His Precious Wife

By starlenenyx

1.1M 51.5K 1.7K

ִֶ ✧ HIS SERIES BOOK ONE ˖ ࣪ ᥫ᭡ Dingin dan sombong sifatnya. Berjumpa saat gadis polos itu tida... More

✧ His Series ✧
01
02
03
04
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
lene's
Special Chapter I
Special Chapter II ( last )

05

27.5K 1.2K 27
By starlenenyx

Selesai sahaja Farel menunaikan solat sunat Dhuha, Farel duduk bersila di atas sejadah, manakala tangannya memegang tasbih, untuk berzikir.

Untuk beberapa minit Farel berzikir sebelum dia bangun dari bersila. Bersiap pergi ke tempat kerja.

Farel menyarungkan baju kemeja berwarna putih dan seluar slack hitam. Dibetulkan sedikit rambutnya agar kelihatan kemas.

Kaki Dihayun menghampiri tempat terletaknya net tie. Tangan kekarnya mengambil net tie berwarna biru gelap.

"Mak su masak apa harini?" Farel duduk di atas kerusi mewah itu.

"Masak Nasi Goreng Cina."

Farel mengganguk kemudian Farel masuk ke dapur untuk membasuh tangan.

"Mak su, marilah makan sekali."

"Eh, tak apalah. Kamu tu makanlah."


Selesai dia makan tengah hari dengan Haura tadi, Ain memutuskan untuk pergi berjumpa dengan Eliani salah satu pekerja di situ.

Pintu kaca diketuk 3 kali dari Ain. Ain berdiri diam di situ menunggu izin Eliani.

"Hai babe!" Eliani bangun dari duduknya mempersilakan Ain untuk duduk.

Ain mengukir senyuman manis pada Eliani.

"I datang ni nak tanya you pasal jawatan kosong dekat sini. Ada?"

"Jawatan kosong? Kejap." Eliani bangun dari duduk fail syarikat yang terletak di almari itu dia ambil. Dan memeriksanya satu persatu.

"Ada. Kenapa you tanya? You nak jawatan ke?"

"Eh mana ada. Kawan I. Dia tengah cari kerja sekarang ni."

Eliani mengangguk faham.

"So you nak kawan you kerja dekat sini?"

"Yes."

"Of course can. Esok suruh kawan you datang jumpa I."

Ain sudah tersenyum gembira. Ni kalau Haura tahu, memang excited ni.

"Kalau macam tu I pergi dulu." Ain bangun dari duduk.

"Sorry kacau you."

"It's okay babe."


Jam sudah menunjukkan pukul 4:40 petang. Farel mengemas meja kerjanya lalu memutuskan untuk balik awal terlebih dahulu. Nanti jalan sesak.

"Tuan dah nak balik?"

"Ya. Nanti bagitahu staff-staff yang lain harini balik pukul 5." Jam di tangannya dikerling sekilas.

Ain mengangguk. Dan tanpa membuang masa Farel lantas beredar dari tempat tersebut.

Staff-staff yang mendengar berita itu, semuanya menjerit bahagia. Masing-masing mahu balik. Rindu rumah.

"Assalamualaikum." Farel menapak masuk ke dalam rumah agam itu.

"Waalaikummussalam warahmatullah."
Mak su keluar dari dapur bersama sudu besi utuh di tangan tuanya.

"Farel nak makan dulu atau nak mandi dulu?"

"Mandi dulu. Lepas Maghrib baru Farel turun makan."

Mak Su mengganguk perlahan. Farel terus menghayun kaki pergi ke bilik tidurnya. Mak Su menghantar pemergian Farel dengan ekor matanya.

Selepas sahaja Farel menunaikan Solat Maghrib, Farel mengambil Al-Quran, lalu membukanya bersama selawat meniti di bibir. Farel membaca surah Al Fatihah sebelum membaca surah Yassin, memandangkan malam ini ialah malam jumaat.

"Sodaqollahul adzim."

Kitab suci itu ditutup dan dicium L Al-Quran dengan penuh syahdu. Hatinya berasa tenang selepas membaca Al-Quran dan Berdoa.

Masalah yang dari tadi serabutkan fikiranya dengan sekelip mata hilang. Apabila dia membaca Al-Quran dan mengadu masalahnya pada Allah SWT.

Hanya kepada Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku.
(12:86)

...Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenteram.
(13:28)

Farel keluar dari bilik tidurnya, menurun satu persatu anak tangga dan dia pergi ke dapur untuk mengisi perutnya yang kosong.

Mak Su yang sedar kehadiran Farel terus menghidang makanan untuk Farel. Seperti biasa Farel mengajak Mak Su makan bersamanya. Dan hanya gelengan yang dia dapat.

Selepas menunaikan solat fardu, Haura datang ke bilik Ain untuk meminta Ain menolongnya mengajar sesuatu.

Sampai sahaja di depan pintu bilik Ain, Haura melihat Ain sedang mencium Al-Quran dan memeluk Al-Quran dengan kemas.

"Ain boleh tak you tolong I?"

Ain mengangguk.

"Tolong ajar baca Al Quran."

Ain senyum seraya mengangguk. Baguslah jika Haura sudah bertekat mahu belajar lebih tentang Islam.

"Tapi I dah lupa macam mana nak sebutnya. Lupa semua."

"I kan ada. I boleh tolong ajar." Haura senyum manis yang dibuat-buat. Rasa sebersalah kerana terpaksa menyusahkan Ain.

"Eh you nak tahu tak?"

Haura mengangguk. Perasaan ingin tahunya sungguh tinggi.

"Eliani cakap, ada kerja kosongnya." Ain mencuit lengan Haura.

"Serious lah."

"Ya! Eliani cakap kalau you nak kerja tu, esok you pergi office dia." Terangnya ringkas.

"Allhamdulillah, Finally!"

"Kalau macam tu, I nak pergi pilih bajulah untuk esok. Bye babe!"

Ain mengangguk tanda setuju dengan apa yang Haura mahu buat. Haura tanpa membuang masa terus berlari ke arah biliknya.

"Jangan tidur lambat sangat Haura!"
Jerit Ain.

"Okay!" Balas Haura.

Maka nikmat yang manakah kamu dustakan?
QS Ar Rahman 55:13

Pagi yang cerah membuatkan Haura makin bersemangat mahu mula Harinya. Allhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk dia memulakan Harinya seperti biasa.

Haura mengambil telefon bimbitnya dan membuat panggilan. Setelah beberapa minit Haura menunggu akhirnya seseorang yang Haura telefon angkat juga panggilanya.

"Assalamualaikum Nenek!"

"Allahuakbar Haura, cucu nenek."

"Ya ni Haura ni. Cucu nenek."

"Haura sihat? Macam mana duduk dekat Kl?"

Saat Haura sudah selamat sampai di Malaysia, dia terus maklumkan yang dia sudah balik dari belajar pada Puan Halimah.

"Allhamdulillah okay sangat."

Puan Halimah senyum puas. Baguslah jika cucunya itu baik-baik saja. Sejujurnya dia sangat rindu pada cucunya ni.

"Harini Haura ada interview. Nenek doakan Haura tau."

Puan Halimah tersenyum mendengar berita yang Haura sampaikan.

"In shaa allah."

Haura yang mendengar turut mengukir senyuman manis. Walaupun senyuman itu tidak dapat dilihat oleh Nenek tapi cukup dirinya dan Allah sahaja tahu betapa gembiranya dirinya pada saat itu.

"Assalamualaikum Nenek."

"Waalaikumussalam."


Tepat pada waktu yang dijanjikan Haura sudah berada di dalam bangunan tersebut. Sesampai sahaja Haura di bangunan itu, Yasmin iaitu salah satu staff di situ membawa Haura untuk pergi bertemu dengan Eliani.

Setelah sampai di depan office Eliani, Yasmin mengetuk pintu kaca tersebut sebanyak 3 kali.

Eliani terus memberi kebenaran untuk mereka berdua masuk ke dalam officenya. Masuk sahaja dalam bilik itu, matanya disapa dengan wajah seorang perempuan yang rambutnya yang terjalin cantik di atas kepalanya.

Eliani.

"Okay, you boleh duduk."

Pelbagai soalan dan perbualan antara mereka berdua dan itu memakan masa tak lebih dari sejam.

"So, jawapannya akan dihantar dalam masa 3 days. I or Yasmin yang akan call you."

Haura menghembuskan nafas lega. Akhirnya tamat jua.

"Relax, I yakin you akan dapat."

"Thank you."

"My pleasure."

Haura segera keluar dari ruang bilik tersebut. Penat. Mahu cepat balik.

Dalam Perjalanan Haura mahu keluar dari bangunan tersebut. Haura terserempak dengan seorang lelaki yang warna matanya yang unik.

Iris matanya yang berwarna Hazel dan rambutnya yang berwarna coklat-coklat.

Manakala tubuhnya yang tinggi dan tegap membuatkan Haura merasa dia pernah lihat jejaka itu. Tapi tidak yakin benar atau tidak.

Kaki bergerak dengan sendirinya bagaikan magnet dan sekarang dia berada betul-betul di belakang jejaka itu.

"Eh."

Memang betul dia. Memang betul jejaka itu. Jejaka yang dia peluk haritu! Dan juga jejaka yang ada dengan minah senget tu.


Farel terus sambung berjalan. Tidak berminat.

"Eh kejap!" Kakinya dengan sendiri mengejar Farel. Kan dia dah cakap macam magnet!

"Nama you apa?"

"Farel." Farel sambung berjalan.


"Oh, nama I Hau-

"Tak nak tahu."

Haura yang melihat perangai sombong Farel hanya mencebik. Farel masuk ke dalam lift. Dia merehatkan kepalanya di dinding Lift. Tangan naik meraup rambutnya.

Teringat dia tentang wanita tadi. Kepala digeleng-gelengkan berkali-kali. Mahu mengeluarkan wanita itu dalam fikirannya.

"Astaghfirullah hal adzim." Gumamnya perlahan.

Selepas sahaja Haura keluar dari bangunan tersebut. Haura memutuskan untuk lepak di cafe yang berhampiran dengan rumah sewanya. Jam sudah menunjukkan pukul 4:40 minit petang.

Dah nak masuk waktu Asar. Sebelum pulang ke rumah, Haura singgah di masjid yang berdekatan dengan rumahnya.

Air wudhuk diambil mengikut tertib. Doa selepas mengambil wudhuk juga dibaca.

Selesai solat, telekung masjid disangkut dan disimpat pada tempatnya. Keluar sahaja dari Masjid segera dia pulang ke rumah.

Nasib baik kawasan rumah Haura sentiasa dipenuhi dengan gelak ketawa kanak-kanak di situ. Jadi tak ada lah bahaya.

Setelah berjalan beberapa minit, Haura sampai juga di depan rumah sewanya.

"Macam mana?"

"Okay je. Tunggu call."


"Baguslah tu. In shaa allah you akan dapat kerja tu."

"In shaa allah. Btw, nah." Haura beri pada Ain. Ain pantas menyambutnya.

"Thank you!"
Ice blended kegemaran Ain.

Continue Reading

You'll Also Like

838K 10.3K 12
Kerana dendam, Hud Yaqeez sanggup mempermainkan hati seorang Nadyne Sairish yang tulus mencintai dia. Rancangan diatur rapi, andai ayah gadis itu tid...
1.6M 131K 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis it...
1.5M 86K 64
[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah bia...
156K 9.6K 58
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...