ִֶ ✧ HIS SERIES BOOK ONE ˖ ࣪ ᥫ᭡
Dingin dan sombong sifatnya.
Berjumpa saat gadis polos itu tidak sengaja memeluk tubuhnya saat mahu melarikan diri dari manusia-manusia keji tersebut. Dan Farel ialah seorang yang paling benci saat ada w...
Farel kemudiannya mendekatkan bibirnya di cuping telinga isterinya, kemudian dia berbisik sesuatu
Yang akan membuat Haura menjadi tomato
"I love you my precious."
DANG
Dan seperti yang Farel bilang, jantungnya naik menggila mendengar ucapan Farel.
Ha sudah. Berdebar tu jangan disebut memang berdebar sangat ya. Serangan jantung datang bertubi-tubi.
Sumpah memang rasa nak pengsan!
Seperti yang Farel jangka, Haura sudah menjadi tomato. Alahai comel isterinya ni.
"Bye abang nak mandi." Pipi Haura dicium ringkas.
Makin membahang wajah gadis itu. Farel kemudiannya bersiul nakal. Suka melihat wajah comel si isteri.
"Dah siap?" Badan dia sandar di pintu bilik mereka.
"Okay dah!" Balas Haura kemudian memusingkan tubuhnya menghadap sang suami yang dari tadi menantinya yang sedang bersiap.
Farel memegang tudung shawl Haura kemudian menariknya ke bawah sedikit supaya menutup dada.
"Aurat sayang." Mata Hazel menilik cara pemakaian Haura harini. Sopan seperti biasanya.
Haura mengangguk faham. Selepas ini, dia perlu meneliti betul-betul cara pemakaiannya.
Setelah puas hati menilik cara pemakaian Haura, mereka berdua keluar dari bilik tidur itu.
"Bawa kereta elok-elok tu Farel!" Ujar Tok Ma memesan pada Farel.
Farel mengangguk dan memberi senyuman manis.
"Kami gerak dulu ya, Assalamualaikum Nenek."
Farel membukakan pintu untuk Haura, enjen kereta dihidupkan minyak ditekan. Sempat lagi Farel menekan Hon kereta sebelum meninggalkan kawasan rumah Puan Halimah dan Encik Rosli.
"Sampai dah menantu Mama." Datin Zehra terus memeluk menantunya.
Gembira akhirnya menantunya sudah selamat sampai ke rumah. Sekarang Haura dan Farel akan sambung pula tinggal di rumah agam Datin Zehra selama 2 hari.
"Ni Haura ada bawa keropok lekor dari kelantan untuk Mama." Plastik yang berisi keropok lekor itu diberi pada Datin Zehra.
Datin Zehra pantas menyambut buah tangan menantunya.
"Tahu-tahu je mama suka."
"Eh jomlah masuk." Datin Zehra mengiringi Haura masuk ke dalam rumah.
Manakala Farel diabaikan. Farel menggeleng. Sejak dia Mama dapat menantu, dia secara automatik akan jadi anak angkat.
Nasib baik sayang
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.