C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

224K 27.4K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C18

1.9K 237 46
By leimonadd

PINGGAN yang sudah licin, Nufa bawa ke sinki. Dibasuh peralatan makan tanpa suara sebelum dia kembali semula ke meja makan. Telefon yang masih lagi menyala diambil. Jelas terpampang wajah Sayf di dalam kereta di skrin.

Ada budak manja suruh teman dia balik kampung dalam kereta.

"Sampai mana dah, Sayf?" Soal Nufa malas-malas. Air putih yang masih berbaki setengah gelas diteguk perlahan.

"Aku baru lepas tol, dodol. Jauh lagi perjalanan aku." Balas Sayf. Rasanya tadi baru Nufa tanya soalan yang sama. Ni dah kena tanya semula soalan yang sama. Sungguh lah nampak Nufa malas di situ.

Nufa gelak. Letak tudung di kepala dia betulkan.

"Kau balik berapa lama ni?" Soal Nufa. Kalau Sayf pergi lama, bosan lah dia tanpa Sayf di sisi.

Sayf fokus dulu kepada pemanduan. Nufa nampak Sayf pusingkan stereng kereta. Masuk simpang agaknya.

"Tiga hari kut. Nak tunggu Beeb lepas rindu dengan kampung dulu." Balas Sayf tenang selepas itu. Sesekali wajah Nufa di skrin dipandang.

"Beeb balik sekali kat KL nanti?" Soal Nufa. Ain Habeeba, sepupu Sayf juga merangkap kawan sekelasnya dulu baru sahaja pulang dari Jepun. Baru habis projek fotografi di sana.

Ain Habeeba. Model Muslimah untuk barang kemas ternama di Malaysia. Hebat bukan? Nampak aje cekia-cekia, tapi hebat.

"Mestilah balik. Mahu kena tibai dengan Mak Uda aku kalau tak ingat jalan pulang."

Auto ketawa kecil Nufa dibuatnya. Terbayang terus wajah garang Mak Uda a.k.a Puan Hudah, mak kepada Ain Habeeba. Jangan dibuat Mak Uda seorang itu.

"Pastu balik KL nanti dia duduk mana?" Soal Nufa.

Wajah Sayf berkerut.

"Soalan apa kau tanya ni? Dia housemate kau kan? Sah-sah lah dia duduk dengan kau."

Nufa mencebik sedikit.

"Mana lah aku tahu. Nak dekat 6 bulan kat Jepun tu. Mana tahu nak duduk rumah naik taraf sikit."

Sayf menggeleng.

"Buang duit namanya. Kau pun tahu perangai berjimat cermat dia macam mana."

Nufa hanya angguk. Ingat sangat. Ain Habeeba tak peduli namanya yang makin meningkat. Untuk berjimat, duduk rumah sewa di kawasan setinggan pun pernah. Mujur lah bertemu dia di sini. Boleh jadi housemate dan bersama-sama dalam penjimatan.

"Hmmm."

Sayf pandang Nufa.

"Why? What happened?" Laju Sayf bertanya bila dengan deham panjang Nufa. Ada lah tu benda tak kena.

"Kau takde ni... nanti kalau Mifzal nak jumpa macam mana? Aku tak nak hadap dia." Adu Nufa. Sebetulnya, dia memang tak mahu ini terjadi. Muncul topik ini pun sebab dia nampak missed call daripada Mifzal Maghrib tadi.

"Dia ada jumpa kau ke hari ni?" Soal Sayf.

Nufa menggeleng.

"Dah tu?"

"Aku dapat missed call dia. Hah. Petanda apa tu?"

Sayf diam. Risau sedikit. Emosi Nufa sudah lah belum sembuh sepenuhnya. Jerk betul lah ex-boyfriend Nufa Huwainaa ni.

"Kau doa lah dia tak jumpa kau masa aku takde. Tak pun kau doa pangeran berkuda datang selamatkan kau.

Dahi Nufa berkerut.

"Eee. Pangeran berkuda mana pula yang nak datang selamatkan aku, hah? Kalau kau sebut Kak Nak ke... Warda ke... boleh lah aku terima. Ni pangeran yang tak wujud. Pfft." Balas Nufa sinis. Rasa kelakar pula dengan bualan Sayf.

Senyum menyakat terukir di bibir Sayf. Tadi, ada orang tu mengadu rasa sebalnya kepada seorang lelaki di dobi. Selalunya kalau pasal dobi ni... tak lain tak bukan nama Haikal yang muncul. Hari ini ada nama baharu.

"Alah pangeran berkuda yang namanya Nadhif. Kan ada..." Meleret panjang ayat meleret Sayf. Kening pun dah terjungkit kecil.

Menggelupur kegelian Nufa di tempat duduknya.

"Not you too, Sayf Hakim. Kalau dia pangerannya... tak payah! Aku lebih rela menghadap Mifzal." Sekali lagi, bongkak nada Nufa.

Memang anti kalau Nadhif mahupun Haikal yang jadi topik bual. Sama taraf dah rasanya dua lelaki kerek poyo tu dengan Mifzal.

Sayf gelak bebas dengan reaksi Nufa. Lucu sungguh. Alergik terus! Alergik pun, nama itu macam tak lekang dari mulut kecil Nufa.

Lantak lah. Tengok kesudahan bagaimana.

"Tapi serious lah. Aku tak nak hadap Mifzal." Mula dah aduan manja Nufa.

Sayf hanya diam.

"Kau dah ada plan ke macam mana nak bagi sweet revenge kepada Mifzal?" Soal Sayf tiba-tiba. Teringat dia dengan plan tanpa rangka Nufa itu.

Nufa betulkan duduk. Tertarik.

"Why? You got a plan ke?" Teruja Nufa menyoal. Sayf si Idea Bank dah muncul ke?

Sayf berdecit. Lain yang ditanya, lain pula divalas. Dasar!

"Aku bertanya, Nunu."

Nufa mencebik. Duduk dah longlai.

"Tell me. Setakat ni, apa aje plan kau? Nak ubah penampilan ke budak hingusan emo dan jual baju-baju masa date dengan Mifzal? That's it?" Soal Sayf. Sambil itu sempat diselit kutukan untuk fesyen baru Nufa.

"Hei! Kau jangan nak bangkitkan kemarahan aku eh. Jangan sampai aku benci kau macam mana aku benci mamat kerek tu!" Tinggi oktaf suara Nufa. Geram.

Sayf hamburkan tawa.

"Eleh. Benci kau tak lama pun. Satgi jatuh sayang." Perli Sayf seperti dia tahu masa hadapan. Dan itu buat Nufa menjerit geram.

"Sayf Hakim!!!" Keluar suara merengek gedik dia bila dengar gelak besar Sayf.

"Okey tak, Nunu Nana." Pasrah Sayf dibuatnya. Gedik betul seorang Nufa Huwainaa.

Nufa julingkan mata.

"Tak payah nak Nunu Nana sangat. Alang-alang kau buka topik dendam termanis aku ni, kau tak nak bagi idea ke?" Soal Nufa. Wajah ceria lepas habis menyakat Sayf ditatap biasa.

Sayf ni hensem. Tapi tu lah. Hati tak memilih. Ada sesiapa mahu Sayf Hakim?

Sayf diam seketika.

"Kiranya kau memang takde plan lah ni?"

Nufa geleng. Terfikir juga apa step seterusnya tapi tak masuk-masuk pula idea. Nak pasrah, rasa tercabar. Yalah. Mana bisa Mifzal seronok atas kesedihannya.

Sudah lah hancurkan hati dia. Boleh pula tiga tahun bersayang-sweetheart bagai, dicop sebagai kawan rapat. Sangat jerk ya kawan-kawan.

"Well I get a few ideas. Tapi tak tahu lah kau setuju ke tak." Bicara Sayf buat duduk Nufa tegak semula.

"What? What is it, Sayf Hakim? Spill it!" Nufa teruja mahu mendengar.

Sayf senyum.

"Girl. Nampak jahat di situ." Suara gedik Sayf keluar.

Nufa buat tak peduli. Masih dengan keterujaannya mahu mendengar. Dan melihatkan itu Sayf senyum kecil. Menggeleng kecil dia dengan tingkah persis anak kecil Nufa.

Mata bersinar tu. Comel dan bulat! Nasib baik mereka kawan. Kalau tak... lama dah dia tangkap cintan dengan Nufa. Perangai hodoh Nufa mematikan rasa. HAHA!

"Tapi, aku tak galakkan kau untuk cuba."

"Cut those thing! Let me hear it, Sayf Hakim bin Muhammad Hanafi."

Dan Sayf pasrah. Okey lah. Meh nak bagi Nufa Huwainaa teruja. Dan memang betul Nufa teruja selepas itu.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

TURUN dari Grab Car, Nufa tutup mulut yang menguap besar. Mengenangkan sebab dia mengantuk lagi seawal 9 pagi ini, Nufa ukir cheecky smile. Sungguh bangga betul dia dengan Sayf. Berguna sungguh otak kawan baiknya itu. Patut pun boleh sambung belajar lagi.

"Ya Allah. Tak sabar nak brief idea lagi." Teruja Nufa buat dia melompat kecil di situ. Tak endah dengan mereka yang lalu lalang.

Langkah kaki diatur senang. Alala. Ringan terasa langkahnya.

"Kakak Nufa." Namun langkah ringannya mati bila dengar namanya dipanggil. Terus menoleh Nufa ke belakang.

Di tempat parkir yang tidak jauh darinya, ada Halwa yang sedang melambai riang kepadanya. Nufa angkat tangan sama. Senyum terukir. Tetapi cepat sahaja senyum mati bila lihat susuk tubuh di belakang Halwa.

Nadhif Hamza.

Halwa yang perasan senyuman pudar Nufa, terus menoleh ke belakang. Nadhif yang sibuk mengeluarkan barang dari bonet tanpa pedulikan mereka berdua dipandang sekilas.

"Akak masuk dulu ya, Halwa." Selamba sahaja Nufa kuatkan suara beritahu. Niat nak pergi kepada Halwa dah dikuburkan awal-awal. Salah abang awak tu, Halwa.

Nadhif yang masih sibuk dengan barang-barang di bonet hanya ukir senyum sinis. Pagi-pagi lagi minah tu dah grumpy. Dengar suara aje dah tahu.

"Abang. Awa jumpa Kakak Nufa sekejap." Pamit Halwa tanpa tunggu balasan Nadhif.

Berdesup laju Halwa pergi. Terus Nadhif angkat wajah. Tak pandang dah barang-barangnya. Tumpu pada Halwa yang dah bersembang riang dengan Nufa.

Badan Nadhif tegak. Topi di kepala dibuka sambil sebelah tangan mencekak pinggang. Tak lepas mata pandang dua gadis itu.

"Apa-apa entah si Halwa dengan kakak dia tu." Mengomel tidak mengerti Nadhif di situ.

Atas bawah dia pandang Nufa. Dan mungkin si gadis perasan, laju aje kepala tu menoleh pandang. Tak sampai tiga saat pun mata bulat itu melekap di wajah Nadhif, Nadhif dah terima jelingan tajam si gadis

"Heh." Ketawa sinis terlepas dari mulut Nadhif.

Topi dipakai semula.

"Ingat kita nak tengok sangat dia." Badan kembali bongkok mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta.

Tapi, tanpa sedar bibir dah mengukir senyuman kecil. Terhibur sekejap dengan bayangan wajah garang Nufa dalam kepala.

"Apa entah..."

Continue Reading

You'll Also Like

53.6K 3.7K 80
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
81.1K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
338K 13.2K 39
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari o...
216K 14.1K 48
[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang t...