ARABELLA

By dewihera_

114K 9.7K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.

𝟑𝟒.

5.5K 379 66
By dewihera_

SKRIN telefon bimbit yang penuh dengan notifikasi mesej dan panggilan tidak berjawab, dipandang lama. Semua mesej dan panggilan itu adalah daripada Ace. Jarinya menekan pula aplikasi mesej. Bibirnya diketap rapat saat membaca ke semua pesanan itu yang ternyata bukan Ace pengirimnya.

Hayden, ini Arabella. Saya pinjam telefon Ace. Awak akan datang sini ambil saya bila?

[10th December]

Awak datang hari ni?

[11th December]

Hari ni awak datang tak?

[12th December]

Boleh jagakan Sashimi sekejap? Dan kalau awak datang England, boleh bawa saya balik?

[14th December]

Hayden, boleh awak datang ambil saya hari ni?

[17th December]

Saya masih di hotel yang sama. Saya tunggu awak dekat sini, okay?

[19th December]

Awak akan datang kan, Hayden?

[20th December]

"Dah baca berita tu?"

Telefon bimbit ditutup. Mata yang berkaca dikelip pantas. Hayden segera memalingkan tubuh, menghadap Lucia yang sudah mengambil tempat di atas sofa di dalam bilik kerjanya dengan segelas penuh wain di tangan.

"Is it okay to start your morning with a wain?" Soal Hayden mendatar. Tumpuan dialihkan ke arah dokumen yang terbuka luas di hadapannya.

Lucia tersenyum senget saat Hayden mengubah topik perbualan. Wain disisip sehingga separuh. Dia bangun dan berpindah ke tempat duduk berhadap Hayden di meja kerja lelaki itu.

"Dah baca berita tu?" Lucia mengulang pertanyaan yang sama dengan mata merenung lama Hayden yang sibuk dengan kerjanya. Dia mengetap rahang apabila lelaki itu sedikit pun tidak menghiraukan dia.

"Mungkin saya patut buat press hari ni." Sambung wanita itu dan meneguk lagi wain di tangannya.

Tap!

Pen di tangan dihempas kasar. Hayden meraup mukanya dan bersandar pada kerusi. Mencerlung tajam wajah bersahaja milik Lucia.

"Hari ni bukan hari yang sesuai untuk ugut saya, Lucia."

Lucia mengangkat kening. "Saya tak ugut awak. Berita yang saya nak release ni pun tak ada sebut pun nama Hayden Ahyoka Raphael, tak ada kena mengena pun dengan awak, tak mengganggu reputasi awak pun. Apa yang awak risaukan sangat?" Sindir wanita itu sambil mencebik, mengejek Hayden yang mula beriak keruh.

Hayden tidak menjawab. Dadanya turun naik, cuba menahan diri daripada mengamuk. Sejak hari pertama dia di England, Lucia tidak berhenti mencabar kesabarannya sehingga dia terpaksa meninggalkan Arabella berseorangan di sana.

"Apa lagi yang awak nak, Lucia?! Bella dah tak ada dekat Itali! Saya tinggalkan dia dekat England! Dia dah tak ada dengan saya! Kenapa awak terus nak buat benda ni?!" Suara Hayden meninggi. Tubuhnya tegak dengan mata helang itu semakin tajam menikam wajah sarkastik yang dipamerkan oleh Lucia.

"Tinggalkan dia? Siapa suruh awak tinggalkan Love? Saya cuma cakap saya nak buat press yang mengatakan sebelum ni saya koma dekat hospital dan Love yang gantikan tempat saya. Saya buat ni untuk pulihkan balik reputasi saya. Awak yang beriya balik Itali semata-mata nak halang saya. Salah ke apa yang saya nak buat?"

"Baca balik headline yang awak tulis tu, Lucia. 'Love Arabella rampas kerjaya Lucia Aralyn selepas hampir meragut nyawa kakak sendiri dan merupakan pembunuh Adam Trystan'. You were trying to ruin Bella's life!" Hayden menolak kasar Ipad miliknya yang menayangkan berita yang dihantar oleh Lucia untuk mengugutnya minggu lepas.

Lucia tertawa sarkastik.

"Trying? Her life is already ruined without I even try." Gumam wanita itu perlahan tetapi cukup untuk membuatkan Hayden terkedu seketika. Lelaki itu menghela nafas berat.

"Just stop, Lucia. Kenapa awak bencikan Bella? What did she ever do to you?!"

"She took you away from me!"

"She wasn't! Nobody took me away! I'm the one who falls out of love!"

Sepi. Lucia terpana. Matanya menatap lama mata yang sedang merenungnya dengan penuh kemarahan itu. Gelas wain di tangannya digenggam erat sebelum dihempas kuat ke atas meja dan dia berdiri.

"Still, she's the reason for all of this. Kalau dia duduk je dengan Adam masa tu, saya takkan kena tembak. Saya takkan koma. Saya dapat jadi model untuk jenama idaman saya dan awak takkan kahwin dengan dia."

Mata Hayden mengecil. Tulang rahangnya bergerak-gerak menahan amarah kerana bicara Lucia. Duduknya dibetulkan.

"Get out, Lucia."

"Awak patut ada dekat side saya, Hayden. I'm the victim!"

"I said, get out!"

Lucia terundur setapak ke belakang saat dijerkah oleh Hayden. Beg tangannya dicapai kasar. Tanpa suara lagi, langkahnya dibawa keluar daripada bilik kerja Hayden.

Hayden melepaskan keluhan berat. Ipad miliknya yang masih terbuka dicapai. Untuk kesekian kalinya tajuk utama berita yang mahu ditularkan oleh Lucia itu dibaca. Bibir bawah digigit, memikirkan nasib Arabella jika Lucia benar-benar mahu menyebarkan berita itu. Jika itu terjadi dia tidak mempunyai jalan lain selain menggunakan kuasanya yang sekali gus akan menjatuhkan reputasi Lucia dan ketika itu wanita itu tidak akan punya apa apa lagi selain status bankrup.

Ting!

Tumpuan Hayden jatuh pada telefon bimbitnya. Satu notifikasi mesej yang keluar pada skrin telefonnya dibuka.

Hayden, ni Arabella. Boleh saya sambut Christmas dengan awak? Saya tunggu awak dekat tempat yang sama tau.

[24th December]

Hayden tersenyum pahit. Air matanya kembali bergenang. Dia terbayang akan Arabella yang sedang tersenyum semasa manaip semua ini. Satu per satu mutiara jernih, jatuh menyentuh pipinya. Dia sangat rindukan wanita itu. Mendapat tahu bahawa Arabella sedang menunggunya selama ini, kenyataan itu semakin menghentam dada.

"What did I do to deserve you, Love Arabella..."








































"NAH! terima kasih!"

Arabella memulangkan semula telefon bimbit kepada Ace. Skarf yang melilit lehernya dibetulkan sambil sebelah tangan memeluk kayu api yang dikutip bersama dengan Ace tadi.

"Sama-sama."

Ace menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket. Dia tersenyum kecil ketika melihat wajah Arabella yang tampak lebih ceria hari ini berbanding hari lain. Selalunya selepas menghantar mesej kepada Hayden, wajah wanita itu akan kelihatan sugul kerana Hayden yang tidak pernah membalas pesanannya, tetapi hari ini Arabella nampak seperti tidak kisah tentang perkara itu.

"Hm, ada orang teruja nak sambut Christmas ke?" Usik Ace dengan mata yang dikecilkan. Sikunya menyenggol perlahan bahu Arabella membuatkan wanita itu tertawa suka.

"Ini pertama kali saya sambut Christmas!" Balas Arabella dengan senyuman lebarnya. "Dan saya dapat jumpa Hayden!" Sambungnya penuh semangat.

Senyuman Ace bertukar hambar. Lelaki itu cuma mendiamkan diri, memerhati Arabella yang melangkah gembira tanpa mengendahkan salji yang semakin menebal di tanah, membantunya mengutip kayu api untuk dibakar pada musim sejuk ini.

"Puan Love—"

"Panggil saya Love je lah! Jangan ada puan." Rungut Arabella sambil menghantar jelingan tajam kepada Ace. Ace tersenyum tipis.

"Love."

"Ya, saya?"

"Kalau Tuan Hayden tak datang?"

Diam. Arabella tidak menjawab. Dia menyusun satu per satu kayu api di tangannya di dalam sebuah kotak. Soalan pula Ace dibiar sepi.

"Love—"

"Saya tak tahu."

Kening Ace bertaut. "Tak tahu?"

"Kalau Hayden tak datang, saya tak tahu...saya tak fikir pun pasal tu. Saya cuma nak dia ada dengan saya masa Christmas nanti. Jadi, saya tak tau nak buat apa kalau dia tak datang." Tutur Arabella perlahan.

"Tapi, Hayden mesti datang! Saya dah tulis surat pada Santa. Mungkin tengah malam ni Santa hantar dia untuk saya." Sambung Arabella sebelum tergelak, untuk menceriakan semula suasana murung tadi. 

Ace tidak membalas gurauan wanita itu. Dia mengetap bibir dan mengangguk perlahan.

"Awak boleh datang sini dan sambut Christmas dengan keluarga saya." Ace mencangkung di sisi Arabella, dia juga menyertai wanita itu menyusun kayu api di dalam kotak kayu.

Arabella tersenyum kecil kerana pelawaan Ace tetapi rasanya mustahil untuk dia datang ke sambutan Christmas keluarga orang lain. Selain itu, dia juga sudah banyak menyusahkan Ace selama ini. Lebih-lebih lagi dengan ketiadaan Hayden, masa Ace terbuang banyak hanya untuk memastikan dia dalam keadaan yang baik.

"Lepas Christmas nanti saya akan cari kerja."

"Saya boleh tolong." Pintas Ace tetapi dibalas gelengan daripada Arabella.

"Saya rasa cukuplah awak tolong saya, Ace. Awak sepatutnya dengan Hayden kan sekarang? Dan saya pun dah patut mula berdikari. Saya ada simpanan sendiri sekarang. Tak banyak tapi cukup untuk saya, sampai saya dapat kerja nanti." Arabella melemparkan senyuman ikhlas kepada Ace yang berwajah mendung itu. Lelaki itu cuma menunduk, menguis kayu api yang sudah disusun di dalam bekas.

"Tapi, awak perempuan, Love. Perlu ada seseorang untuk jaga awak. Saya boleh tinggalkan kerja saya dan ikut awak."

"Saya boleh jaga diri saya sendiri."

Ace mengangkat wajah, merenung Arabella yang masih tersenyum manis. Matanya turun seketika ke arah lengan Arabella yang tertutup dengan baju sejuknya.

Arabella yang perasan akan ke mana fokus Ace tertumpu, cuma tertawa halus membuatkan pandangan Ace kembali pada wajah cantik itu.

"Saya akan jaga diri saya sebaik mungkin." Tambah Arabella yakin tetapi riak Ace masih tidak berubah. Lelaki itu masih merenungnya dengan penuh rasa gusar. Bukan itu sahaja yang menganggu fikiran Ace, tetapi banyak. Terlalu banyak tentang Arabella yang membuatkan dia tidak tenang.

"Awak takkan lupakan saya, kan?" Tanya Ace.

Arabella cuma tersenyum. Dia tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu. Ace yang mengerti akan sepi Arabella, mengukir satu senyuman paksa.

"Walau dekat mana pun awak, saya akan melawat awak setiap minggu. Awak tak dibenarkan lupakan saya. Muktamad!" Putus Ace pada akhirnya mendatangkan gelak kecil Arabella. Ace turut tertawa sama sebelum tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukannya.

"I may not always be there for you, Love. But, if everything falls apart...just promise me, you'll come to me and you'll let me help." Bisik Ace sambil mengeratkan pelukannya pada tubuh Arabella. Arabella membalas kejap dakapan hangat Ace.

"I promise, Ace."





































































SECAWAN kopi yang masih berasap digenggam erat. Sebelah lagi tangannya memegang sebuah buku lukisan. Setiap manusia yang lalu lalang di hadapannya ditilik untuk memastikan jika itu ialah Hayden atau tidak.

Dia terus duduk di situ, menonton sekumpulan koir menyanyi di pinggir jalan dan kanak-kanak yang berlari sambil saling membaling bola salji ke arah satu sama lain. Arabella sesekali ketawa melihat keletah kanak-kanak di situ dan ibu bapa mereka yang terus membebel ketika anak-anak mereka masih mahu bermain di luar walaupun tengah malam sudah hampir satu jam berlalu dan Hari Natal juga sudah bermula.

Arabella menunduk memandang kopi yang sudah bertukar suam. Pandangannya dialihkan ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat seseorang yang ditunggu-tunggu sejak dua jam lalu di jalan yang semakin sunyi itu.

Skarf ditarik sedikit ke atas, menutup hidungnya yang mula memerah kerana cuaca yang sejuk. Nasib sahaja tiada ribut salji pada malam itu, jadi dia menunggu lagi untuk satu jam yang seterusnya.

Fokus Arabella cuma tertumpu ke arah kopi panas yang sudah bertukar menjadi kopi ais di tangannya. Dia bangun, bercadang untuk membelikan kopi yang baru untuk Hayden. Langkahnya terhenti apabila matanya menangkap satu figura yang sedang berdiri beberapa meter jauh darinya.

Lelaki itu mengukir senyuman sewaktu pandangan mereka bertembung. Sebelah tangannya diangkat dan dilambai perlahan kepada Arabella yang masih terkaku di tempatnya berdiri.

"Hayden..."

Kakinya segera digerakkan. Langkah dilajukan, berlari terus ke dalam pelukan Hayden. Tubuh tinggi itu didakap erat seperti tidak mahu dilepaskan. Tidak nanti, tidak esok, tidak lusa. Dia tidak mahu melepaskan tubuh itu pergi sampai bila-bila, jika dia mampu.

Hayden membalas pelukan itu, lebih erat. Matanya terpejam rapat saat merasakan kehangatan tubuh Arabella. Hidungnya dibenamkan ke rambut panjang yang sudah menjadi kegemarannya. Apa yang dia fikirkan ketika meninggalkan wanita ini? Dia boleh dapatkan pelukan sebegini setiap hari. Mengusap rambut ikal itu, mengelus kulit gebunya dan membiarkan setiap inci tubuh kecil itu terbenam di antara lengannya. Tidak dapat diungkapkan betapa berat rindunya buat Arabella.

Selepas hampir setengah jam, Arabella meleraikan dakapannya. Buat lelaki itu, dia menghadiahkan senyuman paling manis walaupun air mata semakin membanjiri pipinya diselangi esakan kecil. Berkali-kali belakang tangannya dilalukan, mengesat air mata sehingga wajahnya memerah.

"Air mata saya...tak nak berhenti..."

Hayden tertawa kecil. Pinggang ramping Arabella dirangkul. Sebelah tangannya diangkat dan menyeka air mata yang masih mengalir di pipi wanita itu.

"It's okay. You can cry, Cinta. I got you." Bisik Hayden sebelum melabuhkan lama bibirnya pada dahi Arabella.

"Tadi, saya belikan awak kopi, tapi dah sejuk..."

Hayden tersenyum hambar. "Maaf, saya lambat."

"Tak apa. Awak dah ada sekarang." Arabella tersenyum lebar. Mata biru langit itu menatap lama Hayden yang juga sedang merenungnya. Jari jemari panjang itu dilarikan ke rambut ikal milik Arabella.

"Saya tak boleh lama dekat sini." Tutur Hayden perlahan. Senyuman Arabella bertukar hambar sebelum perlahan-lahan kepalanya diangguk tanda mengerti.

"Saya faham." Dia menoleh ke arah bangku di mana tempat dia duduk tadi. "Saya ada hadiah untuk awak. Tunggu sekejap." Arabella berpaling dan berlari anak mencapai buku lukisannya sebelum kembali semula kepada Hayden.

Mata Hayden tidak teralih daripada terus memerhati setiap gerak Arabella. Senyuman pada bibir kecil itu tidak pudar sedikit pun sejak pada saat pertama matanya jatuh pada kelibat Arabella.

"Ini untuk awak." Arabella menghulurkan buku lukisannya kepada Hayden. Lelaki itu mencapai pemberian itu dengan kening yang berkerut.

"Tapi ini awak punya."

"Sekarang dah jadi milik awak."

Senyuman Hayden melebar. Baru sahaja muka surat pertama buku itu mahu diselak, Arabella menahan tangannya.

"Awak kena mula daripada muka surat terakhir." Arabella membalikkan buku lukisannya.

"Satu hari awak cuma boleh tengok satu helai lukisan je. Itu peraturannya. Kalau awak langgar peraturan tu, hadiah saya dah tak jadi istimewa. Kalau dah tak istimewa, nanti saya sedih." Sambung Arabella dan menyerahkan semula buku lukisan itu kepada Hayden.

Hayden tertawa halus semasa Arabella mencebik. Dia mengangguk faham akan peraturan yang perlu dia ikut.

"Ada 90 muka surat jadi awak ada masa 3 bulan untuk tengok lukisan saya."

Hayden mengangguk lagi.

"Lepas 90 hari, kita jumpa dekat muka surat pertama."

Kedua-dua kening Hayden terangkat. "Maksudnya?"

Arabella tersenyum penuh makna. "Maksudnya—lepas 90 hari nanti awak tahulah." Usik wanita itu. Hayden menjelingnya manja tetapi tetap mengangguk. Tangannya dibawa menyeluk poket belakang yang ditutup dengan jaket tebal panjangnya.

"Untuk bunga matahari saya."

Lima kuntum bunga matahari dikeluarkan dan diberikan kepada Arabella. Arabella bertepuk tangan suka lalu menyambut huluran Hayden.

"Cantiknya! Terima kasih! Saya dah lama cari bunga matahari tapi musim sejuk dekat sini, jadi tak ada bunga."

Hayden tersenyum. "Ada satu lagi."

"Hm? Ada hadiah lagi?" Arabella memeluk erat bunga matahari pemberian Hayden sambil matanya memerhati lelaki itu yang sedang menguraikan sesuatu pada lehernya sebelum memberikannya kepada Arabella.

"Merry Christmas, Love Arabella. I hope Santa is good to you this year."

Senyuman Arabella memudar. Seutas rantai berkalungkan cincin yang pernah berada di jari manisnya dahulu dipandang. Perlahan-lahan tangannya dipanjangkan, mengambil rantai itu.

"Ini bukan saya punya. Ini Lucia—"

"It's yours. It has always been yours." Pintas Hayden. Rantai itu diambil semula. Dia maju setapak dan memakaikan rantai itu ke leher Arabella. Arabella cuma diam, membiarkan perbuatan Hayden.

"Waktu saya tahu saya akan berkahwin dengan awak, saya buat cincin yang lain. Tak tahu kenapa waktu tu, saya pilih cincin yang paling menarik perhatian saya, yang paling mahal, yang paling istimewa bagi saya dan yang akan nampak cantik pada tangan awak." Cerita Hayden membuatkan Arabella mendongak memandangnya. Mata biru langit itu mula berkaca.

"Walaupun awak bencikan saya?"

Hayden tersentak. Wajah sayu di hadapannya ditatap tidak percaya. "Bella, saya tak pernah bencikan awak."

"Jadi, kenapa awak tinggalkan saya? Awak dah janji awak nak jaga saya, tapi kenapa...kenapa awak pergi?"

"Bella...saya..." Hayden tidak dapat menghabiskan bicaranya. Bibir bawahnya digigit kuat apabila melihat pipi gebu itu kembali dibasahi dengan air mata. Sekali lagi, tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Dia tidak boleh memberitahu sebab sebenar dia meninggalkan Arabella. Semua yang dia lakukan adalah untuk keselamatan wanita itu.

"If we're meant to be, fate will bring us to where we wish to be. For this while, please wait for me, Cinta."

"Untuk berapa lama lagi?" Tanya Arabella lirih.

Hayden terdiam. Bibirnya dilekap lama pada dahi Arabella. "I don't know, Cinta. I'm sorry."

Arabella tersenyum pahit. Perlahan-lahan, dada Hayden ditolak supaya menjauhinya. Dia juga tidak mengharapkan lelaki itu kembali padanya. Air mata dikesat dengan belakang tangan.

"It's okay, Hayden."

Langkah dibawa berundur ke belakang, beberapa tapak jauh daripada Hayden. Pandangan ditundukkan, memandang jejak tapak kasut pada permukaan salji yang semakin menjauhi lelaki di hadapannya. Kepala kembali diangkat. Mata yang terasa panas dengan linangan air mata, dikelip pantas.

Hayden yang cuma diam menatapnya, dihadiahkan segaris senyuman.

"You already made me happy, I won't ask for more." Ucap Arabella. Senyumannya masih setia begitu juga air matanya yang masih mengalir.

Hayden hanya terpaku. Kedua-dua buku limanya dikepal erat menahan diri daripada menggapai tangan Arabella yang menjauh.

"Can we watch the stars together if we cross path again?" Soal suara lembut itu membuatkan Hayden tersenyum kecil.

"Yes, of course, Cinta."

Arabella mengangguk. Satu lagi langkah ke belakang diambil tetapi kali ini Hayden turut mencipta langkahnya. Dia maju tiga langkah untuk satu langkah Arabella. Arabella berhenti apabila sedar bahawa perbuatannya hanya membuatkan Hayden semakin mendekat.

"I wish I had met you sooner, Love Arabella. I wish you were the one who made me smile five years ago. I wish you were the one who made me believe in love again."

Wanita itu cuma menunduk dengan satu senyuman tawar pada bibirnya. "Awak patut tulis semua tu pada Santa. Mungkin hajat awak jadi kenyataan." Balas Arabella sebelum tergelak perlahan.

"I did." Gumam Hayden. Arabella mendongak.

"Then, you just need to wait."

Hayden membisu. Wajah cantik yang disinari cahaya bulan itu ditatap penuh minat. Arabella turut membalas renungan sepasang mata hazel milik lelaki itu.

Mereka membiarkan jeda mengambil alih buat beberapa minit dan menggantikan perbualan itu dengan saling berbalas pandangan yang sarat dengan seribu perasaan terpendam.

"Saya cintakan awak, Love Arabella." Suara Hayden akhirnya memecah kesunyian.

Riak tenang Arabella berubah kaget. Dia terpana saat mendengar ucapan tiga patah perkataan keramat itu yang pertama kali didengari dan ia akhirnya datang daripada lelaki yang dicintai, yang paling ditunggukan. Mengkhianati tubuh sendiri, kakinya ingin berlari semula kepada Hayden tetapi bisikan hati pantas menghentikan langkahnya. Bibir dikemam kuat.

"Don't you think it's a little too late?" Tanya Arabella lemah.

"Yes. It's too late." Jawab Hayden. Dia maju lagi, merapatkan jarak mereka semula. "But I won't give up on you, my heart won't give up on you. I'll love you until my very last breath. Every beat of my heart is yours. I don't want to leave without you knowing that." Hayden berhenti saat hujung kasutnya menyentuh hujung kasut Arabella.

Sebelum Arabella ingin membuka mulut, membalas, Hayden lebih laju meragut bibir mungil itu. Ciumannya diperdalamkan tanpa memberi kesempatan buat wanita itu mencari nafas, melepaskan rasa berat rindunya melalui kucupan itu. Kedua-dua tangannya mendakap erat tubuh Arabella dengan tangan wanita itu merangkul lehernya. Ketika dia merasakan cecair hangat menyentuh pipinya, mata dicelik dan ciuman dileraikan.

Mata Hayden membulat saat melihat wajah cantik itu kembali dibasahi dengan air mata buat kesekian kalinya.

"Bella, I'm sorry...did I hurt you, Cinta?" Jari panjang itu menyeka pantas mutiara jernih di pipi Arabella. Arabella menepis perlahan tangan Hayden daripada wajahnya. Dia menggeleng laju.

"It's getting late. You should go now." Tutur Arabella lemah sambil menghapuskan sisa air matanya. Air yang keluar dari hidung juga dilap dengan belakang tangan.

"Bella—"

"Terima kasih untuk hari ni. Merry Christmas, Hayden." Ucap wanita itu. Tubuh dipalingkan dan tanpa bicara lagi, langkah diatur. Baru beberapa langkah, bisikan Hayden menyapa pendengarannya.

"I'll wait for you even if it means waiting my whole life, Love Arabella. Jumpa nanti, bunga matahari saya."

Arabella tersenyum nipis. Bunga matahari di tangan digenggam erat dan langkah terus dibawa pergi tanpa berpaling lagi, membiarkan lelaki yang masih memiliki hatinya berdiri di situ sambil memerhati dia yang semakin menjauh.

Wanita itu sudah penat menunggu. Kini, giliran dia untuk berehat.

Continue Reading

You'll Also Like

38.3K 4.7K 6
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
201K 4.6K 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahu...
38.6K 1.8K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
5.6M 256K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...