DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

845K 29.3K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Thank you.

Bab 104 - Tamat

3.4K 112 3
By farnazamri

"Cantiknya mummy!" Berkelip-kelip mata Sofea melihat mummynya yang sudah bersiap berdandan itu. Dari atas sampai ke bawah dia memandang Kalida. Macam princess!

"Sofea, please... Mummy dah tahu semua tu." Kalida tersenyum bangga sambil melihat wajah comel sofea melalui pantulan cermin. Lipstick jenama Maybelline dicalit sedikit di bibir mungilnya.

Sofea mengecilkan mata tak puas hati. "Eyy, mummy ni! Sofea puji sikit je tau." Sofea duduk di birai katil. Betul-betul belakang kerusi yang diduduki oleh Kalida. "Mummy kenapa mummy suka kesayangan mummy tu?"

Mendengar soalan Sofea, Kalida berpaling ke belakang sekali dengan kerusinya. Dia memandang Sofea. Budak kecil itu cantik dengan baju kurungnya. "Kesayangan mummy? Syafiq Adam?"

Sofea mengangguk.

"Sebab mummy suka dia lah."

"Eyy, Sofea tahu la mummy suka dia. Tapi sebab apa? Sebab dia comel ke mummy?"

Satu senyuman lebar terbit di bibir Kalida. Amboi, soalan budak ni kemain aih. "Sebab dia baik. Handsome. Comel. Kacak. Tampan. Apa lagi eh. Hmm... Mungkin sebab dia Syafiq Adam. Sebab tu mummy suka dia."

Sofea yang mendengar tu hanya mengangguk malas. Wajah Sofea kelihatan seperti langsung tidak gembira. "Mummy... Nanti mummy dah kahwin, mesti mummy tinggalkan Sofea kan?" Suara Sofea sudah perlahan pada hujung ayat. Suara itu sedang tertahan-tahan.

"Sofea, hey... Mummy takkan tinggalkan Sofea lah." Kalida bangun dan mendekati Sofea yang sedang menunduk. Budak kecil itu memandang lantai.

"Mummy sayang Sofea. Takkan mummy nak tinggalkan Sofea pula." Kalida dalam nada memujuk. Dia duduk di sebelah Sofea. Bahu anak kecil itu dipauk lembut.

"Sofea pun sayang mummy." Air mata Sofea sudah tidak dapat ditahan lagi. Laju air mata itu jatuh ke pipi. Habis basah baju kurungnya.

"Jangan nangis, Sofea sayang. Kan dah basah baju cantik Sofea." Kalida bangun dan duduk mencangkung di hadapan Sofea walaupun sukar. Air mata anak kecil itu diseka dengan ibu jari.

Satu senyuman nipis terbit di bibir Kalida. Sayang betul dekat mummy dia yang cantik dan bergaya ni. Rambut Sofea yang menutupi mata ditolak ke tepi telinga. "Tengok, kan dah tak comel Sofea kesayangan mummy ni."

"Semua salah mummy. Kan Sofea dah tak comel sekarang." Sofea tetap mahu bersuara walaupun air matanya masih lebat.

"Amboi, mummy juga kena eh. Dah sayang. Jangan nangis." Kalida memeluk Sofea. Belakang Sofea ditepuk-tepuk lembut. Orang lain yang nak tunang, orang lain pula yang nangis.

Kalida masih tersenyum nipis sebelum nafas ditarik dalam-dalam. Dia memandang jari runcingnya yang bakal disarungkan dengan cincin. Senyumannya semakin lebar.

"Ida..." Fasha masuk ke dalam bilik. Dia cantik berbaju kurung modern. Hari ini, meraka sekeluarga memakai baju sendondon berwarna pink rose. "Rombongan dah sampai. Ida siap sedia tau."

Kalida hanya mengangguk. Jantungnya sudah berdegup kencang. Sekali lagi, nafasnya ditarik lama. Semoga Allah permudahkan uruskan kita.

Pada hari istimewa ini, pihak keluarga lelaki membawa lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak keluarga perempuan berserta dua cincin pertunangan untuk dipakai sesama mereka.

Di tingkat bawah, kedua-dua pihak sedang sibuk bertukar-tukar pantun. Jurucakap turut membantu melancarkan perbincangan antara kedua-dua pihak.

Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?

Sudah lama langsatnya condong ,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah.

Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang atas peti.
Kalau sudah bagai dikata,
Sila terangkan hajat di hati

Pokok pinang berbuah lebat,
Sedap dimakan buah berangan.
Kami kemari membawa hajat,
Susulan merisik, mengikat pertunangan.

Ikan sepat di dalam sampan,
Orang membawa ke pinggir kota.
Besar hajat tuan menyimpan,
Baiklah nyata di dalam kata.

Syafiq Adam nama teruna,
Nur Kalida nama si dara.
Mata memandang hati terpesona,
Ingin bersama melayari bahtera.

"Sesunggunya jodoh pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Sekiranya putus pertunangan atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali persaudaraan antara kita akan kekal dan utuh selamanya. Namun begitu marilah kita berdoa agar niat murni kita diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t. Semoga jodoh antara mereka kekal selamanya"

Kedua-dua tangan Kalida digenggam erat oleh Sofea. Gadis kecil itu cuba untuk menenangkan mummynya yang kelihtan agak berdebar dan resah. "Don't worry, mummy. Sofea teman mummy." Sofea tersengih lebar.

Kalida hanya tersenyum nipis. Sempat dia menyingah satu ciuman di atas kepala Sofea. "Mummy nervous."

"Don't worry, mummy. I'm here. And always here." Sofea cakap dengan pelatnya. Dia memeluk Kalida seerat yang boleh.

Kalida cuba untuk menahan air matanya dari jatuh ke pipi. Anak buahnya sangat cute! Macam mummynya sebijik. "I love you."

"I love you too!"

Selang beberapa minit, Datin Zarina masuk ke dalam bilik dan memberi isyarat dengan mengangguk kepala. Untuk seketika, Kalida memikirkan sebelum dia membetul-betulkan bajunya. Sofea berdiri dan menghampiri Datin Zarina.

"Assalamualaikum." Puan Zaliha, ibu kepada Syafiq Adam masuk ke dalam bilik bersama dengan beberapa orang yang lain. Salah seorangnya ialah adik Syafiq Adam.

"Waalaikummusalam..." Kalida membalas dengan senyuman manis.

Puan Zaliha duduk di birai katil, bersebelahan dengan Kalida. Kalida menghulurkan jari-jemarinya. Puan Zaliha turut menghulurkan tangannya dan memegang jari-jemari Kalida.

Cincin bertahta permata disarung ke jari manis Kalida. Kalida pantas menyalami Puan Zaliha. Puan Zaliha mencium kedua-dua belah pipi Kalida. "Tahniah, bakal menantu ibu."

Kalida tersenyum panjang. "Terima kasih ibu." Air matanya sudah berlinang di kolam mata. Cuba ditahan sebaik mungkin dari jatuh ke pipi. Akhirnya, dia sudah menjadi tunangan orang. Atau lebih tepat, tunang Syafiq Adam.

Perfect.

Selesai saja majlis pertunangan, Kalida turun ke tingkat bawah. Keadaan di tingkat bawah agak sunyi dan kosong. Tiada orang. Kemudian, dia membawa diri ke dapur.

"Mak Senah, mana yang lain? Kenapa sunyi je?" Mak Senah yang sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk menoleh ke belakang.

"Mama dan Sofea pergi ke airport. Katanya nak teman kawan. Iskandar dengan Fasha, mak Senah tak pasti pula pergi ke mana."

Kalida hanya mengangguk faham. "Baru habis majlis tunang, tapi semua dah sibuk."

Mak Senah tersenyum nipis mendengar kata-kata itu. "Sekejap lagi diaorang balik latu. Ida jangan sedih-sedih. Kan baru jadi tunang orang," pujuk mak Senah yang seakan sudah faham dengan sikap Kalida yang mahu dipujuk.

"Hehe. Ye... Ida tak sedih pun. Ida nak naik dulu. Nak bersihkan diri." Kalida naik ke atas selepas berbual dengan mak Senah.

Dia masuk ke bilik air sebelum keluar dengan lengkap berpakaian t-shirt. Telefon pintar yang ada diatas meja lampu dicapai. Badan dibaringkan ke atas katil.

Kalida: Assalamualaikum, tunang saya. Tengah buat apa tu? Tengah busy ke?

Selang beberapa minit, telefon Kalida berbunyi. Tanda ada mesej baru masuk. Pantas dibaca.

Adam: Waalaikummusalam. Adam ada dekat balai. Sibuk sikit. Adam minta maaf ye sebab tak datang ke majlis tadi. Adam harap Ida faham.

Kalida: It's okay. Ida faham Adam sibuk. Hehe.

Adam: Good girl.

Kalida: Thank you sebab terima Ida.

Adam: I love you.

"Ha? I love you?" Mata Kalida sudah membulat. Syafiq Adam cakap... Aaaaaa! Telefon pintarnya jatuh ke atas katil. Tangannya naik munutup mulut yang sudah melopong luas. Kedua kakinya sudah menghempas-hempas tilam katil.

"I love you too! I love you too!"

"Sayang... Nah your ice cream." Iskandar duduk bersebelahan Fasha yang seperti sibuk menahan tudungnya daripada terbang. Angin sepoi-sepoi bahasa cukup mampu menerbangkan tudung bawalnya.

"Are you okay?" Iskandar memegang belakang tudung Fasha agar lebih selesa.

"Sedapnya." Fasha lebih sibuk menikmati ais krim yang dibeli oleh Iskandar. Dia sudah tidak menghiraukan tudungnya.

"Sayang... makan slow slow." Suara Iskandar lembut menegur. Masa majlis pertunangan tadi, Fasha kalut mahu ke pantai dan nak makan ais krim. Jadi terpaksalah mereka ke sini selepas selesai majlis.

Iskandar menghulurkan satu lagi ais krim yang dibelinya tadi.

"Ingat kan abang punya. Abang tak nak ke?" tanya Fasha sambil mengambil ais krim berperisa coklat itu.

Iskandar menggeleng dan tersenyum nipis.

"Hehe. Okay." Fasha makan dengan penuh selera. "Abang nak sikit?" Disuakan kepada Iskandar yang memerhatikannya dari tadi.

Iskandar hanya menurut dan membuka mulut saat Fasha menyuakan ais krim coklat itu. "Sedap?"

"Ye... sedap sayang." Tangan Iskandar masih setia memegang belakang tudung bawal Fasha. Desiran suara ombak menghempas pantai jelas kedengaran.

"Sayang..." lama menikmati pandangan pantai, Iskandar mula bersuara. Fasha sudah habis makan ais krim. Iskandar cuba mengelap sisa ais krim di hujung bibir Fasha dengan tisu.

"Hmm, ya abang?" Fasha memandang Iskandar. Lelaki itu segak berbaju melayu dan lengkap bersampin.

"I'm sorry."

Fasha angkat kening. Dia tak faham.

"I'm sorry for making you sad and hurting you because of my crazy temper. I still even can't believe that you still chose me to be your husband. I will strive hard to make myself better for you, love."

"I'm really sorry."

Satu senyuman terukir di bibir Fasha. "Abang... kita kan dah cakap tentang hal ni. Fasha dah maafkan abang, tahu tak?" Lengan Iskandar dipeluk erat.

"Thank you for everything."

"Abang... stop it." Fasha tak dapat menahan air matanya dari terus jatuh.

Iskandar bawa Fasha ke dalam dakapannya. Kepala Fasha yang ditutupi oleh tudung diusap-usap perlahan. "Jangan nangis. Sekarang senang betul sayang nangis."

Fasha menyeka air matanya. Habis rosak solekan di wajahnya. "Abanglah ni! Habis basah baju melayu abang." Tangan Fasha naik cuba menghilangkan kesan solekan pada baju melayu Iskandar.

"It's okay, sayang. Jom kita balik. Nanti sayang abang dekat rumah cari." Iskandar mengajak pulang. Mereka meninggalkan Sofea dengan Datin Zarina tadi.

Fasha tergelak kecil dan mengangguk faham. Budak kecil itu mana boleh berenggang lama dengan papanya. "Tapi abang..."

Kening Iskandar sedikit terangkat. Tak sempat dia bangun berdiri selepas tangannya ditarik oleh Fasha.

"Fasha nak ais krim lagi."

"Ais krim? No. No. Sayang dah makan banyak tau tadi. Jom balik."

Iskandar mahu berdiri tapi tangannya ditarik-tarik Fasha supaya duduk semula. "Abang please. Fasha nak ais krim. Kesian baby lapar ais krim."

Wajah Fasha dipandang dalam. "Baby? Siapa baby?"

"Baby ni." Tangan Iskandar didekatkan pada perut Fasha. Mulut Iskandar sedikit terlopong.

"Sayang... are you serious?" Iskandar duduk mendekatkan diri dengan Fasha. Mata isterinya dipandang dalam-dalam. Cuba mencari kebenarannya.

Fasha mengangguk-ngangguk sebelum dipeluk erat oleh Iskandar. Hampir lemas dia dipeluk Iskandar. Kedua-dua pipinya dicium-cium Iskandar. "Abang... malulah orang tengok."

"I don't care, sayang. Aaaa, abang akan jadi ayah!"

"Nope. Ayah anak dua." Sekali lagi pipi Fasha dicium berkali-kali. Langsung tidak menghiraukan beberapa pasang mata yang sedang memerhatikan mereka.

"Abang!" Fasha tampar lengan Iskandar sebelum dia teringat sesuatu.

"Fasha nak ais krim."

Iskandar tergelak sedikit mendengar ucapan Fasha. Patutlah nak makan ais krim je kerja dia. "Okay. Jom. Kita beli semua pun tak apa." Tangan Fasha ditarik supaya bangun berdiri.

Fasha hanya menurut. Senyuman lebar terukir di bibirnya.

TAMAT

Continue Reading

You'll Also Like

266K 13.1K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
38.8K 1.5K 68
~Saya akan jaga harta awak untuk saya~ Dia... Ameera Afya Don. Lebih dikenali dengan Cik Amee a.k.a Miss Werewolf. Siang dia seorang pemilik hotel, m...
209K 6.1K 56
[Stand alone series] FERHAD EIRSYAQ - Seorang jejaka berdarah Sepanyol Malaysia yang memiliki sepasang iris berwarna amber yang mampu membuat sesiapa...
291K 18.8K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...