OG| A True Love (Slow Update)

By xMrs_HU

9.3K 679 25

πŸ„ΊπŸ„°πŸ…πŸ…ˆπŸ„° πŸ„ΏπŸ„΄πŸ…πŸ…ƒπŸ„°πŸ„ΌπŸ„° πŸ…‡πŸ„ΌπŸ…πŸ…‚_πŸ„·πŸ…„ 'π‘†π‘ŠπΈπΈπ‘‡ πΆπ‘‚π‘ˆπ‘ƒπΏπΈ-1~ LA NOSTRA STORIA D'AMORE NON HA FINE. Put... More

ATLπŸ₯€
LxA 1πŸ₯€
LxA 2πŸ₯€
LxA 3πŸ₯€
LxA 4πŸ₯€
LxA 5πŸ₯€
LxA 6πŸ₯€
LxA 7πŸ₯€
LxA 8πŸ₯€
LxA 9πŸ₯€
LxA 10 πŸ₯€
LxA 11πŸ₯€
LxA 12πŸ₯€
LxA 13πŸ₯€
LxA 14πŸ₯€
LxA 15πŸ₯€
LxA 16πŸ₯€
LxA 17πŸ₯€
LxA 18πŸ₯€
LxA 19πŸ₯€
LxA 20πŸ₯€
LxA 21πŸ₯€
LxA 22πŸ₯€
LxA 23πŸ₯€
LxA 24πŸ₯€
LxA 26πŸ₯€
LxA 27πŸ₯€
LxA 28πŸ₯€
LxA 29πŸ₯€
LxA 30πŸ₯€
LxA 31πŸ₯€
LxA 32πŸ₯€
LxA 33πŸ₯€
LxA 34πŸ₯€
LxA 35πŸ₯€
LxA 36πŸ₯€
LxA 37πŸ₯€
LxA 38πŸ₯€
LxA 39πŸ₯€
LxA 40πŸ₯€
LxA 41πŸ₯€
LxA 42πŸ₯€
LxA 43πŸ₯€

LxA 25πŸ₯€

159 14 0
By xMrs_HU

Selesai sahaja aku mendapatkan rawatan, aku terus pergi ke arah bilik VIP yang abang sulungku berada. Aku mengetuk daun pintu dulu sebelum masuk, dapat aku lihat abang keduaku sedang tidur di atas sofa.

Aku berlalu pergi ke arah kerusi yang berada di tepi katil pesakit, aku menggenggam kemas tangan kaku milik abangku, kini air mata aku tumpah setitik demi setitik.

"Abang.. bangun lah cepat, nanti siapa nak jaga Lana dengan Ayan. Abang tak sayang kami ke, jangan tidur lama sangat tau nanti Apollo gigit abang hehe."

"Abang cepat bangun tau, ni kalau umi dengan Ahan tau abang sakit mesti dorang risau. Maafkan adik sebab dah menyusahkan korang."

"Betullah apa yang mama cakap, adik hanya menyusahkan korang je, adik janji nanti adik akan pergi bila masa dah sesuai ok, masa tu adik dah tak menyusahkan sesiapa lagi." Deras air mata aku mengalir, hanya kedengaran esakan halus dari aku memenuhi ruangan ini.

"Adik.." Aku menoleh ke belakang bila mendengar suara serak basah abang keduaku memanggil nama ku.

"Hey. Kenapa adik abang ni menangis, sini duduk sebelah aku." Tanpa membantah, aku terus bangun dan duduk di sebelah abang keduaku, Lienz Ryan membelai rambut adiknya lembut.

"Kenapa menangis ni, cuba cerita kat Ayan, siapa buat adik Abang Ayan ni menangis ha." Sungguh lembut suara Lienz Ryan memujuk Liliana.

Lagi sekali aku menangis dengan kuat, aku menyembamkan wajah ku pada dada abang keduaku itu, habis basah baju nya dik air mata aku ni.

"Dah dah jangan menangis lagi, nanti kalau umi tau adik menangis dia salahkan abang pula."

"Adik.. adik dah susah kan korang, adik selalu buat korang kena marah dengan papa, betul mama cakap adik hanya pembawa sial je." Aku mengadu seperti anak kecil. Sungguh aku terasa lemah kali ini tidak tau mengapa.

"Jangan cakap macam tu, adik abang ni kuat, kan dokter dah cakap abang Zeen ok je, nanti dia sedar lah tu." Lienz Ryan masih tidak berhenti memujuk adiknya, dia sangat kenal dengan sikap Liliana yang manja ini. Walaupun nampak kuat tapi jelas hati adiknya ini rapuh.

"Dah jangan sedih lagi ok, nanti Ayan belanja shushi ok. Sian Apollo kat rumah tu bila dapat tau mama dia sedih."

Makin kuat tangisan aku menerpa gegendang telinga abang keduaku, Lienz Ryan tidak berhenti memujuk hati ku yang sudah kian melemah akibat nasib yang menimpa aku ni. Aku hanya berharap keesokan harinya akan menjadi hari yang baik.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Sudah sebulan berlalu kes pergaduhan antara aku dan papa, papa pun tidak banyak cakap dengan kami seperti dulu. Keadaan abang sulungku juga sudah makin membaik. Dan kini tinggal lagi beberapa minggu sahaja untuk aku di gelar sebagai isteri orang.

Sekarang aku dan Andrey keluar bersama untuk fitting baju perkahwinan kami nanti, kata ibu kepada Andrey, dia sudah menempah beberapa jenis desing baju kami. Dia hanya menyuruh kami untuk memilih nya sahaja.

Sampai sahaja kami di depan butik pengantin yang bakal ibu mertua aku beritahu tadi, kami terus masuk ke dalam. Masuk sahaja kami ada seorang pekerja di kedai ini menyambut kami dengan ramah. Kami duduk di sofa sebelum perkerja itu ingin memanggil majikan nya.

Datanglah seorang wanita dalam lingkungan 30-an menyepa kami.

"Hi, Rey tadi mommy you dah cakap yang you nak datang untuk fitting baju kan, mommy you cakap ada dua baju yang korang kene cuba."

Kami hanya mengangguk sahaja menandakan paham, wanita itu terus memanggil dua pembantunya untuk menunjukkan kami bilik mencuba baju. Tempat aku mencuba di sebelah kanan dan Andrey di sebelah kiri.

"Ok cik boleh pilih dulu antara lima desing yang Datin Sri pilih kan ni. Nanti dah selesai cik boleh panggil saya semula." Dia memberi aku ruang untuk memilih sebelum mencuba nya dulu.

Aku tidak tau mau pilih yang mana kerana semua lawa-lawa. Susah betul mau buat pilihan. Dalam 10 minit kemudian, aku mengambil keputusan untuk ambil baju yang berwarna putih. Lama betul pilih tapi ambil warna putih je.


Sesuai untuk akad nikah nanti, tidak terlalu payah dan tidak terlalu kembang bagi aku, sangat sesuai bagi wanita yang tidak suka menonjolkan diri nya.

Aku mencuba dahulu takut tidak kene dengan diri aku ni. Selesai sahaja memakai pakaian ni sekali dengan tudung shawl satin, aku keluar dari ruangan ini dan mencari kelibat Andrey untuk menanyakan pendapat nya.

Jumpa sahaja kelibat yang ingin aku cari, terus aku datang mendekat ke arahnya.

"You, ok tak I pakai yang ni, kalau tak ok I tukar nanti."

Andrey yang melihat Liliana tanpa berkelip akibat terlampau cantik, dia suka bila wanita di hadapan nya ini memakai tudung. Dia harap bila mereka sudah mendirikan rumah tangga, dia ingin wanita ini menutup aurat dengan sempurna.

"Bellissima, seri moto Bella cara." Puji Andrey ikhlas dan tulus.
Translate:"Cantik, awak nampak sangat cantik sayang."

Malu Liliana bila di puji cantik oleh bakal suami ini. Macamlah dia tidak tau apa yang bakal suami nya cakap. Liliana hanya paham sedikit sahaja bahasa asing ini. Itu pun dia belajar dari encik Google.

"Grazie." Balas Liliana.

"You know Italian, how?" Andrey terasa terkejut sedikit bila bakal isterinya ini paham bahasa Itali, dari mana dia belajar. Tak kan dua ketul tu ajar kot.

"Adalah mana boleh bagi tau, rahsia."

Liliana mengetawakan Andrey bila melihat wajah cemberut jejaka itu, jelas kelihatan tidak puas hati akan jawapan dia itu.

"Tuan muda, Datin Sri cakap dia dah pilih lagi satu baju untuk majlis resepsi nanti, yang tuan muda dan cik Lili pilih ni untuk majlis akad nikah nanti." Ujar Amira selaku pembantu di butik ini.

"Cik Lili mari ikut saya cuba baju majlis resepsi cik. Ameer, nanti kau bawak tuan muda pergi fitting baju resepsi dorang ye." Amira memberitahu kepada seorang lagi perkerja lelaki yang lembut itu untuk membawa Andrey mencuba baju itu nanti.

"Ni baju cik Lili, silakan cuba." Liliana mengambil ball gawns bila perkerja itu menyerahkan nya, Liliana menilik dahulu baju itu sebelum di cuba. Berkerut dahi licin nya, tak akan lah ibu mertua nya mau aku memakai baju yang terbuka ni.

Memang tidak di nafikan baju itu sangat cantik, berwarna Rose gold, cantik dan elegan. Tapi sedikit terbuka dibahagian dada baginya.

"Erk, boleh tak nanti tutup bahagian yang terbuka ni, dengan lengan sekali sebab saya nak cuba pakai tudung waktu majlis resepsi nanti. Maafkan saya kalau menyusahkan." Ujar aku segan.

"Owh ye cik Lili memang kami akan tutup bahagian yang terbuka ni, cik Lili jangan risau ye Datin Sri dah pesan dulu hehe."

Aku mengangguk kecil tanda paham, aku terus masuk ke bilik persalinan untuk mencuba baju ini. Selesai sahaja memakai nya aku terus keluar dari bilik persalinan dan menuju ke arah ruang menunggu.

"Cantiknya bila cik Lili pakai baju ni, pandai Datin Sri pilihkan ye, untung betul tuan muda dapat cik Lili." Puji lelaki lembut itu, Ameer.

Malu aku bila di puji begitu, tidak lama kemudian keluar lah Andrey dari bilik persalinan lelaki. Andrey mengenekan tuxedo champagne gold colour. Terpukau aku dibuatnya, memang kelihatan sungguh hensem bila jejaka itu memakai nya.

Memang kene dengan warna baju yang dia pakai ini. Andrey juga apa kurangnya bila melihat gadis pujaan hatinya sungguh cantik bila dalam pakaian resepsi mereka nanti.

Selesai sahaja fitting baju mereka, Liliana ingin mencari baju untuk haiwan peliharaan nya itu. Vanilla Apollo.

"Jom singgah mana-mana pet shop, I nak beli baju untuk haiwan lah, kalau tak ada I nak suruh mana-mana butik buat kan. Ataupun butik tadi je."

Ternaik sedikit kening tebal milik Andrey, sejak bila gadis ini membela haiwan peliharaan. Setahunya tidak pernah dia diceritakan.

"Haiwan apa yang kau bela, setahu aku kau tak ada bela apa-apa."

"Owh lupa nak cakap, I ada beli haiwan baru beberapa bulan lepas. Nanti I kenal kan dengan you ok, lepas dari beli baju untuk anak I tu kita balik rumah I untuk jumpa dia ok." Tidak sabar aku ingin memperkenalkan mereka berdua nanti. Pasti Andrey akan terkejut kan MUAHAHAHA.














Untung Apollo dapat mak ayah yang kaya kan😔 siap ada baju lagi nanti.

Jangan lupa vote tau🫂 maaflah kalau cringe sikit hehe.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 47.8K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
348K 17.7K 62
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
80.7K 3.7K 29
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
411K 29.7K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...