Chapter 5

114 13 7
                                    

"Yang ni singular pronoun. Perkataan lepas subject ni kena tambah 's'. Kalau kata ganti nama diri pertama contohnya 'aku', takyah tambah 's'. Kata kau sambil menerangkan dengan lebih ringkas lagi kepada Emma dan Hina.





Seperti yang telah kau janjikan kepada Emma dan Hina, kau datang bertandang ke rumah Emma untuk membantu mereka menyelesaikan tugasan sekolah. Memandangkan sekolah dah mula bercuti selama 1 minggu, kau bersetuju untuk membantu mereka. Kau berasa seronok ketika dapat berkongsi ilmu dengan orang lain. Kau sudah menganggap Hina dan Emma seperti adik kau sendiri.






"Oke, cuba ulang balik ayat ni" Cakap kau. "If Hani disobey what brother and sister say, she will get in serious problem" Ulang Hina dan Emma


[name]: Jadi, perkataan mana kena tambah 's' ?
Hina: disobey
[name]: Betul. Jadi apa jawapan?
Emma: disobeys
[name]: Okee bagus. Kita rehat 10 minit jap ye










Kau bertiga menuruni tangga dan menuju ke dapur untuk meneguk segelas air. Sedang kau bertiga berehat di dapur, kedengaran bunyi bising di luar rumah. "Hmm Emma? Bunyi motor siapa banyak sangat tu?" Tanya kau









Emma: Abang saya yang nombor 2. Akak tak pernah jumpa lagi kan?
[name]: Ha ah. Akak tahu yang sulung dengan yang nama Mikey tu je, member pakwe Emma kan?
Emma: Ha betul-betul









Sedang rancak bersembang, tiba-tiba perbualan kau bertiga disampuk oleh seseorang. "Emma abang Ngah nak gi lepak jap. Nanti kalau along balik, cakap kat dia abang Ngah lepak kejap je" Pesan Izana kepada Emma. "Abang usu mana?" Tanya Emma lagi. "Mikey ngan Toman kot rasanya" Jawab Izana










Selesai berpesan kepada Emma, mata Izana tertumpu ke arah kau. Tatapannya kepada kau menampakkan bahawa mukanya penuh dengan tanda tanya. "Ni akak senior Emma, nama dia-" Belum sempat Emma menghabiskan kata-katanya, bunyi riuh rendah kedengaran di luar rumah.











Tenjiku

"Aku dah cakap kan jangan main macam tu! Sumpah aku takda abang" Cakap Rindou. Yang lain hanya ketawa melihat Ran yang jatuh tersungkur. Tertiarap lagi. "Aduhhhhh nasib baik orang lain tak nampak" Cakap Ran dalam kesakitan.





Izana: Apasal ni?
Koko: Dan kononnya nak buat shuffle dance, last-last terjatuh
Izana: Memang padan ngan muka kau. Dah jom gerak
Kakucho: Aku rasa lepas ni nak pergi kat kedai buku
Izana: Ha boleh, jom gerak








---


Kau, Emma dan Hina meneruskan lagi sesi pembelajaran yang tertunda tadi. Sesi pembelajaran itu tamat pada pukul 5.30 petang. Shinichiro memberikan sedikit makanan ringan dan air kotak kepada kau sebagai tanda terima kasih kerana membimbing adik bongsunya di dalam pembelajaran. Hina dan Emma mengucapkan selamat tinggal kepada kau.







Kau meneruskan langkah kau untuk menuju ke cafe kegemaran kau. Roti susu sudah bermain-main di dalam fikiran kau sedari tadi. "Yesss takda orang" Cakap kau dalam hati. Kau masuk ke dalam cafe itu dan membeli roti susu yang kau inginkan.

Selesai mendapatkan apa yang kau inginkan, kau melangkah keluar dari cafe itu. Dari jauh lagi kau boleh dengar bunyi motosikal yang banyak jumlahnya. Kau mempercepatkan langkah kaki kau dan beredar dari cafe tersebut. Sungguh lega hati kau apabila kau sudah berada jauh dari cafe tersebut.













Tenjiku

"Jap eh aku nak beli roti jap" Cakap Kakucho. Dia bergegas masuk ke dalam cafe tersebut dan bertanyakan apakah roti susu masih ada. "Roti susu ada lagi tak?" Tanya Kakucho. "Ada tapi tinggal 3 je lagi sebab pelanggan tetap kami baru je beli tadi" Jawab pekerja disitu. "Ha boleh-boleh" Jawab Kakucho



Selesai membeli roti susu, Tenjiku pergi ke taman permainan yang usang dan tidak dikunjungi orang lain. Semakin kerap Tenjiku bersosial disitu, semakin bersih taman itu. Taman yang dipenuhi sampah, mereka cucikan. Lama-kelamaan, taman ini kembali ceria namun masih tiada kunjungan dari orang lain selain mereka.






Kakucho duduk di buaian sambil merenung gambar perempuan yang dia rindui. Sedang yang lain lagi asyik bermain, disitu ada Kakucho yang berseorangan menatap wajah orang yang dia cintai di dalam gambar.




"Aku rasa aku dah jumpa Instagram dia, tapi bila aku mesej, rupanya orang lain" Cakap Koko kepada Kakucho. Hancur hati Kakucho mendengarnya, ibarat diberi harapan palsu oleh Koko. "Kalau kau duduk kat sini kan best, kau boleh cari dia tiap-tiap hari" Cakap Rindou









Kakucho: Itulah, aku pun ada plan jugak nak ajak makcik ngan pakcik aku pindah kat sini
Izana: Diorang setuju tak?
Kakucho: Aku belum tanya lagi
Ran: Kau try tanya dulu, mana tahu diorang setuju
Kakucho: Nantilah aku bincang dengan diorang








Selesai bersantai-santai di taman, Tenjiku bersetuju untuk menamatkan hari mereka. Mereka pulang ke rumah masing-masing. "Cau lu Kakucho. Hati-hati balik kat tempat kau. Jauh pulak tu. Kitorang takpe lah kat sini je rumah" Cakap Izana. Dengan itu, Kakucho pulang ke rumah dengan keadaan yang selamat.












---



"Mak, [name] dah start cuti seminggu. Kita tak pergi mana-mana ke?" Tanya kau. "Yang cuti tu budak sekolah, bukan ayah yang cuti" Jawab mak kau.




Kau masuk ke dalam bilik dan mula menelaah. Selang 2 jam, kau mula berasa bosan. "Bila lah boleh jumpa dengan Ucho" Gumam kau sendiri. Jendela dibuka dan terpapar langit malam yang indah. Langit malam diterangi bulan dan dipenuhi bintang mengingatkan kau kembali tentang memori yang telah kau cipta bersama Kakucho.



Jendela dibiarkan terbuka dan buku kembali dibaca. Biarpun buku dibaca, Kakucho tetap berlari-lari di fikiran















---





Makcik: Jadi ke kita nak pindah
Kakucho: Hah? Makcik setuju?!
Makcik: Sekali-sekala makcik pun nak merasa duduk kat tempat lain
Pakcik: Pakcik pun. Nak jugak menghabiskan masa romantik kami dekat tempat lain yang lebih cantik
Makcik: Bandar yang kamu cakap tu, tempat kawan kamu [name] tu pindah dulu kan?
Kakucho: Yee
Pakcik: Oooooooo fahammmm. Faham









Barangan rumah mula dikemaskan. Sungguh beruntung menjadi Kakucho, sangat bijak. Kakucho telah mencari rumah terlebih dahulu untuk mempercepatkan lagi proses pemindahan. Malahan Kakucho juga sudah berbincang dengan pengurusan pembelian rumah itu.











Selesai sesi mengemas, Kakucho baring diatas katil menandakan ingin beradu dibuai mimpi. Senyuman manisnya masih tidak pudar dari bibirnya. Hatinya melonjak kegirangan ingin meneruskan mencari destinasi cintanya. Kakucho terasa seperti berada di awang-awangan. Dia tidak dapat tidur lalu membuka jendelanya.




"Saya janji, saya cari awak sampai dapat. Saya harap awak masih ingat kat saya" Cakap Kakucho di dalam hati. Kakucho membiarkan jendelanya terbuka dan terlena. Angin malam meniup tubuh tubuh Kakucho dengan lembut.



[Apo ni Kakucho, kot ye pun, tutup lah tingkap. Nanti setan masuk]







Stargazing [Hitto Kakucho]✔️Where stories live. Discover now