PEWARIS SEBENAR IRIS

By Ustaz_Ruzi

6.7K 430 183

Cover Book Make By @Alquransyabila Sinopsis Selepas Ejen Ali telah disahkan tidak dibenarkan lagi menjadi pem... More

BAB 1: DJIN KEMBALI
BAB 2: UNDERCOVER FRIEND
BAB 3:DEMONSTRASI
BAB 4: CURIGA
BAB 5:EKORI
BAB 6:ISI TERSIRAT
BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN
BAB 8: DOKTOR QARZONE
BAB 9: PERGELUTAN KECIL
BAB 10: ORGANISASI BARU?
BAB 11: MISTERI WASIAT
BAB 12: PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA
BAB 13: BOM MASA
BAB 14: BERTEMU TAN SRI
BAB 15: PERCANGGAHAN PENDAPAT
BAB 16: RUDY MENYERANG KETUA-KETUA TERAS
BAB 17: SUASANA GETING
BAB 18: OPERASI BERMULA
BAB 19: SERANGAN MENGEJUT
BAB 20 : APA KAITAN M.A.T.A DAN BLACK HEART?
BAB 21 : WASIAT HILANG?
BAB 22 : BLACK HEART SEMAKIN AKTIF
BAB 23 : WAKIL GENG M.A.R.A MENJELMA
BAB 24 : PENYAMARAN?
BAB 26: TIBA DI A.P.D.A

BAB 25: HELAH

78 3 0
By Ustaz_Ruzi

Kawasan Pinggiran Cyberaya_

Pagi jam 5.00 a.m, lagi sejam sebelum berkumandangnya azan Subuh. Rudy bangun bersiap bagi misi seterusnya, hari pertama penyamarannya sebagai pelajar A.P.D.A.

Seusai sahaja mandi, uniform merah segera disarungkan di badannya, jam tangan ejennya disarung di pergelangan tangan kiri. Untuk misi kali ni, dia tidak memakai gel rambut pada rambutnya dan mengantikan dengan minyak rambut Habatus Sauda.

Kad pelajar diambil di atas meja, lanyard terus digantung di lehernya. Selepas selesai, dia memandang refleksi dirinya di cermin panjang. Rudy tergelak kecil apabila teringat akan waktu sekolahnya yang singkat.

"Dah macam nak pergi sekolah aku, ni." Zaman persekolahan Rudy tidak seperti murid-murid lain, akibat kekangan kewangan pada masa itu, Rudy hanya sempat menghabiskan sekolahnya di usia 15 tahun, alhamdulillah, dia sempat menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga sempat diduduki atas bantuan Ejen Rizwan, namun, sebagai calon persendirian sahaja.

Rudy merenung ke arah jam dinding, "Baru pukul 5.20 a.m, awal juga aku siap." Rudy merenung ke luar jendela, langit masih lagi gelap, angin dingin juga dapat dirasai sehingga ke seluruh tubuh.

Ding! Ding!

Kedengaran bunyi notifikasi mesej Whats'app Bro masuk di telefon Rudy, dia mencapai telefonnya dan duduk di bucu tilamnya. Rudy membuka mesej itu lalu membacanya.

Whats'app Bro

Karya: Assalamualaikum, dan selamat pagi, semua. Nanti berkumpul di Academy, ya. Kita akan bergerak serentak ke sana.

Bobby: Waalaikumussalam, Bro. Boleh.

Djin: Akan ada PIC (Person in Charge) ke yang akan sambut kita dekat sana?

Karya: Geng Q.A.R.A.M akan ada di sana untuk jemput kita.

Waalaikumussalam, Ejen Karya.

Rizwan: Waalaikumussalam, baik, kita jumpa nanti.

Bobby: Mantaplah, semua dah bangun.

Djin: Aku paling awal.

Bobby: Kau main tipu, Djin!

Djin: HAHAHAHAHA

Karya: Okay, jumpa nanti.

Setelah habis perbincangan, Rudy menyeluk telefon bimbitnya di poket seluar, dia berdiri untuk keluar dari biliknya, namun, langkahnya terhenti apabila terlihat satu bingkai gambar lama.

Rudy mengambil gambar tersebut dan meratap gambar itu, wajah sedih mulai tergambar di wajahnya. Gambar tersebut adalah gambar Rudy bersama dua orang mentor kesayangannya suatu ketika dahulu, Djin dan Niki. Mereka berdua banyak membantu Rudy di kala susah senang. Niki bukannya ejen M.A.T.A, tapi dia selalu bantu Rudy di pinggiran.

"Kalaulah aku dapat kembali ke masa ni, aku nak sangat jalankan misi dengan korang dua." Air mata mulai bergenang di mata Rudy, dia memejamkan mata, cuba menguatkan diri daripada dugaan ini.

"Aku... Rindu korang waktu ni." Kata Rudy di dalam hatinya, tangannya digenggam erat, matanya masih dipejam rapat, air mata semakin deras mengalir. Tangisan Rudy terhenti apabila azan Subuh mulai berkumandang.

Allahuakbar... Allahuakbar!

Rudy segera mengesat air matanya menggunakan belakang tapak tangan kanannya, dia meletakkan gambar tersebut semula.

"Astaghfirullah... Bawa mengucap Rudy, Niki dah tak ada. Djin... Walaupun dah tak sama macam dulu, tapi dia masih hidup. Bersyukurlah apa yang kau ada sekarang." Kata Rudy cuba menyedapkan dirinya. Rudy segera membentangkan sejadah dan memakai kupiah.

"Rudy, kamu dah siap?" Mak Yah menegur Rudy sambil membawa telekungnya untuk solat berjemaah dengan Rudy. Rudy melontarkan senyuman manis pada Mak Yah.

"Dah, Mak Yah. Jom kita solat sekali." Mereka berdua menunggu azan Subuh habis berkumandang, kemudian terus menunaikan solat subuh.

Langit mulai berubah warna, burung-burung mulai keluar berterbangan mencari makan di ruang angkasa raya, semua orang mulai keluar, ada yang pergi kerja, ada yang pergi sekolah, dan ada yang keluar untuk bersenam. Semua sedang melakukan urusan masing-masing, Rudy juga telah bersiap sedia untuk keluar menjalankan misi pertamanya sebagai pelajar A.P.D.A.

Mak Yah menghantar Rudy sehingga ke pintu rumah, senyuman manis orang tua itu membuatkan hati Rudy tenang. Kanak-kanak di dalam rumah Mak Yah juga telah bangkit dari lena dan terus berlari ke arah Rudy.

"Abang Rudy! Abang Rudy dah nak pergi ke?" Tanya seorang budak perempuan berumur 5 tahun itu kepada Rudy.

"Ya, nanti kamu semua tolong jagakan Mak Yah untuk saya, ya. Balik nanti, Abang Rudy bawa balik makanan kalau sempat abang beli."

"Yayy! Aie! Aie! Kapten! Menurut perintah." Budak perempuan itu menarik hormat pada Rudy, Rudy membalas tabik hormat itu dengan senyuman manis.

"Jaga diri, semua. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Rudy berjalan pergi, dia membawa beg pejabat sekali bagi melayakkan buku-buku dan alat tulis untuk digunakan semasa sesi kuliah nanti. Selepas Rudy keluar sahaja daripada lorong pembentung yang memisahkan antara pinggiran dan bangunan moden Cyberaya, satu kereta Mercedes berwarna hitam berhenti di hadapannya.

Rudy memandang pelik melihat kereta mahal itu, dalam fikirannya terbayang wajah Rizwan di dalam kereta tersebut. Jadi dia tidak bersangka buruk. Namun, sangkaannya meleset apabila melihat orang yang baru keluar dari kereta tersebut.

"Assalamualaikum, Rudy. Kamu nak ke Academy M.A.T.A, kan? Jomlah saya tumpangkan, saya pun nak ke sana."

"Waalaikumussalam, Dr. Qarzone?"

Dahi Rudy berkerut melihat Dr Qarzone yang tiba-tiba menjelma di kawasan ini. Selalunya, Rudy tidak akan terserempak dengan mana-mana orang M.A.T.A kerana mereka tidak tinggal berdekatan kawasan pinggiran. Lagi-lagi Dr Qarzone, dia salah seorang bangsawan yang kaya di bandar ini. Kebarangkalian untuk mereka terserempak adalah 10% melainkan dia sendiri yang sengaja datang ke arah sini.

"Apa Dr buat dekat sini?"

"Saja nak berbual dengan kamu sebelum tiba di akademi."

"Tak apa, Dr. Saya ada urusan lain."

"Dari pakaian kamu ni... Mesti kamu ada misi di A.P.D.A, kan?"

Siapa je yang tidak kenal akan Uniform merah ini, satu dunia tahu, sesiapa yang memakai uniform merah ini, mereka adalah pelajar di A.P.D.A.

"Betul, terima kasih untuk pelawaan itu, Dr. Tapi saya boleh pergi sendiri."

"Kamu tak nak tahu pasal Ejen Aliya?"

Mata Rudy terbeliak apabila mendengar akan nama Ejen Aliya diseru, "Apa yang Dr tahu pasal dia?"

"Saya ketua jabatan rawatan di sini, saya ada rekod dia kalau kamu nak tahu, dan apa kaitannya dengan misi kamu."

"Betul, ke? Bagitahu, saya."

"Boleh, kita bercakap dalam perjalanan. Kamu tak nak markah pertandingan ditolak disebabkan lambat, betul?" Dr Qarzone menjeling ke arah pintu kereta di sebalah kanannya, Rudy menghela nafas lalu mengangguk kecil. Dia membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Tanpa berlengah lagi, Dr Qarzone memandu bergerak ke destinasi yang dituju.

"Jadi, apa yang Dr tahu?"

"Kami kawan baik, dia selalu cerita masalah dia pada saya setiap kali dia datang ke bilik saya."

Dr Qarzone membuka radio keretanya, lagu Background epic and dramatic tiba-tiba didendangkan, "Pagi-pagi lagi dah lagu seram, alahai..."

Memang kena pada masanya, lagu radio itu lagi membuatkan hati Rudy berkobar-kobar mahu tahu hubungan Dr Qarzone dan Ejen Aliya.

"Ejen Aliya ada satu penyakit yang ramai tidak tahu."

"Huh?"

"Malah, Ketua Teras pun tak tahu akan hal ini. Sepatutnya mereka kena tahu, tapi, atas permintaan Aliya sendiri, saya terpaksa diamkan perkara ini dan merawat secara rahsia."

"Penyakit apa?"

"Kanser otak."

Rudy terkejut, penemuan baharu ini betul-betul mengejutkan dirinya, bahkan, keluarganya sendiri, Ejen Bakar tidak tahu akan hal ini.

"Apa? Tapi... Ejen Aliya nampak elok sahaja dalam video pertempuran dia dulu?"

"Itu apa yang kamu nampak dengan mata kasar kamu, ada adegan yang dipotong, original file masih ada dengan saya "

Mereka diam seketika, kereta Dr Qarzone berhenti di persimpangan tiga apabila lampu merah menyala, Rudy berfikir sejenak, dia teringat akan hari terakhir Ejen Aliya melawan Niki bersama-sama dengan Ejen Zain. Rudy tersedar akan satu perkara...

"Maknanya... Punca kematian bukan hanya disebabkan oleh I.R.I.S, tapi... Disebabkan kanser otak juga. Campuran kedua-dua itu akan menyebabkan kesan lebih bahaya."

Lampu isyarat kembali hijau, Dr Qarzone menukar gear lalu memandu kereta ke hadapan, dia mengangguk kecil, "Betul. Apa yang semua orang tahu hanyalah sebahagian, punca keseluruhan hanya saya sahaja yang tahu. Kemudian, kamu orang kedua yang tahu akan info ini."

"Tapi kenapa mesti dirahsiakan perkara sebesar ini? Bahkan Ejen Bakar pun tak tahu. Ini dikira kes jenayah!"

"Kes jenayah? Hahaha... Rudy, Rudy... Saya hanya memegang amanah yang dipinta oleh arwah. Kamu ingat dia sorang sahaja ke Ejen M.A.T.A yang rahsia rekod kesihatannya dirahsiakan daripada diketahui oleh dunia luar?"

Rudy terkedu, maknanya, Dr Qarzone memegang rahsia besar pesakit-pesakit yang pernah merawat di bawah seliaannya.

"Kenapa Dr beritahu saya semua ni kalau perkara ini rahsia?"

"Kamu tahu apa yang saya mahukan?"

Mata Rudy menjadi tajam, baru sekarang dia tahu apa sebab Dr Qarzone datang berjumpanya secara rahsia pada hari ini. Dia mahukan sesuatu yang hanya Rudy sahaja boleh dapatkan untuknya.

"Apa yang Dr nak sebagai pertukaran intel?"

"Dokumen SULIT tahun 2020 di jabatan siasatan jenayah A.P.D.A."

Sekali lagi, Rudy terkejut. Dia seakan-akan tahu bahawa misi dia kali ini akan melibatkan dirinya dengan pihak A.P.D.A, jadi dia menggunakan perluang ini untuk mendapatkan apa yang diinginkan olehnya.

"Jabatan Siasatan Jenayah... Jabatan tu under Inspektor Muhkriz."

"Tepat sekali. Disebabkan tak ramai orang boleh masuk ke tempat itu, jadi saya beri tugas ini pada kamu."

"Tapi Dr tahu kan apa kesannya mencuri dokumen SULIT dari A.P.D.A?"

"Saya tahu, sebab itu saya beri tugas itu kepada kamu."

Dr Qarzone memberhentikan keretanya di hadapan mesin air di tepi bandar, mesin air itu adalah pintu untuk ke Akademi M.A.T.A. Dr Qarzone menarik gear, dia memandang wajah Rudy, "Kamu tahu risiko membocorkan rahsia pesakit macam mana, kan? Jadi kamu mesti faham bila saya minta pertukaran sebegini rupa."

"Kalau saya tak nak buat?"

Dr Qarzone tersenyum sinis mendengar kata-kata daripada Rudy, kemudian, pandangannya kembali tajam. "Terpulang, saya tak rugi apa-apa daripada urusan ni. Agak sukar untuk mencari petunjuk dengan petunjuk yang masih samar-samar. Keputusan di tangan kamu."

Rudy berfikir sejenak, lama kemudian, dia mengangguk, "Baik, saya setuju." Dr Qarzone seorang yang licik, dia pandai menggunakan orang disekeliling untuk mendapatkan apa yang diinginkan olehnya. Dr Qarzone melontarkan senyuman manis kepadanya. Rudy keluar dari kereta dan bergerak ke sisi jalan. Sebelum mereka berpisah, Dr Qarzone bersuara kembali.

"Apa-apa hal, kamu tahu mana nak cari saya."

"Dr tak risau ke kalau saya bocorkan identiti Dr?"

"Tak, sebab saya tahu kamu tak akan buat begitu."

Dia sangat mengenali Rudy, selepas beberapa ketika, Dr Qarzone menaikkan cermin tingkap keretanya lalu memandu pergi. Keretanya mulai hilang dari pandangan.

Selama ini Rudy hanya menyangka bahawa Dr Qarzone ada "udang disebalik batu", tidak sangka sangkaannya tepat. Dr Qarzone seorang pengumpul intel rahsia, pekerjaannya sebagai seorang Ketua Dr di Ejensi M.A.T.A hanyalah untuk mengaburkan mata-mata semua orang. Licik dan bijak, pandai memanipulasikan seseorang bagi mendapatkan objektif yang diinginkan. Namun, dia tidak berpihak kepada sesiapa. Dia lebih gemar hidup bebas daripada dibelungi sesebuah pihak.

Nampaknya kerja Rudy akan menjadi lebih susah, semakin hari semakin sukar, dan kerjanya semakin bertambah. Rudy menghela nafas berat, langkahnya kemudian dihalakan ke arah mesin air tersebut, apabila tiada sesiapa yang perasan, dia menekan kekunci oada mesin tersebut dan memasukkan kod rahsia.

Swush...

Mesin itu terbuka, Rudy masuk ke dalam mesin tersebut, kemudiannya mesin itu membawanya ke Akademi M.A.T.A.

Continue Reading

You'll Also Like

862K 53K 117
Kira Kokoa was a completely normal girl... At least that's what she wants you to believe. A brilliant mind-reader that's been masquerading as quirkle...
138K 2.7K 44
"You brush past me in the hallway And you don't think I can see ya, do ya? I've been watchin' you for ages And I spend my time tryin' not to feel it"...
218K 9.1K 24
Where Lewis Hamilton goes to a cafe after a hard year and is intrigued when the owner doesn't recognise him. "Who's Hamilton?" Luca says from the ba...
356K 15.4K 39
જ⁀➴ᡣ𐭩 hidden, various hazbin hotel characters x female reader જ⁀➴ᡣ𐭩 𝑰𝒏 𝒘𝒉𝒊𝒄𝒉 we follow an angel named y/n, who had her bes...