TUAN ISKAN

By thebellesa

651K 55.2K 6.6K

(On Hold) Cerita manis tanpa cornflakes. Blurb di dalam. More

FP| Blurb
FP| Bab 1
FP| Bab 2
FP| Bab 3
FP| Bab 4 (Raw)
FP| Bab 5 (Raw)
FP| Bab 6 (Raw)
FP| Bab 7 (Raw)
FP| Bab 8 (Raw)
FP| Bab 9 (Raw)
FP| Bab 10 (Raw)
FP| Bab 11 (Raw)
FP| Bab 12 (Raw)
FP| Bab 14 (Raw)
FP| Bab 15 (Raw)
FP| Bab 16 (Raw)
FP| Bab 17 (Raw)
FP| Bab 18 (Raw)
FP| Bab 19 (Raw)
FP| Bab 20 (Raw)
FP| Bab 21 (Raw)
FP| Bab 22 (Raw)
FP| Bab 23 (Raw)
FP| Bab 24 (Raw)
FP| Bab 25 (Raw)
FP| Bab 26 (Raw)
FP| Bab 21 (Raw)
FP| Bab 28 (Raw)
FP| Bab 29 (Raw)

FP| Bab 13 (Raw)

20.6K 2K 187
By thebellesa

PENUMBUK ISKAN MELAYANG tepat di pipi muka Yunus. Tubuh jejaka itu terus terpelanting ke lantai. Iskan memeluk tubuhnya sambil bahu bersandar pada dinding. Haq pula berada di belakangnya. Kelam-kabut takut ada yang datang!

"Kau ni dah kenapa jantan?" Yunus meludah darah ke tepi. Dicerlungnya muka Iskan dengan rasa sebal. Dia syak lelaki ini gigolo kepada Adel.

"Proper greet."

"Proper greet?"

"Kau sihat tak Yunus? Lepas bercerai dapat tidur lena tak? Masih teringat pada Adel ke?" soal Iskan bertalu-talu lalu duduk bercangkung supaya separas dengan Yunus. Pipi jejaka di hapadannya itu ditilik dengan mata kasarnya. Tak boleh jadi, belum ronggok ni!

"Kenapa aku nak kena ingat dekat betina jalang tu pulak? Apa masalah kau dengan aku ni? Betina tu ada sogok kau ke supaya jumpa aku ni?" Yunus jadi hilang kesabaran.

Rahang Iskan bergerak sendiri. Betina jalang?

"Bagus lah kalau tak ingat, aku lagi suka. Aku just nak cakap, terima kasih sebab bercerai dengan Adel. Talak tiga pulak tu! Tak perlu aku nak risau lagi kalau korang nak rujuk kan?" ada sengihan senget di bibirnya.

"Aku dengan Adel, rujuk? Kau ingat ada ke cina buta yang nak dekat betina tu? Memang sampai mampus aku takkan rujuk balik!" sinis Yunus sakan.

Pang!

Kepala Yunus terteleng ke tepi. Lantas dia cengkam leher Iskan tanpa sisa kesabaran lagi. Kau ingat kau kaya, kau dapat pijak-pijak kepala aku? Tak lama lagi aku pun kaya, kaya dari kau!

"Tuan. Cepat sikit setelnya." Haq sudah tak senang duduk. Dia ada nampak guard yang sedang meronda. Kalau ya pun, culik lah dulu Yunus ni. Campak dalam sangkar buaya dekat Thailand.

Pang!

"Kau dah kenapa anak haram?" bentak Yunus lalu cuba melawan kembali tetapi tetap gagal saat Iskan menendang dadanya. Tatapan tajam hanya meratah sosok jejaka yang sedang berdiri gah di hadapannya.

"Adel suruh tampar kau tiga kali."

"Huh? Betina..."

Buk! Buk!

Erangan Yunus kedengaran lantang.

"Yang ni dari pihak aku. Nasib baik lah aku fikir anak bini baru kau tu, kalau tak, memang tak sempat mengucap dah kau ni."

Buk!

"Argh!" Yunus tahan sepakan bertalu-talu tersebut. Sudah senak perut sendiri, rasa bagai nak muntah segala isi makanan.

"Lagi satu, Adel ada nama. Nama dia, Bunga Adelia. Kalau betina tu, aku tak pasti yang mana satu. Kau boleh balik try tanya bini kau. Tak pernah lagi aku jumpa jantan bebal macam kau ni. Otak letak dekat adik kut ya?" Iskan meludah ke tepi. Amarahnya memuncak. Dadanya pula berombak kencang.

"Ada adik ke? Maybe tak ada kut, sebab tu lah tak ada anak kandung sampai sekarang. Aku rasa kan, kau lah yang mandul tapi ada bagus jugak tau! Tak perlu lah anak cucu kau dapat otak bebal macam kau ni. Betul tak?" sambungnya dengan tawa yang meletus.

"Kau mesti nak sangat kan dengan betina tu? Bekas aku pun kau nak ke? Kalau nak sangat ambil lah, Adel pun bukan pandai layan lelaki sangat pun!" bidas Yunus pula.

Buk!

"Kau jangan nak merangkak cari Adel pulak lepas ni. Adel tu hak aku, bakal isteri aku. Kalau kau sentuh dia lagi, aku cari kau sampai lubang cacing. Bukan setakat kau aku cari, anak bini kau, family kau, semua aku cari! Faham tak aku cakap ni?" balas Iskan bengis. Nak je aku bakar sampah ni hidup-hidup!

"Lagi satu, jangan terserempak dengan aku dekat mana-mana. Sekarang aku boleh lagi tahan sabar, kalau nanti, aku tak pasti. Silap hari bulan, dicincang kau ni hidup-hidup!" hujung kasut berkilat Iskan jatuh di hujung dagu Yunus. Cuba memaksa lelaki itu supaya mendongak ke arahnya.

"Manusia paling jijik pernah aku jumpa, kau lah Yunus. Semoga kita tak berjumpa lagi. Selamat pengantin baru."






Satu tahun kemudian...

ADEL MENARI-NARI kecil kegirangan. Akhirnya dia siap semua kerja yang tergendala. Hari ini, dia nak makan di chicken rice shop. Nak celebrate punya fasal!

"Nada, nak pergi mana?" soal Adel apabila Nada selamba badak melintasinya tanpa sebarang teguran. Selalunya ada je yang nak celoteh.

"Nak ambil ice cream puan!" balas Nada ceria.

"Ice cream dekat mana pulak ni?"

"Company dekat kita ada buat grand opening. Dorang agih ice cream percuma dekat orang-orang sini. Saya nak pergi tengok lah ni. Puan nak ikut ke?" Nada jadi teruja, makanan percuma siapa je tak nak?

"Dekat kita bukan bank ke?"

"Bank dah bankrup. Cepat lah, puan nak ikut tak? Kalau nak ikut, moh ler kita!" ajak Nada lagi.

Pandangan Adel melingas ke sekeliling saat berfikir, nak ikut ke tidak? Dia nak nasi ayam sekarang. Namun, fikirannya terus jeda apabila terpandang akan sosok seseorang di hadapan pintu utama ofisnya.

Haq?

"Nada, awak pergi dulu. Nanti saya menyusul. Go, go!" tubuh Nada didorong ke hadapan. Adel pula berbongkok-bongkok cuba menyorok daripada Haq. Kenapa ada jejaka itu di sini? Tak mungkin Tuan Iskan sudah kembali? Iskan sudah setahun hilang tanpa radar, call, mesej pun tidak.

Adel ambil keputusan untuk menyorok di belakang pasu besar di lobi ofisnya. Ada bagus juga ada pasu di sini, siapa yang decorate ni, memang kena naik gaji empat kali ganda. Life saver!

"Aduh, pening lah kalau hari-hari macam ni!" bisik Adel sendiri. Hujung pen dipicit-picit tanpa punca. Gelisah!

"Hari-hari?"

Tap!

"Sayang... argh!" Iskan mengaduh kesakitan saat mata pen terbenam di dada bidangnya. Dari dulu sampai sekarang, sama je, garang!

Adel terpinga-pinga. Kus semangat!

"Pa... padan muka. Tuan ingat iklan kurma ke apa?" marah Adel tanpa rasa bersalah. Sudah berbekas kemeja putih Iskan dengan dakwat pennya.

Putera Iskandar, nampak lain?

Nampak lagi manis?

"Sakit ni, tak ada fuh, fuh ke?" seloroh Iskan dengan senyuman yang kian memekar indah. Bunga di tangan masih digengam seeratnya.

"Fuh?"

"Baru setahun tinggal, sayang dah lupa?"

"Lupa lah. Tuan bukan penting sangat pun bagi saya!" bohong Adel. Masakan dia lupa akan trademark milik jejaka itu. Iconic gituh!

"Kenapa tuan dekat sini?" Adel ubah topik. Kenapa orang luar dapat kebenaran masuk ni? Guard makan gaji buta ke?

"Depan sana. Company saya buat grand opening. Tak nak tengok-tengok ke sayang?" balas Iskan mesra. Panggilan I, you sebelum ini sudah bertukar kepada saya, awak. Nampak lagi manja kan?

"Com... company tuan? Dalam banyak-banyak tempat, kenapa dekat depan ofis saya jugak!" bentak Adel. Tak boleh bayang, awal pagi dah nampak muka Iskan di depan lobi ofisnya.

"Sebab dekat dengan sayang lah!"

"Sayang, sayang, sayang! Kalau orang dengar macam mana tuan?" Adel tidak betah lagi. Kaki bergerak ke hadapan pintu utama. Waktu lunch dah nak habis, baik dia cepat!

"Saya ada bunga ni untuk awak."

"Saya alergik bunga!" terpempan Adel tatkala Iskan juga menonong mengekorinya dari belakang. Shuh, go away!

"Saya tahu awak alergik bunga. Sebab tu saya buat sendiri bunga ni, bunga kertas."

Langkah Adel jadi perlahan. Kepala menoleh ke arah Iskan, agak tertarik dengan jambakan bunga origami di dalam pegangan jejaka itu. Cantik, kemas je!

"Awak ingat?"

"Mesti lah saya ingat semua tentang awak, Adel. Awak alergik bunga, suka kucing jenis baka Scottish Fold. Lepas tu, paip air kena pulas dari kanan bukan kini, awak yang ajar saya. Awak suka menangis, luka menangis, sedih menangis, kalau dekat bahu saya, tak menangis lah pulak!" panjang berjela Iskan berceloteh. Sungguh. Kalau tak ada Adel, sampai sekarang dia tak tahu guna paip. Dekat penthouse, guna paip automatik je!

Adel garu kepala sendiri tidak gatal. Dia bohong je dulu, dia tak ada alahan bunga. Tangan terus disua pada Iskan. Nak bunga tu, comel!

"Wangi tau bunga ni sayang!" Iskan tersengih-sengih bahagia tatkala Adel hidu jambakan origami bunga tersebut. Dia sembur perfume miliknya sendiri.

Bunga, oh Bunga. Rindu!

"Sayang, jom makan nak?"

"Makan mana?"

"Nasi ayam, favourite saya!"

"Chicken rice shop?"

"Boleh sayang..." pandangan Iskan tidak habis dari meratah segenap wajah Adel. Seraya dengan itu, hatinya berbunga-bunga sakan. Rasa nak lompat dan menari kecil.

"Kenapa pandang saya macam nak terjojol mata ni tuan?" Adel jadi kekok. Tak pernah-pernah ada bidadara pandang dia tau!

"Bunga sayang. Saya rindu sangat. Setahun tau saya tahan rindu. Rasa dia mashaAllah, sakit! Saya sampai berpuasa tau, sebab nak bagi hilang rindu. Saya rasa macam nak lompat, nak gigit pipi awak sekarang ni. Sabar, sabar!" luah Iskan. Dada sendiri diusap-usap. Degupan jantungnya sudah tidak terkawal lagi.

Adel jadi terkesima. Dapat dia rasa mukanya yang memanas, merah padam. Degupan jantung pula berlawan dengan nafas. Ya tuhan, Iskan memang pandai bab mengayat!

"Tu... tuan Iskan ke ni?" tegur Haq dari arah belakang Iskan. Biar betik? Dia tak salah dengar kan? Dah setahun tuannya ini tak kena rasuk, tup tup tumpas hari ini.

"Kau nak apa?" marah Iskan. Dicerlung panas Haq yang baru menegur itu. Kacau daun sungguh lah!

"Kereta tuan kena lock tayar polis trafik. Tak boleh parking dekat tepi jalan sana, tuan dengar tak ni?" maklum Haq. Tuan dengar ke tak ni? Asyik pandang Puan Adel je!

"Dengar, lepas tu?"

"Seri jatuh depan lobi tuan." Haq rasa macam nak balik sekarang. Dekat rumah ada isteri, dekat sini ada masalah je. Seri ini anak buah Iskan, merangkap anak kandung kepada adik tuannya itu. Berusia lima tahun.

"Suruh budak tu bangun sendiri."

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

20.1K 1.9K 24
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
93.3K 8.9K 46
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
41.8K 4K 23
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...