Lecturer Itu Duda Aku! [EBOOK...

By Fahizah_Reena

931K 12.6K 1.1K

Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana... More

Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
RANDOM TEASER LIDA
EPILOG
REVIEW DARI FB❤️
PROMOSI EBOOK ✨

Bab 1

52.4K 1.3K 63
By Fahizah_Reena

LIDA 1

"BEST tak dapat masuk Universiti, my sistur?" Disenggol siku aku. Haish, kacau mood saja. Baru nak praktis jadi pelajar terbaik dah dikacau oleh adikku sendiri, Mia Delisha. Nama sedap tapi perangai zero. Sempat pulak aku mengutuk adik sendiri.

"Muka aku tua sangat tak? Ada nampak macam makcik-makcik?" soalku bila terperasankan pandangan beberapa orang, toleh-toleh aku macam aku ada buat dosa je. Ke sebab hari ni aku terlalu cantik? Iyalah, lipstick merah menyala. Sangat wow, kan? Sesuai dengan title janda berhias. Tak gitchu?

"Bukan setakat makcik. Dah serupa nenek bongkok tiga." Meletus tawa Mia gelakkan aku. Bagi jelah title gila kat Mia ni, sangat sesuai. Cermin di tangan aku simpan. Okey dah tu, tak payah nak tengok sangat. Muka tetap juga sama, tak ada beza. Muka ala-ala kartun barbie. Okey, dah start aku mula perasan.

"Kalau aku nenek bongkok tiga. Kau tu pulak nenek sihir! Mulut puaka macam Qais!" Alamak terlepas cakap. Apasal aku sebut nama ex suami aku ni? Adoi, pagi-pagi pulak tu. Kut kalau dia tersedak macam mana? Haa... Padanlah muka!

"Amboi, abang Qais? Rindu ke cik kak? Rindukan bekas suamimu? Jangan seru-seru nanti datang macam mana? Nak getback ke?" Aku jengilkan mata besar-besar. Melampau betul! Tangan menyusup ke bawah dan mula mengetip pinggang Mia. Terjerit si Mia, haa... Rasakan penangan ketam ni. Bukan sebarang ketam ya, ketam janda lagi!

"Kau nak doakan aku bukan-bukan, kenapa? Kau tau tak aku benci gila-gila kat dia. Benci setinggi gunung ledang... Eh tak tak... Gunung Everest! Kalau aku nampak dia lagi, aku ganyang dia sampai dia lupus dari muka bumi. Huh, dasar lelaki jahat! Sanggup lukakan sekeping hati aku yang suci ini..." Aku tersengih sudahnya. Sengaja berdrama lebih bila pandang Mia yang dah berkerut. Muncung bibirnya bila dia gosok pinggangnya yang memedih. Tahu pula sakit.

"Kau ni kak. Dah tau ketam kau berbisa, janganlah cubit aku. Sakit tahu tak! Macam kena sepit ketam! Agaknya dulu kau suka ketamkan abang Qais ek? Itu yang dia ceraikan kau..."

Aku mengeluh. Sakit telinga bila nama Qais masih disebut. Sudahnya, aku menonong meninggalkan dia. Tak reti jaga perasaan kakak langsung!

Masuk saja dalam dewan kuliah, aku ambil tempat di bahagian depan. Biar lebih fokus. Nak jadi pelajar cemerlang lah katakan?

Mia datang dalam beberapa minit. Malas aku nak pandang. Macam nak merajuk tahu tak bila adik tak pedulikan perasaan kakak. Hal cerai, kisah lama itu begitu buat aku tersungging. Hal itu sensitif!

"Sorylah kak..." Mia paut bahuku. Masih aku tak toleh dia. Jeling pun tidak. Tika ini suasana dalam dewan kuliah riuh rendah. Dah macam pasar jual ikan. Haish, macam ni rupanya jiwa muda. Banyak celoteh! Gosip sana sinilah tu.

Aku sibuk keluarkan buku nota dan sebatang pen. Bersiap sedia nak belajar.

"Subjek apa pagi ni?" Aku soal Mia. Eh, lupa... Aku kan tengah merajuk. Nampak muka Mia dah tersengih-sengih.

"Akak dah tak marah Mia, eh? Pagi ni subjek... Lupalah!" Mia garu-garu kepalanya yang bertudung litup berwarna purple pekat. Aku sekadar menggeleng, nak mengharapkan si adiknya. Haish, lebih baik dia cek jadual kat handphone sendiri.

Sedang ralit, suasana dalam dewan kuliah ini sunyi sepi. Derapan kasut seseorang kedengaran, aku yang sedia tunduk masih tak angkat wajah. Haruman yang menerobos ke hidungku buat aku sesak. Kenapa ni? Kenapa rasa macam ada aura kejahatan? Eh...

"Akak... aku tak sedap hati," ujar Mia.

"Samalah, kenapa aku macam pernah bau minyak wangi ni?" jawab aku teragak-agak.

"Aku tak nak cakap apa-apa. Cuba kau tengok depan." Mia berbisik-bisik. Tahu dah mesti lecturer dah masuk dalam.

Agak berat nak pandang. Berdebar-debar. Kenapa dengan aku ni?

"Assalamualaikum semua... Nama saya, Qais Ukasy. Mulai hari ini, saya akan mengajar 3 subjek. Penulisan Akademik..."

Rasa macam telinga tersepit. Jantung pun bila-bila masa akan tercampak keluar. Nama tu aku kenal sangat! Ya Allah...

"Cik kak... Lecturer di depan, bukan bawah kaki awak."

Mejanya diketuk oleh satu jemari panjang runcing. Sahlah, memang dia! Aku dah hafal tangan dia macam mana. Berurat dan seksi. Auch! Mereng aku ni.

Aku sedut nafas, semerbak perfumes Hugo Boss. Perlahan aku beranikan diri angkat wajah.

Zapp!

Duda aku!

Lelaki itu pandang aku dengan pandangan tajam. Macam nak membunuh, serius saja. Aku telan liur yang terasa kesat. Dugaan apakah ini. Kenapa duda aku jadi lecturer aku? Terasa longlai saja kaki. Nasib aku sangat malang.

"Awak nama siapa?" tanya Dr Qais sambil peluk tubuh. Ditampal muka berlagaknya.

Pura-pura tak tahu nama. Padahal aku janda dia. Hish, geramnya!

"Laila Kaisara..." jawabku tiada nada. Sabar hati...

"Laila... Dalam kelas saya, tolong fokus di depan. Saya tak nak pelajar saya sambil lewa dan tak hormati saya sebagai pensyarah kamu. You get it?" Tegas Dr Qais.

Aku terpaksa meminta maaf. Kebalkan muka yang dah malu, merah padam. Sakit hati betul! Aku rasa nak lari balik rumah saja, berhenti belajar. Takpun cari Universiti lain. Dalam banyak-banyak Universiti, kenapa UiTM Shah Alam ni jugak dia mengajar?

Dr Qais mulai teruskan bebelannya di bahagian depan dewan. Aku pura-pura fokus. Mia pun diam saja di sebelah mungkin takut kalau terkena macam aku.

Macam mana aku nak belajar kalau terpaksa hadap muka lelaki yang paling aku benci? Sebelum ini, aku tahu dia lecturer, tapi tak silap dia mengajar kat Universiti lain.

Setelah habis mengajar, tiba pula waktu rehat. Aku dan Mia berjalan untuk keluar tapi tiba-tiba diseru oleh bekas suamiku. Urgh!!! Apa yang dia nak?

"Maafkan saya, Dr Qais. Saya sibuk..." Suka hati saja aku bagi alasan bila dia pinta aku berjumpa dengan dia sekejap. Mia dah laju tinggalkan aku. Kurang asam!

"Sibuk? Ini arahan lecturer awak. Bukan budak sekolah. Takkan tak boleh dengar arahan saya?" Tu dia. Pedas betul dia hentam aku. Akhirnya aku mengalah. Anggap sajalah dia tu pensyarah kau. Bukan siapa-siapa. Faham tak, Laila?

Aku tunduk. Malas nak pandang dia. Nampak kasut kulit dia jelah yang hitam berkilat.

"Sampai sini kau stalk aku, Laila."

Eh? Terus guna kau? Melampau betul. Aku angkat wajah.

Mata Qais tunak merenung aku. Entah apa yang merasuk aku. Penampilan kemas dan bergaya Qais aku tilik atas bawah. Ada aura seorang lecturer yang berkarisma. Handsome dan mampu mencairkan semua perempuan termasuk pelajar-pelajar kat sini. Rambut kemas Qais yang tersisir rapi. Segak... Patutlah tak sesuai dengan aku. Patutlah dia ceraikan aku. Aku dan dia tak sesuai. Dan... Yang paling aku akui dia sering menyinis bila berdepan dengan aku, tengoklah sekarang. Bibir itu buat smirk.

"Dah puas tengok rupa bekas suami? Ada rasa menyesal tak minta cerai dengan aku dulu?"

Aku kerut dahi. Masih berlagak!

"Saya takde masa nak stalk. Saya datang sini nak belajar dan menimba ilmu. Dan, saya tak menyesal langsung lagi saya bersyukur dijauhkan dengan lelaki pencurang macam awak," ujarku sedikit bengang. Mataku sibuk pandang lain. Menyampah!

"Aku pencurang atau kau yang mencurang?"

"Dahlah, kalau tak ada benda penting saya minta diri dulu ya, Dr Qais Ukasy."
Malas nak sakitkan hati dan telinga. Aku berura-ura nak keluar tapi lengannya dicapainya. Aku tepis kasar.

"Siapa benarkan awak sentuh saya?"

Qais gelakkan aku. Dia angkat tangan.

"Ops, lupa. Bekas isteri haram sentuh kan," ejeknya dengan nada menjengkelkan. Tak padan dengan title lecturer, perangai malaun sungguh!

"By the way... Kenapa kau sambung belajar?" soal Qais bila aku diam.

"Suka hati sayalah," jawabku mudah.

"Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau."

Tersentak. Aku cuba berpura-pura tak terasa hati. Padahal rasa nak menangis bila isu itu dibangkitkan. Memang aku lembab, tapi aku masih pandai. Pandai menyusahkan orang kut.

"Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." Aku saja gantungkan ayat dan panjangkan langkah keluar. Tak sanggup dihina oleh dia. Dahulu bolehlah dia bersabar sebab lelaki itu suaminya, sekarang lelaki itu jatuh jadi bekas suami. Aku takkan bagi can dia jatuhkan maruah aku lagi.

...

Writer's comment : Saja cuba buat story santai... Menjadi ke tak agak2 🤣

Continue Reading

You'll Also Like

342K 15.3K 19
Kehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan men...
613K 24.2K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
617K 37.4K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
23.9K 788 56
disebabkan permintaan terakhir Tengku Muhammad Afryan Naufal dan Nur Hana Humaira terpaksa bernikah dalam usia yg sgt muda " kenapa lah aqu kena kahw...