Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On...

By isyannaa

21.1K 989 48

Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal... More

Bab 1 ☕❤️
Bab 2 ☕❤️
Bab 3 ☕❤️
Bab 4 ☕❤️
Bab 5 ☕❤️
Bab 6 ☕❤️
Bab 7 ☕❤️
Bab 8 ☕❤️
Bab 9 ☕❤️
Bab 10 ☕❤️
Bab 11 ☕❤️
Bab 12 ☕❤️
Bab 13 ☕❤️
Bab 14 ☕❤️
Bab 15 ☕❤️
Bab 16 ☕❤️
Bab 17 ☕❤️
Bab 18 ☕❤️
Bab 19 ☕❤️
Bab 20 ☕❤️
Bab 21 ☕❤️
Bab 22 ☕❤️
Bab 23 ☕❤️
Bab 24 ☕❤️
Bab 25 ☕❤️
Bab 26 ☕❤️
Bab 27 ☕❤️
Bab 29 ☕❤️
Bab 30 ☕❤️
Bab 31 ☕❤️
Bab 32 ☕❤️
Bab 33 ☕❤️
Bab 34 ☕❤️
Bab 35 ☕❤️

Bab 28 ☕❤️

483 23 0
By isyannaa

SYANINA selak tirai sliding door dan melihat pintu pagar rumahnya. Matanya mengecil pada satu sosok yang berada di hadapan pagar dengan keadaan sudah basah lencun terkena air hujan. Dengan payung tak ada. Mata Syanina melilau mencari kereta jejaka itu namun tiada. Mana kereta dia?

"Sya! Saya datang ni! Saya nak jumpa awak!" jerit Dariel dari luar. Nak jumpa apa tengah-tengah hujan ni bang oi!

"Ish! Gila lah mamat ni!" ujar Syanina seorang diri hanya memerhati Dariel yang masih di hadapan pintu pagar. Nak keluar ke tak nak ya? Hujan tengah lebat ni, kesian mamat itu dekat luar lama-lama.

"Sya selagi awak tak keluar, saya tak akan berganjak dari sini!" Jeritan itu menyentakkan Syanina. Syanina pandang tubuh sendiri. Dia dah lah tengah pakai baju tidur corak kartun arnab ini, warna pink pula tu! Malulah nak keluar! Nak tukar sekejap boleh tak?

"Aira syanina! Keluar sekejap please!"

"Tct! Sabarlah!" Jerit Syanina sama. Tak tahulah sama ada jejaka itu dengar atau tidak. Rasanya tidak dengar kerana hujan begitu lebat dan dia sekarang berada di dalam kawasan tertutup.

Akibat tergesa-gesa sangat, Syanina terlupa untuk menukar baju dan terus keluar dari biliknya tanpa menukar baju.

Gadis itu terlebih dahulu mengambil satu payung dan dibawa keluar bersama. Syanina keluar dahulu dari muka pintu dan membuka payung.

Senyuman Dariel melebar sejurus melihat seorang gadis keluar dari rumah itu. Rasa lucu melihat pakaian Syanina sekarang ini. Tambahan lagi dengan kependekan gadis itu membuatkan Dariel geli hati. Dia bersyukur Syanina munculkan diri dan tidak membiarkan dia dibasahi hujan.

"Arghh!" Syanina menjerit apabila sudah meredah hujan dan berlari mendekati Dariel. Basah woi! Habis seluar dia.

"Hey! Awak gila ke hah, datang rumah orang malam-malam ni! Tengah-tengah hujan pula tu!" jerit Syanina. Dia membuka pintu pagar dan membiarkan Dariel.

Dariel terus berlari meneduh di bawah payung Syanina. Dia turut memegang payung itu dan tubuhnya hampir terlanggar tubuh kecil Syanina membuatkan gadis itu hampir ke belakang. Terlepas jeritan kecil gadis itu.

Syanina menepuk kuat bahu Dariel. Matanya tajam memandang Dariel.

"S-sorry." Rambut basahnya terjuntai ke dahi membuatkan auranya agak lain. Tapi masih comel!

"Awak nak apa hah? Kereta awak mana?" soal Syanina. Dariel hanya pandang mata bulat itu sebelum bibir bergerak mahu membalas.

"Saya bawa motor," jawab Dariel polos. Syanina tepuk dahi. Yang gi bawa motor tu dah kenapa bang oi!

"Yang awak pergi bawa motor tu kenapa? Kan hujan ni!" Dia rasa nak starlight je dahi Dariel tu. Dah tiba-tiba bebal pulak. Bebal yang comel.

"Saya bawa motor sebab takut jalan jammed, tak tahu pula nak hujan," jawab Dariel. Syanina geleng kepala kecil.

"Awak nak apa?" Sekali lagi soalan itu keluar dari mulut Syanina. Dariel tidak jawab lagi soalan dia yang satu itu. Sampai sanggup redah hujan ni, mesti ada sesuatu yang penting.

"Saya nak awak."

Ko jangan sampai aku starlight dahi kau betul-betul.

"Sorry! I'm not available!" balas Syanina sombong. Wajahnya selamba sahaja selepas membalas itu.

"Saya tak kesah. Saya tetap nak awak. Maafkan saya, please?" Dariel menunjukkan riak wajah penuh berharap yang dimata Syanina kelihatan sangat comel. Okay! Buang benda alah tu Sya! Kau tengah marah ni! Jangan kalah dengan muka comel dia!

"Not that easy."

BAMM!

"Arghh!" Terhenjut bahu Syanina mendengar bunyi guruh yang kuat. Dia datang lagi mama!

Syanina dikuasai rasa takut. Terus hilang marahnya. Dariel yang melihat itu agak panik. "Sya, awak okay?"

"B-bunyi guruh ni kuat sangat...," adu Syanina perlahan. Ha! Padah tak memaafkan orang! Kan dah ketakutan sekarang ini!

"Ya Allah! Saya minta maaf! Saya lupa awak takut dengan bunyi guruh, awak masuklah dulu!" ujar Dariel. Rasa serba salah menguasai diri. Syanina telan air liur. Tolonglah jangan bunyi lagi! Aku tengah kontrol diri ini tau! Aku tak nak nampak lemah di mata dia!

Syanina genggam erat payung di tangannya. Mata dipejam rapat. Tolong... Tolong! Tolong jangan bunyi lagi!

BAMMM!

"Arghhh!" Syanina terhenti lagi dan hilang kesedaran. Tubuhnya tidak sempat jatuh ke lantai, sudah ada yang sedia menyambut Syanina. Payung bertukar tangan.

"Sya!" Dariel pandang pintu masuk. Terbuka. Dia harap-harap ada oranglah dalam itu.

Dariel mengambil keputusan mencempung tubuh kecil Syanina dan di bawa masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja dalam rumah matanya melilau mencari sofa. Setelah jumpa dengan kelibat sofa, dia terus berjalan ke arah sofa dan meletakkan tubuh kecil Syanina di sofa. Aduh! Nak buat apa ni? Mana orang dalam rumah ni?

"Sya? Ya Allah!" Dariel tersentak bila ada yang tiba-tiba mendekati mereka. Dia biar sahaja sosok itu mendekati Syanina. Lihat dari sosok itu, Dariel pasti wanita paruh baya itu adalah orang gaji di dalam rumah ini.

Dariel mematung ditempatnya sehinggalah wanita paruh baya itu menoleh ke arahnya. "Encik siapa?"

"S-saya Dariel Amsyar."

Mendengar itu Mak Jah terus membulatkan mata tidak percaya. Dariel? Oh! Dia kenal dengan nama itu!

"I-ini... Bakal tunang Sya ya?" soal Mak Jah berhati-hati. Takut tersilap orang nanti malu dibuatnya.

Dariel angguk kecil.

"Dariel?" Dariel dan Mak Jah sama-sama menoleh pada punca suara itu. Ha! Bagus! Sorang datang, semua nak datang!

"Uncle." Dariel tersenyum pada Dato' Ilham yang sedang mendekati mereka. Setelah berdiri di sebelah Dariel, mata Dato' Ilham terpandang satu tubuh yang terbaring di sofa.

"Apa jadi pada Sya? Kenapa kamu datang sini?" soal Dato' Ilham. Nak bertanya tentang keadaan Dariel yang sudah basah itu, dia sudah tahu. Dariel terkena air hujan jadi dia malas mahu bertanya.

"Sya pengsan tadi, uncle. Mungkin sebab bunyi guruh kuat sangat itu yang dia pengsan. S-saya datang sini sebab... Saya nak pujuk Sya. Hubungan kami tak berapa baik akhir-akhir ini. Silap saya sendiri uncle." Dariel menunduk malu. Dato' Ilham sekarang angguk.

"Tak ada apalah jadi pada Sya ini, Dariel jangan risau. Apa kata Dariel tidur sini je malam ini, lagi pun hujan lebat lagi ini. Tak tahu bila dia nak berhenti. Pasal pakaian pula, Dariel guna saja baju uncle dulu," ujar Dato' Ilham panjang lebar. Dariel teragak-agak untuk bersetuju. Aduh! Segan pula nak bermalam di sini!

"Tak menyusahkan ke?"

"Tak adalah. Lagi pun Dariel bakal menantu uncle. Tak salah pun nak bermalam di sini."

"Sya macam mana?" soal Dariel. Tak akan nak biarkan Syanina duduk di sini?

Dato' Ilham diam dahulu mahu memikir. Mak Jah hanya diam tidak mahu menyampuk. Wajah Syanina yang sedikit basah akibat terkena air hujan di seka lembut.

"Dariel tolong bawa Sya masuk ke dalam bilik, boleh? Biar Mak Jah tunjukkan bilik Sya. Mak Jah lepas itu nanti tolong siapkan bilik tetamu. Dariel akan tidur sini malam ini. Dariel, uncle masuk bilik dulu ya? Buatlah macam rumah sendiri." Dato' Ilham senyum ringkas sebelum mendaki tangga dan menghilangkan diri.

"Dariel, marilah Mak Jah tunjukkan bilik Sya," ujar Mak Jah. Dia sudah bangun dari duduk dan memberi ruang untuk Dariel mengangkat Syanina.

Dariel lambat-lambat angguk kepala. Takut sebenarnya nak sentuh Syanina tapi dia buat sahaja. Dia sudah tiada pilihan lain. Dia mencempung tubuh Syanina dan naik ke tingkat atas diiringi Mak Jah.

Sampai di hadapan bilik gadis itu, Mak Jah membuka pintu dan membiarkan Dariel masuk dahulu dan seterusnya diikuti dengannya. Dariel berjalan ke katil gadis itu dan meletakkannya di atas katil dengan lembut.

Dariel tegakkan tubuh, matanya sempat jeling beberapa lukisan yang tergantung di bilik itu. Bibirnya terukir senyum. Syanina betul-betul gemar dengan lukisan. Tak silap Syanina ada beritahu yang dia ada mini gallery dalam rumah ini. Pasti di sebelah bilik gadis ini! Dariel perasan ada satu pintu di sebelah bilik gadis itu.

"Mari Dariel, Mak Jah tunjuk bilik." Dariel angguk kecil. Mereka jalan beriringan menuju ke satu bilik.



















SYANINA menggeliat kecil, dia bangun dari baring sambil menggeliat. Eh! Baru dia sedar akan sesuatu setelah melihat ruangan itu.

"Wait... Bukan Dariel ada datang ke semalam? Aku mimpi ke? Bila aku tidur ek?" Syanina membebel sendiri bersama kerutan di dahi. Pelik.

Pakk!

Syanina tampar pipi sendiri. Auch! Tertampor kuat nok! Sakit!

"Haih! Mimpi rupanya! Punyalah aku betul-betul ingat dia sanggup redah hujan untuk aku!" rungut Syanina. Terasa tekaknya kering. Dia selak comforter dan berjalan ke bawah mahu meminum air.

Sampai di meja makan, dia melihat ada satu sosok membelakanginya. Dengan langkah yang malas dia berjalan ke meja makan mendekati sosok itu.

Syanina menguap tanpa menutup mulut sambil melabuhkan punggung di kerusi. "Mak Jah! Sya nak air!" pinta Syanina tanpa memandang sosok yang sedang duduk di tepinya. Sangkanya sosok itu adalah papa kerana dia cukup kenal dengan baju papa. Cuma dia rasa agak lain tetapi dia buang saja perasaan itu.

Syanina menggaru kepala sebelum menjeling ke arah sosok itu dengan selamba. Matanya terus membulat melihat wajah sosok yang disangkakan adalah papanya. Terkejut dia melihat wajah itu memandangnya tidak berkelip.

"Arghhh!" Syanina tertolak kerusi ke belakang dan dia terjatuh ke lantai. Sakit di punggungnya diabaikan, dia terkedu melihat wajah itu. Dariel?!

Dariel sigap mendekati Syanina apabila gadis itu terjatuh di atas lantai. Dia jatuhkan sebelah lutut sambil melihat keadaan Syanina. "Sya, awak okay?"

Syanina menekup mulut sendiri, tidak percaya dengan situasi sekarang. Ini betul-betul Dariel ke? Atau aku tengah berhalusinasi? Parah kau ni Sya!

Jari Syanina perlahan-lahan bergerak mencocok-cocok pipi itu mahu memastikan jejaka dihadapannya itu bukanlah halusinasi. Tidak puas hati jejaka itu masih tidak bergerak, dia jauhkan jari dan ingin mencocok mata jejaka itu pula.

Mata Dariel membulat sebelum menahan jari gadis itu dari mencocok matanya. Buta aku nanti woi!

"Eh! Eh! Saya ini! Awak nak butakan mata saya ke?" soal Dariel. Dia jauhkan sedikit jaraknya dari Syanina mahu mengambil langkah berjaga-jaga. Bahaya betul awek ni lepas bangun tidur. Macam mana agak-agaknya bila lepas kahwin nanti? Mahu kena sepak pula agaknya!

"S-sorry!" Syanina rasa nak hantuk kepala dekat lantai. Kau ni Sya! Ada ke patut kau nak cocok mata dia tadi! Terus Syanina bangkit dari atas lantai. Dariel turut bangun. Mereka berdua labuhkan punggung di kerusi.

Syanina curi-curi pandang Dariel. Kenapa mamat ni pagi-pagi dah ada dekat sini? Dengan pakai baju papa lagi! Nampak sangat bapak-bapak bila dia pakai baju itu!

"Mana papa? Mak Jah? Pak Mat?" soal Syanina apabila langsung tidak melihat tiga orang itu. Takut dia kalau berdua sahaja dengan jejaka ini.

"Papa dah keluar. Mak Jah dengan Pak Mat dekat halaman rumah tengah dating," ujar Dariel.

"Papa? Sejak bila papa ada anak lelaki ini?" soal Syanina menyampah. Dia menjulingkan matanya ke atas. Dariel senyum kecil

"Bukan anak tapi... Menantu!" Dariel sengih dan menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Memang betul-betul buat macam rumah sendiri!

"Awak yakin nak kahwin dengan saya? Awak tak nampak tadi? Saya dengan selekehnya datang dekat meja makan ni. Awak selera ke nak makan nasi goreng tu sambil menghadap perempuan selekeh ni?" uji Syanina.

Ngap!

Dariel menyuap lagi nasi goreng ke dalam mulut sambil memandang ke arah Syanina. Dia tayang wajah selamba. "Okay je. Bertambah selera saya tengok muka bakal tunang saya ini."

Sike!

"Okay! Saya akan buat awak menyesal Dariel! Watch me!" Syanina tolak kasar kerusi dan berlalu pergi. Terus hilang niat nak minum air. Dia nak bersihkan diri! Gila apa biar Dariel tengok dia pakai baju tidur ni? Malu dia!

Continue Reading