C | π‚π”ππˆπƒ

By leimonadd

253K 28.8K 7.1K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C24

2.3K 283 72
By leimonadd

SEBUAH kotak epal yang berisi buah epal segar Nadhif buka dengan penuh cermat. Tersenyum kecil dia melihat saiz buah epal itu. Besar! Tambah lagi warna kemerahannya mengiurkan. Pasti menarik minat setiap mata yang memandang. Sangat puas hati dengan apa yang dihantar pembekal kepadanya. Terima kasih untuk itu.

Tanpa buang masa, sebiji demi sebiji buah epal itu dikeluarkan daripada kotak dan disusun kemas di sebuah bekas kayu yang kosong. Sambil menyusun, mulut menyanyi perlahan, cukup untuk telinganya sahaja yang mendengar.

"Pasti manis ni." Gumam Nadhif sambil lihat sebiji epal di tangannya. Dekatkan sedikit pada hidung, haruman manis isi dalam epal itu terus menusuk masuk. Uh! Memang manis! Sampai terpejam matanya. Lidah pun seperti dapat rasa kemanisan buah epal itu.

"Wah!"

Mata terbuka dan kepala menoleh. Senyum lagi dia bila lihat Halwa yang dah melangkah laju ke arahnya. Mata adik kesayangannya itu pastilah tertumpu kepada epal merah cantik di tangannya ini.

"Besarnya, abang! Merah pula tu! Pasti manis!" Teruja suara Halwa menutur kata. Epal di tangan Nadhif diambil dan ditilik dengan senyum yang kian melebar.

Nadhif mengangguk, setuju.

"Kan? Kalau daripada pembekal kat kampung dulu, tak sebesar dan masak ranum macam ni kan?" Memori tentang perniagaan buah di kampung dulu terlayar dalam kotak fikiran. Jika dibandingkan, memang epal dari pembekal syarikat Fresh Fruit ini yang menang. 

Halwa pandang Nadhif dan mengangguk setuju sama. Bibir masing dah merekah senyuman lebar. Sambil itu mata tak lepas daripada memandang buah epal di tangan Halwa. Alahai. Comel sungguh perlakuan masing-masing.

Terhenti seketika Haikal yang baru ingin melangkah masuk ke dalam kedai WHole Fruit. Berkerut dahi memandang tingkah dua beradik yang tetap pandangannya pada buah epal di tangan. Menggeleng kecil, Haikal merapati mereka berdua.

"Korang buat apa ni ha?" Nadhif dan Halwa dipandang silih berganti. 

Dengar Haikal yang menyapa, serentak Nadhif dan Halwa menoleh serentak memandang Haikal. Masing-masing tunjuk buah epal di tangan. Haikal kehairanan sendiri sekali lagi. Kenapa dengan epal hari ini? Trending di twitter ke?

"Abang Haikal! Tengok epal ni! Ranum kan? Mengiurkan kan?" Suara Halwa jelas teruja. Epal di tangan diserahkan kepada Haikal.

Menerima buah itu di tangan, Haikal tayang muka hairan. Nadhif yang diam namun tersenyum bangga sedari tadi dipandang tidak lepas, cuba meminta jawapan dengan cara diamnya yang tersendiri. Namun hampa! Nadhif langsung tidak beri respon bahkan lelaki itu selamba angkat ibu jari kepadanya.

Menggeleng, Haikal letak buah epal dalam bakul. MAlas mahu melayan dua beradik yang aneh itu. Mana ada buah yang boleh naikkan mood seseorang? Jika ada, maknanya orang itu sama spesies dengan dua beradik ini. Spesies aneh!

"Dah lah. Ni... budak-budak aku nak turun melepak dekat sini sebelum sambung training semula." Beritahu Haikal. Bahu Nadhif dah dipaut dan Halwa dipandang sambil kening dijongket beberapa kali. Beri signal yang gadis ini akan sibuk tidak lama lagi.

Jatuh terus bahu Halwa dengar kata-kata Haikal tadi. Senyum pun dah hilang. Diganti dengan bibir yang memuncung panjang. Tak suka!

"Alah, Abang Haikal! Suka lah tengok Awa sibuk, tak menang tangan!" Omel Halwa tak puas hati. 

Nadhif tersenyum sahaja lihat perilaku si adik. Nyata tak puas hati ya di situ. Haikal pun ikut sama tersenyum. Senyum menyakat yang pastinya.

"Apanya. Ini, Nadhif kan ada?" Bahu Nadhif ditepuk kuat. Namun, laju sahaja Nadhif menggeleng seraya menepis tangan Haikal yang masih bergayut di bahunya. 

"Aku busy. Kau tak nampak stok baru masuk ni? Jadi, Awa... sorry. Awa memang akan busy ya melayan abang dan adik awak nanti." Angkat tangan laju-laju. Nadhif mengelak. Kaki dah mula melangkah pergi meninggalkan Halwa berurusan sendiri dengan Haikal.

Haikal senyum sinis. Halwa yang menjelingnya tajam langsung tak datangkan rasa gentarnya dala hati. Sedikit pun tidak. Buat dia mahu menyakat lagi ada lah. Dan kerana itu, laju otak bergerak mencari topik yang boleh jadi modal menyakat seorang Halwa Nabilah.

Ting! Modal dah muncul. Senyum senget mula lah auto terbentuk di bibir. Buat Halwa menyampah mahu melihat dan bertindak untuk angkat kaki dari situ.

Haikal mengekori bersama niat mahu menyakat.

"Alah, Awa. Bukan susah pun. Awa jangan risau. Energy booster Awa ada sekali tau nanti!" Ceria suara Haikal yang ingin menyakat.

"Energi booster apa pula ni?" Soal Halwa malas-malas. Kaki dah masuk ke pantri. Bakul buah yang dah kosong diambil. Mahu ambil buah-buah di rak. Nanti tak perlu lah dia berulang-alik bila anak-anak murid kesayangan Haikal Aidan ni dah datang singgah.

Haikal senyum senget.

"Alah. Energi booster nama Haffaz Zaydan. Dia kan--- aduh!" Mengaduh terus Haikal, tak sempat sambut kata bila sesuatu yang keras diketuk pada belakang badannya. Tak percaya, Halwa dipandang.

Wajah Halwa dah merah. Bakul di tangan digenggam erat. Mata pula melilau memandang sekeliling. Takut pula tuan badan ada di situ dan dengar perbualan mereka berdua tadi. 

"Eee! Abang Haikal!" Geram campur malu, suara Halwa dah meninggi. 

Entah kenapa lihat riaksi Halwa, sakit yang dirasakan hilang pergi. Makin suka lihat wajah yang makin memerah itu. Buat dia lagi mahu menyakat.

"Eleh, Awa suka kan sebenarnya. Nanti abang suruh dia duduk kat meja paling depan. Baru Awa tak rasa penat nak blend semua jus nanti." Dabik dada, Haikal kembali menyakat. Tak peduli langsung dengan wajah geram yang ditayangkan Halwa.

"Eee! Benci lah! Sana!" Haikal ditolak kuat dengan bakul, sebelum kaki Halwa laju bergerak ke rak-rak buah. Mulut pula tak berhenti mengomel tanpa butir. Yang pasti semua itu buat lepas geram kepada Haikal. 

Haikal hanya tersenyum sahaja lihat Halwa. Menggeleng kepala sedikit dia. Terhibur. Sudah itu, Nadhif dipandangt dari jauh. Senyum yang terukir tiba-tiba jatuh bila lihat Nadhif tak berkalih melihat luar kedai.

"Apa pula tu? Dorang ni memang pelik lah." Sempat lagi Haikal mengutuk sebelum dia ambil langkah merapati Nadhif yang masih sama seperti tadi. Mata tak lepas memandang luar kedai.

Semakin Haikal menghampiri, semakin Haikal rasa pelik dengan Nadhif. Kawannya itu seolah-olah berada dalam fikirannya sendiri. Mata jauh memandang ke luar dengan bibir yang kadang terjongket sedikit. Seperti menyembunyikan senyum yang ingin terbentuk pun ya juga.

Berdiri di belakang Nadhif, Haikal diam-diam ikut pandang arah yang dipandang Nadhif. Jauh nun ke depan. Beberapa kali dia cuba fokuskan pusat pandangan dan dahi makin berkeut bila dia dapati pandangan Nadhif jatuh di kedai dobi seberang jalan sana.

Bergilir memandang Nadhif dan kedai dobi, kening Haikal makin berkerut. Rasanya bukan kedai dobi yang buat Nadhif begini tapi dua gadis yang berdiri di hadapan pintu dobi sana. Nufa dan Warda. Rancak berbual sampai tak perasan ada dua pasang mata yang memerhati dari jauh. Matanya dan mata Nadhif.

"Kau jangan cakap kau pandang Cik Warda ya. Aku hempuk kau satgi!" Rasa tak puas hati dilepaskan bila lihat Nadhif seperti tidak berkelip memandang dua gadis itu. 

Terlompat kecil Nadhif di tempatnya bila disergah sedemikian rupa. Haikal yang pandang luar kedai atau lebih tepat lagi, pandang dobi seberang dipandang geram. Sedar sesuatu, terus bahu menolak Haikal, menghalang lelaki itu untuk terus melihat ke arah dobi sana.

"Kau cakap apa tadi?" Soal Nadhif. Topi dibetulkan. Mahu hilangkan debar yang datang singgah tadi. Semua sebab teringat kembali apa yang terjadi tadi.

'Gila. Dah kenapa pula aku pergi tenung dia?' Bisik hati Nadhif.

Tadi semasa elok dia menyusun satu persatu buah dalam bekas kayu, telinga menangkap bunyi ekzos motor yang kuat. Seperti motor mahal, kepala tertarik untuk menoleh. Dan kebetulan, mata tiba-tiba sahaja menangkap Nufa dan Warda yang baru sahaja keluar dari kedai dobi. Berkerut dia memandang dua gadis itu yang seperti dalam perbincangan serius.

Hilang terus minat nak cari motor bunyi mahal tadi. Entah kenapa, mata lebih tertarik untuk memandang sekujur wajah manis di sana. Pun begitu, tangan masih lagi bergerak melakukan kerja. Satu persatu buah disusun masuk ke dalam kotak kayu. Namun, sekejap-sekejap kepala menoleh ke arah dobi.

Nufa menjadi pusat perhatiannya. Gadis itu tampak simple dengan kemeja checkered yang oversize dan seluar jeans biru lusuh. Tudung pula mudah dengan selendang kuning cair yang dililit malas atas kepala. 

"Yellow really suits her." Terpacul komen itu spontan dari mulut Nadhif. Tak sedar apa. Dan begitu juga keadaan dia yang seterusnya sehinggalah Haikal datang menegur tadi.

Dia, Nadhif Hamza tak henti melihat setiap perilaku Nufa dari jauh. Dan sesekali bila lihat gadis itu seperti menoleh ke arahnya, terus tangan laju bergerak semula. Tapi, selepas beberapa saat, kepala menoleh kembali. Dan bila lihat bunny smile Nufa saat gadis itu tersenyum, bibir terjongket perlahan tanpa sedar.

"Hei, Dif! Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Soalan Haikal bersama tepukan di bahu menyedarkan Nadhif dari memori tadi.

Damn! Dia hanyut lagi tanpa sedar. Kali ini dengan kepala yang tak henti memutar kembali Nufa Huwainaa yang tersenyum tadi.

Tiba-tiba Nadhif rasa jengkel. Topi dicabut dan rambut diraup kasar. Bayangan wajah Nufa cuba dihilangkan dari fikiran. Rasa menyemak pula wajah yang tersenyum comel itu. Menyampah!

"Apa kau cakap tadi?" Soal Nadhif. Perhatian diberi kembali kepada Haikal.

Masam terus muka Haikal. Punya lah dia cerita plan selepas habis kerja tadi, Nadhif boleh tak dengar?

"Ish, kau ni. Otak kat mana ha? Panjang lebar aku cakap tadi. Aku cakap, tutup je kedai nanti kita pergi stall burger kat simpang rumah Ehsan nanti. Ehsan kata dia nak bagitahu sesuatu, dia minta kita kum---" Kata-kata Haikal terhenti. Sekali lagi. Semua sebab lihat Nadhif yang tak berkelip memandang belakangnya pula.

"Apa masalah mamat ni sebenarnya?" Soal Haikal kehairanan. Sedari tadi dia lihat Nadhif hilang fokus. Bila bebel tentang Warda tadi, diam sahaja tanpa komen.

Ingin tahu, Haikal pusing badan, mahu lihat apa yang Nadhif lihat sampai tak berkelip mata jadinya.

Nufa dan Warda.

Bum! Termometer geram dah pecah.

"Aku dah cakap jangan uhsar Cik Warda kan?!"

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

LINCAH tangan Nufa memotong beberapa buah oren. Halwa yang sibuk mengisar jus langsung tidak dipedulikan. Tekun sahaja. Kebisingan Jus Station yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar Haikal tak menggugat sedikit pun skill memotong buahnya.

"Kakak Nufa, sorry! Tapi tolong passkan Awa susu pekat atas kaunter tu." Suara Halwa yang menyapa sebaik sahaja mesin pengisar berhenti, menarik Nufa untuk kalih pandangan daripada papan memotong.

Lihat arah jari Halwa, Nufa menoleh. Tin susu yang ada di atas kaunter dipandang sebelum tangan laju ingin mengambilnya. Namun bila perasan ada satu tangan terlebih dahulu menggapainya, tangan Nufa berhenti. Pandangan diangkat dan lurus mata bertembung pandang dengan sepasang mata coklat tua Nadhif.

Masing-masing diam. Nadhif yang mula bergerak membawa tin susu itu kepada Halwa dipandang sekilas oleh Nufa sebelum kepala tunduk pandang papan pemotong pula. Hati mula rasa tak senang dengan kehadiran lelaki itu.

Bila masa pula lelaki ini ada di kedai? Sedari tadi, tak pula dia melihat lelaki itu di kedai. Dan dia yang boleh ada di sini menolong Halwa sekarang pun sebab fikiran ingat lelaki bernama Nadhif Hamza ini tiada di kedai. Kalau dia tahu Nadhif ada di sini, lama dia tolak rayuan Halwa yang ingin dia membantu sama. 

"Banyak lagi ke Awa?" Suara Nadhif bagai angin lalu sahaja. Langsung dia tak tumpu kepada perbualan dua beradik itu sampai lah dia perasan ada sekeping papan pemotong diletakkan sebelahnya.

Angkat wajah, jelas riak tidak senang di wajah bila dapati Nadhif berdiri dengan pisau di sebelahnya. Tanpa memandangnya, selamba lelaki itu memotong sebiji tembikai di sebelahnya. 

Nafas ditarik dalam-dalam seraya jarak antara mereka dibina. Papan pemotongnya ditarik biar menjauh sedikit sebelum tangan kembali bergerak memotong buah oren. Diam sahaja mereka melakukan kerja tanpa suara. Seperti tiada orang di sebelah. Hanya diri sendiri sahaja.

Namun, fokus Nufa terganggu sekali lagi bila tangan lelaki itu selamba sahaja mencapai sepotong oren yang sudah dipotongnya. Bila menoleh, geram rasa hati. Nadhif terlihat sangat rileks dengan tangan yang dah bersilang di dada sambil mulut mengunyah selamba. Mata pula tak lepas memandangnya.

Malas melayan, Nufa sambung kerja. Namun, belum pun sempat pisau diturunkan untuk memotong, tangan Nadhif kembali mencapai sepotong buah oren lagi.

"Excuse me?" Nufa bersuara, sedikit jengkel.

Nadhif jongket kening. Topi di kepala dibetulkan. Dibiarkan rambut hadapan terkeluar menutup dahinya. Menunduk, mata tak lepas pandang Nufa dengan pandangan yang kosong.

"Aku potong buah ni bukan untuk kau makan." 

Nadhif jongket bahu tunjuk dia tidak peduli. Selamba, tangan mahu bergerak ambil sepotong lagi buah oreh namun tangan Nufa lagi pantas. Ditarik mangkuk berisi buah oren menjauh daripada Nadhif. Terhenti separuh jalan tangan Nadhif dibuatnya.

"Ini untuk buat jus." Tak bernada suara Nufa memberitahu. Nadhif dipandang geram. Anti betul lah dia dengan mamat ini.

Nadhif pandang Nufa tak lepas. Lurus dan tanpa riak, buat Nufa rasa makin tidak selesa. Dan dari situ, debaran halus mula singgah di dada.

"Apa pandang-pandang?" Soal Nufa. 

Nadhif tarik senyum halus seraya menggeleng. Pusing, dia membantu Halwa mengisar buah kemudiannya. Seolah-olah tiada langsung interaksi di antaranya dan Nufa. Nufa ditinggalkan kebingungan di situ. Lagi buat meter Nufa naik mencanak tiba-tiba.

"Kerek." Kutuk Nufa sepatah. Kuat sampai sepi Jus Station itu. Semua mata terarah kepadanya yang pasti namun Nufa selamba memotong buah kembali. Tak peduli apa.

Nadhif melihat Nufa, dan senyum kecil terbit di bibir. Kerja kembali disambung namun senyum di bibir makin tak boleh nak ditahan. Lagi bila telinga menangkap omelan kecil Nufa. Jelas tak berpuas hati dengan tingkahnya tadi. 

Tak sedar. Tak sedar yang Halwa sudah memandangnya dengan dahi yang berkerut seribu.

"Abang? Are you okay?" Dan soalan Halwa itu berjaya mematikan senyuman di bibir Nadhif. Entah kenapa kepala auto menoleh ke arah Nufa dan nafas lega terus terlepas bila lihat Nufa masih tak angkat wajah dari papan pemotong.

Halwa makin bingung dengan tingkah si abang. Dan bila pandang Nufa, kepala menggeleng sendiri. Gila sungguh abangnya ini.

"Okey." Balas Nadhif mudah. Tangan laju memasukkan potongan buah mangga ke dalam mesin pengisar.

Halwa diam. Nadhif dan Nufa dipandang silih berganti. Dan tiba-tiba satu idea muncul.

"Aduh!" Halwa mengaduh. Serentak Nadhif dan Nufa memandang ke arah Halwa.

"Kenapa Halwa?" Soal Nufa laju. Selaju diri yang sudah mendekati Halwa. Wajah berkerut Halwa ditilik penuh kerisauan. Dan bila lihat tangan Halwa yang melekap kejap di perut, terus tangan Halwa disentuh Nufa.

Nadhif terkaku dengan tindak balas Nufa yang laju. Wajah kerisauan gadis berselendang kuning itu dipandang tidak berkelip.

"Awa sakit perut." Lirih suara Halwa menahan 'sakit' yang dirasakannya.

Nufa pandang Nadhif dan jelas Nadhif seperti baru tersedar dari sesuatu. Terus mata lelaki itu panik memandang Halwa namun kadang dia lihat mata lelaki itu jatuh di wajahnya juga. Entah kenapa. Tapi, bukan itu yang dirisaukannya.

"Halwa dah makan ke belum? Dia ada gastrik ke?" Soal Nufa laju.

Nadhif geleng. Nampak panik. Tapi, macam gugup pun ada.

Dalam lakonan itu, Halwa sempat mengerling si abang. Nak tergelak lihat halkum yang bergerak tak henti itu. Gugup sangat tu bang. Terpikat ke dengan sisi prihatin Nufa Huwainaa?

"Err, Awa nak pergi tandas. Kakak dan abang siapkan lah order. Awa... Ah!" Dan tak habis kata lagi, laju Halwa berlari dari situ. Tak peduli dia dipandang macam mana pun. Misi dia berjaya. Lari daripada kerja dan biarkan Nadhif dan Nufa selesaikan semuanya. Dia mahu lihat apa tindakan si abang. Dari tadi kerling aje kerjanya.

Lihat Halwa yang dah hilang dalam tandas, Nufa dan Nadhif berpandangan sesama sendiri. Berlegar dalam kepala arahan Halwa yang menyuruh mereka selesaikan semuanya. Uh-oh! Sakit jiwa Nufa membayangkan semua itu.

Tanpa kata, Nufa menoleh. Okey. Kita anggap Nadhif tiada. Mari buat kerja. Dan dengan itu, badan dipusing dan tangan kembali bergerak laju menjalankan tugas. Cepat buat, cepat habis. Dia tidak ingin berlama dengan Nadhif di sini.

Melihatkan Nufa, kening Nadhif terjongket sedikit dan bibir ikut sama melorek senyum kecil. Tanpa kata, dia juga sambung melakukan kerja. Namun, sebelum apa-apa topi di kepala ditanggal dan perlahan-lahan topi diletakkan di atas kepala Nufa. Tanpa sebab dan bila Nufa menoleh, Nadhif pusing badan dan mula tekan butang mesin pengisar.

Nufa telan liur. Topi di kepala disentuh perlahan. Mata tak berkelip memandang belakang badan Nadhif yang sibuk melakukan kerja. 

Apakah?

Tanpa disedari mereka berdua, ada tiga pasang mata yang memandang dalam diam. Halwa, Haikal dan Mifzal.

*Hello peeps. I'm back. A bit boring I guess? I'm sorry. Sis cuba buat dia lebih menarik untuk next chapter. Sila beri tunjuk ajar!

Continue Reading

You'll Also Like

267K 11.4K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
237K 1.2K 1
Mikael Nukman menikahi Farah Dareena bukan atas rasa cinta namun disebabkan wajah Farah yang menyerupai kekasihnya. Dengan cara ini saja dia dapat me...
153K 10.4K 43
"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?"...
33.8K 4.8K 37
Tiga sahabat karib yang sentiasa bersama dari sekolah menengah hingga lah ke alam dewasa.Mereka sudah seperti adik beradik.Tetapi adakah mereka dapat...