DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

864K 29.6K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 100

4.3K 214 17
By farnazamri

Kalida sudah bersiap-siap dengan bagasinya. Beberapa tahun dia akan menetap di sana. Jauh di sudut hati memang berat hatinya untuk berpisah dengan ahli keluarganya yang ada di sini.

Kalau diikutkan keadaan sekarang, memang Kalida tidak sanggup untuk menaiki pesawat pada pagi ini. Tapi demi permintaan mamanya, dia terpaksa akur.

"Ida dah sampai airport..." Nada suaranya layu saat panggilan diangkat. Air mata yang sudah kering di pipi mula diseka.

Kalida sibuk memasukkan baju-bajunya ke dalam bagasi. Seperti biasa, kerja last minute! Kalau diikutkan rancangan, memang dari minggu lepas lagi dia mahu mengemas barang-barangnya. Tapi itulah...

Manusia.

"Baju ni atau baju ni?" Kalida menyoal sendiri. Tidak tahu baju yang mana mahu dibawa pergi bersama. "Arghh... Bawak dedua jelah." Kedua-dua helai baju t-shirt itu dimasukkan ke dalam begnya.

Tidak lama kemudian, telefon Kalida tiba-tiba berbunyi. Dia masih sibuk dengan kerja mengemasnya. Tidak tahu siapa yang menelefonnya malam-malam seperti ini.

Kacau daun.

Telefonnya berbunyi berkali-kali. Akhirnya dia mengalah. Dia bangun mendapatkan telefonnya di atas meja. Wajahnya berubah selepas melihat nama pemanggil.

"Hello, ma. Ida minta maaf sebab angkat lambat. Ida tengah sibuk kemas baju. Sorry, ma..." Kalida langsung bersuara selepas mengangkat panggilan. Dia rasa bersalah.

"Ida..." Suara pemanggil meleret. Seakan malas mahu bersuara.

"Pa..." Kalida terkejut mendengar suara papanya. Dia ingatkan mamanya yang menelefon.

"Ida, datang hospital sekarang. Mama... masuk hospital."

"Hospital? Allah..." Kalida terkelu. Dia hilang kata. "Ida... daa... datang sekarang..." Cepat-cepat dia matikan panggilan. Terus dia keluar dari bilik. Mahu mendapatkan Iskandar dan Fasha.

Jam sudah masuk pukul 1 pagi. Mereka bertiga sampai di hospital. Masing-masing hanya mengunci mulut ketika dalam kereta. Hanya bunyi radio yang menemani.

Selepas tiba di sana, mereka terus menyoalkan di mana bilik rawatan Datin Zarina pada jururawat yang masih ada dalam hospital tersebut. Laju melangkah selepas mengetahui.

"Ma..." Kalida menarik nafas lega selepas melihat Datin Zarina yang sedang menjamah bubur. Wanita tua itu kelihatan pucat. Tubuh lemah mamanya terus didakap erat.

Datin Zarina tersenyum nipis melihat anak-anak dan menantunya.

"Macam mana mama boleh masuk hospital?"

"Mama tak berapa sihat..."

"Macam mana mama boleh tak sihat? Ida risau tau!" Kalida duduk di atas kerusi yang disediakan di sebelah sisi katil.

"Janganlah risau. Mama tak apa-apa. Cuma tak sihat sikit."

Kalida membuat muka masam. "Ida risau!" Fasha yang duduk di hujung katil hanya tersenyum nipis.

Iskandar mendekati Datuk Moktah yang duduk dia atas sofa. Suaranya perlahan. "Kenapa mama masuk hospital, pa?"

"Mama kamu tiba-tiba sesak nafas. Sebab tu papa terus bawak ke hospital."

"Doktor ada cakap apa apa?"

"Ada. Masalah jantung."

Iskandar hanya mengangguk faham. Dia sudah tahu.

"Masalah jantung?" Kalida terdengar perbualan Datuk Moktah dan Iskandar. Walaupun dia sibuk berbicara dengan Datin Zarina, pendengarannya masih dapat menangkap dengan baik.

"Betul ke apa yang abang Is cakap tu?" Kalida yang langsung tidak tahu apa-apa itu hanya mampu terpinga-pinga sendiri.

Datin Zarina menghela nafas panjang. Hatinya berat. "Ya, mama ada masalah jantung."

Kalida terdiam. Fasha juga tidak bersuara. Iskandar sudah memberitahunya beberapa hari yang lalu.

Lambat-lambat gadis itu menangis. Air matanya jatuh. Tubuh Datin Zarina dipeluknya. Dia tak percaya.

"Ida tak percaya..." Kepala gadis itu diusap lembut Datin Zarina.

"Ida... Mama tak apa-apa. Doktor pun cakap sakit mama tak serius. Cuma jantung ja ada masalah sikit," pujuk Datin Zarina. Gadis itu makin hanyut dalam tangisan.

"Ida pergi balik rehat. Esok flight pagi kan?"

Kalida leraikan pelukannya. Air matanya diseka kasar. "Ida tak nak pergi. Ida nak jaga mama."

"Tak boleh macam tu. Itukan impian Ida nak sambung belajar dekat Perth."

"No. Ida tak nak pergi." Kalida laju menggelengkan kepalanya. Air matanya kembali bertakung.

"Ida kena pergi. Mama nak Ida pergi. Ni permintaan mama."

Sekali lagi Kalida memeluk erat Datin Zarina. Fasha juga menahan air matanya. Belakang gadis itu diusap-usap lembut.

Biar akak jaga mama.

"Cik..." Pintu kereta dibuka. Pemandu teksi itu menyapa Kalida dengan lembut. Dari dalam perjalanan lagi, gadis itu asyik menangis tanpa berhenti. Tidak berani dia mahu menyoal.

"Ya..." Kalida tersedar dari lamunan panjang. Sekali lagi air mata dihapuskan dari pipinya. Dia memeriksa tiket penerbangan dan passportnya di dalam beg sebelum keluar dari kereta.

"Terima kasih," ucap Kalida selepas pemandu teksi yang berumur dalam lingkungan 50-an itu mengeluarkan bagasinya dari bonet kereta.

Pemandu teksi itu hanya tersenyum sebelum membawa diri ke dalam kereta semula.

Dengan langkah yang berat, Kalida berjalan ke arah ruang menunggu. Tangannya erat menggenggam passport dan tiket penerbangan. Keadaan di airport agak lengai. Mungkin masih pagi.

"Ida..." Suara seseorang menyeru dari arah belakang. Kalida berpaling.

"Akak!" Selepas terlihat kelibat Fasha, Kalida mendekati dan memeluk tubuh kakak iparnya.

"I'm sorry. Akak tak dapat temankan Ida dekat sana." Fasha bersuara perlahan sebelum mendapat anggukkan daripada Kalida. Kali ini air mata Kalida agak lebat. Berkali-kali gadis itu menyeka air matanya.

"Tak apa, akak. Akak jaga mama baik-baik ya. Jaga papa. Jaga abang Is. And jaga baby." Perut Fasha diusap lembut.

"Ida pun kena jaga diri. Akak minta maaf."

"Shhh... Ida sayang akak..." Tangan Fasha digenggam dengan penuh kasih sayang. Perasaan sebaknya semakin menebal di dada.

"Abang..." Kali ini, Kalida mendapatkan Iskandar yang hanya diam di belakang Fasha tadi.

Iskandar mengusap belakang gadis itu.

"Abang janji dengan Ida yang abang akan jaga akak baik-baik. Ida nak tengok anak buah Ida nanti. Promise?"

"I promise."

Pengumuman tentang pesawat yang bakal berlepas sudah kedengaran jelas. Pesawat yang akan dinaiki oleh Kalida.

Kalida menarik nafas panjang. Langkahnya berat untuk menapak. Dia tersenyum tawar. Sempat dia berpaling ke belakang, melihat Iskandar dan Fasha.

Selamat tinggal, Malaysia.

Air mata Fasha masih lebat jatuh ke pipi. Selepas pulang dari airport, dia hanya diam di dalam bilik. Perasaan sedih dan bersalah masih bergunung di dalam hati.

Iskandar yang perasan dengan sikap Fasha hanya memerhati dari jauh. Fasha mungkin sedang bersedih kerana terpaksa berpisah dengan Kalida.

"Fasha, jom makan." Iskandar menegur dari pintu bilik. Fasha sedang duduk di birai katil. Perempuan itu langsung tidak berganjak.

Fasha angkat kepala. Dia memandang wajah Iskandar dalam. Air matanya sudah berhenti jatuh tadi. Namun sekarang kembali membasahi pipi. Sayu pandangannya.

Iskandar mengeluh berat. Dia mendekati Fasha sebelum isterinya itu dibawa ke dalam dakapan. "Shhh... Jangan nangis..." Kepala Fasha diusap-usap lembut.

Tangisan Fasha tidak berhenti malah semakin deras mengalir. Mukanya disembamkan pada dada Iskandar. Lelaki itu dipeluk erat. Seolah tidak mahu dilepaskan.

"Sayang..." Suara Iskandar meleret. Dia cuba memujuk hati isterinya itu. Kalau dibiarkan, mungkin semakin menjadi tangisannya. "Abang sayang Fasha... Abang kan ada..."

"Fasha rindu Ida." Perkataan yang keluar dari mulut Fasha hanya membuatkan Iskandar mengeluh panjang.

"Nanti kita pergi Perth, jumpa dia okay. Sekarang jom makan dulu. Kesian baby lapar." Kali ini, kata-kata Iskandar seolah menarik perhatian Fasha. Perempuan itu berhenti menangis.

"Janji?" Fasha memandang wajah Iskandar dengan air jernih yang bertakung dalam kolam mata. Cuba mencari kebenaran pada ayat lelaki itu.

"Abang janji."

Continue Reading

You'll Also Like

218K 7.2K 82
[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke...
304K 10.5K 49
Hidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai...
600K 15.7K 58
🦋 EZRA X IZZA 🦋 #1 ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana wang,Izza Adelia...
463K 11.5K 57
"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan...