OG| A True Love (Slow Update)

Por xMrs_HU

9.3K 679 25

๐Ÿ„บ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ…๐Ÿ…ˆ๐Ÿ„ฐ ๐Ÿ„ฟ๐Ÿ„ด๐Ÿ…๐Ÿ…ƒ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ„ผ๐Ÿ„ฐ ๐Ÿ…‡๐Ÿ„ผ๐Ÿ…๐Ÿ…‚_๐Ÿ„ท๐Ÿ…„ '๐‘†๐‘Š๐ธ๐ธ๐‘‡ ๐ถ๐‘‚๐‘ˆ๐‘ƒ๐ฟ๐ธ-1~ LA NOSTRA STORIA D'AMORE NON HA FINE. Put... Mรกs

ATL๐Ÿฅ€
LxA 1๐Ÿฅ€
LxA 2๐Ÿฅ€
LxA 3๐Ÿฅ€
LxA 4๐Ÿฅ€
LxA 5๐Ÿฅ€
LxA 6๐Ÿฅ€
LxA 7๐Ÿฅ€
LxA 8๐Ÿฅ€
LxA 9๐Ÿฅ€
LxA 10 ๐Ÿฅ€
LxA 11๐Ÿฅ€
LxA 12๐Ÿฅ€
LxA 13๐Ÿฅ€
LxA 14๐Ÿฅ€
LxA 15๐Ÿฅ€
LxA 16๐Ÿฅ€
LxA 17๐Ÿฅ€
LxA 18๐Ÿฅ€
LxA 19๐Ÿฅ€
LxA 20๐Ÿฅ€
LxA 21๐Ÿฅ€
LxA 22๐Ÿฅ€
LxA 23๐Ÿฅ€
LxA 24๐Ÿฅ€
LxA 25๐Ÿฅ€
LxA 26๐Ÿฅ€
LxA 27๐Ÿฅ€
LxA 28๐Ÿฅ€
LxA 29๐Ÿฅ€
LxA 31๐Ÿฅ€
LxA 32๐Ÿฅ€
LxA 33๐Ÿฅ€
LxA 34๐Ÿฅ€
LxA 35๐Ÿฅ€
LxA 36๐Ÿฅ€
LxA 37๐Ÿฅ€
LxA 38๐Ÿฅ€
LxA 39๐Ÿฅ€
LxA 40๐Ÿฅ€
LxA 41๐Ÿฅ€
LxA 42๐Ÿฅ€
LxA 43๐Ÿฅ€

LxA 30๐Ÿฅ€

164 13 0
Por xMrs_HU

Han's Andrey baru sahaja menyiapkan tugasan nya. Dia mengeliat penat akibat duduk terlampau lama. Andrey menyusun fail-fail yang berselerak di atas meja itu. Usai sahaja siap mengemas dia ingin turun ke bawah untuk membasahkan tekak yang kering ini. Jam sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi, pasti semua sudah tidur.

Dia keluar dari bilik itu dan ingin menuju ke arah lift, bila dia lalu di hadapan bilik tetamu tingkat tiga yang menempatkan Ryu dan Elvien duduk, dia mendengar lagu yang agak kuat dari bilik itu. Andrey tidak pedulikan nya tetapi bila mendengar suara gelak tawa seorang gadis yang dia kenal, terus pergerakkan nya terhenti. Dia mencuri dengar dan membuka sedikit daun pintu bilik itu.

"Ambik selimut ni Liana. Kita nak wat trend yang orang joget atas katil tu." Kata Ryu.

"Mula-mula I dulu joget pastu korang pula masuk tau." Liliana dan Elvien hanya menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Ryu. Maklumlah Ryu ni kan kaki tiktok.

Terkejut Andrey bila gadis itu turut berada di dalam bilik ini. Andrey menahan geram bila gadis itu tidak mendengarkan arahan nya beberapa jam yang lepas. Dia memesan agar gadis itu tidur awal untuk esok harinya. Tetapi disebalik nya pula terjadi.

Andrey masih memerhati tingkah laku mereka, ingin sahaja Andrey menyerbu masuk bilik ini tapi dia mau lihat apa yang tiga manusia itu lakukan dulu. Andrey melihat Ryu meletakkan iphone nya pada meja dan mulakan sesi membuat tiktok nya itu. Dia melihat Ryu menggelek seperti cacing sahaja di atas katil itu. Liliana dan Elvien mula naik atas katil dan mengikuti pergerakan Ryu tadi.

"Fu**in' robitussin. I dont know why this sh*t got me lazy right now yeah." Nyanyi Ryu dan Elvien serentak, Liliana hanya ketawa sahaja.

"Can't do Percocets or Molly. I'm turning one, tryna live it up here right, right, right." Nyanyi mereka bertiga serentak. Jatuh tergolek mereka bila habis menyanyi dan bergema lah gelak tawa mereka didalam bilik itu.

BAMM...

Terhenjut bahu mereka kerana terkejut akibat pintu mereka dihempas kuat oleh Andrey. Mereka bertiga terus menelan air liur, Andrey yang menghempas pintu bilik itu wajahnya masih tenang. Walaupun hatinya sedikit geram. Ryu, Elvien dan Liliana menahan gerun bila panah mata Andrey menusuk kornea mata mereka.

"E..eh abe Rey, Abe Rey tak tido lagi ke. Dah..dah malam ni, bakal pengantin tak elok tidur lambat tau." Kata Ryu gagap. Dah lah dia dan Elvien buat kesilapan besar. Curi bakal isteri orang tanpa izin bakal cik suaminya.

"Puas?. Dah habis buat tiktok nya. Liana?" Tanpa nada Andrey bersuara. Panggilan Andrey pada gadis itu juga sudah berubah. Liliana yang mendengar nama panggilan nya berubah terus menundukkan kepala nya.

"Masuk bilik, sekarang." Tegas Andrey berkata. Tidak membantah Liliana hanya mengikuti sahaja.

"Aduu Rey, jangan lah marah sangat, esok dah nak kahwin kot tak kan nak garang lagi." Kata Elvien berani. Ryu mengangguk setuju.

Andrey menjeling mereka tajam sebelum keluar dari bilik itu. Pintu tidak ditutup biarkan mereka tutup sendiri. Andrey kemudian turun ke bawah semula untuk minum air. Lepas sahaja minum air dia terus naik ke atas semula. Masuk sahaja ke biliknya dia mengambil iphone miliknya dan membuka skrin layar tersebut. Nama Gadis itu dicari.

Dia mendail nombor telefon itu, tapi tidak di angkat. Sekali lagi di dail dan akhirnya diangkat juga oleh Liliana. Liliana bersuara dahulu sebelum Andrey.

"Ye kenapa call?." Tanya Liliana pelik, macam tak boleh nak cakap esok je.

"I'm sorry." Berkerut dahi licin Liliana bila mendengar permohonan maaf dari jejaka itu.

"Maaf dah marah kau tadi, maaf aku tukar nama panggilan kau." Ujar Andrey lembut. Liliana yang dengar suara lembut jejaka itu hanya senyum.

"Is okaylah, memang salah Adel pun. Adel yang degil tak dengar cakap An, tapi Ryu dengan Elvien yang culik Adel tau." Balas Liliana jujur. Andrey yang mendengar hanya tersenyum suka. Dia suka bila gadis itu bercakap. Dia suka mendengar suara merdu gadis itu.

"Ok. Dah pergi tidur sana, dah pukul 2:00 ni, esok ingat bawa baju sekali sebelum pergi." Pesan Andrey untuk mengingati gadis itu.

Liliana hanya membalas iya sahaja. Usai sahaja percakapan mereka tamat. Andrey meletakkan panggilan telefon tersebut. Dia membetulkan posisi baring nya kepada yang lebih selesa. Dia harus tidur untuk esok harinya. Hatinya rasa sungguh berbunga-bunga, tidak sabar untuk dia menunggu hari esok.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Hari yang bersejarah dalam hidup dua pasangan sejoli itu, Liliana Radella dan Han's Andrey. Mereka bakal menjadi pasangan hidup semati selamanya. Liliana akan menjadi hak milik mutlak Han's Andrey D'Azeglio.

Siap sahaja di solek oleh jurusolek profesional itu. Liliana menilik mukanya didepan cermin besar itu. Sungguh cantik, menambahkan seri wajah nya lagi. Dia mengucapkan terima kasih sebelum jurusolek itu meminta diri. Keluar sahaja jurusolek itu, Lienz Ryan dan Lienz Ryan masuk ke dalam bilik tidur Liliana.

"Huaa adikkk." Lienz Ryan terus berlari ke arah adik kesayangan nya. Dia memeluk Liliana erat seperti tidak mau di lepaskan gadis itu. Air mata jantannya terus mengalir akibat melihat adik perempuan kesayangan nya akan meninggalkan mereka berdua nanti. Alah macamlah tak dapat jumpa lagi.

"Dah lah tu Ayan, habis baju dia berkedut nanti sebab drama sepuluh sen kau tu. Macamlah tak dapat jumpa dia lagi." Pujuk Lienza Razeen. Dia menepuk bahu adik lelakinya lembut.

"Huhuhu, jaga diri elok-elok tau nanti, jangan lupa makan ubat. Kalau Rey buat macam-macam kat kau. Bagi tau kami." Pesan Lienza Razeen tegas, sayang betul dia kat gadis ini.

"Ye Ayan, adik tau lah. Lana bukan budak kecik lagi."

"Bagi kami kau budak kecik yang nak gula-gula je." Liliana terus menepuk tangan abang keduanya bila mendengar kenyataan tersebut.

"Dah jom turun bawah, tok imam dengan lain dah tunggu lama tu." Ujar Lienza Razeen. Mereka bertiga turun ke bawah bersama-sama, Lienz Ryan dan Lienza Razeen memimpin tangan Liliana erat. Lienza Razeen melirik ke arah Liliana, tersenyum bahagia dia bila gadis itu akan digelar isteri orang nanti.

Dia sangat bersyukur adiknya telah menjumpai lelaki setulus Han's Andrey. Dia amanah kan jejaka itu menjaga Liliana dengan seikhlas hati. Kalau tidak mampu menjaga gadis ini. Pulangkan lah semula padanya.

Liliana mengambil tempat di atas pelamin putih itu bersebelahan dengan ibu mertua nya itu. Puan Melina mengengam tangan ku. Aku tersenyum manis pada wanita separuh usia itu.

"Rasanya dah boleh mula ni, saya tengok pun pengantin lelaki macam tak sabar juga ni." Ujar tok kadi itu sekadar jenaka biasa. Para tetamu di situ ketawa bila mendengar apa yang tok kadi cakap tadi. Wajah Andrey sedikit memerah akibat malu.

"Sedia ye." Tok kadi memberi sedikit khutbah nikah pada pasangan itu dahulu. Tok kadi mula berjabat tangan dengan Andrey sebelum membaca kan lafaz nikah.

"Han's Andrey D'Azeglio bin Hugo Alex D'Azeglio."

"Ye saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Putri Liliana Radella binti James Rayden dengan mas kahwinnya RM 20000 tunai." Andrey menarik nafas dahulu sebelum mengikuti balik apa yang tok kadi cakap.

"Aku terima nikahnya Putri Liliana Radella binti James dengan mas kahwinnya Rm 20000 tunai."

"Sah.sah." tanya tok kadi pada saksi dan tetamu lain. Bila semua cakap dah Andrey memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Doa selamat dibacakan oleh tok kadi. Mereka menadah tangan dan mengaminkan doa tersebut.

Air mata Liliana mengalir jua. Dia menangis bukan kerana sedih tetapi bahagia, dia sungguh bahagia di kahwin kan oleh pilihan nya sendiri. Sesi membatalkan air wudhuk pula.
A

ndrey datang mendekat ke arah Liliana yang berada di atas pelamin itu. Andrey tersenyum sedikit bila melihat Liliana menundukkan kepala nya akibat malu.

"Sayang, angkat kepala tu, abang nak tengok wajah cantik kesayangan abang sorang ni." Terkedu Liliana bila jejaka itu memanggil nya seperti itu. Dia mengangkat kepala memandang wajah Andrey yang kacak bergaya mengenekan baju melayu berwarna putih itu.

Andrey mengambil cincin yang diserahkan oleh ibunya itu, dia menyarungkan cincin itu pada jari runcing milik Liliana. Liliana juga berbuat seperti itu. Dia menyalami tangan Andrey dengan sopan. Satu kucupan hangat dilekapkan pada kekura Andrey. Andrey memegang kepala Liliana dan membacakan doa sebelum dia mengucup lembut ubun-ubun gadis itu.

"you belong to me now, no one can take you away from me understand." Bisik Andrey lembut tapi terselit ketegasan nya. Liliana tergelak kecil mendengar nya.

"I am yours forever Mr. Han's Andrey." Sengaja Liliana membalas nya dengan suara meleret. Andrey yang mendengar tersenyum sinis.

"Tuan muda dan cik Lili tolong pandang kamera ye." Ujar jurugambar itu. Bukan setakat tetamu biasa aja ada. Wartawan juga turut serta. Dah kalau anak Tan Sri berkahwin pakej seorang CEO muda yang berjaya. Memang kena viral lah jawabnya. Ada juga sahabat Andrey dari negara luar datang.

Selesai sahaja semua. Mereka berdua keluar dari rumah agam itu dan menuju ke khemah yang menempatkan tetamu dan keluarga mereka berada. Andrey memeluk pinggang ramping Liliana erat. Risau kalau isteri kesayangannya kenapa-kenapa, mereka menuju ke arah khemah khas untuk keluarga nya.

"Dah besar dah adik lelaki aku sorang ni ye." Kata Myra Hendra. Kakak sulung kepada Andrey dan Helina. Dia menggosok kasar rambut Andrey hingga serabai. Merengus kasar Andrey dibuat nya.

"Tahniah korang. Nanti bagi aku baby fruits banyak-banyak tau." Kata Ryu mengusik. Tersedak air liur aku dibuatnya. Agak-agak lah nak cakap pasal benda tu pun. Hugo Alex memukul bahu Ryu kuat. Mengaduh sakit dibuat nya

"Mulut kamu tu cuba cover sikit, daddy memang setuju dengan cadangan kamu tu tapi awal lagi nak cakap ni." Kata Hugo Alex. Dia membahasa kan dirinya daddy jika bersama dengan Ryu dan Elvien. Sudah di anggap seperti anak sendiri.

"Rey nak pergi jumpa kawan Rey kat sana dulu, jemput makan semua." Kata Andrey tidak bernada, aku hanya menggeleng sahaja. Lain macam betul cara dia beramah-mesra ni ye.

Kami berlalu pergi ke arah meja kawan Andrey yang lain. Sebelum menuju kesana. Aku memusingkan tubuh ku kebelakang untuk melihat ahli keluarga ku. Jelas riak wajah mereka tidak memperdulikan ku kecuali kedua-dua abangku itu. Sampai sahaja kami di meja itu, dapat aku lihat ramai lelaki memakai baju melayu berwarna hitam. Seram puls tengok depa ni.

"Yow bro, tahniah atas perkahwinan kau." Ucap lelaki bertatu itu.

"Thanks Mark. Kau bila lagi." Balas Andrey mengusik pada jejaka bernama Mark itu.

"Tunggu anak kau lahir baru aku kahwin dengan dia."

"Merda." Kata Andrey dalam bahasa asing. Terlepas bebas ketawa jejaka itu. Henti sahaja ketawa dia terus mengadap ku sebelum tersenyum kearah aku.

"Patutlah nak kahwin awal, isteri cantik rupanya, hebat juga cita rasa kau ni Han's." Kata Mark.

"Yeah I know bro, dah aku cau dulu nak tengok yang lain pula." Mereka berdua salam cara lelaki sebelum berlalu kearah meja lain. Pautan pada pinggang ramping ku tidak dilepaskan malah di eratkan lagi.

"Nanti selesai je semua kita rehat pula ye, malam nanti majlis resepsi pula." Kata Andrey lembut sebelum dia mencium lembut tangan ku itu. Naik malu aku rasa bila banyak mata memerhati kami. Aku hanya anggukan kepala sahaja tidak membantah langsung.

Kami menyapa-nyapa tetamu yang berada di majlis kami ini. Ramai juga kawan suami aku yang dijemput nya. Tapi semua nampak gaya bukan calang orang. Dan tanpa sedar ada sepasang mata yang memerhati dari jarak jauh.

"Bahagia lah dulu sebelum aku buat korang menderita, kita tengok siapa yang menang."














Setakat ni, yang mampu saya perah ni jelah saya dapat ye😄💔. Next resepsi dorang pula. Maafkan saya kalau ada kekurangan dalam cerita ni . Tolong vote ok.

Sambil tu datanglah ke tiktok saya
(xmrs_us)

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

3M 270K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
103K 3.7K 72
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
511K 17.5K 70
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
270K 8.6K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...