C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C27

1.9K 281 66
By leimonadd

USAI sarapan ala kadar, Nufa terus letak pinggan dalam sinki. Tergopoh-gapah perlakuannya memandangkan Sayf sudah telefon banyak kali supaya dia cepat. Lelaki itu ada kelas pagi ini. Jika dia lewat, Sayf pasti akan terlewat sekali dan itu sangat perlu dielakkan ya. Bukan dia tidak berkeras menolak Sayf untuk hantar ke dobi seperti biasa, tapi Sayf yang berkeras mahu hantar juga. Dia tak boleh buat apa. 

"Beeb, aku tinggal aje eh? Sorry!" Jerit Nufa sambil berlari menuju ke pintu rumah.

Habeeba yang tenang menikmati sepinggan nasi goreng di meja makan hanya mengangguk sahaja. Wajah langsung tak diangkat malah tetap matanya pada skrin televisyen yang memaparkan berita pagi.

Old-old people sangat si Ain Habeeba ini. 

Apa-apa sahaja lah! Nufa sudah lambat.

Kasut disarung ala kadar sebelum tangan laju membuka dan menutup pagar besi rumah. Lari dan terus tekan punat lif. 

Tak tunggu lama, pintu lif sudah terbuka. Senyum lebar Nufa jadinya. Alhamdulillah, dipermudahkan urusannya pagi ini walaupun agak kelam kabut sedikit.

Telefon yang berdering sekali lagi dipandang. Terus dia gesek bila lihat nama Sayf Hakim yang naik di skrin. Lelaki ini lah. Selagi dia tak jawab, selagi itu lah tak sudah-sudah menelefon.

"Hello." Nufa mula kata.

"Mana kau ni? Lambat dah lah, Nuna!" Suara Sayf sedikit kuat, memaksa Nufa menjauhkan sedikit telefon dari  telinga. Bingit sungguh kalau mode bebel Sayf dah datang.

Telefon dilekap rapat kembali ke telinga.

"Kejap lah. Ni tengah turun lif." Beritahu Nufa. Skrin lif dilihat tanpa lepas. 

G!

"Ha, dah sampai pun." Kata  Nufa serentak dengan pintu lif yang sudah terbuka luas. 

Tanpa lengah, Nufa terus berlari mendapatkan kereta Sayf yang sudah menunggu siap di ruang luar lobi. Senyum terukir bila lihat Sayf membuka pintu untuknya dari dalam. Alah! Risau sangat dia lambat lagi.

Bolos diri, Nufa angkat dua jari tanda peace. Sayf yang melihat hanya julingkan mata dan menggeleg kecil. Budak-budak sangat Nufa Huwainaa ini. Sesuai lah dengan baju kemeja putih dia tu. Sekali tengok dah macam baju budak sekolah negara sebelah aje. Dengan skirt cotton kelabunya.

"Cepat kan aku?" Tanya Nufa. Tangan tarik tali pinggang keledar sebelum dia memakainya. Sayf yang sudah mula memandu tenang di sebelah dipandang.

Sayf geleng lagi. 

"Cepat apa kalau sepuluh aku call baru kau nak sampai kat bawah ni." Omel Sayf sedikit tidak puas hati.

Kereta sudah mula memasuki jalan besar. Mujur juga jalan pagi ini tidak terlalu sesak. Tidak perlu lah Sayf rasa cemas selalu. Tenang sahaja dia mengemudi pemanduannya. 

Nufa mencebik. Kaki dibawa naik duduk bersila di atas kerusi. Tangan pula bawa keluar cermin dari begnya. Mahu betulkan sedikit letak duduk tudung bawal di kepalanya. Sebab Sayf yang tak henti-henti telefon, dia terpaksa selempangkan sahaja tudung bawa ini melepasi bahu. Tak sempat nak gayakan.

Sayf hanya mengerling sekilas. Nufa dibiarkan sahaja dengan tudungnya. Tak mahu mengganggu sebab kalau ganggu pun, Nufa memang tak akan melayannya langsung. Tumpuan memang diberikan sepenuhnya pada tudung di kepala.

Hampir sepuluh minit, Nufa selesai menggayakan tudungnya. Perfect. Dan selfie satu kali.

"Kau nak gambar aku tak?" Soal Nufa. Sengaja pecahkan sunyi di antara mereka.

Dengar soalan Nufa, terus Sayf tarik muka geli. 

"Jijik sakai!" Dan jawapan Sayf itu mengundang tawa besar Nufa. Aduh! Pagi-pagi lagi sudah dia sudah terhibur dengan Sayf. Bagitahu macam mana lelaki ini masih boleh single dan hany asetia jadi kawan baiknya?

Air mata yang sedikit membasahi mata dilap Nufa. Sampai menangis dia!

Sayf senyum kecil. Suka lihat Nufa terhibur. Dan untuk tambahkan lagi rasa terhibur itu, tangan Sayf terus menggagau tempat duduk belakang. Sebuah beg kertas berwarna coklat yang ada di situ diambil sebelum senang dia campak ke riba Nufa.

Menerima beg kertas dengan huruf M berwarna kuning, Nufa terus jerit nama Sayf kuat-kuat.

"OH MY GOD SAYF! KAU BELI BREAKFAST!" Tangan Nufa laju membuka beg kertas itu. Isi dalamnya dilihat. Oh! Bau pun menyelerakan apa lagi bila mata turun melihat sendiri.

Bangga Sayf dibuatnya.

"Kau tahu, dah tiga hari tau aku skip breakfast sebab kau takde. Pagi tadi pun aku makan cereal aje. Itu pun suku tak habis sebab kau." Cerita Nufa tanpa diminta. Sebiji McMuffin dibawa keluar dari beg kertas itu.

"Tahu." Balas Sayf sambil senyum kecil. Mata pandang Nufa yang dah tersenyum lebar sambil membuka balutan McMuffin di tangan.

"Nah." Dan senyum kecilnya melebar bila Nufa hulurkan McMuffin itu kepadanya. 

"Thank you." Ucap Sayf seraya mengambil huluran Nufa. Satu gigit dan dia sudah jadi makin gembira.

Nufa juga buat yang sama. Bila masuk aje makanan ke dalam mulut, terus peha ditepuk kuat. Tanda suka. 

"Oh, nothing feels better than this!" Ibu jari diangkat tinggi. Suka! Suka! Suka!

Sayfa angguk juga setuju. "Kan best begini."

"Yes!"

Dan masing-masing diam menikmati makanan masing-masing.

"Nunu." Tiba-tiba Sayf pecahkan diam antara mereka. Buat Nufa mengangkat kening, bertanya kenapa dalam diam. Mulut tak berhenti mengunyah.

"Kau betul ke tak nak buat apa-apa kat Mifzal?" Soal Sayf. 

Dahi Nufa terus berkerut sebelum lambat-lambat dia mengangguk kecil.

"Betul lah. Biar lah mamat tu."

"Tapi. kau kata dia datang jumpa kau kan?" 

Nufa terdiam.

"Habis takkan kau nak biar dia terus macam tu? Hari ni, dia seorang aje datang. Esok lusa, girlfriend dia pula datang. Kalau niat baik takpe. Buatnya dia datang, terbang melayang tudung kat kepala kau, risau juga aku." Kata Sayf. Sambil itu bayangkan Nufa dan Ayesha bergaduh dalam kepala. Agak-agaknya siapa lah yang akan menang nanti.

Tangan Nufa jatuh. Sekejap sebelum dia hembuskan nafas berat. 

"Dah tu... kau nak aku buat apa?" Soal Nufa. Tiba-tiba tak sedap pula McMuffin ni. Bukan sebab Sayf tapi sebab terbayang muka Mifzal yang tak sudah-sudah muncul di depannya sejak beberapa hari ini.

Sayf diam. Stereng diputar bila mereka sudah sampai di simpang premis #OhMyDobi. Jawapan masih belum diberikan kepada Nufa malah tenang sahaja dia memandu sampai lah kereta betul-betul berhenti di hadapan dobi. Tika itu, baru kepala menoleh pandang Nufa.

"Aku bukan lah nak suruh kau buat jahat, cuma kau kena buat sesuatu. Aku tak suka lah dia duk sibuk-sibuk lagi dengan kau padahal kau orang dah takde apa-apa." Ujar Sayf. Wajahnya sedikit serius.

Nufa lepaskan nafas berat. Bahu dijongket perlahan, tanda tidak tahu. 

"Dah tu... nak buat apa?"

Sayf peluk stereng kereta sambil mata tak lepas pandang Nufa.

"Apa kata kau cari someone yang kononnya bileh jadi boyfriend kau bila Mifzal atau Ayesha datang jumpa kau?" Cadang Sayf. Dia tetap juga Nufa teruskan dengan rancangan balas dendam kepada Mifzal. 

Sakit tahu hatinya lihat Nufa menangis dan meraung tempoh hari.

Cadangan Sayf mengundang jelingan menyampah daripada Nufa. Kepala juga dah menggeleng kecil.

"Cliche lah, Sayf. Cliche kau tahu?" 

"Dah tu? Kau bagitahu aku, apa lagi cara yang ada. Sekurang-kurangnya benda tu boleh buat Mifzal putus asa. Aku rasa selagi dia nampak kau single dan takde dengan siapa-siapa, selagi tu dia menyemak nak menagih cinta..." Berhenti sekejap sebab tiba-tiba Sayf rasa tekaknya kembang. Nak muntah.

"Cinta kau. Hah!" Habis juga kata-katanya. Stereng juga dipukul kuat.

Nufa tergelak kecil. Kelakar lah Sayf ni. Orang single memang begini agaknya.

"Malas lah. Lagipun mana nak cekau someone tu. Kalau ada, sumpah hobi dia suka membuang masa." Balas Nufa.

Sayf julingkan mata. Menyampah tau dengan malas Nufa ni.

"Takkan takde kut?"

Nufa geleng. 

"Susah-susah, kau aje lah jadi someone tu. Kata nak ajak aku kahwin kalau aku tak jumpa jodoh lagi." 

Sayf tayang muka geli.

"Jijik sungguh. Tak nak aku! Terasa sumbang mahram tau!" Terang-terang Sayf menolek. Kepala pula dah menggeleng laju. Tak cukup itu, telinga pun dah ditekup-tekup laju. Hebat sangat ya dia punya penolakan tu. Terasa Nufa dibuatnya.

Berdecit, Nufa buang pandang ke luar. Malas dah datang, memang acuh tak acuh aje lah dia jadinya. Tingkap dibawa turun.

"Takkan takde siapa-siapa kut?"

Nufa geleng. Dobi dipandang. Macam ramai aje orang ya. Sayf ni lama lagi kut nak ajak berborak. Tak ingat kelas dia ke macam mana?

"Mesti ada! Siapa lelaki tu..."

Nufa buat endah tak endah. Dobi masih dipandang. Oh, ada pelanggan mahu keluar.

"Abang Halwa tu... siapa nama?!"

Bulat mata Nufa. Baru nak alihkan mata, mata melekat terus ke pintu dobi yang baru terkuak luas. Panjang umur. Abang si Halwa elok sahaja keluar dari dobi dengan cap hitam di tangan. Dalam mulut pula ada lollipop. Apa benda... Nampak sangat sele...

Menarik?

"Ha, Nadhif! Nadhif!!! Aku dah ingat!" Suara lantang Sayf di sebelah buat Nufa tutup mata rapat. Terus kepala pusing pandang Nufa. Tajam matanya menjeling Sayf yang dah sengih lebar tanpa rasa bersalah.

"Apa benda kau ni terjerit-jerit! Diam tak boleh ke?" Geram Nufa menyoal. Tangan dah sedia nak naik mahu pukul Sayf, namun bila lihat senyum Sayf mati dengan mata yang sudah tidak fokus kepadanya, tangan jadi tak bergerak. 

"Apa?" Soal Nufa seraya menoleh, pandang ke arah yang sama Sayf lihat. 

Menoleh, terus terloncat kecil dia di kerusi. Mata juga dah bulat. Mulut dah ternganga kecil. Terejut dengan Nadhif yang dah elok berdiri di luar kereta. Mata lelaki itu pula tak lepas-lepas memandang ke arahnya. 

Tak. Mata lelaki itu tidak lepas-lepas menilik setiap inci wajahnya.

Uh-oh! Nufa dah mula rasa lain macam.

"Siapa?" Suara Sayf sayup-sayup aje kedengaran. Tak fokus. Tak boleh fokus sebab lelaki di hadapannya ini.

Nadhif alihkan mata. Sayf dipandang sebelum senyum kecil terbentuk cantik di bibir. Melihat itu dengan jarak dekat, Nufa makin rasa lain macam.

Again. His dimple smile!

"Nadhif. Tadi panggil kan?" Bersahaja Nadhif menjawab. Nufa dah tidak dipandang. Mata ebih tumpu kepada Sayf yang dah melebar senyumnya.

"Oh! Lahai! Kacak orangnya. Hai, hai! Aku Sayf Hakim, kawan Nufa." Sesi berkenal tiba-tiba sahaja berlaku. 

Nufa jadi bingung namun badan kaku bila tangan Nadhif masuk ke dalam kereta dan berhenti di hadapan wajahnya. Nafas tersekat bila lihat tangan itu.

Uih. Tangan pun cantik. Tengok sahaja jemari runcing Nadhif! Kalah dia yang perempuan ni.

Sayf senyum lebar. Huluran tangan Nadhif disambut. Tanda terima huluran perkenalan mereka berdua. 

Tangan dilepaskan. Nadhif dan Sayf saling membalas senyum sebelum masing-masing memandang Nufa yang dah kaku terdiam di tempatnya. Tiba-tiba senyap dah kenapa pula.

"Eh, lain waktu kita borak bro. Banyak benda nak sembang ni." Selamba sahaja Sayf bersuara buat Nufa menjengil pandang Nufa. Oh! Ayat tu tak boleh kontroversi lagi ke Sayf Hakim bin Hanafi? Ayat macam nak bagitahu nama Nadhif tak pernah lekang dari bibirnya pula.

Nadhif senyum dan mengangguk. Setuju. Sekilas dia pandang Nufa yang dah siap-siap mahu keluar. Masam sahaja muka gadis itu. Rupanya bukan dengan dia sahaja wajah itu begitu. Dengan Sayf juga. 

Lega.

"Go, Nunu. Aku ada kelas. Nanti kita bincang dengan lebih lanjut ya." Usik Sayf. Kening dijongket-jongket sambil sekejap matanya belabuh di wajah Nadhif.

Nufa julingkan mata.

"Takde nak dibincangkan. Dah lah! Aku pergi dulu." Kata Nufa. Beg disangkut pada bahu.

Pandang sebelah, Nadhif masih ada di situ. Santai dengan satu tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Sebelah tangan lagi elok memegang cap hitam. Tangan cantik. Cap pun cantik. Tiber!

Sayf angkat tangan dan melambai Nufa kecil.

Tangan Nufa baru sahaja mahu buka pintu. Namun, pintu itu sudah terlebih dahulu dibuka dari luar. Buat Nufa terkaku sekejap sambil pandang Nadhif. Lelaki itu pula tidak beriak apa-apa. Tenang tunggu dia keluar dengan gaya santai tadi.

Sayf dah sembunyi senyum. Ehem ehem.

"Cepat lah!"

Nufa keluar dari kereta. Jeling menyampah kepada Sayf yang dah tersengih macam kerang busuk. Sebal sungguh lah dia dengan Sayf Hakim ni.

Keluar sahaja Nufa dari kereta, Nadhif terus tutup pintu kereta perlahan. Kemudian berdiri di sebelah Nufa. Tapi mata lurus pandang Sayf.

"Jumpa lagi bro! Bye Nufa. Nanti aku ambil kau okey? Bye!" Semangat Sayf minta pamit. 

Nadhif angguk manakala Nufa menggeleng kecil. Masing-masing begitu sehingga lah kereta Sayf mula bergerak meninggalkan mereka di situ. Sampai hilang kereta Sayf daripada pandangan mata, baru lah masing-masing menoleh. Memandang sesama sendiri.

Nufa beriak masam.

Nadhif tanpa riak.

"Apa?" Gertak Nufa sebelum Nadhif dijeling. Eee. Macam ni nak suruh jadi someone tu? Tengok muka pun rasa nak cakar-cakar. Ingatkan diri lelaki itu orang asing sahaja. Kalau tak... pasti kuku dia dah melakukan seni yang indah.

Dahi Nadhif berkerut.

"Kau period ke apa?"

Tak jadi Nufa nak beredar.

"What?"

"Grumpy all the time. Patut lah dahi tu dah berkedut." Selamba Nadhif mengutuk. Jari telunjuk pun dah lurus tunjuk dahi Nufa.

"Hei!" Tangan laju menutup dahi sendiri. Self-esteem dah menurun sebab kata-kata Nadhif tadi. Eee! Tak guna lah lelaki ini.

"Biadap!" Jerit Nufa geram sebelum dia berlalu pergi dari situ. Persis kanak-kanak memberontak, kuat dia hentak kaki semasa berjalan. Tunjuk geram.

Nadhif pusing tubuh. Mata menghantar Nufa tanpa lepas. Bila Nufa dah masuk ke dalam premis kedai, tubuh di pusing kembali. Kaki mula diatur mahu kembali ke Whole Fruit semula. Topi di tangan disarung semula ke kepala. Dan langsung, bibir langsung ukir senyum yang sudah tidak dapat ditahan lagi.

Tangan betulkan topi di kepala yang sedikit menunduk. Wajah Nufa terbayang dalam kepala dan senyum jadi lebar lagi.

"Gila."

Nufa bertudung bawal ungu pastel. Nampak manis.

"Manis."

Dan sudahnya, sampai ke Whole Fruit senyum Nadhif tak hilang. Parah. Sangat.

*Meh tick kehadiran sini 🙌🏼

Continue Reading

You'll Also Like

60.2K 4.1K 84
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
331K 34.1K 51
Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki...
682K 64.6K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
942K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...