PLAYBOY PALING SWEET [C]

By theycallmeAzaleaRose

482K 19.5K 959

Characteristics of a PLAYBOY 1. Have many women friends. 2. Smart stringing words 3. Highly confident. 4. Cha... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43

BAB 7

10.7K 467 19
By theycallmeAzaleaRose

Kad kecil berwarna emas yang terletak di seat penumpang kereta diambil oleh Mikhael. Selepas itu dia mengalih pandang pada kotak kecil berbaldu merah. Dia mengeluh seketika sambil merenung kotak cincin itu lama.

"Tak sangka aku dah nak jadi suami orang." Keluhnya. Kad perkahwinannya dengan Maryam ditatap tanpa perasaan. Kosong apa yang dia rasai.

Dia menggeleng perlahan. Perlahan-lahan lelaki itu melangkah keluar dari keretanya lalu menjejakkan kakinya ke dalam cafe setelah mengunci keretanya.

"Irsyad...." panggil Mikhael tatkala kelibat yang dicari terlayar di ruang mata.

Lelaki yang sedang ralit melayari instagram itu mengangkat muka.

"Sampai pun kau. Kenapa lambat?" Irsyad menjeling. Sesungguhnya, dia paling pantang dengan orang yang tidak menepati masa seperti Mikhael. Rasa-rasanya sudah 30 minit juga dia tercongok di dalam café ini..

Mikhael menggaru belakang kepalanya sambil tersengih.

"Aku hantar Maryam tadi." Jawab Mikhael. Kerusi di hadapan kawan baiknya ditarik lalu dilabuhkan punggungnya.

"Maryam? Girlfriend kau yang ke berapa tu?" Gurau Irsyad. Dia ketawa perlahan tatkala wajah Mikhael berubah keruh.

"Bukan girlfriend aku. Tapi bakal isteri aku." Jelas Mikhael.

Irsyad tercenggang. Bakal isteri?! Sejak bila Mikhael si buaya ini mengenal erti setia? Bukankah hati-hati perempuan bagaikan permainan buat dirinya? Ini lagikan nak mendirikan rumah tangga? Dia salah dengarkah?

"Sejak bila kau dah insaf ni Mikha? Ya Tuhan bersyukurnya aku kalau kau dah berubah ke jalan yang benar." Ucap Irsyad bersama tawa besar. Tangannya sekali-sekala menghentak meja cafe dan berjaya mengundang mata-mata pelanggan lain.

Mikhael mendengus.

"Daddy yang paksa aku kahwin. Kalau ikutkan hati aku, memang taklah aku nak kahwin awal. Bukan style Eshan Mikhael okay!" Bentak Mikhael geram. Dia hanya memandang Irsyad yang masih ada sisa tawa.

"Eleh, tapi kau setuju jugak.." Kutuk Irsyad sambil menghirup jus epalnya. Sahabat karibnya ini memang kaki perempuan. Sudah berbuih mulutnya menasihati lelaki itu tetapi langsung tidak dihiraukan oleh Mikhael. Lagi dibuatnya adalah. Sampaikan dia sekali terpalit dengan gelaran kaki perempuan Eshan Mikhael, padahal dia seorang yang setia. Jatuh standard dia!

"Aku setuju sebab daddy ugut aku yang dia akan tarik semua harta yang dia beri dekat aku. Kalau dia tak ugut, memang dah lama aku tolak perempuan tu."

Irsyad menggeleng. Mikhael, Mikhael, bilalah kau nak berubah?

"Teruk sangat ke perempuan tu sampai kau tak boleh terima dia? Aku kenal ke? Aku rasa aku kenal semua perempuan yang kau pernah keluar, tapi rasanya tak ada lah pulak nama Maryam.." soal Irsyad. Terlintas juga difikirannya, kenapa Mikhael menentang habis-habisan pilihan Uncle Malik? Teruk sangatkah pilihan Dato Malik?

Mikhael mendengus kuat.

"Dia tak seksi! Kau tahu, setiap hari dia pergi class pakai baju kurung! Memang style-style makcik kampung!" Sedap mulut Mikhael mengutuk Maryam. Kalau kata-katanya didengari oleh gadis itu, pasti mulutnya dicili habis-habisan.

"Kira bagus la tu dia tak seksi, maknanya dia pandai jaga maruah diri. Buatnya dia pakai macam tak cukup kain dan keluar dengan jantan memanjang? Tak ke naya hidup kau dapat isteri playgirl? Haaa, kalau dapat pun memang padan sangatlah dengan kau yang playboy." Kutuk Irsyad tanpa menghiraukan mata tajam Mikhael.

Mikhael menjeling. Eishh, sekali dia tak suka, dia tak akan suka selama-lamanya! Titik! Noktah! Muktamad!

"Ah, kisah apa aku. Lagi senang aku nak ceraikan dia kalau dia dengan jantan lain memanjang."

Irsyad menggeleng lagi.

"Kau jangan Mikha. Jangan sampai satu hari nanti kata-kata kau makan diri kau balik."

"Apa maksud kau?" Mikhael berkerut dahi, cuba memahami maksud tersirat disebalik kata-kata Irsyad.

"Macam ni, what if one day, dia minta cerai tapi masa tu kau dah sayangkan dia sangat-sangat? Mesti kau tak akan lepaskan dia kan?" tanya Irsyad.

Mikhael melakar senyuman sinis.

"Tak, aku tak akan jatuh cinta pada dia. Plus, dia buka taste aku." Balas Mikhael acuh tidak acuh.

"Ikut kau lah. Aku dah nasihatkan kau sebagai seorang kawan. Jangan sampai one day dia tinggalkan kau, kau baru terhengeh-hengeh nakkan dia balik." Kata Irsyad lalu menghirup jus epalnya.

Mikhael hanya membuat buka sepuluh sen. Nasihat daripada Irsyad ibarat angin yang berlalu pergi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung tidak berbekas di hatinya.

"Lantaklah. Ni kad kahwin aku. Tak payah datang pun tak apa. Kau tak penting pun." Kata Mikhael bersahaja.

Irsyad mengetuk kepala Mikhael menggunakan kad perkahwinan itu.

"Kurang asam punya kawan. Aku kenalah ada masa hari bersejarah kau. Bukan senang nak tengok kawan buaya aku naik pelamin," gurau Irsyad.

...

Maryam mundar-mandir didalam biliknya. Baju kurung putih modennya yang cantik tersarung di badannya diheret ke hulur dan ke hilir. Sesekali dia mendengus perlahan tatkala memandang angka di jam dinding yang tergantung elok.

"Chill la Maryam, kahwin je pon..." kata Dahlia bersahaja yang sedang duduk diatas katilnya. Pening kepalanya melihat Maryam yang tidak senang duduk dari tadi. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia ikat Maryam di kerusi.

Maryam menjeling.

"Chill kepala hotak kau. Aku nak kahwin tahu. KAHWIN." Maryam menekan perkataan kahwin.

"Eleh, kau tak sabar pasal first night kan sebenarnya?" Usik Dahlia. Gadis itu ketawa besar tatkala wajah Maryam kelihatan membahang merah. Tidak pasti sebab marah atau malu.

"Kau mengarut apa ni Dahlia?!" Tepik Maryam. Bantal diambil lalu dilempar ke muka Dahlia yang tersenyum nakal. Dahlia ini bukannya mahu menenangkan dia, mahu mendebarkan lagi adalah.

"Tenang Yam. Tak lama pun majlis tu." Dahlia menepuk-nepuk bahu rakannya. Bukannya dia tidak kasihan dengan Maryam, dia kasihan. Tapi apa yang dia boleh lakukan? Dia tiada hak untuk membatalkan perkahwinan itu.

"Aku tak boleh tenang Dahlia. Aku akan kahwin dengan Eshan Mikhael. Lelaki yang tak cintakan aku dan aku sendiri tak cintakan dia. Macam mana aku nak bahagia dengan dia?" Luah Maryam sayu.

Hati Dahlia tersentuh tatkala melihat wajah redup Maryam. Beratnya beban yang sedang dipikul oleh Maryam. Dia sebagai sahabat berasa dirinya tidak berguna kerana tidak dapat meringankan beban kawan baiknya.

"Semua yang berlaku ada sebab Yam. Tuhan ada sebab kenapa dia benarkan sesuatu perkara terjadi. Kita mungkin tak faham sekarang, tapi kita kena percaya yang semua yang berlaku ada hikmahnya. Kau janganlah sedih macam ni. Kau kan kuat." Nasihat Dahlia. Gadis itu memeluk Maryam erat. Berharap agar dapat memberi sedikit kekuatan buat gadis itu.

"Kau cuba terima dia ya?" Tanya Dahlia sambil mengusap belakang badan rakannya.

"Hmmm."

...

Tuan Azhar menghampiri Maryam yang sedang duduk bersimpuh di tengah-tengah ruang tamu rumah mereka. Lelaki separuh abad itu duduk melutut dia hadapan Maryam.

"Anak papa dah nak kahwin. Jangan lupakan papa dan mama tau. Maafkan papa sebab paksa Maryam." Bisik Tuan Azhar perlahan.

Maryam memandang Tuan Azhar sayu.

"Tak, papa tak salah. Ini pilihan Maryam. Maryam yang setuju." Maryam membalas bisikan Tuan Azhar. Dia melakar senyuman manis buat Tuan Azhar. Dia tidak mahu Tuan Azhar bersedih.

Tuan Azhar tersenyum nipis. Rasa bersalah semakin menebal dalam hatinya tatkala terpandang mata Maryam yang bersinar kerana mutiara air mata.

Tuan Azhar bangkit lalu melangkah duduk di hadapan Mikhael yang sudah duduk bersila ditemani Dato Malik, seorang imam dan dua orang saksi. Imam memulakan dengan khutbah nikah berkaitan alam perkahwinan. Setelah khutbah selesai, sesi akad nikah dimulakan.

Kelihatan Mikhael menarik nafas panjang. Debaran makin terasa di dada.

Mikhael menjabat tangan Tuan Azhar.

"Eshan Mikhael bin Malik,"

"Saya.." Mikhael menjawab dengan penuh gentar.

"Aku nikahkan engkau dan aku kahwinkan engkau dengan pinanganmu, puteriku Maryam Almassyifa binti Azhar dengan mahar seratus ringgit dibayar tunai."

"Aku terima nikahnya Maryam Almassyifa binti Azhar dengan mahar seratus ringgit tunai.." Lafaz Mikhael sekali nafas.

"Sah?"

"Sah."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah.."

Maryam menghembus nafas lama. Tidak sangka yang dia telah bergelar isteri kepada Eshan Mikhael.

Doa dibacanya dan diaminkan. Mikhael bersalaman dengan Dato Malik. Sudah lama dia tidak menyentuh tangan tua itu. Mikhael beralih ke Tuan Azhar. Dicium tangan lelaki tua itu. Tuan Azhar memeluk Mikhael.

"Jaga Maryam baik-baik. Papa titipkan puteri papa pada Mikhael. Tolong jaga permata hati papa baik-baik. Bimbing dia dan jaga dia." Pesan Tuan Azhar dengan suara bergetar.

Maryam mengalirkan air matanya. Dia tersentuh dengan pesanan Tuan Azhar pada Mikhael. Dia masih tidak yakin bahawa Mikhael mampu menjaganya sepertimana Tuan Azhar menjaganya.

"Mikhael cuba." Kata Mikhael bersama senyuman terpaksa.

Tuan Azhar dan Mikhael berjalan menghampiri Maryam.

"Papa sayang Maryam." Tuan Azhar mencium lembut dahi anak gadisnya sebelum memberi laluan kepada Mikhael. Maryam hanya memandang Tuan Azhar bersama linangan air mata. Mikhael duduk melutut di hadapan Maryam.

Puan Juwita menghulurkan cincin kepada Mikhael. Tangan Maryam digapai lembut lalu cincin permata itu disarungkan pada jari Maryam.

Giliran Maryam pula mengambil cincin yang dihulurkan oleh Puan Juwita. Sejuk tangan gadis itu ketika hendak menyarungkan cincin pada jari manis Mikhael.

"Salam Mikhael.." Puan Juwita menyuruh Maryam. Maryam menelan liur. Lambat-lambat dia menyambut huluran tangan Mikhael. Dicium lama tangan lelaki yang sudah sah bergelar suaminya.

Mikhael menatap Maryam yang sedang mencium tangannya. Tanpa sedar, tangan kirinya naik mengelus lembut ubun-ubun kepala Maryam yang ditutupi dengan shawl putih. Maryam sedikit tersentak. Flash dan bunyi tangkapan kamera bersilih berganti.

"Okay, pengantin lelaki cium dahi isteri pulak.." kata photographer yang disewa.

Maryam mengangkat wajahnya. Mikhael merenung Maryam lama membuatkan pipi Maryam memerah.

Mikhael berdeham perlahan lalu memegang dagu Maryam. Dahi Maryam dicium lembut. Maryam terkedu. Selepas beberapa saat, Mikhael melepaskan ciumannya.

Maryam tahu, pipinya masti merah menyala sekarang.

"Tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati hidangan-hidangan yang tersedia. Sekian," kata Tuan Azhar bersama senyuman manis.

"Tahniah bro!" Irsyad datang menghampiri Mikhael dan Maryam. Mata maryam membulat. Tidak silap dia, lelaki ini juga satu universiti dengannya. Kenapa Mikhael menjemput lelaki ini? Bukanka dia mahu status mereka dirahsiakan?

"Awak." Maryam mencuit perlahan lengan Mikhael.

Mikhael mengangkat keningnya.

"Apa?"

"Kenapa awak ajak budak universiti kita? Nanti kalau rahsia kita bocor macam mana?" Bisik Maryam dengan wajah yang masam mencuka.

Mikhael menjentik dahi licin Maryam.

"Kau tak payah risaulah. Dia kawan baik aku. Dia tak akan bocorkan rahsia kita punya." Kata Mikhael. Maryam hanya mengangguk tanda mengerti.

"Saya nak cari mama lah." kata Maryam sebelum melangkah pergi. Mikhael hanya memandang acuh tidak acuh.

"Cantik jugakkan isteri kau?" Kata Irsyad yang tidak lepas memandang Maryam.

"Hmmm." Mikhael membalas bosan.

"Cakaplah terima kasih, aku puji isteri kau ni.."

Mikhael menggulingkan matanya.

"Lantak kau lah nak kata apa." Mikhael menjeling sebelum melangkah pergi.

Irsyad masih dalam tawa. Mikhael, Mikhael. Ego memang tak pernah tak tinggi.

Continue Reading

You'll Also Like

24.5K 1.3K 109
" ayahh! Rian xnak kahwin awal lah! ape ni nak suruh rian kahwin dengan mamat ni pulak? keputusan rian muktamad! DIEYRIANA XNAK KAHWIN! " ~ Dieyrian...
15.2K 1K 16
Book 1 || FORCED MARRIAGE [Complete] Tengku Nurul Humaira, gadis yang berumur 20 tahun itu perlu berumah tangga dengan orang yang tidak dik...
1.6M 92.1K 67
HUZAIRIE | ALIYA Apabila rakyat biasa harus berkahwin dengan anak raja ? Hanya kerana wasiat yang dicipta pada masa lampau ? Aliya Sofrina anak raky...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...