OG| A True Love (Slow Update)

By xMrs_HU

9.3K 679 25

πŸ„ΊπŸ„°πŸ…πŸ…ˆπŸ„° πŸ„ΏπŸ„΄πŸ…πŸ…ƒπŸ„°πŸ„ΌπŸ„° πŸ…‡πŸ„ΌπŸ…πŸ…‚_πŸ„·πŸ…„ 'π‘†π‘ŠπΈπΈπ‘‡ πΆπ‘‚π‘ˆπ‘ƒπΏπΈ-1~ LA NOSTRA STORIA D'AMORE NON HA FINE. Put... More

ATLπŸ₯€
LxA 1πŸ₯€
LxA 2πŸ₯€
LxA 3πŸ₯€
LxA 4πŸ₯€
LxA 5πŸ₯€
LxA 6πŸ₯€
LxA 7πŸ₯€
LxA 8πŸ₯€
LxA 9πŸ₯€
LxA 10 πŸ₯€
LxA 11πŸ₯€
LxA 12πŸ₯€
LxA 13πŸ₯€
LxA 14πŸ₯€
LxA 15πŸ₯€
LxA 16πŸ₯€
LxA 17πŸ₯€
LxA 18πŸ₯€
LxA 19πŸ₯€
LxA 20πŸ₯€
LxA 21πŸ₯€
LxA 22πŸ₯€
LxA 23πŸ₯€
LxA 24πŸ₯€
LxA 25πŸ₯€
LxA 26πŸ₯€
LxA 28πŸ₯€
LxA 29πŸ₯€
LxA 30πŸ₯€
LxA 31πŸ₯€
LxA 32πŸ₯€
LxA 33πŸ₯€
LxA 34πŸ₯€
LxA 35πŸ₯€
LxA 36πŸ₯€
LxA 37πŸ₯€
LxA 38πŸ₯€
LxA 39πŸ₯€
LxA 40πŸ₯€
LxA 41πŸ₯€
LxA 42πŸ₯€
LxA 43πŸ₯€

LxA 27πŸ₯€

152 16 2
By xMrs_HU

"Umi..umi bangun umi hiks..hiks..adik takut umi bangunlah." Esak gadis kecil itu apabila melihat ibunya terbaring diatas lantai dengan muka penuh luka kesan pukul.

"Kau nak kena macam dia tu juga ke haa, berhenti menangis bisinglah."

"Pa..papa jahat papa pukul umi sampai umi pengsan."

Pang..

"Banyak cakap eh kau sekarang sini ikut aku."

"Papa lepaskan adik. Adik tak salah papa, papa jangan pukul adik." Halang budak lelaki itu.

"Kau ketepi lah." Budak lelaki itu ditolak papa nya kuat hingga kepala nya terhantuk ke dinding.

"Abang Ahan!"

"Papa lepas kan adik papa, adik minta maaf."

"Lepas aku puas seksa kau baru aku lepaskan kau."

"Papa jangan pukul adik, kalau papa nak seksa. Seksalah Zeen sekali." Kata budak lelaki itu teresak esak, dan di belakang nya ada lagi seorang budak lelaki.

"Baiklah kalau itu yang korang nak."

"JANGANN!!."

"Dik, dik kau ok tak tu." Terkejut Lienza Razeen bila adik perempuan nya tetiba menjerit.

Tercungap-cungap nafas Liliana, dia melihat sekeliling bilik itu. Dia merasakan pipinya ada cecair hangat. Dia mengelap wajahnya apabila wajahnya dipenuhi dengan air mata.

"Kau kenapa ni, mimpi lagi ke." Tanya Lienz Ryan lembut, dia melihat jam dinding, sudah pukul 3:00 pagi. Mereka masuk bilik Liliana pun sebab mendengar adik perempuan mereka menjerit tiba-tiba.

"A..adik takut, adik mimpi yang kita kene pukul dengan papa dulu, adik takut." Terus Liliana menangis teresak esak bila mengingatkan apa yang jadi dulu.

Lienza Razeen dan Lienz Ryan memeluk adiknya dan mengelus rambut nya lembut. Mereka tidak sangka yang gadis ini masih diselubungi dengan trauma masa lalu.

"Shuuu, dah jangan nangis lagi, tu semua mainan mimpi jelah. Aku ambil ubat kau jap eh." Kata Lienz Ryan, kesian dia melihat adik perempuan nya itu.

"Adik takut, adik takut bang. Adik nak umii." Aku menangis sambil memberontak kerana ingin kan ibuku.

Lienza Razeen menahan air matanya dari mengalir akibat melihat adik perempuan nya seperti itu, dia sungguh tidak kuat bila melihat gadis didepan nya seperti ini.

"Dik dah lah tu, jangan lah macam ni abang tak suka lah tengok kau macam ni." Pujuk Lienza Razeen.

Liliana memberontak dengan lebih kuat sampai pelukan dari abangnya terlepas, dia ingin bangun tapi di tahan oleh Lienza Razeen. Lienza Razeen terus memeluk adiknya dan menenangkan nya.

"Lana penat bang, Lana penat. Izinkan Lana pergi bang. Lana dah tak kuat." Jerit aku sambil menangis.

Lienza Razeen mengelus rambut adiknya lembut, air matanya jatuh juga akhirnya, sungguh dia merasa kesian atas apa yang berlaku di gadis ini. Lienz Ryan yang baru sahaja sampai membawa ubat itu juga turut menangis bila mendengar suara Liliana menjerit sampai ke luar bilik.

"Lana, janganlah cakap macam tu, Ayan tau adik Ayan ni baik kan, adik abang ni kuat." Pujuk Lienz Ryan.

"Lana.. Lana tak kuat dah macam dulu, Lana nak umi je."

"Izinkan Lana pergi selamanya boleh."

Lienza Razeen dan Lienz Ryan yang mendengar terus memeluk adiknya, mereka bertiga menangis dalam pelukan. Sungguh mereka berdua lemah bila melihat adik perempuan nya dalam keadaan seperti ini.

"Maafkan kami tak dapat jaga kau macam umi nak, maafkan kami dik." Kata Lienz Ryan teresak esak.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

"Lana, makan jom. Kau tak sarapan lagi ni." Panggil Lienz Ryan dari luar bilik adiknya. Selepas sahaja kejadian pagi tadi Liliana terus pengsan dan bila sudah sedar dia tidak keluar dari bilik nya.

"Lana tak lapar. Makan lah dulu." Sahut ku dari dalam.

"Lana jangan lah macam ni, tak kesian ke kalau umi dan Ahan tau kau tak makan, makan sikit eh aku ada bawak shushi ni." Lienz Ryan tidak berhenti memujuk adiknya itu.

Liliana yang mendengar terus mengetap bibirnya kuat, matanya terus mengeluarkan cecair hangat dengan deras. Dia masih menangis lagi akibat takut.

"Maafkan Lana bang, Lana tak dapat jadi adik yang baik macam kat luar sana."

Dengan lemahnya aku bangun dan berlalu ke arah pintu bilik. Aku membuka kunci bilik itu sebelum membuka pintu, dapat aku lihat wajah ceria abang keduaku itu.

"Menangis lagi ke, tak mau lah nangis lagi. Jom aku suap kau eh." Lienz Ryan terus masuk ke dalam bilik adik perempuan nya itu.

Liliana hanya mengekori langkah Lienz Ryan dari belakang dan duduk di atas katil itu bersama dengan Lienz Ryan. Dia melihat beberapa jenis shushi di atas pinggan makan itu. Lienz Ryan sudah bersedia mau menyuap adiknya tapi Liliana tidak memperdulikan.

"Dik, makan sikit eh nanti sakit perut tu kalau tak makan. Kalau Rey tau mesti dia marah."

"Adik tak lapar lagi."

"Sikit je ok, isi perut tu dulu nanti kau sakit lah."

Akibat kesian bila melihat wajah abang keduaku mendung, aku memaksa diri untuk membuka mulut, jelas wajah abang keduaku sedikit gembira. Lienz Ryan terus menyuap shushi itu.

"Tak lama lagi kau dah nak kahwin, bakal pengantin ni mana boleh sedih-sedih nanti hilang seri dia tau." Pujuk Lienz Ryan.

"Macam mana kau tau kalau aku menangis boleh hilang seri wajah ni."

"Sebab sekarang ni kau tengah sedih, aku tengok pun dah buruk."

"Ishh Ayan ni." Lienz Ryan terus ketawa melihat wajah cemberut adiknya. Tenang sedikit hati apabila melihat wajah adiknya sudah tidak mendung lagi.

"Tak mau sedih lagi ok, kau kene happy je tau. Nanti kau menangis muka kau macam monyet." Sengaja Lienz Ryan ingin mengenekan adiknya itu.

Liliana terus mencubit lengan Lienz Ryan kuat, mengaduh sakit Lienz Ryan apabila di cubit begitu. Ni tangan ke pengepit ketam.

Selesai sahaja makan, Lienz Ryan terus membawa dulang makanan ke bawah untuk dibasuh, Liliana menuju ke bilik air untuk membasuh muka nya akibat terlalu lama menangis. Dia termenung didepan cermin, lama dia termenung dapat dilihat dari dalam cermin itu wujud sisi keduanya, Ella.

"Sian ye kau ni, aku dah cakap kan bunuh je orang tua tak guna tu tapi kau degil." Hasut bayangan dari cermin itu.

"Aku masih normal lagi lah, sejahat diri aku ni, aku masih tak membunuh orang." Balas Liliana dingin. Bencinya bila orang tu main hasut-hasut kita.

"Liana, Liana, Liana. Kau kena ingat satu benda je, kalau aku tak wujud dalam diri kau. Kau dah lama mati paham, kau tak boleh benci aku sebab aku dah selamat kan kau dulu. Ingat tu." Liliana terus terkedu bila mendengar jawapan dari bayangan kedua nya itu, ada betulnya juga. Kalau dia tidak wujud pasti dah lama aku mati.

Datang tanpa dipinta, pergi bila memerlukan, itulah sikap Ella sisi keduanya. Tapi mengapa dia datang waktu aku ingin mati. Waktu aku sudah dititik lemah dah ingin pergi dari semua orang. Mengapa dia tidak mau aku pergi. Perkara ini selalu berlegar dalam fikiran aku tapi aku abaikan sahaja.

"Btw goodluck menjalani kehidupan yang sampah ni, apa-apa jangan panggil aku, cau."bayangan kedua itu sudah pun hilang, yang terlihat hanyalah dirinya yang asli.

Liliana menghembuskan nafas beratnya, haih kalau kau bukan duduk dalam diri aku, dah lama aku cekik kau tau.













Another hambar part🙂🖤. Mengapa saya buat chptr hambar ii ni, sebab beberapa chptr yang akan datang saya dh tk buat version sedih ii dh😔 kita enjoy dengan happy punya ok. Lepas happy kita sedih balik MUAHAHAHAHA.

Vote tau

Continue Reading

You'll Also Like

81.2K 3.7K 29
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
2.4M 104K 79
#1 ENCIK'S SERIES π“π‡π€ππˆπ… 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 πŠπ€π”π’π€π‘ π”πŒπ€πˆπ˜π€π‡ "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
1M 32K 56
Also known as MRS. GARANG Genre: Romance Comedy Aisya Humaira, gadis kampung yang ditawarkan menjadi setiausaha kepada Tuan Rayyan Zafriel selepas b...
45.4K 3K 41
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...