DESTINY

By Syh4nn

2.7K 158 2.5K

"Hai suami saya!" Qayyum kaku, tidak tahu ingin membalas apa. Tidak pernah dia menyangka, dia akan berkahwin... More

| D•01 |
| D•02 |
| D•03 |
| D•04 |
| D•05 |
| D•06 |
| D•07 |
| D•08 |
| D•09 |
| D•10 |
| D•11 |
| D•12 |
| D•13 |
| D•14 |
| D•15 |
| D•16 |
| D•17 |
| D•18 |
| D•19 |
| D•20 |
| D•21 |
| D•22 |
| D•23 |
| D•24 |
|D•26|
|D•27|
|D•28|
|D•29|
| D•30 |
|D•31|

| D•25 |

54 1 0
By Syh4nn

"Yum tak boleh teruskan mommy.."

Qayyum meluahkan isi hati. Dengan air mata yang berguguran. Menjadi saksi betapa beratnya rasa yang dia tahan selama ini. Wanita separuh abad di sebelahnya mengeluh perlahan. Riak wajahnya memaparkan betapa sulitnya situasi mereka sekarang.

"Yum tak boleh teruskan lakonan ni lagi mommy. Setiap kali Yum tengok Medina sakit, Yum rasa nak peluk dia. Cium dia. Tapi sayangnya, Yum hanya mampu tengok dia terseksa, tanpa dapat buat apa-apa.."

"Habis tu? Yum nak jujur depan Medina? Beritahu Medina yang Yum dah tahu perkara sebenar?"

Soalan itu mematikan Qayyum seketika. Otaknya ligat berfikir. Tetapi akhirnya, dia kalah dengan emosi. Air matanya turun lagi.

"Yum tahu kan apa akibatnya kalau Medina dapat tahu?"

"Tahu..Kesihatan Medina akan lebih merosot."

"Betul. Dan Yum tetap nak teruskan niat untuk beritahu Medina?"

Qayyum menggeleng. Dia akur lagi kali ini. Terpaksa akur. Demi kebaikan Medina.

"Mesti ada cara lain. Cuma kita kena usaha."

"Kami dah usaha Yum. Dah lama usaha. Dah berapa kali Medina jalani pembedahan. Tapi tetap tak berhasil. Walaupun dengan bantuan doktor pakar luar negara, semuanya tetap gagal."

"Kita tak boleh putus asa mommy. Perjalanan hidup Medina masih panjang. Masih banyak lagi impian yang dia belum capai." Penumbuk Qayyum digenggam erat. Sedang cuba menahan rasa. Rasa yang sukar ditafsirkan. Rasa yang membuatkan dia lebih sanggup memilih untuk bunuh diri. Tapi syukur, dia masih ingat Tuhan. Dan itu yang menyebabkannya terus bertahan.

"Kami tak pernah putus asa, Yum. Tapi Medina..."

Setelah itu, Qayyum hanya diam. Faham apa yang Datin Murni cuba sampaikan. Iya, Medina telah putus asa untuk melawan penyakitnya. Kini, isterinya itu hanya redha dengan apa jua yang bakal terjadi. Atau lebih tepat lagi, pasrah menunggu maut menjemput. Fikirannya kembali melayar. Teringat semula apa yang Datin Murni pernah memberitahunya soal impian Medina saat ini.

"Medina cuma nak bahagia."

Itulah satu-satunya impian Medina. Dan semua tahu, kebahagiaan Medina adalah Qayyum. Cuma Qayyum. Dia ingin Qayyum selalu berada di sisinya sehingga akhir hayat. Tetapi persoalannya, mampukah Qayyum mengharunginya? Mampukah Qayyum berlakon di atas pentas dunia dengan landasan cerita yang memedihkan ini? Mampukah?

~•~•~•~
Ruangan bilik Medina dicerobohi. Sejak tadi Qayyum memanggilnya untuk turun bersarapan. Tetapi tiada sahutan.
Apabila dia lihat ke arah katil, Medina tiada di sana. Membuatkan hatinya semakin risau.

Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Helaian rambut hitam di atas bantal. Bukan dalam nilai yang sedikit, tetapi cukup untuk membuat segumpal rambut. Dia pasti itu milik Medina. Hatinya berat lagi. Debaran jantungnya semakin kencang. Hormon adrenalina dipam laju ke seluruh badan. Matanya beralih ke arah pintu tandas. Bertutup dan berkunci.

"Medina, awak kat dalam ke?"

Hanya sunyi yang menyambut. Qayyum sudah hilang arah.

"Medina! Awak kat dalam ke?!"

Masih diam dan sepi. Fikirannya betul-betul negatif sekarang. Dia memikirkan sesuatu telah terjadi ke atas Medina. Sesuatu yang buruk.

"Kalau awak tak jawab juga, saya hempas pintu ni! Medina!"

Dan kali ini, tiada cara lain. Qayyum mula bertindak agresif. Hanya itu satu-satunya cara untuk masuk ke dalam.

"Rilex Yum, you can do this.. In 1..2.." bisik Qayyum dalam hati.

"...3!"

*Pintu perlahan-lahan dibuka dari dalam.*

"MEDINA?!"

"QAY-!"

Hari itu bertukar tragedi apabila tubuh tegap Qayyum menimpa tubuh kecil Medina. Ini bukan drama, tapi realiti. Dan realitinya, situasi itu adalah sangat menyakitkan. Tidak semanis di dalam novel.

Tetapi Qayyum berjaya memainkan peranannya sebagai hero. Menyelamatkan heroin dari bahaya. Sempat sahaja tangannya merangkul pinggang Medina. Membuatkan posisi mereka bertukar serta-merta. Medina selamat dalam dakapan. Keadaan senyap seketika. Sebelum mereka kembali ke dunia nyata.

"M-Medina! Awak okay?!"

"Eee suami saya! Awak ni kenapa?!"

"Saya risau apa-apa jadi kat awak.. "

"Mana ada jadi apa-apa. Saya mandi je tadi!"

"Habistu kenapa saya panggil tak jawab!"

"Dalam tandas mana boleh bercakap!"

"Tapi sekarang pun kita tengah bercakap kan?!"

Medina diam. Tidak ingin membalas. Riak wajahnya terpancar rasa sakit. Tangannya tidak berhenti-henti menggosok siku dari tadi. Jelas kemerah-merahan, mungkin akibat terhentak dengan badan tab mandi semasa terjatuh tadi.

Tangan Medina dicapai laju oleh Qayyum Seperti doktor yang cuba merawat pesakit, begitulah lagak Qayyum sekarang.

"I'm sorry I'm sorry I'm sorry.. Is it hurt..?!"

"Hmm..." Balas Medina, ringkas. Matanya sudah mulai berkaca.

"I'm so sorry princess.."

Membahang wajah Medina apabila Qayyum memanggilnya dengan gelaran 'princess'.

"A-awak panggil saya apa tadi?"

Qayyum langsung tidak menjawab. Wajahnya juga sudah mula merah seperti tomato. Bukan kerana malu, tetapi sebaliknya. Kelopak matanya sahaja sudah redup memandangkan dia menangis. Iya, hati Qayyum memang lembut. Mungkin dia berasa serba salah menjadi asbab untuk Medina menanggung rasa sakit. Itulah sebab air mata jantannya jatuh.

Tanpa berkata apa-apa, sebuah botol legap di atas rak dicapai. Cecair di dalamnya dituang sedikit di hujung jari, kemudian disapukan kepada bahagian siku Medina yang sedikit kemerahan.
Gerak-geri Qayyum hanya diperhatikan. Medina diam tidak bersuara. Sebelah hatinya berasa terharu. Sebelah hati yang lain pula berasa lucu. Entah mengapa. Melihat Qayyum terlalu risau akan dirinya, membuatkan hempedunya terasa gatal. Ingin sahaja tertawa, namun harus ditahan. Medina perlu kekal dalam karakternya sebagai pesakit.

Medina dipapah perlahan ke katil. Sudah macam orang sakit kaki. Qayyum memang overprotective. Mungkin overcaring juga.
Medina lebih selesa diam. Membiarkan doktor tidak bergajinya melakukan melakukan kerja. Tidak mengapa. Apa salahnya cuci mata lama-lama? Bukan selalu dapat melihat wajah kacak suaminya.

"Okay, slowly...slowly...and done." Suara Qayyum penuh lega. Terasa seolah-olah berjaya melepaskan satu tanggungjawab yang besar.

"Medina, saya betul-betul minta maaf. Saya-"

"Shhh." Jari telunjuk Medina mendarat di atas bibir Qayyum. Menyuruh lelaki itu senyap.

"Maafkan saya Medina.."

"Saya boleh maafkan awak. Tapi dengan satu syarat."

Qayyum panggung kepala. Dia sudah kenal benar dengan Medina. Tidak semudah abc untuk gadis itu memaafkannya. Pasti ada sahaja akal untuk memuaskan hati.

"Anything for you."

"Awwww comel sangatlah suami saya ni!"

Pipi Qayyum ditarik. Sudah serupa gula-gula getah. Comel.

"Take me out."

Qayyum membulat mata. Permintaan Medina sangat di luar jangkaan. Dengan keadaan kesihatan Medina yang tidak mengizinkan, dia tidak rasa permintaan Medina kali ini dapat ditunaikan. Sekarang dia harus memikirkan cara bagaimana ingin menolak? Tanpa mengguriskan hati Medina?

"Out?"

"Ya. Saya dah lama tak tengok dunia luar. Bosanlah asyik duduk rumah je." Medina mencebik, manja.

Qayyum gigit bibir bawahnya. Rasa bersalah datang lagi. Kasihan pula melihat Medina yang seperti orang kempunan. Bukan sengaja dia tidak mahu membawa Medina keluar, tetapi dia risau. Bagaimana jika Medina pengsan tiba-tiba? Bagaimana jika Medina mengalami keletihan melampau?

"Boleh tak?" Suara Medina sekali lagi memintas fikirannya.

"Hari ni panas." Qayyum cuba mengelak.

"It's fine. Sun provides Vitamin C and it's good for health."

"M-macam mana kalau tiba-tiba hujan?"

"Then we should ready with umbrella. Sediakan payung sebelum hujan. Am I right?"

"Kalau kena hujan, nanti demam."

"Tak apa. Kita demam bersama."

Medina masih belum mengalah. Pembetulan, Medina tidak akan pernah mengalah.

"Harini jalanraya sesak. Sebab ramai balik kampung."

"We can take LRT."

"Tiket LRT mahal."

"I have money."

Qayyum buntu idea. Jelas, dia memang akan kalah.

"So...boleh?" Pujuk Medina lagi.

"Tak boleh."

"Kenapa?"

"Sebab.."

"Sebab?"

"Sebab awak sakit..saya risaukan awak sayang.." bisik Qayyum di dalam hati.

Medina masih menanti-nantikan jawapan daripada mulut Qayyum.

"Sebab tak boleh...That's all."

"Hrm tak apa lah kalau awak tak izinkan."

"I'm sorry.."

"It's okay suami saya. We can spend time together at home! Awak masak sarapan apa hari ni? Macam sedap je. Jom makan!"

Qayyum kalah lagi dengan ego. Wajah Medina penuh kecewa. Tetapi cepat sahaja Medina menutup rasa sedih dengan lakonan gembira.

"T-tapi saya rasa saya dah ubah fikiran!" Jerit Qayyum. Membuatkan langkah Medina terhenti.

"Maksud awak?"

"Jom keluar."

Automatik mata Medina membeliak. Bulatnya mengalahkan mata panda. Ada sinar bahagia terpancar dari kaca irisnya.

"Serius?!"

Qayyum angguk, tanda mengiyakan. Kasihan juga Medina asyik terperap dalam rumah aje. Sesekali kena lah bawa dia tengok dunia luar juga supaya tak jadi bagai katak di bawah tempurung. Dalam bahasa orang putehnya, frog under the glass.

"Huwargh terima kasih suami saya!" Lengan Qayyum dipeluk erat. Medina sangat gembira. Hilang semua rasa sakit tadi. Automatik pulih bila Qayyum setuju untuk membawanya keluar.

Bibir Qayyum mengukir senyum lawa. Suka dia melihat
Medina begitu. Wajah gembira Medina sudah cukup membuatkannya tenang. Hilang separuh beban yang ditanggung di hati. Tapi dia tahu ini tidak lama. Semakin banyak hari-hari baru menyinggah, semakin teruk keadaan Medina. Bukan luarannya, tapi dalaman.

Qayyum mengigit bibir bawah. Andai hari itu tiba, mampukah dia menghadapinya? Tanyalah satu dunia sekalipun, tiada sesiapa yang mahu kehilangan orang yang tersayang. Begitu juga dengan Qayyum, dia tidak mahu kehilangan Medina. Kerana sejujurnya, dia sudah mulai jatuh sayang pada wanita di sampingnya ini.

"Saya akan buat apa je asalkan awak bahagia, Medina."

"Huh? Awak cakap apa tadi?"

Tubuh Qayyum keras. Baru sedar dia sudah terlepas cakap. Medina yang masih kekal memeluk lengannya kelip-kelip memandangnya. Entah dengar atau tidak.

"S-saya cakap, pergi siap cepat sebelum saya ubah fikiran."

Medina membuntang mata, gentar dengan amaran Qayyum. Bukan selalu dapat offer. Kalau dilepaskan peluang, rugi! Lantas Medina melonggarkan pelukan. Berlari laju ke luar bilik untuk bersiap.

"5 minutes only, Medina. 5 minutes only." Dengan suara penuh authority, Qayyum memberikan arahan. Bukannya dia tidak tahu perempuan bersiap macam mana. Lama.

Setelah memastikan susuk Medina sudah hilang di sebalik pintu putih itu, Qayyum melabuhkan punggung di atas katil. Nafas berat dihela. Kedua-dua tangannya menggenggam kuat cadar katil. Seolah-olah sedang menahan sesuatu.

"Kau kena kuat, Qayyum. Untuk Medina."

Satu titis, dua titis kemudian bertitis-titis air mata jatuh. Hanya Tuhan yang tahu, betapa susahnya Qayyum untuk berpura-pura kuat.

Continue Reading

You'll Also Like

6.1M 175K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
209K 13.3K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...
559K 24.1K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
577K 28K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...