DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

846K 29.4K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 102

4.1K 157 18
By farnazamri

Tiga tahun kemudian...

Pintu belakang kereta dibuka. Beberapa bungkusan barang dibawa keluar. Dengan senyuman nipis di bibir, lelaki itu berjalan masuk ke dalam rumah agam tersebut.

"Sayang..." Suara Iskandar memenuhi ruang tamu yang agak berselerak dengan mainan.

"Hey, sayang papa..." Mata Iskandar terarah kepada seseorang yang sedang bersembunyi di belakang sofa. Tubuh kecil itu sedang memeluk tubuh. Seakan sedang merajuk. Iskandar tersenyum nipis.

"Sayang... Kenapa duduk sini? Sayang papa merajuk eh?" Suara Iskandar lembut. Cuba memujuk.

Pemilik tubuh kecil itu diam dan langsung tidak berganjak dari situ. Wajahnya masam mencuka. "Papa tipu. Papa kata nak balik awal."

"Papa ada meeting tadi sayang. Sebab tu papa lambat. Tapi papa ada beli hadiah tau untuk sayang."

"Amau..."

"Betul ke amau? Okay, kalau macam tu papa..."

Mata anak kecil itu terbuka luas. Menantikan kata-kata papanya.

"Papa buang."

"Papa... Sofea nanak!" Ego anak kecil itu akhirnya tercalar. Nur Sofea berdiri lalu mendapatkan papanya. Dia memeluk erat kaki Iskandar.

Iskandar hanya tersenyum nipis. Dia duduk, cuba memeluk tubuh kecil Sofea. "Nekma mana?"

"Ada dekat belakang rumah," jawab Sofea dengan pelatnya. Mata anak kecil itu tertumpu pada mainan yang dibeli oleh Iskandar. Hari-hari dapat mainan baru!

"Mama mana?"

"Mama sleep." Sofea menjawab dengan suara halusnya. Sebelah tangan memegang bahu papanya.

"Mama demam lagi ke?"

Sofea mengangguk. "Cian mama." Wajah Sofea tiba-tiba berubah sayu.

Iskandar keluh perlahan. Hampir seminggu isterinya demam tapi masih tak kebah kebah. "Okay, wait. Papa nak naik atas. Sofea pergi duduk dengan nekma, okay sayang?"

"Okay papa cayang!" Sofea senyum manis. Dia berjalan ke belakang rumah dengan tangannya masih setia memegang mainan.

Iskandar senyum nipis sebelum naik ke tingkat atas. Pintu bilik dibuka perlahan. Tak mahu mengganggu tidur isterinya.

"Abang..."

Suara seseorang lembut menyapa.

"Iyaa sayang... Ubat dah makan?" Iskandar duduk di tepi katil. Tangannya didekatkan dengan dahi perempuan itu. Masih panas.

Fasha mengangguk. "Fasha dah makan tadi." Fasha tersenyum tawar. Wajahnya kelihatan masih pucat.

"Nak air?" Iskandar menyoal sambil menghulurkan segelas air kosong.

Gelas itu bertukar tangan sebelum diletakkan sebelum ke atas meja lampu. "Sofea ada dekat bawah ke?"

"Haah dengan mama."

Fasha mengangguk perlahan.

"Kenapa tak tidur? Sayang tak ngantuk ke?" soal Iskandar sedikit risau. Perempuan itu perlu banyakkan rehat.

Fasha menggeleng pula. Dia tak mengantuk.

"Tapi abang ngantuk." Iskandar naik ke atas katil. Dia tidur menirap di sebelah Fasha. Perempuan itu dipeluk dari arah tepi.

"Abang pergi mandi dulu."

"Hmm..."

Dalam beberapa minit, Iskandar terlelap. Lelaki itu tertidur dengan baju kerjanya. Penat sangat sampai tak sempat mandi.

Fasha tersenyum kecil. Rambut lelaki itu diusap lembut.

Selama Kalida tiada di sini, Iskandar menjaganya dengan baik. Lelaki itu melayannya dengan penuh kasih sayang. Walaupun hatinya masih berat dengan kejadian lalu, namun sikap lelaki itu membuatkan hatinya sedikit luluh.

Ya, manusia boleh berubah.

"Anybody home?" Suara seseorang kedengaran jelas dari pintu utama. Datin Zarina mengerut kening. Siapa datang malam malam ni?

Datin Zarina membasuh tangannya di sinki sebelum berjalan ke ruang tamu. Matanya terbeliak saat menangkap kelibat seseorang.

"Nekma, mummy Ida balik!" Suara halus Sofea turut kuat kedengaran. Gadis kecil itu sedang melompat keriangan. Gembira dapat jumpa mummy dia!

"Oh, my dear." Kalida merendahkan tubuh, cuba menyamai paras ketinggian Sofea. "Rindu mummy eh?" Tubuh kecil itu dipeluk kuat-kuat.

"Rindu sangat!" Sofea ketawa sebelum bersuara. "Mummy peluk Sofea kuat sangat la."

"Hehe. Sorry baby." Pelukan dilepaskan. Pipi gebu Sofea pula menjadi sasaran. Tembam tambah comel! Eyy, geram!

"Mummy!"

Datin Zarina yang melihat dari tadi hanya tersenyum lebar. Dalam hati, agak sebak melihat agenda seperti itu. Dia teringat seseorang.

"Mama sihat?" Kalida mendapatkan Datin Zarina pula. Tubuh wanita tua itu dipeluk. "Sorry sebab tak bagitahu mama awal-awal."

"Sampai hati tak inform dekat mama. Mama ingat lusa baru nak balik sini."

Kalida tersengih. "Ida nak buat suprise. Hehe."

Datin Zarina hanya menggeleng. Suka sangat buat suprise.

Kalida mengusap kepala Sofea sebelum matanya meliar seketika. Mencari kelibat seseorang. "Mana abang Is dengan kak Fasha?"

"Ada dalam bilik."

"Kak Fasha demam lagi ke?"

Datin Zarina mengangguk sebagai jawapan. Kalida hanya tersenyum nipis. Mungkin esok sahaja dia bertemu dengan Iskandar dan Fasha.

"Nak mama suruh mak Senah buatkan air ke untuk Ida?"

"Tak apalah, ma. Ida nak naik atas terus. Penat sikit."

Datin Zarina hanya mengangguk faham.

"Sofea, jom naik atas. Mummy ada beli sesuatu dekat Sofea."

"Mummy beli apa? Unicorn ke?" Mata Sofea membulat, teruja! Dengan tangan yang memegang erat tangan Kalida, Sofea mengikut langkah mummynya naik ke tingkat atas.

Datin Zarina tersenyum sebelum wanita tua itu turut masuk ke dalam bilik. Datin Zarina perlahan-lahan membawa diri ke hujung katil sambil tangannya mengapai satu keping gambar yang ada pada meja lampu.

"Abang..." Gambar seseorang diamati dengan penuh sayu. "Anak-anak kita dah berkumpul semula. Tapi abang pula yang tak ada dekat sini."

Air mata Datin Zarina akhirnya jatuh membasahi pipi. Hampir setahun Datuk Moktah pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Lelaki tua itu meninggal kerana serangan jantung.

"Ina rindu abang..."

"Morning, mak Senah!" Kalida muncul tiba-tiba di dapur. Gadis itu betul-betul berdiri di sebelah Mak Senah dengan senyuman yang lebar. Dia rindu. Walhal setiap bulan dia pulang ke Malaysia. Tak boleh ada masa sikit, mesti akan naik flight terus ke sini.

"Allah, Ida! Terkejut mak Senah." Mak Senah menarik nafas panjang. Tangan naik menampar lembut bahu gadis itu.

Kalida tersengih-sengih. "Hmm... Sedapnya bau!" Kalida mengambil tempat di meja makan. Sekarang baru masuk pukul 8 pagi. Yang lain mungkin masih nyenyak tidur.

"Awal bangun cik adik," sakat Mak Senah yang mula menghidangkan makanan di atas meja. Piring kaca disusun di atas meja makan.

"Mestilah kena bangun awal. Dah nak jadi isteri orang kan. Hehe."

Mata Mak Senah membulat. "Amboi, calon dah ada ke atau mak Senah yang ada terlepas apa-apa ni?"

"Itulah Mak Senah. Hari tu balik kampung sampai tak tahu cerita terkini dalam rumah ni."

Mak Senah tergelak kecil. Hampir sebulan dia pulang ke kampung halaman kerana ada hal kecemasan. Tak sangka pula macam-macam benda berlaku di dalam rumah agam ini.

"Apa cerita terkini? Cuba kongsi dengan Mak Senah." Mak Senah turut mengambil tempat di hadapan Kalida. Dia jatuhkan punggung ke atas kerusi.

Kalida tersenyum lebar sebelum memulakan ceritanya. "Ada orang masuk meminang Ida. Aaaaa, Ida dah nak tunang!" 

"Tunang?!" Suara Mak Senah sedikit kuat akibat terikut dengan nada suara Kalida.

"Ya, hehe." Pipi Kalida merona merah. Blushing! Yeah yeah tunang.

"Kenapa mama tak bagitahu pun dekat Mak Senah?"

"Mama terlupa kot. Ida pun masa tu ada dekat sana. Terkejut Ida tau masa tu." Kalida masih dengan senyuman gembiranya. Masih ingat pada kejadian hari itu.

Telefon Kalida berbunyi nyaring. Tanda ada panggilan masuk. Kalida yang tadinya sedang nyenyak tidur, kini terjaga dalam keadaan yang masih mamai.

Tangannya meraba-raba di sebelah. Cuba mencari telefonnya. "Mama?" Matanya terbuka sedikit saat melihat nama pemanggil.

"Ma..."

"Ida! Ida tengah tidur lagi ke tu?" Suara Datin Zarina menyapa gegedang telinga Kalida.

"Hmm... Ida ngantuk..." Mata Kalida tertutup rapat. Telefonnya masih setia di telinga.

"Ish, bangun sayang. Dah tengah hari ni." Suara Datin Zarina kuat kedengaran di hujung talian. Geram dengan anak daranya sorang itu.

"Hmm..." Kalida masih seperti tadi.

"Malu la sikit dekat bakal mak mertua."

Mata Kalida lantas terbuka sedikit sebelum tertutup semula. Tak faham. "Mak mertua?"

"Ya. Ada orang masuk meminang Ida tau tadi."

Sekali lagi, mata Kalida terbuka luas. "Masuk meminang?! Mama ni biar betul?"

"Mama seriuslah! Adam Syafiq nama dia kalau tak silap, mama."

"Adam Syafiq?!" Kalida terus bangun. Dia terkelu sebelum hujung bibirnya terangkat. "Aaaaaaaa, abe Adam! Aaaaaaa!" Dia berdiri di atas katil sebelum melompat-lompat keriangan. Terjerit-jerit dia seorang diri.

Yeah, kahwin!

Tapi, wait...

Jangan jangan ni semua prank.

"Ish, baru masuk meminang tau. Tak kahwin lagi," tegur Datin Zarina yang mendengar segala kata-kata Kalida dari hujung talian. Ish, anak dara sorang ni.

Kalida tercungap-cungap. Dia berdehem sebelum bersuara. "Betul betul ke ni ma? Tak main-main ke ma?" Kalida bertanya bertalu-talu, tak percaya. Biar betik ni.

Aaaa tak mungkin, tak mungkin.

Tapi mungkin betul.

"Takkan benda macam ni nak buat main pula sayang oi. Adam tak ada beritahu apa-apa ke sebelum ni?"

"Tak, Adam langsung tak beritahu apa-apa." Kalida jatuhkan tubuhnya di atas katil semula. Sedikit kecewa. Mungkin lelaki itu nak buat kejutan.

"Tak apalah kalau macam tu. Mama ada kerja ni. Nanti mama call lain. Jaga diri dekat sana ya sayang. Assalamualaikum."

"Baik, ma. Waalaikummusalam." Panggilan terputus. Kalida masih dalam 'mood' bahagianya. Aaaaa, tak percaya! Abe Adam ku sayang...

"Ni mimpi eh?" Pipinya ditampar kuat. "Sakit! Sakit! Bukan mimpi..."

Aaaaaa, Abe Adam.

Tak mungkin ni prank.

No. No. Ni betul-betul... kahwin!

Skrin telefonnya dipandang dalam. "Nak call ke tak eh?" Kalida bersuara sendiri. Jauh di sudut hatinya dia mahu bercakap dengan Syafiq Adam. "No. No. Tak boleh. Tak boleh. Dia lelaki dia sepatutnya call. Yes, Betul tu! Kita kena jual mahal."

Kalida mencampak telefonnya ke hujung katil dengan riang sebelum dia bangun dan masuk ke dalam bilik air.

Continue Reading

You'll Also Like

944K 31.4K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...
405K 10K 102
KARL AIDYN ? Mafia yang di takuti semua pengikutnya , kekayaan dan ketampanannya menarik semua perempuan untuk mendekatinya walaupun mengetahui sikap...
16.7K 624 64
RED FLAG SERIES [SECOND BOOK] Dipagari hati penuh duri, namun runtuh dengan nafsu sendiri. Disaat diri kian merapuh, iman kembali dikutip dalam setia...
230K 7.3K 76
Perkenalan semasa di universiti telah melahirkan rasa cinta diantara Alyana dan Nazim Aiman. Masing-masing berjanji akan hidup bersama setelah tamat...