterinya itu. Liliana mengambil isi Lobster salted egg itu sedikit sebelum diletakkan atas pinggan suaminya.

"Cuba abang rasa sedap tak Adel masak tu." Andrey mengangguk sedikit sebelum isi Lobster itu diletakkan atas sudu dan menyuap kedalam mulutnya. Andrey tersenyum suka. Memang tidak dinafikan memang masakan isterinya itu sungguh sedap.

"Sedaplah sayang, tolong ambil isi tu lagi boleh abang nak." Pinta Andrey, Liliana hanya turut kan sahaja. Dia meletakkan isi Lobster itu kedalam pinggan nya dan mengaul sikit dengan nasi lalu di suakan kearah suaminya itu.

"Adel nak suap abang, Adel tak pernah nak suap abang jadi bagi Adel suap abang baru sawit." Ujar Liliana lembut. Andrey hanya tersenyum suka, siapa je tak suka kalau orang tercinta yang suapkan ye dak.

Mereka makan sambil bertukar-tukar cerita dan saling suap menyuap. Usai sahaja siap makan mereka mengambil tempat di kerusi rehat di tepi kolam itu sambil melihat pemandangan indah langit yang dihiasi berjuta bintang. Masing-masing mendiamkan diri sebelum Liliana hentikan lamunan masing-masing.

"Abang."

"Yes my treasure."

"Abang gembira tak berkahwin dengan Adel? Walaupun perkahwinan kita baru je seminggu." Tanya Liliana tiba-tiba, tidak tau mengapa soalan begitu terlintas dalam benak fikirannya.

"Tipulah kalau abang cakap abang tak gembira berkahwin dengan dolcezza, sepanjang seminggu kita menjalani rumah tangga, dolcezza tak pernah nak menyusahkan abang tau. Masa dekat rumah mommy dulu pun sayang banyak buat kerja rumah walaupun dah ada maid." Ujar Andrey jujur. Isterinya ini tidak pernah duduk diam dekat rumah keluarga Andrey dulu.

Liliana terharu mendengar kata-kata suaminya itu. Andrey mengelus lembut jari runcing Liliana sebelum satu kucupan hangat singgah di tangan itu. Dia sungguh bersyukur kerana dapat isteri yang solehah seperti Liliana. Walaupun masih belum menutup aurat dengan sempurna tapi dia dapat lihat gadis ini berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah. Dia sebagai ketua keluarga pastilah dia akan membantu isterinya ini untuk berubah.

"Adel harap Adel dapat jadi isteri yang sempurna nanti. Adel akan cuba bahagiakan abang nanti." Kata Liliana tenang. Andrey tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu.

"Dan Adel harap abang akan terima kekurangan Adel baik luar mau pun dalam diri Adel." Kata Liliana sedikit sebak. Dia tau dirinya tidak sempurna, tapi dia akan cuba ubah mana yang patut.

"Bagi abang, isteri abang ni dah cukup sempurna. Dah jangan sedih-sedih lagi, abang tak kuat tengok air mata isteri abang ni mengalir." Kata Andrey lembut. Liliana tersenyum bahagia. Cukup bahagia.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

"TURKI WE ARE COMING YEAYY!"

Liliana dan Andrey hanya menggeleng kepala sahaja. Rancangan ingin berbulan madu berdua hancur selepas dua ketul itu mau mengikuti mereka. Seawal pagi lagi sebelum Liliana dan Andrey ingin bergerak ke Lapangan terbang Kuala Lumpur, mereka berdua sudah tercegat dekat depan pintu rumah. Terkejut Liliana dan Andrey bila melihat dua ketul itu.
Sudah ditegah oleh mommy dan daddy Andrey supaya jangan mengikut dua pasangan itu tapi tetap degil.

Flashback.

"Kami nak ikut juga."

"Aku tak benarkan korang ikut kali ni."

"Tapi kami nak ikut juga, bolehlah Rey. Kami janji tak kacau korang punya honeymoon tu." Kata Ryu. Elvien disebelah hanya mengangguk setuju.

Andrey sudah hilang kata-kata nya lagi. Terlalu degil dan payah kalau bercakap dengan dua makhluk ni.

"Siapa izinkan korang ikut aku." Tegas Andrey berkata.

"Kami." Jawab Elvien dan Ryu serentak.

Andrey sudah menyumpah seranah dalam hatinya.

"Kesian lah kat kami ni kena tinggal kat Malaysia, kita kan bespend foevah." Kata Elvien pula.

"Ok fine, korang boleh ikut tapi jangan sesekali kacau aku dengan Liliana. Faham." Tegas Andrey berkata. Liliana disebelah hanya menggeleng kepala.

"Faham tuan. Yeayy kita pergi Turki!." Jerit Ryu dan Elvien serentak.

End flashback.

Ketika kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kami di temani oleh ibu bapa mertuaku dan juga kedua-dua abangku. Nak harapkan mama dan papa teman, memang tunggu gajah terbanglah gamaknya. Sebelum kami berlepas ke Turki, kami sempat bersarapan di restoran makanan segera McDonald's. Masih ada lagi setengah jam untuk berlepas ke Turki.

"Abang, Adel nak pergi ladies kejap ok. Tolong pegang kan beg tangan Adel ni." Aku menyerahkan beg tangan berjenama Prada kepada suamiku. Andrey hanya menyambut huluran ku itu sebelum aku bergegas pergi ke tandas awam.

Usai sahaja selesai apa yang patut, aku membasuh tangan dan membetulkan sedikit rambut ku yang terjuntai kehadapan ini. Bila puas dengan penampilan sendiri aku terus bergegas ke arah suamiku semula. Ketika dalam perjalanan, ada seseorang lelaki misteri memakai baju hitam melanggar diriku sedikit. Nasib tidak jatuh. Bila aku toleh semula ke belakang untuk melihat jejaka itu, jejaka itu sudah menghilang kan diri. Sungguh musykil tapi aku abaikan.

"Maaf lambat, tadi ada orang langgar Adel." Ujar ku pada suamiku. Berkerut dahi Andrey mendengarnya.

"Sayang tak apa-apa kan, ada sakit mana-mana ke dia langgar tadi?" Tanya Andrey risau. Liliana hanya menggeleng kepala sahaja.

Sedang rancak kami berborak, sudah tiba masanya kami ke balai perlepasan. Sempat aku menyalami tangan ibu bapa mertuaku dan abang-abangku. Sebelum pergi meninggalkan mereka ibu mertua banyak memberi kan nasihat dan memeluk ku seperti tidak mengizinkan aku pergi.

"Jaga diri tu baik-baik tau, nanti apa-apa mintak tolong An ye. Jaga kesihatan kat sana, nanti jangan lupa bagi mommy dengan daddy cucu yang banyak-banyak ye." Ujar puan Melina pada menantu nya itu. Ingin tersedak Liliana mendengar ayat ibu mertua nya itu.

"Mommy dan daddy pun jaga kesihatan kat sini juga ye. Kami pergi dulu ye mommy daddy." Ujar ku pada ibu bapa mertuaku.

"Adik pergi dulu tau bang. Jaga diri korang kat sini elok-elok. Nanti bila aku balik sini semula aku bawak desert favourite korang."

"Ok cun, nanti kirim salam kat Nene tau, kata kat Nene cucu dia yang hensem ni rindukan dia." Kata Lienz Ryan. Liliana hanya menggeleng kepala.

"Jaga diri elok-elok Lana, jangan lupa makan ubat faham." Pesan Lienza Razeen pada adik nya itu. Liliana mengangguk faham.

Liliana, Andrey, Ryu dan Elvien melambaikan tangan ke arah si penghantar mereka ke lapangan terbang itu. Sempat lagi Ryu dan Elvien membuat drama percuma di lapangan terbang itu.

"Hiks hiks.. bye-bye Malaysia, kami akan merindui mu huhu."

"Jangan lupakan kami tau Malaysia sobs sobs."

Liliana yang melihat drama itu hanya senyum sahaja. Ada-ada je drama tak berbayar mereka ni ye.







Haiii komee... Saya belanja satu chapter ni ye. Ayat masih cokia-cokia sebab otak tengah fikir lain tulis lain hehe. Saya lanje 1 chptr ni before my exam finish lah you know.

Tunggu lagi beberapa saya akan comeback dengan jalan cerita yang lebih bagus.. INSYAALLAH

Continue Reading

You'll Also Like

104K 3.7K 72
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
32.7K 2.6K 52
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
271K 8.6K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
61.1K 7.5K 14
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...