The Broken Vow βœ“

By stargazell

156K 13.4K 1.6K

Kisah tidak sempurna antara mereka. Allah yang melengkapkan segala ketidaksempurnaan itu. Sinopsis di dalam. ... More

BLURB
CHAPTER ONE
CHAPTER TWO
CHAPTER THREE
CHAPTER FOUR
CHAPTER FIVE
CHAPTER SIX
CHAPTER SEVEN
CHAPTER EIGHT
CHAPTER NINE
CHAPTER TEN
CHAPTER ELEVEN
CHAPTER TWELVE
CHAPTER THIRTEEN
CHAPTER FOURTEEN
CHAPTER FIFTEEN
CHAPTER SIXTEEN
CHAPTER SEVENTEEN
CHAPTER EIGHTEEN
CHAPTER NINETEEN
CHAPTER TWENTY
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
CHAPTER 31
CHAPTER 32
CHAPTER 33
CHAPTER 34
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 40
CHAPTER 41
CHAPTER 42
CHAPTER 43
CHAPTER 44
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 49
CHAPTER 50
CHAPTER 51
CHAPTER 52
CHAPTER 53
CHAPTER 54
CHAPTER 55
CHAPTER 56
CHAPTER 57
CHAPTER 58
CHAPTER 59
CHAPTER 60
CHAPTER 61
CHAPTER 62
EPILOG
KHAS: FAKEEH AL-ATTAR
MEJA PENULIS

CHAPTER 45

1.7K 178 13
By stargazell

ALHAMDULILLAH. Selesai sudah majlis mengangkat sumpah raja baharu.

Tuanku Raja Fakeeh Al-Attar.

Dan aku pula Tuanku Permaisuri Nuraisya Arabella.

Gelarang yang biking badan aku merinding. Tanggungjawab yang berat untuk digalas. Tadi waktu baca sumpah pun hampir tiada suara aku saat menyedari ayat-ayat sumpah yang aku lontarkan ke seisi rakyat.

Ya Allah, jadikan aku dan suami aku orang yang berpegang pada janji dan sumpah.

Sepanjang majlis, Faharin duduk di barisan hadapan. Dia tayang senyum sinisnya. Mata tak berkalih dari Fakeeh. Bahkan dari sepasang matanya membara amarah dan dendam terbuku.

Manakan tidak, ayahanda dan Fakeeh berjaya merubah hajatnya memegang takhta. Walaupun bonda menyebelahi dia, Faharin tetap gagal.

Sebut tentang bonda, bonda sedikit tak puas hati tetapi diraikan juga kami sebagai pegganti. Tapi aku tahu bonda belum sepenuhnya rela. Masih berharap Faharin akan berada di tempat kami. Fakeeh juga suarakan hal yang sama tetapi aku pujuk supaya bersabar. Mungkin inilah dugaan pertama kami sebagai pemerintah.

Mudah-mudahan moga semuanya akan menjadi baik-baik sahaja.

.

.

AKU berjauh hati. Dari tadi hanya membisu biarpun ruang bilik ini gamat dengan suara-suara manusia. Aku termenung sambil tangan memegang muk kaca berisi teh panas.

“Abang Fakeeh tengoklah Ajad ni. Dia suka sangat tau kenakan Rose. Ada satu hari tu dia pergi calit tahi kuda dekat tudung Rose. Rose baru aje gosok tudung tu. Menyirap tau dengan dia.”

Seorang gadis muda dengan tudung kelabu berceloteh bagaikan tiada hari esok. Aku tak adalah nak kisah sangat cuma terasa sedikit dengan sikap dia yang suka menyendeng pada Fakeeh.

Apa hak perempuan ni nak dekat-dekat dengan suami aku?

“Memang padanlah kau. Umi suruh duduk rumah tu maksudnya duduk. Ini nak berjalan sana sini. Dah degil sangatkan?” Ajad santai dengan kemeja longgar ditubuhnya.

“Ee, tengok tu Abang Fakeeh.”

Fakeeh hanya gelak melayan telatah Rose. Makin sakit hati aku dengan Fakeeh. Lupa ke isteri ni masih wujud dekat ruang ni? Ke aku dah ghaib?

“Kau tahu tak Keeh, haritu dia complain nasi Arab Zuhair ni tak sedap? Sampai bertengkar dalam kafe Zuhair. Nasiblah Zuhair ni malas nak layan Rose kalau tak, memang kena gayang.”

“Eh, tu tak payahlah nak cerita dekat sini.”

“Apa? Betulkan? Kan, Zuhair?” Zuhair di sisi disiku. Berkerut dahi kawan yang sedang menyisip air. Bila Zuhair tak jawab, lagi diluku. Akhirnya Zuhair angguk sajalah melayan.

“Tak baik! Zuhair, you patut layan I aje tau. Ajad ni jeles sebab single lama sangat. Bwerk!” Rose jelir lidah. Terherot-herot bibirnya mencebik.

“Kau orang ni… tak padan dengan datang jauh-jauh. Nak makan tak? Isteri aku masak.”

“Kak Ara masak ke?” Bersinar mata Rose merenung aku. Dek janggal, aku angguk lambat-lambat.

“Fuh! Kena rasa ni! Mesti kalah kafe Zuhair. Cepat, kita ke dapur!” Ibarat itu satu arahan, masing-masing hanya ikut telunjuk Rose. Dia berjalan mendahului kami sebelum tiba-tiba dia berhenti mengejut. Dengan kami-kami di belakang ini juga brek supaya tak tersebam beramai-ramai.

“Kau dah kenapa berhenti tengah jalan, gila?” Hujung tudung Rose ditarik hingga gadis itu berdengus.

“Dekat sini pun kau nak cari gaduhkan?”

“Kau la!”

“Aku pulak? Aku mana tahu dapur dekat mana. Buat apa aku jalan dulu?” Tak nak kalah. Malah, dia buat muka selamba.

Ajad tepuk dahi.

“Otak senget betullah kau ni Rose! Dah Fakeeh, tunjuk jalan.”

Aku terus ditinggalkan di belakang sekali. Fakeeh terus membawa mereka ke dewan makan. Aku membisu biarpun hati berkecil. Kenapa dia tinggalkan aku dekat belakang? Ni yang nak nangis. Fakeeh tak sayang aku ke? Atau dia syok dekat Rose tu?

“Duduklah semua.” Ajak Fakeeh.

“Fuyoo, Kak Ara masak semua ni ke?”

“Perangai kera kau tu cuba simpan sikit, boleh tak?” Ajad peluk tubuh sebelum duduk di sebaris dengan Zuhair dan Eilman.

“Eleh, kau jugak yang nak makan.”

Eilman sudah tayang wajah malasnya. Sebelah tangan terus menekup mulut Ajad dari terus membidas Rose. Dah macam sotong Ajad cuba lepaskan cengkaman Eilman. Rose di depannya menghambur gelak puas. Siap beri ibu jari pada Eilman.

“Ya Qalbi?”

Aku tersentak. Kepala mendongak. Fakeeh senyum kecil, melambai ke arahku. “Marilah duduk.”

Kaki terus melintasi meja sebelum duduk di tempat biasaku sebelah Fakeeh. Di belah kiriku ada Rose, kanan ada Fakeeh.

“Sedapnya bau.” Kembang hidung Rose menghirup aroma lauk-pauk yang dibawa masuk oleh dayang istana.

Aku bangun sebelum meletakkan nasi ke dalam pinggan Fakeeh. Sudah itu aku letak untuk Rose. Pinggan ketiga baru aku nak hulur pada kawan Fakeeh, suamiku sudah menangkap pinggan itu.

Dia suruh aku duduk. Nak marah tapi aku diamkan.

“Yang lain mohon ambil sendiri.” Pinggan itu Fakeeh letak depan aku.

“Ala, baru nak merasa ada orang hidangkan.” Ajad bersuara setelah berjaya lepaskan diri dari cengkaman Eilman. Wajah memerah sikit sebab tak cukup oksigen tadi.

“Pergilah kahwin.” Eilman juling mata ke atas. Menyampah agaknya. Dia orang pertama yang ambil pinggan dan letak nasi sendiri.

“Eh, aku nak kahwinlah. Orang tu aje tak sudi.” Mimik muka Ajad menyebek dengan bibir juih panjang.

Zuhair mengeluh. Dicapai pinggan dan diisi nasi. Diletak pinggan itu ke depan meja Ajad lalu diambil untuk dirinya.

“Untuk aku ke?” Ajad tekup mulut, terharu.

“Tak. Zuhair ambil untuk saka kau.” Eilman tukang jawab.

“Ei, aku tak bela sakalah.”

“Kau la saka tu!”

Terkulat-kulat Ajad ditipu Eilman. Dia menjeling Eilman sebelum menjadi orang terakhir mengambil lauk.

Aku di tengah meja hanya diam. Nak masuk perbualan pun rasa canggung. Yelah, inikan kawan-kawan Zuhair. Bukan kawan aku. Rose ni pun… aku tak tahu celah mana dia muncul.

Fakeeh tak cakap pula ada perempuan yang dijemputnya sekali. Melihat kemesraan mereka, aku tak nafikan kalau rasa tidak senang mula hadir.

Ini dikira cemburu ke?

Terkuis-kuis nasi di pinggan. Tak rasa lapar. Selera terbang. Semua sebab fikiran yang sedang bekerja keras berfikir. Penat memasak tadi pun tak hilang lagi.

“Ya Qalbi, sikit aje makan tu. Kenapa?” soal Fakeeh.

Aku kemam bibir. Kepala digeleng.

“Tak ada apa. Nak air tu.” Tukasku.

Dengan segera Fakeeh ambilkan untuk aku. Laju aku telan cecair itu.

Fakeeh masih lagi memandang aku. Aku buat-buat tak nampak. Baru nak sambung makan, suara asing membuatkan perut aku rasa sangat penuh.

“Fuyoo, ramainya orang! Makan apa tu?”

Faharin.

Yang tadi riuh serta-merta khali. Semua berbalas pandang sesama mereka. Juga aku yang menoleh ke arah Fakeeh.

Rahang Fakeeh bergerak dengan kening meruncing tajam.

“Tak ada siapa jemput kau makan. Adab mana?” perli Fakeeh terang-terangan. Manakan tidak Faharin selamba capai pinggan dan meletak nasi. Lauk terus dicurah ke dalam pinggan tanpa rasa malu.

Chill, bukan orang lain pun.”

Terus dia duduk jauh sikit dari kami dan mula makan. Kepalanya menggeleng usai suapan pertama.

“Sedapnya. Adik masak ni? Hebat!”

Erk. Tak ada hati aku nak senyum.

“Psst! Psst! Siapa dia?” Ajad dekatkan muka ke hadapan. Dagu ditolak ke atas dengan mata tertancap tepat pada Fakeeh.

“Ajad!” bisik Eilman dengan kepala menggeleng. Lagilah Ajad tu tak faham. Wajahnya berkerut.

“Kenapa? Salah ke aku tanya?”

Eilman mengeluh.

He’s the one, Jad.” Jawab Zuhair pula. Ringkas dan perlahan tapi cukup untuk tutup mulut Ajad dari menyoal lagi.

“So, tak nak kenalkan dekat Abang Har ke siapa jejaka-jejaka dan gadis ni, adik?”

None of your concern. Dah habis makan, sila berambus.”

Teguk liur aku dengan bahasa kasar Fakeeh. Memang betul-betul menghalau. Hilang sudah keceriaan tadi, berganti dengan suasana hening dan bahang.

What a wicked king.” Bibir Faharin menyinis. Dia santai menghabiskan lauk di pinggannya. Kami semua makan dengan senyap kecuali Fakeeh yang masih memanah ke arah Faharin. Setelah Faharin pergi barulah dia sambung makan.

Ajad tertoleh kiri dan kanan. Semua mendiam, dia jadi bosan. Pandang Rose bertentangan dengannya, terus dia rembat lauk ayam Rose.

“Weh tak guna! Bagi balik!”

Dibaham ketulan ayam itu lalu gelak jahat.

“Ajad! Tu ayam last tau!” Rose sudah mencuka. Sempat dia jeling dalam mangkuk, habis isi ayam. Ada lauk lain tapi dia hanya nak ayam.

“Pergilah tangkap ayam lepastu masak sendiri.”

“Ee, aku masak kuda kau baru kau tahu!” Kaki dihentak.

Pening kepala aku layan dua ketul ni. Lauk punya banyak, gaduhkan yang seketul tu.

“Hesy, kau ni. Tak padan dengan tualah, Ajad.” Sekeh Eilman.

“Zuhair, I nak ayam you boleh? Macam tak berluak aje tu.”

Baru tangan Rose nak mencapai ayam Zuhair, lelaki itu terus baham dengan lahap. Gadis di sebelah aku terus cemberut dek diketawakan Ajad.

“Kau punya fasal la ni!” bentak Rose. Terus wajah itu menunduk menghabiskan apa yang ada di pinggannya. Dah tak hirau ayam yang hilang tadi.

Ajad sengih panjang. Matanya mengerling ke arah Fakeeh. Lebih tepat, pinggan Fakeeh.

“Kau tak makan ke Fakeeh? Kalau tak makan aku nak ambil ayam tu.” Tanpa tunggu jawapan Fakeeh ayam di pinggan Fakeeh pula hilang.

Tersentak Fakeeh. Mencerlung dia pandang Ajad yang mengunyah dengan penuh selera.

Aku tuangkan lauk lain pada Fakeeh, memujuk tanpa kata.

“Sedaplah Ara masak.” Puji Ajad.

“Erm, biasa aje.”

“Ni kau orang stay sampai esok, kan?” soal Fakeeh.

Ada yang menggeleng juga ada yang mengangguk.

“Aku makan gaji buta, Keeh. Mampus abi aku teranjang aku. Siapa lagi nak tengokkan kuda-kuda tu kalau bukan aku?” Ajad buat muka sedih. Pinggan dah licin menjadi tempat jarinya menala.

“Aku pun tak, Fakeeh.” Zuhair juga.

Hawat? Kafe kau bankrupt ke kalau cuti lama sangat?” Terdetik soalan itu dari bibir Ajad. Wajahnya berkerut sambil garu kepala dengan jari masih basah dengan sisa lauk yang dimakannya tadi.

Eilman menggeleng kepala dengan telatah Ajad.

“Aku free sampai raya.” Jawab Eilman pula.

“Wehhhh, aku nak cuti juga.” Lagi Ajad mengeluh. Cemburu dengan kawan-kawan. Hesy, apalah nasib jadi anak pengembala kuda? Sobsob.

“Orang macam kau tak layak cuti. Hiperaktif macam budak-budak membesar.” Cemuh Rose. Sudahnya dia bangun bersama pinggan ke dapur. Siap dilarang dayang yang cuba nak ambil pinggannya. Siap cakap dia boleh buat sendiri. Kejur dayang-dayang ini disapa suara garang Rose.

“Eleh, jeles.”

“Keeh, aku boleh kalau nak teman kau. Hari pertama dan kedua puasa aku kena balik sebab nak puasa dengan keluarga.” Eilman jongket kening.

Nice.”

.

.

DARI jauh aku nampak Rose mengejar kucing dengan arnab di The Botanica ni. Siap diagah-agah macam bayi. Kadang-kadang tu melompat dalam semak hingga terperanjat semua haiwan yang ada. Terkekek-kekek gadis itu melayan.

Aku geleng kepala. Tangan disangkut ke dagu dengan siku dipaut pada paha. Mata mengerling ke bangunan istana. Lepas habis makan tadi, empat sekawan tu menghilang. Nak bincang katanya. Aku pun tak tahulah bincang apa.

Sudah itu dipaksa aku temankan Rose ni. Ikutkan hati aku tak nak pun teman si Rose. Fakeeh pula disuruhnya aku. Siap pesan suruh jaga Rose baik-baik Sakit hati pula aku dengar.

Asyik-asyik Rose. Siapa isteri dia? Kalau aku kena langgar asalkan Rose selamat pun dia tak kisahkan? Ergh!

Sudahlah Rose ni banyak celoteh. Itu ini sampai aku naik lelah. Aktif juga minah seorang ni. Tak penat ke?

“Kak Ara!!”

Tengok tu.

Gadis itu berlari ke arah aku dengan tangan didepakan. Pantas aku beralih ke kanan menyebabkan akhirnya Rose memeluk pokok di belakang aku. Tergelak gadis itu. Pipi diusap. Merah tapi wajahnya tersenyum. Aneh betullah budak ni.

“Kak Ara! Kak Ara!”

“Umur Rose berapa sebenarnya?” Rimas pula dia kak kan aku. Mana pernah orang panggil aku kak. Aku tiada adik masalahnya.

Rose sengih. Sebelah tangan menunjuk angka dua, sebelah lagi jari telunjuk saja yang lurus. 21 tahun.

Laaa, muda setahun dari aku pun dipanggil aku kak?

“Kita nak sebayalah. Tak payahlah panggil kak kak ni.”

“Tak nak. Kak Ara tetap Kak Ara.”

Cemberut wajah aku. Degil juga perempuan ni.

“Kak Ara sayang!” Lengan aku ditarik lantas didakap. Terkebil-kebil aku menjeling Rose. Kalau Fakeeh aku boleh terima lagi, ini perempuan yang aku baru kenal sudah pandai lebih-lebih. Aduh!

Rose gelak. “Kak Ara tak suka Rose ya?”

Telan liur, aku larikan pandangan. Perasan… ingatkan tak perasan.

Sorry la! Rose memang macam ni. Rose sayang semua orang sama rata. Kak Ara don’t worry.” Bahu aku ditepuk-tepuk.

“Kak Ara jeles ke Rose rapat dengan Abang Fakeeh?” Ditenyeh pipinya ke bahu aku. Aduhai perangainya!

“Kak Ara jangan risau. Rose rapat aje dengan Abang Fakeeh tapi tak pernah simpan perasaan. Abang Fakeeh hanya abang Rose. Sebab Rose minat lelaki lain. Jadi Kak Ara tak perlu cemburukan Rose. Kalau Abang Fakeeh buat gila sukakan Rose, Kak Ara jangan risau. Abang Fakeeh akan jadi orang pertama rasa kaki Rose.” Usai itu Rose hambur tawa.  Dia lepaskan lengan aku lalu ketawa besar siap pegang perut. Air mata mula munculkan diri di bening mata.

“Tak boleh bayangkan Abang Fakeeh suka Rose.” Sambungnya lagi.

Aku diam saja. Tak tahu nak percaya ke tak. Mungkin Rose tak suka Fakeeh, tapi buatnya Fakeeh yang suka Rose macam mana? Aku nanti dicampak ke mana? Aku tak nak jadi janda secepat ni. Lagi tak nak dapat madu seawal ni. No!

“Rose berani kerat jarilah yang Abang Fakeeh ni setia orangnya. Serius, Kak Ara. Sepanjang Rose kenal Abang Fakeeh, tak pernah nampak dia dengan perempuan selain ibu dia dan adik-adik perempuan dia. Tengok cara Fakeeh layan Kak Ara pun Rose boleh tahu dia cintakan Kak Ara sangat-sangat.”

Masih memilih untuk tutup mulut.

“Seriuslah Kak Ara? Okey, macam ni. Kak Ara tak terfikir ke kenapa Abang Fakeeh masuk meminang Kak Ara? Cuba fikir. Tak ada sebab lainlah selain Abang Fakeeh cintakan Kak Ara.”

“Itukan sebab permintaan keluarga.” Ego melawan.

Rose mencebik. “Muslihat aje tu. Kalau tak sebut keluarga, mesti Kak Ara rasa nak tercabut nyawa kena lamar dengan lelaki tak kenal yang hensem.”

Hmm, memang nak tercabut pun nyawa aku. Nasib tak gila aje.

“Kak Ara… jangan overthinking tau. Rose minta maaf sebab Rose ni macam terlebih sangat layan Abang Fakeeh. Sungguh, Rose tak ada niat pun. Lepas ni Rose janji tak akan rapat-rapat lagi dengan Abang Fakeeh.” Sebelah telapak tangan tegak seperti berikrar.

“Eh, tak payahlah. Nanti Fakeeh cakap apa pula? Nanti dia fikir Ara yang paksa Rose. Buat biasa sudahlah.”

Naya aku kalau Fakeeh perasan.

“Kalau Rose buat biasa, Kak Ara kena janji yang Kak Ara takkan jeles. Boleh?”

Kelu lidah. Janji? Aduh, kalau hati tu nak merusuh tetap juga akan rasa sakit hati. Hmm, Fakeeh tu kan aku punya. Aku tak suka dia rapat dengan perempuan lain. Rasa diduai. Sudahlah kena kongsi dengan ibunda dan adik-adik perempuan Fakeeh, takkan nak tambah lagi? Oh no!

See? Rose faham perasan Kak Ara. Jangan risau, Rose akan jaga batas Rose. Tapi Kak Ara kena tolong Rose sesuatu ni. Kecemasan sangat!”
Dahi aku berlapis. Tolong apa sampai kecemasan? Darah bocor ke apa? Nak kain pasahan?

“Apa dia?”

“Tolong Rose pikat Zuhair. Ajar Rose macam mana nak buat lelaki cair? Kak Ara mesti berpengalaman dengan Abang Fakeeh, so please be my sifuu!” Kali ini digoncang-goncang tangan aku sampai kepala aku ikut bergoyang. Kuat bagai kena tiup angin kencang!

Tapi…

Rose suka Zuhair?

.

.

Continue Reading

You'll Also Like

214K 12.1K 82
Rahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yan...
49.3K 3.4K 77
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
579K 28K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
746K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...