Stargazing [Hitto Kakucho]✔️

By syamimikida

2.6K 315 728

(Malay fanfic) "Jangan risau, parut awak cantik" •Macam mana rasanya jadi cinta pertama Kakucho? More

Introduce
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 5
Chapter 4
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
info

ending 2

113 15 42
By syamimikida

Kakucho bergegas berlari menuju ke bilik tempat kau dirawat. Hatinya semakin gelisah. Perasaan bersalah, marah, kecewa, sedih semuanya ada. Semuanya dicampur aduk.

Sampai sahaja di depan pintu, Kakucho menendang pintu tersebut. Doktor dan Izana terkejut melihat Kakucho yang bersamping, berpakaian segak disitu.

"[NAME] UCHO DAH INGAT! UCHO TAK JADI KAWIN DENGAN SITI! UCHO DAH INGAT"

Kau hanya menangis kesedihan mendengar apa yang Kakucho katakan. Kau sangat gembira mendapat tahu orang yang kau sayang sudah mendapat ingatannya semula. Namun semuanya sudah terlambat.

"Ucho... Saya dah tak tahan" -[name]

"[name]? Awak makin sakit ke? Doktor! Izana kenapa dengan [name]" -Kakucho

"Kaku, kau dah terlambat tapi kau masih diberi peluang untuk meluahkan semuanya dekat [name]" -Izana

"Kondisi pesakit... Semakin tenat" -Doktor

"Tenat? Mustahil. Sakit [name] mesti boleh pulih semula" -Kakucho

"Encik, pesakit yang menghidap kanser payudara tahap 4, tidak dapat diselamatkan. Ada pun, jarang berlaku. Semuanya dengan izin Allah" -Doktor

"[name] bukaklah mata. Tengok Ucho dah ada kat depan ni. [name] tak payahlah rindu Ucho lagi lepas ni. Ucho kan dah ada ni. [name] jawablah. Biar Ucho yang jaga [name]. Ucho janji Ucho takkan tinggalkan [name]. Ucho sayangkan [name]. Ucho akan tepati janji ni. Ucho janji. Tolonglah, jangan tinggalkan Ucho" Kakucho merintih, merayu,menangis kepada kau.

"Ucho... Dengar sini. [name] taknak Ucho sedih-sedih tau. Jangan salahkan diri sendiri. Semua ni dah tertulis" -[name]

"Tak boleh. Tolonglah, bertahan" -Kakucho

"Nanti [name] dah takda, jaga diri. Kalau Ucho rindu, nyanyilah untuk [name]. Tengoklah bintang macam yang kita selalu buat" -[name]

"Jangan... Tolong jangan tinggalkan Ucho" -Kakucho

"Ucho, jangan sedih-sedih. [name] boleh tahan rindu dekat Ucho sebelum ni, takkan Ucho tak boleh kan?" -[name]

"Tapi Ucho dah janji nak jadi imam dan suami kepada [name]. Ucho dah janji nak jadi bapa dan suami yang baik. Ucho dah janji nak kawin dengan [name]" -Kakucho

"Ucho, mencintai dan melengkapi sesama sendiri tidak semestinya akan ditakdirkan bersama. Kisah cinta tidak akan berakhir dengan kegembiraan. Walaupun jalan ceritanya menarik" -[name]

"Ucho nak kawin dengan [name]. Ucho sayang [name]" -Kakucho

"Takpe. Nanti kita boleh jumpa dekat syurga kan? Kita kawin lah dekat sana nanti" -[name]

Izana hanya mampu menangis teresak-esak di sisi kau. Dia tidak sanggup melihat kau dalam keadaan sebegitu. Kesedihan yang dia rasakan tidak mampu diungkapkan kerana kisah jalan percintaan kau dan Kakucho berakhir bergitu saja.

"Ucho, jangan siksa diri. Nanti carilah pengganti" -[name]

"Takkan ada yang sama macam [name]. Walaupun ada yang sama, takkan ada siapa yang mampu gantikan [name]" -Kakucho


-----

Takbir raya berkumandang. Riuh rendah suara bergema. Lagu raya klasik juga tidak dilupakan. Baju raya beraneka warna. Wangian makanan cukup menyelerakan.

"Aduh, mana butang baju aku ni. Semalam aku letak kat sini lah" -Kakucho

"Sayangggggggg"

"Oooooooo sayangkuuuuu"

"Sayangggggg sini kejap"

"Ye abang nak apa?" -Sahut Siti

Gurau gurau hehe Siti dah takda kena mengena🤣


"Ye abang nak apa?" -Tanya kau kepada suami kau yang masih lagi terpinga-pinga mencari sesuatu

"Sayang, nampak butang baju melayu abang tak" -Kakucho

"Ni ada kat sayang. Tadi sayang nak tukar butang baju abang ni, so warna dia matching dengan baju raya kita ni" -[name]

"Tolong pakaikan boleh?" -Kakucho

"Boleh. Meh sini. Tunduk sikit, tak sampai lah" -[name]

Kakucho menundukkan kepalanya. Wajahnya kini betul-betul berada di hadapan wajah kau. Tersipu malu kau dibuatnya.

"Ish abang ni. Tak payah lah tunduk sangat" -[name]

"Alaaaaa kenapaaaaaa" -Kakucho

"Takda apa-apa lah" -[name]

"Elele malu lah tu" -Kakucho

"Mana ada malu" -[name]

"Cakap je malu. Comel je bini abang ni" -Kakucho








"ASSALAMUALAIKUM KAKUCHO SERTA ISTERI. KAMI DATANG NAK BERAYA NI. CEPAT JEMPUT KAMI KAT LUAR NI, KAMI DAH LAPAR NAK MAKAN RENDANG." -Shion

"Kaku mana kau! Perut aku ni dah main kompang. Kau jangan nak manja sangat dengan [name]" -Hanma

"Jangan manja sayang" -Shion

"Bidadari aku gaisss" -Hanma







-3 bulan sebelumnya-

Pembedahan kau berjalan dengan lancar. 3 minggu setelah pembedahan, Kakucho datang untuk melamar kah sekali lagi. Lamarannya, engkau terima.

Dek kerana saling mencintai antara satu sama lain, kau berdua selamat diijab kabulkan.

Tiada yang mustahil di dunia ini. Dua hati yang saling mencintai, akan disatukan jua.

Izana? Dia masih mencintai kau. Namun dia tahu. Pada akhirnya, kau sentiasa menjadi milik Kakucho. Izana melepaskan kau dengan rela.

Benar. Melihat orang yang kita cintai bersama yang lain, sakitnya amat mendalam. Namun lebih sakit, jika melihat orang yang kita cintai tidak bersama pada orang yang dia cintai.

Keputusan yang terbaik ialah, melepaskan.






-----

"Dimanakah kanda Kaku dan dinda [name] sedang berada?" -Ran

"Aduhhhhmak Kaku ni, pedih dah perut aku ni tak berisi" -Hanma

"Yang kau tak isi perut dulu apasal?" -Izana

"[name] cakap dia masak banyak, jadi aku tak makan dulu lah kat rumah" -Hanma

"Kalau dalam 5 minit Kaku tak bukak pintu, aku doakan dia cirit di dalam seluar" -Shion

"Jangan kau yang tercirit sudah sebab makan banyak nanti" -Rin

"Takpe. Nanti aku cuci seluar aku guna perfume. Kan Koko" -Shion

"Dasar pengikis harta" -Koko

"Nanti kau belanja lah aku seluar dalam  jenama Gucci" -Ran

"Gucci acik kau" -Koko

"Kalau tak mampu Gucci, Dior pun boleh. Takpe, aku tak memilih orangnya" -Ran


Kau dan Kakucho bergegas membuka pintu utama. Kelihatan jejaka-jejaka segak berbaju Melayu sedang kelaparan di luar pagar.

Kakucho membuka pintu pagar untuk menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Kehadiran mereka disambut oleh senyuman manis daripada Kakucho.

"Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Ewahh " -Hanma

"Woahh kacak kau harini Kaku. Berbaju melayu warna maroon. Bersamping. Pergh" -Izana

"Kau pun apa kurangnya. Warna hijau tua ni sesuai dengan kau" -Kaku

"Aku lagi kacak. Warna kelabu hehe" -Hanma

"Aku lah! Aku warna hitam. Nampak macho" -Shion

"Elehhh. Aku dengan Rin warna baby blue. Mesti mata korang sejuk memandang kan" -Ran

"Koko pulak warna purple. Kacak betul abang Hajime kita harini ye" -Shion

"Warna ungu, maksudnya abang Hajime mesti bagi duit raya warna ungu hihi" -Hanma

"Jangan kau sentuh duit aku" -Koko

"Alahhhh, Akane boleh pulak sentuh duit. Eh lupa, kena reject NGAHAHAHAHHA" -Shion






"Mesyuarat apa yang korang buat kat luar tu. Cepatlah masuk. Makanan dah dihidang ni" -Jerit kau dari pintu

Mereka berlari anak menuju masuk ke dalam rumah. Masing-masing mengambil tempat dan duduk menjamu selera.

Hanma dan Shion sedang asyik berebut tart nenas dan semperit.

Ran sedang menikmati kesemua jenis kek yang ada di atas meja. Kegemarannya, kek lumut cheese.

Rindou pula, sangat menikmati kek holiday inn. Melihat dua beradik itu sangat menyukai kek, kau memotong segala jenis kek yang ada di dalam peti ais. Terbeliak biji mata mereka melihat kek lapis yang kau potong. Ada pelbagai warna. Ada warna biru, maroon, pink, hijau, kuning, warna buah tembikai, pelangi dan sebagainya.

"[name], apa nama semua kek ni. Warna warni lah." -Rindou

"Aku tak tau lah. Ni kek lapis Sarawak. Aku panggil kek frozen je"

"Sedap lah [name]" -Ran

"Ha makanlah banyak-banyak. Jangan risau, kalau nak makan, datang je kat rumah ni. Nanti aku bungkusan jugak untuk korang berdua bawak balik" -[name]

"Yang ni aku suka. Sedap" -Koko

"Yang mana satu-oh. Tu kek masam manis. Aku pun suka tu jugak" -[name]

"Aku suka ni. Kek horlicks dengan kek gado-gado" -Izana

"Sedap kan? Semua ni aku buat. Kecuali kek frozen yang warna warni aku beli" -[name]

-----

"Eh ada almond london lahhh" -Shion

"Woahhhh ada cornflakes madu" -Hanma

"Aku nak ni. Popia!" -Shion

"Aku ambik popia seaweed" -Hanma

"Kuih siput!" -Shion

"Biskut gunting" -Hanma

"Weh cuba korang campurkan air soda dengan air zapel. Sedap weh" -Ran

"Aku suka soda kosong" -Izana

"Aku suka grape" -Rin

"Ada air teh bunga tak" -Koko



Selesai mereka makan biskut, kek, segala kudapan yang disediakan di dalam balang, kau mempelawa mereka untuk makan makanan berat di atas meja makan.

Acara makan dimulakan.

"Ha jemputlah makan. Layan diri je. Ada laksa Sarawak, rendang, ketupat, daging masak kicap, ayam masak merah, daging kari, nasi briyani, ikan talapia masak merah, kelupis, ha jemput makan" -Kata kau kepada mereka

Sungguh berselera ya mereka melahap kesemua hidangan yang ada. Selesai mereka makan, mereka duduk berehat sebentar tatkala Hanma dan Shion masih berebut akan kek hati pari.

Selesai mereka berborak-borak, mereka meminta izin untuk pulang. "Kami balik dulu, sedap makanan tadi. Kenyang perut kami. Terima kasih Kaku, [name]. Semoga murah rezeki dan dikurniakan anak selalu"





"Seronok betul tengok diorang makan" -[name]

"Itulah. Teringat masa kita masih remaja dulu" -Kaku

"Itulah. Rindu betul. Abang lah ni. Spoil betul" -[name]

"Kenapa sayang?" -Kaku

"Tengah nak tunang, sempat pulak abang excident pastu hilang ingatan" -[name]

"Sayang pun sama" -Kaku

"Apa pulak?" -[name]

"Masa abang dah ingat balik, boleh pulak sayang nak nyawa-nyawa ikan dah" -Kaku

"Ni semua author punya pasal lah ni" -[name]

"Takpe, yang penting kita dah kawin. Author masih lagi sendu single lonely"

"Excuse me, kira untung tau aku buat ending nombor 2 ni. Tak mengenang budi" -Author






Selesai sahaja yang lain pulang ke rumah, berkunjung pula Emma, Draken, Hina dan Takemichi. Bukan hanya mereka berempat, Toman juga datang berkunjung. Ha tau tau lah korang apa jadi ngan rumah tu kalau ada Mikey. Perangai Mikey ni harus dibendung dengan segera. Nasib baik atok Sano bawak tongkat sakti untuk ketuk kepala dia.

"Kawin jugak kau berdua ye" -Shin

Bagaimana dengan Siti? Jangan risau. Dia dikahwinkan dengan Kiyomasa atas paksaan. Dia diberikan pilihan. Kahwin bersama Kiyomasa, ataupun kahwin bersama Takeomi. Alhamdulillah. Kiyomasa menjadi pilihan hati.







•Jeng jeng jeng haiiii kamu semua. Rinduuuu kamu semuaaaaaaa. Sorry lambat nak kasi happy ending. Lepas raya ni tadi busy sangat sebab terus exam. Ni baru habis exam minggu lepas. Baru ada kesempatan nak meng-update. Sorry bagi yang tertunggu-tunggu. Masuk form5 di dah makin busy. Dengan kelas tuition lagi. Terimalah chapter happy ending ni. Semoga enjoy. Byeee semua❤️

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 158K 71
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
430K 28.5K 43
[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. S...
1.7K 272 18
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Di malam gelap yang penuh misteri, Bunga Sofea nekad keluar dari rumah untuk mengintai dunia luar, namun hampir t...
8.6K 735 37
status 》 completed "setuju mengahwini dan mencintai awak adalah kesalahan terbesar yang pernah saya buat dalam hidup ni" - ahn chahee di antara dua p...