SENIOR TU, SUAMI AKU!

By aveedys

1.5M 69.7K 7.7K

π™ΊπšŠπš›πš’πšŠ πš™πšŽπš›πšπšŠπš–πšŠ 𝚊𝚟𝚎𝚎𝚍𝚒𝚜 Nadia Alyana x Zafriel Akasyah Memang gila! Nadia Alyanna dijodohkan... More

STSA 1
STSA 2
STSA 3
STSA 4
STSA 5
STSA 6
STSA 7
STSA 8
STSA 9
STSA 10
STSA 11
STSA 12
STSA 13
STSA 14
STSA 15
STSA 16
STSA 17
STSA 18
STSA 19
STSA 20
STSA 21
STSA 22
STSA 23
STSA 24
STSA 25
STSA 26
STSA 27
STSA 28
STSA 29
STSA 30
STSA 32
STSA 33
STSA 34
STSA 35
STSA 36
STSA 37
STSA 38
SPECIAL CHAPTER

STSA 31

32.4K 1.3K 107
By aveedys


"Adam? Siapa tu?" Hanif yang dari tadi berdiam diri mula keluarkan suara.

"Dia childhood friend Nadia. Aku syak dia yang culik sebab sebelum ni dia pernah bagi patung beruang, dalam patung tu ada kemera tersembunyi"

"Kalau macam tu jomlah serbu rumah dia" Ujar Reza dia berdiri mencapai jaket berkulit dan kunci motornya.

"Sebelum tu aku call yang lain" Hanif pergi dengan telefon ditangan untuk menghubungi yang lain.

"Aku nak ikut" Semua berpaling ke sumber suara. Tasya yang baru munculkan dirinya.

"Kau tak payahlah kau tu perempuan " Kata Danial lalu dijeling tajam Tasya.

"Eh, kau ingat perempuan ni lemah sangat ke?"

"Haah memang pun" Jawab Danial dengan cepat.

"Apa ni main cubit-cubit orang pula sakitlah!" Dania mengadu kesakitan setelah dicubit kuat oleh Tasya. Padan muka.

"Kau kata lemah tu mak kau bukan perempuan ke?"

"Yang tu...er..." Danial mati kata.

"Lagipun aku ni belajar taekwondo black belt okay! Kau ada? Tak ada? Hm lemah!" Balas lagi Tasya dengan sinis.

"Woi, ini bukan masa korang gaduhlah orang tengah sibuk fikirkan cara nak selamatkan Nadia kau boleh pula bergaduh" Kata Reza.

Tasya buang muka tak ingin bertatap lama dengan Danial.

Danial pula menjelirkan lidahnya.

"Sudah...kau dengan perempuan pun nak gaduh" Reza menarik Danial ke sofa lain menjauhi Tasya.

"Hey guys!"

"Nik!"

"Aku datang sini sebab Hanif call minta bantuan jadi abang Nik yang handsome ni datanglah" Ujar Nik sambil berjalan menuju ke sofa bersama kawan-kawannya yang lain.

"Siapa awek cantik ni?" Soal Nik sambil tersengih miang kepada Tasya.

"Tulah kau lama sangat duduk dekat Indonesia sampai lupa yang aku kata ada member perempuan baru"

"Ni lah Tasya yang aku cerita tu" Kata Reza.

"Ohh...cantik nama macam orangnya" Tasya tersenyum kekok. Nik tersenyum jelmaan buaya darat sudah muncul.

"Eh! Jaga sikit mata kau tu aku cungkil kang" Kata Danial sempat dia beri tatapan tajam ke arah Nik.

Tasya disebelahnya dijeling. Tak jealous pun!

"Kau ada bau sesuatu tak?" Tanya Reza.

"Bau apa? Bau kentut ke? Kau kentut ke Tasya?" Danial cuba menghidu-hidu Tasya, dengan pantas Tasya menjauhkan dirinya.

"Bau orang jealous" Jawab Reza sambil tersenyum penuh makna kepada Danial.

"Siapa? Aku? Memang taklah!" Danial membuang muka. Dia terpaksa berpura-pura tidak menyukai Tasya dia hanya mampu pendam perasaannya.

"Eleh...yelatu"

Zafriel datang terkejut dengan kehadiran Nik sahabat lamanya yang telah pindah sekolah sekarang ini berada di depan matanya.

"Nik?"

"Weh, lama tak jumpa kau bila sampai sini?"

"Kemarin dah cuma saja nak buat surprise dekat kau tapi Hanif dah call aku minta tolong katanya isteri kau kena culik sebab tu aku mari sini"

"Hm... sekarang ni fikiran aku tengah kusut risau dengan keadaan Nadia"

"Relax lah, cuba fikir positif dulu"

"Kau tak ada bini senanglah cakap!" Pecah tawa Nik akhirnya.

"Dah... sekarang ni kita kena pergi cari bini aku. Tak sabar aku nak pukul muka binatang tu" Zafriel melangkah ke motornya. Helmet disarung lalu motor dihidupkan.

"Jom"

"Tasya naik dengan aku aje lah" Kata Nik dengan nakal.

"Kau tak tahu halal dengan haram ke?" Tanya Danial dengan sinis.

"Tak payah aku ada motor sendiri" Motor Ninja H2R dihampiri, tangan naik memakai helmet. Sengaja grip motor dipulas menimbulkan bunyi ekzos yang kuat.

"Stylo betul awek aku ni" Bisik Danial kepada Hanif.

🪐

"Pintu tak kunci tak ada orang ke ni?" Zafriel masuk kedalam rumah Adam bersama Nik, Hanif, dan Danial yang lain tunggu diluar.

"Macam tak ada orang aje. Kau pasti ke Adam yang culik Nadia?" Soal Hanif serius.

Zafriel terdiam.

"Zafriel!" Suara Danial bergema memanggil Zafriel.

Dengan pantas Zafriel melangkah naik ke tangga diikut Hanif dan Nik.

"Sini"

Mengeras badan Zafriel melihat gambar-gambar Nadia yang dipenuhi pada dinding. Penumbuk digenggam kuat amarahnya meledak saat dapat tahu yang selama ini isterinya sudah lama diperhatikan oleh Adam.

"Eh, ni bukan ke phone Nadia?" Hanif menunduk mengambil telefon di atas lantai.

Tak sempat berkata Zafriel sudah rampas.

"Sial"

"Memang sah Adam punya kerja. Dia tu psycho" Kata Nik.

"Sekarang ni macam mana kita nak cari dia?"

🪐

Perlahan mata Nadia dicelik rasa berat kepalanya, dia melihat sekitar tempat yang begitu asing baginya. Bukan rumah tapi sebuah bangunan lama yang tidak terpakai.

Tangan dan kaki yang diikat pada kerusi membuatkan dia susah begerak. Bila tersedar sepenuhnya baru dia perasan yang kepalanya terdedah tiada seurat benang pun menutup kepalanya.

"Tolong!"

"Tolong!"

Nadia menjerit minta tolong berharap akan ada yang selamatkan dirinya.

"Sayang dah bangun?" Tegur satu suara garau yang mendekati Nadia dengan senyuman diukir di bibir.

Tatapan tajam dilontar pada Adam. Rasa benci kini membuak dalam dirinya.

"Sayang mesti laparkan?" Soal Adam dengan lembut. Kerusi diseret berhadapan Nadia sebelum melabuhkan punggunya.

"Abang Adam ada bawa nasi goreng special untuk Nadia"

"Abang suapkan ya" Nasi ditangan Adam ditepis kasar.

"Aku tak nak" Memerah muka Adam dengan perbuatan Nadia. Dia melempar sudu kerana geram.

"Eh perempuan kau patut bersyukur aku masih berlembut dengan kau" Pipi gebu Nadia ditampar sehingga hujung bibir berdarah.

Terteleng kepala Nadia dengan rambutnya menghalangi Wajahnya.

"Jantan tak guna" Desis Nadia dengan berani. Dia menahan rasa sakit dan air matanya.

"Apa kau cakap!"

"Argh!" Rambut panjang Nadia dijambak kasar.

"Kau pekak ke? Aku kata kau jantan tak guna! Kau munafik depan orang kemain baik lagi kau acah-acah alim padahal jahat! Kau gila!" Jeritan Nadia bergema meluahkan semua yang dia pendam.

Adam tertawa. Memang gila!

"Memang...aku memang gila. Gila sebab kau lah! Kalau kau tak kahwin dengan Zafriel tu tak akan jadi macam ni. Kau tahu tak mak bapak aku hantar aku belajar jauh sebab dia tahu yang aku gilakan kau, jadi terpaksa aku ikut..."

"Tapi. Aku tak putus asa lepas aje aku balik sini semula aku nak jadikan kau isteri tapi si sial tu rembat dulu kau tu hak aku bukan si jantan sial tu!" Tepik Adam kerusi tadi dilempar ke dinding.

"Jodoh tu ditangan tuhan, kau kena terima semua ni lagipun akh tak pernah ada perasaan sikit pun dekat kau Adam...aku anggap kau dah macam abang sendiri"

"Ni bukan Adam yang aku kenal, Adam yang aku kenal dulu baik sentiasa berlembut dengan aku buka yang ni" Nadia menunduk sedih. Kecewa dengan sifat Adam. Tak percaya orang yang dia sayang jadia seperti ini.

"Dah kau tak payah buat drama aku muak!" Tengking Adam.

"Aku nak keluar kejap kau jangan gatal-gatal nak lari"

"Kau tahu kang akibat dia apa" Sambung Adam sambil mengelus perlahan pipi Nadia. Senyuman sinis diukir.

Perlahan Adam melangkah pergi meninggalkan Nadia sorang-sorang yang masih diikat di kerusi.

Nadia melihat sekeliling rasa seram pula dengan suasana bangunan lama ni.

🪐

"Berhenti dekat kedai runcit kejap aku nak beli rokok" Ujar Nik saat melihat sebuah kedai runcit berdekatan.

"Aku nak ikut" Kata Zafriel.

"Pergilah aku tunggu dekat sini dengan yang lain" Nik mengangguk lalu pergi bersama Hanif.

Hanya mereka saja yang tinggal di kedai masakan panas untuk berehat dan berbincang. Sekarang ini sudah hampir 12 malam masih lagi teruskan pecarian Nadia.

Dahi Zafriel Berkerut-kerut melihat sebuah kereta proton saga merah jenis model baru diparkir di depan kedai runcit.

Nombor plat kereta dipandang lama. Macam pernah tengok tapu dimana ya?

"Sorry" Bahu Zafriel dilanggar oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam dengan mask. Lelaki itu menunduk jadi tidak jelas Zafriel melihat wajahnya.

"Adam" Katanya dalam hati.

Baru dia perasan lelaki itu ialah Adam. Masih dia ingat kereta dan nombor plat kereta Adam semasa berada di rumah ummi.

Adam sudah pencut menjauh.

"Nik!"

"Asal? Asal?"

"Aku jumpa Adam"

"Haih...kau ni baru aku nak ngorat awek" Terbatal niat Nik yang ingin mengorat penjaga kaunter kedai itu.

"Cepatlah babi"

Zafriel dan Nik berlari menuju ke arah tempat kawannya berkumpul.

"Jom! Ikut aku kejar Adam"

Semua terbangun masing-masing mengambil kunci dan menyarung helmet sebelum mengikut Zafriel. Sekeping 50RM diletak atas meja.

"Kali ni kau takkan terlepas" Desis Zafriel grip digenggam kuat matanya menatap tajam mengikut arah kereta Adam.

Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

50.2K 2.7K 32
"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. A...
2K 160 12
HARRIS ANAQI merupakan CEO syarikat HR's Holding . Beku kalah ais batu . Ego boleh control lagi . Mempunyai abang abang gak ada ahklak iaitu Hazreel...
1.6K 205 27
Kisah seorang gadis yang bernama Zulie yang bergantung kepada lelaki yang berada di dalam mimpinya.Biarpun dia pernah putus asa untuk hidup dia tapi...
6.3K 155 15
βœ’Koleksi kata-kata, fakta dan maklumat dari sebuah novel yang bertajuk 'I LOVE YOU STUPID' & 'MY PRECIOUS IRIS'. Hasil karya daripada Melur Jelita. [...