SENIOR TU, SUAMI AKU!

By aveedys

1.5M 70K 7.7K

π™ΊπšŠπš›πš’πšŠ πš™πšŽπš›πšπšŠπš–πšŠ 𝚊𝚟𝚎𝚎𝚍𝚒𝚜 Nadia Alyana x Zafriel Akasyah Memang gila! Nadia Alyanna dijodohkan... More

STSA 1
STSA 2
STSA 3
STSA 4
STSA 5
STSA 6
STSA 7
STSA 8
STSA 9
STSA 10
STSA 11
STSA 12
STSA 13
STSA 14
STSA 15
STSA 16
STSA 17
STSA 18
STSA 19
STSA 20
STSA 21
STSA 22
STSA 23
STSA 24
STSA 25
STSA 27
STSA 28
STSA 29
STSA 30
STSA 31
STSA 32
STSA 33
STSA 34
STSA 35
STSA 36
STSA 37
STSA 38
SPECIAL CHAPTER

STSA 26

36.3K 1.6K 119
By aveedys


"Betul ke apa yang Nadia buat ni?" Abah bertanya dengan penuh serius.

Nadia mengangguk berkali-kali.

"Nadia nak beri peluang kedua dekat Zafriel. Dan Zafriel pun dah menyesal" Jawab Nadia.

"Kalau Nadia rasa begitu, abah izinkan Nad beesama Zafriel semula"

"Semua orang berhak mendapat peluang kedua, tapi tak semua orang dapat hargai peluang kedua" Sambung abah. Dia tak nak anak perempuannya disakiti untuk kali kedua.

"Ummi pun setuju dengan abah kamu. Ummi izinkan kamu bersama dengan Zafriel semula" Kata ummi diakhiri senyuman penuh ikhlas.

"Esok abah akan bincangkan pasal ni dekat papa Zafriel"

"Okay lah...Nad masuk bilik dulu selamat malam ummi abah" Nadia bangkit lalu menuju kebiliknya.

🪐

"Good morning Nadia..." Tegur Adam sambil membuka pintu kereta untuk Nadia.

"Good morning Adam" Nadia masuk tanpa melihat wajah Adam.

"Are you okay?" Soal Adam pelik apabila Nadia hanya diam sepanjang jalan biasanya banyak bunyi.

"Okay aje" Mata Nadia termenung di tingkap dia masih memikirkan hal semalam. Harap-haraplah benda yang dia buat tu betul.

"Hmm...kalau Adam maafkan tak dengan orang yang pernah sakiti Adam?" Tiba-tiba saja Nadia bertanya.

"Tengok atas apa yang dia buat dekat Adam lah kenapa?" Adam memaling wajahnya kearah Nadia.

"Sebab Nadia ada masalah sikit dengan Zafriel" Jawab Nadia. Sikit ke?

"Your husband?"

Nadia mengganguk kembali.

Adam kembali memaling wajahnya kejalan raya. Dia diam. Dia hampir terlupa bahawa perempuan disebelahnya sudah berkahwin.

"Terima kasih saya pergi dulu"

Sebaik saja Nadia pergi Adam masih berada disitu dia memandang kosong kearah Nadia stereng digenggam kuat.

"Kau tak boleh terlepas Nadia" Entah setan apa yang telah rasuk Adam saat ini sampaikan dia berkata begini.

🪐

"Eh, hari ni tak nampak pula si Arissa tu" Nadia memandang sekelilingnya pelik kerana biasanya Arissa mengedik sana sini.

"Buat apa kau cari betina sundal tu?" Soal Isya dengan malas.

"Saja"

"Guys! Guys! Aku ada berita baik untuk korang ni!" Hanna berlari anak kearah Nadia dan Isya. Ada berita baik katanya?

"Berita baik apa?" Tanya Nadia dahinya Berkerut-kerut.

"Arissa betina sundal tu telah dibuang sekolah!" Hanna melompat-lompat gembira manakala Nadia pula hanya terkejut. Bagaimana si Arissa tu boleh dibuang sekolah?

"Macam mana pula Arissa tu boleh kena buang sekolah dia ada buat salah apa?" Tanya Nadia.

"Haih...kau patutnya gembira bila dengar betina sundal tu kena buang sekolah" Balas Hanna sambil duduk berhadapan Nadia.

"Tapi sekarang ni aku nak tahu kenapa dia dibuang sekolah?" Nadia mula kesal.

"Aku dengar dari kelas dia kata yang dia buat masalah besar dekat Zafriel and...aku rasa masalah besar tu kau" Jari telunjuk Hanna ditunjuk ke Nadia.

"Aku?" Nadia menunjuk dirinya.

"Yelah, sebab dia dah tolak kau dan tuduh kau macam-macam. Kau tak tahu ke selama ni dia memburuk-burukkan kau?"

Diam Nadia dibuatnya. Patutlah ada segelintir makhluk dekat sekolah ni ada yang pandang dia dengan pandangan tak suka.

Dia baru faham.

"Tapi yang aku peliknya macam mana Zafriel boleh tahu cerita yang sebenar sedangkan yang ada dekat tempat kejadian masa tu cuma kau dan Arissa" Isya bersuara. Hanna dan Nadia saling berpandangan ada betul juga.

"Nadia cuba kau ingat balik siapa lagi
yang ada ada selain kau dengan Arissa"

"Hmm...siapa" Nadia memejam mata cuba mengingat kembali.

"Aku rasa Arissa dengan aku aje ada masatu"

"Lain kali lah fikir pasal ni sekarang teman aku pergi tandas dari tadi lagi aku tahan berak ni" Isya bangun memegang perutnya yang sakit.

"Hanim sekarang ni masa apa?" Tanya Nadia.

"Masa english tapi teacher tak datang sekolah hari ni jaga anak dia sakit" Jawab Hanim selaku penolong kelas. Kalau nak harapkan ketua kelas yang jaga kelas tak ada function langsung!

"Jom lah pergi tandas"

🪐

Sambil menunggu Isya melepaskan hajat Nadia duduk dibangku yang disediakan di luar tandas perempuan ditemani oleh Hanna.

Sedang seronok Nadia bersembang dengan Hanna tiba-tiba Eryn datang berdiri didepannya.

"Nadia...aku ada benda nak cakap dengan kau" Nadia memandang Hanna, Hanna memandang Nadia seperti memberi isyarat mata.

"Aku nak cakap sesuatu tapi kita berdua aje" Ujar Eryn jari jemarinya dimain.

"Hmm...boleh, Hanna kau tunggu Isya dekat sini eh"

"Baik bos"

Nadia pun ikut Eryn dari belakang dia tak habis fikir kenapa tiba-tiba Eryn datang kepadanya. Sepertinya hal yang penting?

"Aku sebenarnya nak minta maaf dekat kau" Eryn menunduk tidak berani menatap Nadia.

"Aku mengaku aku banyak buat salah dekat kau so aku minta maaf sangat-sangat, aku rasa aku seorang yang teruk sebab sanggup tikam belakang kawan kerana lelaki. Aku mengaku aku cemburu bila kau rapat dengan Zafriel tapi sekarang perasaan aku dekat Zafriel dah hilang aku betul-betul dah move on"

"Selama aku tak berkawan dengan kau dan yang lain aku rasa keseorangan gila. Aku pertemanan kita yang dulu tapi kalau kau taknak kawan dengan aku tak apa asalkan kau maafkan aku saja" Ujar Eryn panjang lebar. Raut Wajahnya murung.

Tiada jawapan atau balasan dari Nadia. Mungkin Nadia tidak akan memaafkan dirinya.

"Lama dah aku maafkan kau"

Eryn yang menunduk kepalanya diangkat rasa tak percaya dan agak rasa malu dengan Nadia sebab dia dah buat jahat dekat Nadia tetapi Nadia masih memaafkan dirinya.

"Aku faham perasaan kau mungkin kalau aku berada dekat posisi kau aku akan rasa benda yang sama. Rasa dikhianati"

Nadia berdiri.

"Dan aku masih nak berkawan dengan kau, aku ni bukan jenis suka buang kawan" Nadia berkata dengan senyuman lebar.

"Kau serius ke"

"Masa mula-mula aku pindah sini kau orang pertama yang ajak berkawan. Aku ingat lagi waktu aku kena buli kau orang pertama yang tolong aku"

Terharu Eryn mendengar tak sangka pula Nadia masih ingat masa mereka mula-mula berjumpa.

"Terima kasih aku tak tahu nak kata apa lagi" Eryn betul-betul mati kata.

"Waktu rehat dah ni jomlah kita pergi kantin" Nadia menarik tangan Eryn.

"Pasal tu aku cerita nanti aje lah" Kata Eryn dalam hati.

Tbc

Next chapter nanti Zafriel muncul^^

Continue Reading

You'll Also Like

101K 8.8K 29
"AKU TAU suara aku ni sexy. Sebab tu kau suruh aku senyap. Kau takut cair, kan?" - Hazree Okey, aku tak tau nak terangkan macam mana, tapi aku betul...
46.5K 1.3K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
1.3K 179 20
simple β€’ elegant β€’ royal β€’ classic follow the rules, you're good. Hi, i am oreo. Some people called me Ryuu. And lots of them called me Fiya. (Identi...
5.2K 246 39
[2 BOOK] Highest ranking : #8-classic 10/8/22 #2-classic 26/9/22 Cayla kiesha, seoarang anak gadis Yang tidak mempunyai kawan dari sekolah menegah...