Chapter 15

63 11 38
                                    

[aku skip lah 3 hari. Anjayyy asyik skip je kerja aku ni🤣]









Setelah 3 hari kau ulang-alik dari hospital ke rumah, Kakucho masih tidak menyedarkan diri. Kau hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Kakucho lekas disembuhkan. Kau redha apa yang berlaku, kau tidak menyalahkan takdir.

Sedang kau duduk menatap wajah Kakucho, dada kau sakit semula seperti yang kau selalu alami. Kau mengambil cawan dan minum air. Namun sakitnya tak hilang-hilang.





"[name] nah makan dulu- [name] kenapa ni!!"



Izana panik melihat kau menangis disitu. Dia tidak tahu apa yang terjadi, dia terus menemani kau disitu.



[name]: Dada aku sakit....
Izana: S-Sakit? Dada kau?
[name]: Ye....
Izana: Kau nak aku buat apa? Tak kan aku nak urut dada kau pulak
[name]: Aku tak suruh lah kau urut
Izana: Sakit lagi ke?
[name]: Kurang






Setelah 15 minit, dada kau dalam keadaan yang normal semula dan nafas teratur kembali. Kau menghirup oksigen dengan panjang dan melepaskan kembali karbon dioksida dengan leganya.




Izana: Kau okey tak tadi?
[name]: Kalau aku oke aku tak nangis
Izana: Kau kenapa tadi?
[name]: Tak tau lah, dari dulu lagi dada aku akan sakit mengejut macam tu
Izana: Selalunya apa kau buat kalau sakit dada
[name]: Aku biar lah sampai dah tak sakit lagi







Kau kembali menatap wajah Kakucho semula. Sayu hati kau apabila melihat orang yang kau sayang terbaring di hadapan. "Saya sayang awak" Perkataan Kakucho tersebut masih terngiag-ngiang di dalam kepala.

Setelah 10 minit kau termenung mengenang nasib, ibu jari Kakucho bergerak sedikit. Kau terkejut. Kau pantas menoleh ke wajahnya. Dahi Kakucho berkerut. Kelopak matanya juga bergerak seakan-akan ingin membuka mata.






"IZANA! KAKUCHO NAK SEDAR!"




Izana yang sedang tidur terkejut mendengar kau menjerit. Dia segera memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Kakucho.







[name]: Ucho awak dengar tak?
Kakucho: ughh kepala aku sakit...
[name]: Uchooooo bukak lah mata. Saya dah tunggu awak ni
Kakucho: ughh



Kakucho membuka mata dengan perlahan-lahan. Benda pertama yang dia lihat ialah siling yang berwarna putih. Penglihatannya yang kabur mula jelas semula. Dia menoleh ke kiri dan melihat susuk tubuh wanita yang sangat ayu wajahnya.



[name]: Ucho awak dah sedar!
Kakucho: Hah? Saya dekat mana ni
[name]: Awak kemalangan sebelum majlis pertunangan kita haritu. Awak koma tau
Kakucho: Hah? Kemalangan?
[name]: Ye kemalangan. Ucho nanti [name] masak sedap-sedap untuk Ucho tau
Kakucho: [name]?
[name]: Yee?
Kakucho: Siapa [name]?






Hancur berkecai hati kau apabila mendengar apa yang Kakucho baru saja katakan. Kau berfikir dia bergurau. Kau cuba menarik perhatiannya semula.



[name]: Ucho jangan lah main-main. Mata saya dah sakit ni sebab nangis
Kakucho: Tak. Awak siapa?
[name]: Awak tak ingat saya? Saya [name] lahhh. [name], bakal tunang awak
Kakucho: Tunang? Saya tak faham. Makcik! Mana makcik!







Izana masuk bersama doktor. Izana sudah menemui kau menangis semula. Dia bingung kenapa kau menangis. Mungkin menangis kegembiraan kerana Kakucho sudah sedar semula.




[name]: Kenapa Ucho tak kenal aku?
Izana: Apa benda kau cakap ni?
[name]: Dia kata dia tak ingat aku



Izana cuba memanggil Kakucho.




Izana: Kaku, kau ingat aku tak
Kakucho: Sumpah aku tak ingat! Kenapa aku ada kat sini!





Doktor cuba menenangkan Kakucho. Izana membawa kau keluar dari bilik tersebut dan menunggu apa yang doktor katakan.

Setelah 15 minit menunggu, doktor akhirnya keluar. Melihat ekspresi muka doktor, kau sudah tahu sesuatu yang buruk sedang terjadi.



Doktor: Saya minta maaf, Encik Kakucho..... Hilang ingatan. Kami mengenal pasti bahawa ini berlaku akibat kepalanya terhantuk dengan kuat semasa kemalangan
[name]: Izana apa ni?
Izana: Ada peluang tak kawan saya tu ingat balik
Doktor: Jangan risau. Ada peluang untuk ingatannya kembali. Cuma perlu mengambil masa untuk pulih semula






Kau masuk semula ke dalam bilik tersebut bersama Izana. Kau melihat Kakucho sedang duduk menghadap tingkap. Kau memanggil namanya semula dengan harapan dia akan menoleh.




[name]: Ucho?
Kakucho: Saya taknak jumpa siapa-siapa sekarang ni
Izana: Kaku tengok lah dulu, ni lah orang yang kau sayang sangat yang kau sanggup mati semata-mata nak cari dia dulu
Kakucho: Dahlah jangan kacau aku dulu. Aku tak kenal korang berdua!





Izana mengajak kau keluar semula dengan harapan dapat menenangkan Kakucho. Izana mengajak kau melawat Ran dan Shion yang berada di bilik yang sama kerana kecederaan mereka berdua tidak terlalu serius.









[name]: Ran, Shion, korang berdua okey kah harini?
Ran: Sepatutnya saya yang tanya awak okey ke tak
Shion: Sorry [name], aku tak tau benda akan jadi macam ni
[name]: Takpa, nak buat macam mana. Benda dah jadi
Ran: [name], jangan stop cintakan Kaku. Dia sayang kau sangat. Masa perjalanan haritu, dia tak henti-henti cakap pasal kau







-flashback-



Kakucho: Aku tak sabar nak sampai ni
Ran: Rilek lahhh, tak lama lagi ni
Kakucho: Aku tahu ni cringe, tapi aku sayang sangat kat [name]. Sayang aku takkan pernah berubah untuk [name]. Aku memang nak kawin dengan dia je
Shion: Tau. Dah tunang dengan [name] nanti, kau jaga lah dia elok-elok. Jangan sakitkan hati dia
Kakucho: Aku janji aku jaga dia. Aku sayang dia sangat









-Sorry dho korang. Okelah selamat menyambut bulan Ramadan. Jangan risau, Mikey akan kena ikat.

Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now