Dusta Puteri Palsu

بواسطة Qayssz

81.7K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... المزيد

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 53

557 53 4
بواسطة Qayssz

"Mengapa Jebat? Ada yang tidak kenakah?" Soal Arjuna tatkala menyedari perubahan riak wajah sahabatnya itu.

Jebat segera berpaling dari memandang gadis yang dimaksudkan seraya cuba bergerak menyambung urusannya tanpa mahu menghiraukan gadis tersebut.

"Aku sarankan kau alas perut kau terlebih dahulu sekiranya mahu mula menghulur tangan di sini." Ujar Jebat cuba mengubah topik perbualan. Kayu-kayu yang diangkutnya tadi dikumpulkan dalam satu kawasan lalu digalasnya untuk dibawa ke sebuah kawasan kumpulan kayu dan serpihan yang lain.

Arjuna hanya mengeluh. Firasatnya kuat mengatakan bahawasanya Jebat dan gadis tersebut saling mengenali. Namun tiadalah hendak dirinya sibuk menjaga tepi kain orang lain yang langsung tiada kaitan dengan hidupnya. Biarlah Jebat sendiri menguruskan soal itu. Tambahan pula, dia dan Jebat baru sahaja mula berkenalan pada malam kejadian. Masih belum cukup mesra hubungan antara mereka, maka tiadalah wajar untuk Arjuna sibuk mengambil tahu tentang urusan dirinya terlebih dahulu.

Baru sahaja ingin membalas bicara Jebat, serta-merta Arjuna dihentak satu ingatan yang membekukan seluruh tubuhnya.

Dia terlupa habis tentang kewajipannya sebagai seorang muslim!

Arjuna terkedu seketika dalam lamunannya tatkala dia mula menyedari soal itu. Namun yang lebih membuatnya benar-benar bagai dihentak jutaan penyesalan adalah apabila saat pertama kali dia tersedar dari lenanya tadi, langsung hal tentang solatnya tidak terlintas walau sedikit dalam fikirannya.

Terkunci mulut Arjuna tanpa sebarang kata dan bicara. Menyedari kekhilafan diri yang bukan sahaja telah meninggalkan solat namun langsung tidak ambil pedulu tentang ibadahnya sendiri. Sungguh Arjuna tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana terhadap dirinya sendiri memandangkan dia sendiri jarang sebegini.

Kebiasaannya, sekiranya dia sakit bagaimana sekalipun, ibadahnya tetap akan menjadi perkara utama yang dipeliharanya. Namun kali ini berbeza sungguh. Beribu penyesalan menghentak jiwa Arjuna menyengat pedih, melukakan hatinya.

'Bagaimana mungkin aku terlupa tentang ibadahku? Apa yang sudah terjadi pada diriku? Ke mana perginya imanku?!' Senandika Arjuna menjerit dari dalam dadanya. Begitulah perspektif Arjuna terhadap dirinya sendiri.

Sungguh mungkin Arjuna lupa bahawasanya, manusia sentiasa berbuat silap. Namun akibat sudah terbiasa hidup tanpa leka, sekali kelekaan menerjah kehidupan, dirinya dirasakan sudah terlalu kotor dengan dosa hingga tiada iman dalam dadanya lagi.

Ligat minda Arjuna memikirkan punca dirinya menjadi sebegini rupa sehinggalah memori malam kejadian menghentak mindanya. Bermula dari tentangan matanya dengan Dahlia hingga bagaimana dia sibuk dengan gadis itu dan dirinya yang bersentuhan sedikit biarpun berlapik dengan wanita itu saat Dahlia hampir jatuh di lantai kapal.

'Astaghfirullahalazim.' Menyedari kekhilafan diri, segera Arjuna beristighfar. Sungguh ikhtilatnya terobek sejak malam tadi. Bagi mahu rebah seluruh tubuh Arjuna saat memikirkan bahawa dirinya terlalu hina kerana sudah berselimut dengan dosa.

Biarpun saat dia menyambut Dahlia daripada rebah itu merupakan perkara yang dilakukan atas dasar darurat kerana jelas sekali gadis itu bagai telur di hujung tanduk kerana nyawanya bagai sudah nyawa-nyawa ikan akibat berada di ambang kematian. Namun Arjuna tetap tenggelam dalam lautan penyesalannya.

"Arjuna?"

Teguran dari Jebat memusnah segala empayar lamunan Arjuna. Kini dia kembali ke alam nyata, memandang Jebat dengan riak wajahnya yang bagai disimbah cat kapur, pucat lesi bagaikan mayat.

"Kau baik-baik sahajakah?" Jebat bersuara cemas. Baru sebentar tadi Arjuna berada dalam keadaan baik kini tiba-tiba dirinya bagai diserang hantu.

"Jebat."

"Aku belum qada' solatku." Ujar Arjuna ringkas sambil menelan airliurnya. Biarpun baru hanya solat subuhnya yang tertinggal, dirinya bagai orang yang hampir meninggal. Sungguh tiada tenang bertapak di jiwanya akibat takhta jiwa dipegang rasa menyesal yang tinggi.

Sangkanya Arjuna, dialah yang paling hina ketika ini kerana terlupa tentang ibadahnya sedangkan keadaan dirinya yang tidak tenang itu membuktikan bahawa imannya kuat tersemat di jiwanya. Masakan mereka yang tidak beriman, merasa malu dengan Ilahi akibat lupa menunaikan kewajipannya?

"Maaf. Akan aku bantu kalian setelah aku selesai melangsaikan hutangku dengan Dia. Aku mohon mengundur diri terlebih dahulu." Sebaik sahaja Arjuna melafazkan bicara terakhirnya, segera dia membuka langkah menuju ke masjid tadi tanpa menunggu bicara balas daripada Jebat.

Jebat pula hanya terpinga seraya menggeleng. 'Risau sungguh engkau walau meninggalkan kewajipan hanya sekali. Semoga Allah merahmati kau...' Perlahan suara batin Jebat bersuara menyertakan doa dalam bicaranya. Kagum pemuda itu dibuatnya melihatkan tahap Arjuna menjaga ibadahnya.

Jebat kemudiannya kembali melaksanakan urusannya, melangsaikan tugasannya namun urusannya terhenti saat segelas cawan air dihulurkan kepadanya. Jebat mengangkat sedikit posisi tubuhnya untuk berdiri tegak daripada membongkok tadi bagi menyambut huluran gelas cawan itu dan melihat gerangan insan yang memberinya air itu.

Gadis tadi.

Gadis yang memerhatinya merangkap wanita yang dibicarakan Arjuna sebentar tadi.

Jebat terpaku seketika sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain lalu menapak beberapa tapak ke belakang. Dia membetulkan posisi tubuhnya dalam keadaan berdiri tegak.

Segelas air yang dihulur gadis tanpa sepatah bicara itu tidak Jebat sambut. Jebat kemudiannya menunduk sedikit tanda hormat sebelum bergerak ke arah kawasan lain bagi mengelakkan diri dari berurusan dengan gadis itu. Jelas sekali dia tidak gemar dengan kehadiran gadis tersebut.

Gadis itu mengeluh perlahan, merenung gelas air yang masih berada dalam genggamannya. Tiada sebarang pertukaran bicara yang berlaku kerana kedua-duanya saling mengunci mulut, namun pedih mencengkan seluruh jiwa, merobekkan hati meluluhkan jantung yang masih belum sembuh sepenuhnya.

Gadis itu sendiri sudah terlebih dahulu menjangkakan tindakan Jebat sebegitu rupa namun ia tetap pedih saat perkara itu benar-benar berlaku.

Hingga kini hubungan antara kedua insan itu masih tidak berbaik bagai dilanda ribut taufan maha dahsyat yang mengubah haluan kedua-duanya hingga tidak mampu menyelesaikan kembali perselisihan faham antara mereka.
_______________________•••____________________

Dahi bersih Arjuna menyentuh sejadahnya saat dia dalam keadaan bersujud. Bukan sahaja qada', malah solat sunat taubat turut dilaksanakan bersama akibat lautan penyesalannya yang masih belum surut.

Dirinya benar-benar dirasakan hina terutama sekali selepas pertemuannya dengan gadis misteri yang dikatakan hadir dari masa hadapan. Beribu persoalan menganggu fikirannya sejak itu hingga melekakan dirinya dari mengingati dan mengagubgkan Ilahi sebagaimana yang biasa dilakukannya sebelum pertemuannya dengan Dahlia.

Hingga kini, Arjuna masih belum mengerti segala yang berlaku antara dirinya dengan gadis itu. Namun yang pastinya, gadis itu sentiasa memberikannya satu perasaan yang gagak ditafsirnya hingga kini. Kemusykilannya kian meningkat tatkala hairannya menebal memikirkan bagaimana mungkin gadis yang tidak lain hanyalah rakyat biasa di bawah tanggungjawabnya, mampu membuatkan dirinya sentiasa menapak utuh dalam minda Arjuna.

Sungguh ianya fenomena luar biasa bagi pemuda bernama Arjuna ini.

Arjuna kembali bangkit seusai satu solat taubatnya bagi menyambung solat sunat yang lain dan berkemungkinan besar, dia akan berhenti tatkala hatinya mula dipaut tenang dan lega kerana telah memohon keampunan Ilahi yang maha luas rahmat dan pengampunannya.

Kehadiran Dahlia dalam hidupnya dirasakan membuatkan hubungannya sedikit renggang dari Ilahi. Lama mulutnya terkumat-kamit melantun pujian buat-NYA sambil diri tenggelam dalam empayar kekhusyukan yang tiada bertepi.

Sebaik sahaja selesai munajat dan zikirnya pada Dia barulah Arjuna menyedari kehadiran Jebat yang duduk bersila di belakang sebelah kanannya. Sepertinya Jebat juga hanyut dalam layangan mindanya sendiri.

Lutut Jebat ditepuk perlahan menyedarkan pemuda itu.

"Kau sedang apa di sini? Bukankah masih banyak yang harus kau uruskan di luar sana?" Soal Arjuna dalam nada perlahan kerana menyedari keberadaannya yang di dalam rumah Allah itu.

Jebat menoleh. "Ah, aku sengaja ingin menemani kau sebentar." Ujar Jebat berdalih dari memberitahu perkara sebenar bahawasanya dia duduk di dalam masjid biarpun tugasannya masih banyak adalah untuk mengelak dari bertembung dengan gadis tadi sekali lagi.

Suasana sunyi seketika sebelum kedua-duanya serentak melepaskan sebuah keluhan berat. Arjuna kemudiannya mengambil tempat di sisi Jebat.

"Sepertinya kita berdua masing-masing punyai masalah tersendiri, ya." Ujar Arjuna sambil pandangannya jatuh ke arah kiblat utama masjid yang kebiasaannya menjadi tempat imam menyampaikan khutbah jumaat.

Tiada walau sepatah kata diutarakan Jebat bagi membalas bicara Arjuna itu namun tetap perbualan itu tidaklah sunyi kerana sungguh Jebat mendengarnya namun tiada kata mampu mengungkap perasaannya tika itu.

Masing-masing tenggelam hanyut dalam empayar lamunan memikirkan masalah yang melibatkan kaum hawa dalam hidup masing-masing.

"Apa pendapat kau tentang wanita?" Jebat memecah sunyi namun pandangannya tetap terarah ke hadapan tanpa menoleh ke arah Arjuna disisinya.

Arjuna terdiam seketika sebelum mula membalas soalan yang diutarakan Jebat. "Jarang sekali topik perbualanku berkisar tentang kaum hawa."

"Maaf, namun aku tidak punyai sebarang pendapat tentang wanita." Arjuna membalas ringkas. Sungguh dia tidak gemar menjadikan ajnabi sebagai topik perbualan. Malu dengan Yang Maha Mendengar.

Melihatkan Jebat yang kekal diam tanpa bicara, Arjuna pula mula menyoal, "Apakah kehadiran wanita tadi menganggu kau?"

Jebat tidak memberi sebarang respons namun saat wanita itu disebut, dapat dilihat dari sisi matanya bahawasanya dia sedikit terkesan dengan perkataan itu. Jelas, wanita itulah yang sedang bertakhta di kotak fikirannya.

"Aku bukan siapa - siapa untuk menjaga tepi kain kau, maaf andai bicaraku agak keterlaluan. Namun sekiranya kau terbeban dengan sebarang masalah yang mengelirukan, pulanglah kepada-NYA meminta petunjuk. Hanya itu yang dapat aku bantu." Arjuna menghabisi bicaranya seraya menepuk perlahan belakang bahu Jebat.
_______________________•••____________________

Kesemua tentera Wantachitra yang bertugas termasuklah rakyat biasa tiba-tiba berhenti melakukan urusan masing-masing saat seorang pembesar terhormat tiba di kawasan yang sudah hampir separuh musnah akibat peperangan dahsyat pada malam sebelumnya.

Rum Aspalela menunggang kudanya bersama dengan beberapa lagi barisan tentera yang lain. Kehadirannya di situ tidak lain tidak bukan adalah untuk menghulurkan tangan dalam menyelesaikan segala kemusnahan yang telah berlaku.

Aspalela menarik tali kudanya agar haiwan tunggangan itu berhenti berjalan sebelum turun dari kudanya lalu menapak beberapa langkah ke hadapan.

Kehadirannya yang diberikan sepenuh tumpuan oleh orang ramai sebelum insan itu mula membuka mulut.

"Aku hadir membawa seberapa banyak bantuan yang mampu aku berikan! Teruskanlah selesaikan urusan yang kalian sedang lakukan! Usah dihiraukan kehadiranku di sini! Semoga urusan kalian dipermudahkan!" Laungan suara Rum Aspalela bergema kuat di seluruh ruang angkasa. Serentak dengan itu kedengaran desas-desus bunyi yang menyahut salam kasih atas bantuan yang dihulurkan Rum Aspalela itu.

Kesemua kaum adam dan hawa di situ kembali menyambung tugas masing-masing. Rum Aspalela pula kekal berdiri di tempatnya kerana dia menyedari ada satu jasad sedang berdiri beberapa tapak jauh dari sisinya yang sedang memandangnya tanpa memuntahkan sebarang kata.

Dewi kekal tercegat di sisi ayahandanya tanpa berniat untuk menegur insan itu langsung.

Aspalela menoleh ke sisinya memandang Dewi. "Sedang apa kau di sini?" Soal Aspalela bersuara separa berbisik namun nada dan intonasinya jelas melukis amarahnya.

Dewi kekal mengunci mulut, membalas bicara ayahandanya dengan sebuah pandangan redup. Jelas, hubungan antara dua jiwa itu sedang tidak baik.
_______________________•••____________________

Arjuna menyarung sepatu pinjamannya lalu melangkah keluar dari perkarangan masjid mengajak Jebat menurutinya setelah reda sedikit minda kusutnya itu. Arjuna juga sudah menyatakan hasratnya bahawa dia tidak mampu untuk berlama di Wantachitra lagi memandangkan ada urusan yang harus dia selesaikan di Tarawangsa.

Selang beberapa tapak, langkahnya terhenti tatkala dia menangkap kelibat Rum Aspalela di situ. Biarpun tidak sebegitu akrab, namun pernah sekali mereka bekerjasama bersama dalam suatu urusan maka setidaknya, adalah lebih baik dia menegur pembesar itu sebagai tanda insan kaya adab.

Arjuna mula mengorak langkah ke arah Rum Aspalela namun sekali lagi langkahnya terhenti melihat kelibat wanita yang memerhatikan Jebat tadi tercegat di sisi Rum Aspalela. Namun sepertinya angin kedua insan itu sedang tidak baik pada waktu ini maka Arjuna membatalkan niatnya untuk menegur Aspalela. Dia cuba mengundur beberapa tapak ke belakang memandangkan jaraknya antara dia dan kedua insan itu hanyalah selang beberapa jengkal sahaja.

Sayang sekali, kakinya tersadung seketul batu kecil menghasilkan bunyi yang kuat hingga kedua Dewi dan Rum Aspalela menoleh memandangnya.

Dalam keadaan genting sebegitu, Jebat pula muncul dari belakang Arjuna, menepuk bahu pemuda itu. "Jalan biar matanya memandang hadapan, Arjuna." Jebat berpesan sambil tergelak kecil, geli hati.

Namun senyumannya memudar saat dia memandang ke arah kedua insan di hadapan Arjuna yang amat dikenalinya.

Dewi... dan ayahandanya.

Jebat terkesima seketika. Begitu juga dengan kedua insan itu. Arjuna pula terpinga tidak mengerti memandangkan hanya dirinya seorang sahaja yang tidak tahu menahu tentang segala perkara yang berlaku antara mereka bertiga.

Jebat kekal kaku di tempatnya, belakang sisi Arjuna. Berdiri tegak memandang tepat ke arah Rum Aspalela tanpa wajahnya melukis sebarang perasaan.

Dewi pula berganjak beberapa tapak berdiri tepat di hadapan Jebat cuba menghalang insan itu daripada memandang ayahandanya yang tidak gemar dengan Jebat itu. Namun terlewat.

Kedengaran bunyi tapak kaki dari belakang telinga Dewi. Segera gadis itu berpaling ke belakang, "Ayahanda, usah--!"

Bicara Dewi tercantas tatkala Rum Aspalela tetap berjalan melepasi Dewi menuju ke arah Jebat di belakang sisi Arjuna. Matanya memandang Jebat penuh garang.

"Dewi!" Rum Aspalela bersuara perlahan namun tegas dan lantang. Biarpun bicaranya dituju kepada Dewi, namun mata dan tubuhnya tetap menghadap ke arah Jebat.

"Aku tidak mahu melihat engkau berada di sini. Pergi kau pulang melakukan tugasan lain!" Aspalela mengarahkan anakandanya itu agar meninggalkan perkarangan pesisiran pantai timur itu.

Dewi mengetap bibirnya geram. Matanya merah menahan amarah. Sungguh hatinya bagai dirobek melihat ayahandanya masih tidak mampu menerima Jebat seadanya sedang pemuda itu tiada salahnya terhadap Aspalela sendiri.

Tangannya digenggam kuat cuba bertenang. Dewi kemudiannya melepaskan satu keluhan berat sebelum matanya mula berubah menukar personalitinya kepada personaliti asalnya. Wajah garang tanpa sebarang emosi. Itulah diri yang telah Aspalela corakkan pada Dewi.

Gadis itu tidak diberi peluang untuk bersama dengan insan yang dicintainya hingga memaksa dirinya menjadi seseorang yang tidak lagi punyai emosi.

Dewi kemudiannya terus melangkah pergi menuruti bicara ayahandanya tanpa sebarang kata. Kudanya ditunggang pantas tanpa sekalipun dia menoleh ke belakang memandang sekilas Jebat dan ayahandanya itu.

Kini yang tinggal di perkarangan masjid itu hanyalah Jebat, Rum Aspalela dan Arjuna yang masih tidak berganjak dari kedudukannya, masih dalam keadaan terpinga tidak mengerti...

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

HYDRA 187 بواسطة eynaasarah

غموض / الإثارة

21.3K 2K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
1.4M 92.2K 195
MOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ****************************************...
The Second Warriors [C] بواسطة yuyun

الخيال (فانتازيا)

361K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
302K 24.5K 121
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan...