Zander Mia : Her Bad Boy

By moonlightlavh

1.6M 120K 33.1K

[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 2 ] Dua jejaka yang berbeza tetapi diingatkan sama. Siapakah sebenarnya jejaka ya... More

-', Zander Mia ๐Ÿ”—โ›“
Prolog
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
74
75
Moon's TedTalk

73

28K 1.7K 836
By moonlightlavh

             "Harder Mia!" Mia yang termengah-mengah mencari nafas dipandang. Peluh isterinya merinik jatuh di dahi.

"Penatlah!" Mia merungut malas. Penat tahu tak? Sudahlah ini kali pertamanya. Mana biasa.

"Lembiklah Mia." Kiara disebelah yang sedang memakai sarung tangan tinju ketawa melihat Mia dan Zander di atas gelanggang tinju.

Mia mendengus kasar mendengar kritikan kawan baiknya. Zander dipandang tajam dan langsung, satu tumbukan kuat diberikan pada suaminya.

"Ow!" Zander mendesis sakit. Tidak sempat dia mahu mengelak tumbukan Mia yang tiba-tiba itu.

Langsung kesemua mata fokus ke arah Zander dan Mia. Ketawa mereka dibuatnya melihat Zander yang sedang memegang rahangnya.

Zander berpaling wajah melihat Kiara. "Ni semua salah kau."

"Eh asal I pula yang kena? Mia yang buat." Balas Kiara tidak puas hati. Suka hati pula nak salahkan dia.

"Kau yang bagi pressure kat dia." Bidas Zander semula. Pandang Kiara tajam.

"Eleh, dia pun sama.." Kiara menjeling. Dia pergi ke arah Adrian yang sedang duduk sambil meneguk sebotol air mineral. Suaminya itu baru saja habis bertinju dengan Keith di gelanggang hujung sana.

"Rian..." Panggil Kiara meleret bagi menarik perhatian si suami. Langsung saja Adrian menoleh.

"Ha, kacau lagi Mia tengah training dengan Zander."

Kiara mencebik. Dia dengan selamba duduk di atas peha Adrian. "Kie main-main je." Badannya disandarkan pada Adrian.

Keith datang sambil membuka sarung tangan tinjunya. "Please, pergi sweet dekat tempat lain." Dia labuhkan punggung disebelah Adrian. Sakit mata tengok pasangan yang dekat sini sweet, pasangan yang dekat sana bergaduh manja.

"Kahwinlah K. Best tau." Sengaja Adrian mengusik. Keith pula hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata Adrian.

"Malas, tak ada calon." Balasnya hanya menutup rasa sebak di dada. Botol mineralnya diambil.

Adrian dan Kiara berborak buat seketika dan perbualan dua orang rakannya itu hanya kedengaran sayup-sayup di telinga Keith. Kata-kata Adrian tadi buatkan fokusnya ke arah lain.

Keith perlahan-lahan toleh melihat Kiara. Gaya percakapan Kiara, senyuman Kiara, sifat yang ada pada Kiara, buatkan dia teringatkan seseorang. Lama dia pandang Adrian dan Kiara. Gembira melihat kawannya sudah bahagia sekarang.

Tapi untuk dia sendiri yang mendirikan masjid dan mempunyai suri hati, mungkin tidak. Kahwin? Tiada dalam kamus hidupnya selepas dia kehilangan seseorang yang sangat berharga. Seseorang yang tiada ganti.

"Ha termenung!" Mia memetik jari dihadapan Keith, buatkan Keith dongak memandang Mia yang berdiri dihadapannya.

"Kau ni memang suka kacau aku kan?" Keith pandang Mia tajam. Selama ni sibuk kacau kekasih gelap dia sampai kena rembat, ni kacau dia pula.

Mia membuat muka menjengkelkan. "Kacau sikit pun salah. Kan Kie?" Mia toleh melihat Kiara yang masih duduk di atas peha Adrian.

Kiara hanya geleng kepala dan ketawa kecil. Tak habis-habis betullah dua orang ni.

Zander melabuhkan punggung di atas sisi Adrian yang lagi satu. Suka hati kauorang lah nak gaduh. Pipi aku masih sakit ditumbuk Mia tadi.

"Husband, tengok Keith dekat tepi tu." Mia mencebik. Sengaja mengadu pada suami.

Langsung saja Zander toleh pandang Keith. "Woi."

"Pe?" Keith membalas malas. Nak marah aku sebab aku marah bini dia lah tu.

"Marah dia lagi." Dengan selamba Zander membalas membuatkan habis pecah tawa mereka semua. Mia memandang Zander sebal.

Menyampah!




"Dah siap ke Yan?" Rafael datang mendekat ke arah Zayyan yang sedang memasak di dapur.

"Fini!" (Done!)  Zayyan meletakkan pinggan masakannya di atas meja. Bersinar mata Rafael melihat mac and cheese kegemarannya sudah siap dimasak.

Mereka berdua bersama Harraz dan Hayyaz menyediakan tempat makan. Mereka semua menyewa satu banglo sepanjang percutian mereka di France.

"Rian dengan yang lain mana? Tak habis lagi?" Tanya Zayyan sambil memanjangkan leher. Tadi katanya Adrian, Zander, Keith, Kiara dan Mia mahu berlatih bertinju di tingkat bawah.

"Ada ni!" Kiara datang ke arah meja makan. Haruman bau masakan Zayyan dari jauh menarik perhatiannya.

Harraz mengepit hidungnya. "Eee korang ni busuklah. Pergilah mandi."

"Malas." Balas Keith bersahaja dan langsung labuhkan punggung.

Mereka lebih suka jika lakukan semuanya sendiri. Tiada pembantu, tiada orang lain. Privasi pun terjamin.

"Lepas ni nak buat apa?" Soal Zander. Mia pula sedang meletakkan makanan di atas pinggannya.

"Lepasni kita jalan-jalan jom? Takkan nak duduk bilik je." Hayyaz memberi cadangan.

"Haah. Lainlah Adrian dengan Zander. Duduk bilik pun ada bini." Rafael mencelah. Bagi satu pandangan gatal.

"Kalau jealous, pergilah kahwin. Korang pun dah tua." Balas Adrian. Tak habis-habis mahu perli dia sama Zander.

"Elok sikit. Kitaorang muda lagi." Bidas Keith. Suka hati je cakap tua.

"Itulah. Kau yang tua. Bapak Dree.." Ayat terakhir itu sengaja Rafael perlahankan suaranya. Takut akan dimarahi oleh Adrian.

Adrian hanya mengecilkan matanya. Dasar adik ipar tak jadi.

"Jom pergi theme park nak?" Cadang Mia. Semua mata tertumpu pada Mia.

"Kau nak pergi sana?" Soal Zander disebelah. Mia hanya mengangguk perlahan. Mestilah dia nak. Lama dia tak pergi.

"Okay set, theme park." Zander memberi kata putus. "Hayyaz tempah tiket."

"Yay! Theme park!" Sorak Mia dan Kiara serentak. Memang itu pun asbab mengapa mereka mahu ikut mereka semua. Tak sia-sia berlakon merajuk.

"Patutlah bestfriend, dua-dua macam budak." Gumam Harraz perlahan di telinga Keith.

"Betul. Lepastu bila marah, macam burung helang." Keith mengangguk-anggukkan kepalanya. Sambung mengumpat dengan Harraz.

"Apa dia?" Langsung saja Mia dan Kiara menoleh melihat dua orang lelaki itu.

Harraz mencapai gelas minumannya. "Apa? Mana ada apa-apa, kan K?" Harraz menolak bahu Keith.

Keith angguk. "Y-Ya. Mana ada apa-apa."






                 "Weh, dah siap ke?" Tanya Mia pada Kiara. Mereka sekarang sedang berada di dalam bilik Zander dan Mia.

Mia kata yang dia ada bawa baju tidur ekstra. Ekstra seksi sudah pasti. Mia ada beli lebih buatnya dan Kiara sekali. Sengaja dia ajak Kiara untuk cuba pakai pada malam ini.

"Dah!" Kiara keluar dari bilik air dan Mia keluar dari bilik persalinan. Keduanya sorak suka apabila melihat penampilan masing-masing.

"Cantiknya kita!" Puji Mia. Mereka berdua berpegangan tangan dan melompat-lompat suka.

Pasti abang suami di luar tergoda nanti!

Mia mengenakan dres tidur bewarna hitam pekat yang sedikit terdedah dibahagian hadapan bersama kardigan jarang.

Kiara pula mengenakan dres tidur bewarna silver yang terdedah dibelakang badan bersama kardigan yang penuh dengan renda.

"Jom weh jom! Kita keluar." Ajak Mia teruja dan Kiara apa lagi? Setuju. Otak dua-dua mana nak okay sangat kadang-kadang.

"Weh season ni dia hidup lagi ke?" Mulut Adrian penuh sedang mengunyah keropok nachos.

"Taklah. Season seven yang dia mati. Ni season six." Geleng Zander. Sesekali tangannya naik mengambil sedikit keropok nachos di dalam mangkuk yang dipegang oleh Adrian.

Mereka berdua sedang menonton televisyen bersama. Movie date. Lama Zander tidak lepak berdua bersama kekasih gelapnya.

Yang lain pula entah kemana. Katanya mahu main kolam renang di tingkat bawah. Mereka berdua pula tak nak. Sejuk main air malam-malam. Mia dan Kiara pula beritahu yang mereka mahu main makeup-makeup.

"Weh lajukanlah." Adrian tolak bahu Zander apabila terdapat adegan yang kurang menyenangkan.

Zander toleh lihat Adrian. "Lajukan?" Zander memandangnya atas bawah. "Bukan kau dah pernah buat ke?" Kening dijungkitkan. Senyum sinis pada Adrian.

"Masalahnya..." Adrian pandang sekeliling. Dia dekatkan bibir pada telinga Zander. "Non riuscivo a gestirmi." (Aku tak boleh tahan diri aku nanti.)

"Eee!" Zander menolak dada Adrian. "Teruk betullah." Zander membuat muka.

"Eleh kau. Kau lagi teruk eh, takyah nak cakap aku."

"Aku pandai control. Kau tu je." Zander membalas lagak. Buatkan Adrian menjelingnya.

"Zander!"

"Rian!"

Langsung kedua lelaki itu menoleh melihat hadapan. Bulat mata mereka berdua memandang pakaian yang dipakai oleh isteri-isteri mereka.

"Mia bella?"

"Amore?"

Mia dan Kiara tersengih suka. Mereka berdua berdiri dihadapan suami masing-masing.

Zander pandang Adrian dan Adrian pandang Zander. Ah sudah! Takut ada benda lain pula yang jadi lepasni.

"Kenapa Kie pakai macam ni sayang?" Soal Adrian lemah-lembut.

Zander angguk setuju. "Haah. Kenapa kau pakai macam ni?" Soal Zander pada Mia pula. Bukannya isteri mereka tak tahu yang turut ada yang lain duduk sekali.

"Saja!" Mia dengan selamba labuhkan punggung duduk di atas peha Zander. Tangan dilingkarkan pada leher si suami.

Kiara turut melakukan perkara yang sama, duduk di atas peha Adrian. "Suka tak?" Kiara rehatkan kepalanya pada bahu Adrian.

Zander toleh memandang Adrian. Adrian toleh memberi isyarat mata. Dia.. mahu terkam Kiara sekarang.

Zander yang seakan faham dengan bahasa isyarat Adrian itu membalas pandangan mata Adrian dengan pandangan tajam. Aduh! Tahanlah sikit.

Mia kenyit mata pada Kiara dan Kiara angguk kecil. Faham mahu lakukan apa.

"Mia.. Kau buat apa ni?" Tanya Zander perlahan apabila lehernya mulut digigit lembut oleh Mia.

Tangan Kiara pula bermain-main pada dada Adrian. Buatkan Adrian menelan air liur payah.

Makin lama, makin jauh permainan Mia dan Kiara buatkan Zander dan Adrian tidak dapat menahan lagi.

Langsung dengan serentak Zander dan Adrian bangun dari duduk. Tangan isteri mereka dipegang lalu mereka menolak tubuh isteri mereka bersandar pada sofa.

Mereka berdua mencondongkan badan memandang isteri masing-masing. Kiara dan Mia saling berpandangan. Misi mereka berjaya.

"Don't test me, Mia bella.." Ucap Zander berbisik yang dapat didengari oleh mereka berempat.

Adrian berdehem. "We're this close to.."

Plop!

Serta merta mereka berempat fokus ke arah belakang, ke arah punca suara.

Pelampung yang digunakan oleh Rafael tadi jatuh ke atas lantai apabila melihat Zander dan Adrian yang sedang mengepung isteri masing-masing di sofa.

Zayyan langsung menutup kedua matanya dengan tapak tangan. "N-Nak balik Malaysia.."

Harraz toleh melihat Hayyaz, "Dekat ru-rumah ni kira-kiranya ada iqra tak?"

Masing-masing menggigil sejuk. Bertambah sejuk melihat Zander dan Adrian.

"Ak-Aku nak.. nak.." Keith memegang kepala. Berpusing hebat kepalanya ketika ini. "Aku nak.. pengsan."

"Keith!!" Dan serta merta Keith jatuh di dalam pegangan Zayyan.

Continue Reading

You'll Also Like

311K 11.4K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
2.5M 15.2K 9
| PDF | EBOOK| CRIME ACTION ROMANCE ๐ƒ๐ž๐ง๐๐š๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐œ๐ข๐ง๐ญ๐š, ๐๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š ๐ฌ๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š, ๐›๐ž๐ซ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ญ๐ข ๏ฟฝ...
836K 84.7K 72
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
1.5M 55.2K 54
[COMPLETED - Unedited Version - Preview- [The Kings Series 1] ********************************************* Ya, itu kesilapan yang aku buat kerana ja...