CHAPTER 46

1.7K 184 14
                                    

Patut update semalam tapi tak tertulis, so tundalah harini. Enjoy <3

.

.

.

TAK SEPERTI selalu, aku diam selepas kawan-kawan Fakeeh pulang. Aku langsung masuk ke kamar tidur usai Isyak dilaksanakan. Entah. Aku masih terasa dengan Fakeeh. Bila nampak kawan, isteri pun tak dipandang. Hmm, sedih!

Sanggul rambut aku turunkan lalu sikat diambil. Disikat sekejap supaya lurus. Sudah itu aku duduk di birai katil dengan bahu yang jatuh. Bibir terkemam-kemam menahan rasa.

Aku bukan nak salahkan kawan-kawan Fakeeh. Iya, aku tahu mereka berkawan dah lama. Lebih lama dari Fakeeh tu kenal aku. Tapi kenapa Fakeeh tak macam selalu? Dia asyik arah-arahkan aku aje. Macam aku ni bibik dia. Suruh buatkan airlah. Masaklah. Itulah. Inilah.

Lepastu aku dah buat, tak ada pun ciuman terima kasih macam selalu. Kalau tak sudi pun tak boleh ke ucap terima kasih? Berat sangat ke mulut tu nak bercakap? Kenapa, ada emas ke?

Urgh, geramnya memikirkan semua ni!

Tubuh aku hempas ke tilam. MErenung atap bilik. Memori-memori tadi datang menjelma berulang-kali hingga aku rimas. Terus aku guling-guling semata-mata nak padam.

Fakeeh tak sayang aku!

Huwaa!

Dia lagi sayangkan kawan-kawan dia!

Rose tu pun... erm... dia sayang Rose la!

Patut ke aku minta Rose tu bagi kaki dekat laki aku supaya dia ingat dekat aku?

Aku berhenti guling. Merah wajah sebab dada rasa sesak. Turun naik.

Lagi-lagi tawa Fakeeh dan kawan-kawannya menyapa telinga aku. Bantal aku ambil dan tekup. Oh, bencilah macam ni!

Sampai hati Fakeeh. Sampai hati dia tolak aku macam ni. Kan aku dah cakap. Dia kahwin dengan aku bukan sebab sayang. Kalau dia betul sayang, tentu aku jadi orang pertama yang dia ingat dalam segala hal.

Tak patut aku bagi muka dekat dia.

Aku tekup mata yang basah. Sedihnya hidup aku kena pinggir macam ni.

"Ya Qalbi? Kenapa ni? Tak sihat?" Dengan hujung mata, Fakeeh sudah duduk di birai katil dengan sebelah tangan menjulur ke arah aku.

Tengok muka tu! Dia tak tahu ke aku sedih macam kena tinggal laki? Urgh, lelaki mana faham perempuan!

Terus aku guling membelakangi dia. Tak nak tengok muka Fakeeh. Benci!

"Hey, Ya Qalbi... Ya Rohi nak tengok muka kesayangan Ya Rohi ni." Bahuku diusap. Aku mencebik. Kononlah kesayangan.

"Ish Ish Ish, apalah nasib Ya Rohi ni. Sampai hati Ya Qalbi tak nak pandang muka hensem suami Ya Qalbi ni. Manalah tahu lepas ni dah tak dapat jumpa lagi muka hensem ni."

Apa? Tak jumpa dengan Fakeeh lagi? Dia nak pergi mana? Kahwin dengan perempuan lain? Tak boleh jadi ni. Berani dia berhajat macam tu!

Bengang, aku toleh jugalah. Wajah berkerut dengan bantal dipeluk. Dengusan saja aku lepaskan kasar. "Nak apa?"

Fakeeh senyum seketika. Dia cuit pipi aku. Terus aku kembungkan. Tak sukalah dia sentuh-sentuh macam ni.

"Kenapa monyok ni?" soalnya lembut tapi tetap tak berkesan dalam hati aku.

"Tak ada apa. Sana, nak tidur."

"Tak boleh tidur."

"Ee, kenapa pula? Mata Ara, kan? Bukan mata dia." Bibir dijuih.

The Broken Vow ✓Where stories live. Discover now