Dante De Lucca| C |(Editing)

By faieesukri

177K 5.8K 85

Dante De Lucca seorang lelaki berdarah kacukan Itali dan China. Lucca yang bekerja sebagai CEO di sebuah syar... More

part 1
part 2
Part 3
Part 4
part 5
part 6
part 7
part 8
Part 9
part 10
Part 11
part 12
part 13
part 14
part 15
Part 16
part 17
part 18
part 19
part 20
part 21
part 22
part 23
part 24
part 25
part 26
part 27
part 28
Part 29
part 30
part 31
part 32
part 34
part 35
part 36
part 37
part 38
part 39
part 40
part 41
part 42
part 43
part 44
part 45
part 46
part 47
part 48
part 49
part 50
part 51
part 52
part 53
part 54
part 55
part 56
part 57
part 58
part 59
part 60
Part 61
part 62
part 63
part 64
Part 65
~The End~
🌸New story published 🌸
🌸special bab 🌸
🌸special bab🌸
New Story Ebook

part 33

2.4K 89 0
By faieesukri

Keesokkan paginya, kesemua anggota Black Jaguar dan Rania berkumpul di kawasan lapanh D' L Airlines untuk penerbangan ke Jiangxi dengan menggunakan private jet milik Lucca.

"Mana si mangkuk hayun ni. Buat pengesahan passport ke, buat cop passport. Lama siot, habis terbakar muka aku nanti kena sinar uv" rengek Zarif. Mengada-ngada tahap biawak laa dia ni.

"Aku perhati je dua ketul ni. Sorang ni asyik pandang yang sorang tu. Yang sorang tu pulak buat don't know je. Macam orang disini tak wujud" kata Esteve dengan nada kiasan. Dari tadi dia melihat Rania dan Lucca tidak bertegur sapa. Jangan kata bertegur sapa, pandang pun tidak.

"Bro, kau perli-perli siapa ni bro?" Tanya Li Jun yang sedang elok bersila diatas simen menanti Rayyan membuat pengesahan passport mereka. Walaupon mereka golongan mafia dan pemilik D'L Airlines mereka tetap mengikut peraturan. Baik kan?.

"Kau rasa sapa?" Soal Esteve kembali. Lucca yang sedang elok berdiri dengan sebelah tangan memegang iPadnya manakala sebelah lagi tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Pakaian kasual sahaja dikenakan di tubuhnya.

Rania yang melihat Lucca berdiri agak jauh darinya, memandang Lucca dengan dahi berkerut. Serabut memikirkan masalahnya dengan suaminya semalam. Akhirnya dia mengeluh lemah.

"Why?" Soal Li Jun prihatin. Mendongak memandang lembut wajah Rania yang agak serabut.

Rania menggelengkan kepalanya. Tanda tiada apa-apa.

Li Jun bingkas bangun dari duduknya dan menepuk sedikit punggungnya yang berbekas pasir halus simen itu. Dia menarik tangan Rania yang berlapik baju menjauhi Lucca, Esteve dan Zarif.

"You dengan Lucca ada masalah ke? Korang berdua bergaduh ke? Dari tadi lagi I tengok muka you macam ayam berak kapur" soal Li Jun memandang wajah Rania yang muram.

Rania hanya mengangguk. Ya, Lucca masih marahkannya. Dia menunduk memandang kakinya sendiri.

Li Jun menoleh ke belakang melihat Lucca yang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Li Jun menoleh kembali menghadap Rania yang menunduk memandang kakinya dari tadi.

Kepalanya ligat memikirkan sesuatu sambil memerhati Rania yang menguis pasir-pasir kecil dengan kakinya. Li Jun tersenyum sinis. Apabila akal jahatnya muncul.

"Děngzhe qiáo ba bǎobèi"(just wait and see ya baby). Ucap Li Jun dengan sinis.

"Let's go. Rayyan dah siap dah ty" kata Li Jun menarik tangan Rania menghampiri mereka yang sedang berdiri. Lucca memandang Rania dengan pandangan yang tidak puas hati.

"Jom, nanti lambat sampai ke Jiangxi" kata Rayyan lalu melangkah masuk ke dalam private jet. Lucca mengekori langkah Rayyan dan diikuti oleh yang lain.

Esteve memilih tempat duduk disebelah Rayyan di tepi tingkap. Zarif pula memilih tempat duduk berhadapan dengan Rayyan.

"Bro, kau duduk sebelah Lucca" arah Li Jun.

Zarif memandang Li Jun dengan pelik. Dah kenapa aku kena duduk sebelah mangkuk hayun terlebih emo macam orang period ni. Bini dia ada.

Li Jun yang faham dengan reaksi di wajah Zarif mengisyaratkan dia suruh bangun dan duduk di sebelah Lucca.

Zarif yang bermalasan mengambil tahu hal mereka bergerak ke tempat duduk di sebelah Lucca lalu melabuhkan punggungnya.

Li Jun menarik tangan Rania untuk duduk di sebelahnya. Lucca yang melihatnya hanya menayang wajah ketat.

Li Jun yang perasan akan pandangan Lucca dibiarkan begitu sahaja. Kau jual mahal lagi dengan bini kau. Li Jun tersenyum sinis kepada Lucca yang memandangnya seperti mahu ditelan.

"Esteve, kau bawa tak beg tu" soal Lucca.

"Bawa" jawab Esteve ringkas.

Rania yang merasakan tidak selesa memandang Lucca dan Li Jun bersilih ganti. Lucca dengan wajah yang ketat merebahkan tempat duduknya lalu matanya dipejam. Sakit pula hati melihat.

Li Jun yang perasan Rania memandangnya menoleh.

"Why bõa bèi?" ( Kenapa sayangku ). Sengaja dia menggunakan panggilan itu kepada Rania. Nak bakar ego Lucca punya pasal.

Esteve yang sedang menghirup kopinya tersedak mendengar panggilan itu. Rayyan menepuk-nepuk belakang Esteve untuk meredakan batuk.

Lucca yang mendengar panggilan sayang kepada isterinya itu mencelikkan matanya.  Tempat sandar dibelakang ditegakkan kembali. Tidak senang melihat Li Jun melayani isterinya.

"Apa kau panggil Rania tadi" soal Esteve mahu mengsahihkan lagi apa yang dia dengar sebentar tadi.

"Bõa bèi" selamba Li Jun mengulang semula.

Terbuntang mata Esteve. Gila lah kau ni. Kau sedar tak orang yang kau panggil ni siapa?. Esteve memandang Lucca. Nampam rahang Lucca bergerak. Dia menelan liur. Jangan ada pertumpahan darah disini sudah.


Continue Reading

You'll Also Like

1M 46.2K 86
[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] β™‘ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 πŒπ«π‡πšπ³π«πžπ²π³ β™‘ β˜…π‘π¨π¦πšπ§πœπž + π€πœπ­π’π¨π§β˜… Berkorban harta, perhatian dan mas...
658K 32.1K 68
CINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebi...
1M 26.3K 81
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang dibeli oleh seorang Mafia kerana ayahnya yang gagal membayar hutang . Pada mulanya perasan benci membua...
46.5K 2.1K 86
[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang ma...