Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On...

De isyannaa

22.1K 1K 50

Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal... Mais

Bab 1 ☕❤️
Bab 2 ☕❤️
Bab 3 ☕❤️
Bab 4 ☕❤️
Bab 5 ☕❤️
Bab 6 ☕❤️
Bab 7 ☕❤️
Bab 8 ☕❤️
Bab 9 ☕❤️
Bab 10 ☕❤️
Bab 11 ☕❤️
Bab 12 ☕❤️
Bab 14 ☕❤️
Bab 15 ☕❤️
Bab 16 ☕❤️
Bab 17 ☕❤️
Bab 18 ☕❤️
Bab 19 ☕❤️
Bab 20 ☕❤️
Bab 21 ☕❤️
Bab 22 ☕❤️
Bab 23 ☕❤️
Bab 24 ☕❤️
Bab 25 ☕❤️
Bab 26 ☕❤️
Bab 27 ☕❤️
Bab 28 ☕❤️
Bab 29 ☕❤️
Bab 30 ☕❤️
Bab 31 ☕❤️
Bab 32 ☕❤️
Bab 33 ☕❤️
Bab 34 ☕❤️
Bab 35 ☕❤️

Bab 13 ☕❤️

470 29 0
De isyannaa

TEPAT pukul dua belas malam, Syanina pulang ke rumah. Kalau ikutkan Dariel mahu menghantarnya terus ke rumah petang tadi tetapi Syanina tolak.

Terpaksalah Dariel menjadi driver Syanina sehingga lewat malam. Pusing satu KL melihat suasana.

Kaki yang ingin melangkah menaiki ke tangga terhenti mendengar satu suara garau.

"Aira Syanina." Syanina mati langkah. Dia menahan rasa apabila mendengar suara itu. Syanina diam di tempatnya.

"Dah lewat malam baru reti nak balik. Dah tak ingat jalan rumah ke?" perli suara itu. Syanina berdecit. Dia peluk tubuh, dia pandang papanya dari ekor mata.

"Sya balik lewat malam pun, apa masalah papa?" tanya Syanina selamba. Dia tersenyum sinis. Huh! Reti pula nak ambil tahu tentang semua itu. Ingatkan ambil berat tentang syarikat sahaja.

"Jangan biadap dengan papa, Sya. I'm still your father."

"Father? Huh! Bapa jenis apa yang tampar anak sendiri? Eh sudahlah. Papa buat jelah hal papa, urus je syarikat papa tu. Tak payah ambil tahu tentang Sya. Sya hidup ke mati ke papa tak ambil kisah kan?" Syanina dengan tenang mendaki tangga dan masuk ke dalam biliknya.

Dato' Ilham mendengus geram. Syanina tampaknya makin biadap dengannya. Memang patut anaknya itu dikahwinkan. Mahu lihat juga boleh ke anak gadisnya itu hidup tanpanya.

Syanina menghempas tubuh ke atas katil. Masam sahaja wajahnya. Hati menyumpah geram.

"Hish! Ada jelah benda yang papa buat menyakitkan hati aku! Ini belum termasuk lagi dia paksa aku kahwin! Like seriously?! I have my own life! I don't need someone to decide about what I'm going to do!" bebel Syanina sendiri. Dia ambil bantalnya dan diramas geram.

"Aku benci hidup aku!"



















SYANINA mengajak Amyra untuk berbelanja di mall hari ini. Mujur sahabatnya itu tidak membuka butik hari ini. Bolehlah dia mengajak sahabatnya jalan-jalan satu KL!

Kalau semalam dia dah buli Dariel untuk bawa dia pusing satu KL, hari ini dia buli Amyra pula! Mengajak gadis itu pusing satu mall dan menghabiskan duit!

"Kau ni... Jarang-jarang ajak aku shopping. Selalunya ajak aku lepak dekat kafe je. Ini apa kes? Kau gaduh dengan papa kau lagi?" Amyra jongketkan sebelah keningnya. Melihat reaksi Syanina ketika ini, Amyra pasti tekaannya tepat.

"Sebab apa pula kali ini? Haih... Kau orang anak beranak memang tak sah ya kalau bergaduh? Kau ni Sya... Janganlah keras kepala sangat."

"Kau nak salahkan aku? Heh! Kau tak lalui apa yang aku lalui! Apa perasaan kau bila ditampar bapa sendiri hah?" Syanina naik angin.

"Ya. Mungkin aku tak akan duduk di tempat kau. Aku kan tak ada ayah. Dan sebab tak ada ayah lah aku nasihatkan kau, Sya. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari," ujar Amyra lembut. Dia juga hilang kasih sayang ibu dan bapa sejak kecil. Tapi dia cuba kuatkan diri jua. Dia tahu apa yang berlaku ada hikmah. Sebagai manusia, kita tidak boleh mudah mengeluh.

"Kau ni Myra! Buat aku serba salah pula. Aku bukan nak cakap pasal kau. Aku tahu ayah kau dah tak ada. Mak kau pun." Syanina dikuasai rasa serba salah pula. Tak ada niat mahu ungkit kisah Amyra.

"Haihh dah lah dah lah! Aku datang sini bukan nak buat drama air mata tau!" Amyra menyeka air mata yang tiba-tiba menitis tadi. Syanina memuncungkan bibir sambil memeluk Amyra. Mereka berpelukan.

"Okay okay! Apa kata hari ini kita tak payah cakap pasal family ke apa. Kita just enjoy je okay?"

"Okay!" Mereka gelak seketika sebelum meneruskan jalan melihat barang-barang yang ingin mereka beli.

Dalam setengah jam mereka berjalan di sekeliling mall itu, tiba-tiba Syanina terlanggar seorang lelaki. Terundur sedikit tubuh kebelakang akibat tubuh lelaki itu yang agak keras.

"Auch!"

"Sorry miss! I tak sengaja!" ujar lelaki itu panik. Mata Amyra membulat melihat gerangan itu. Dia pandang Syanina yang masih tidak sedar akan wajah lelaki itu.

"Aira?"

Syanina berkerut dahi sebelum mengangkat kepala. Suara itu. Syanina tergamam melihat wajah sosok yang baru melanggarnya itu.

Damn! Kenapa dalam banyak-banyak orang, dia perlu terlanggar lelaki sengal ini?!

"Oh my god! Aira! This is you!"

"My name is Syanina. Not Aira." Syanina buat selamba. Dia memeluk tubuh memandang sombong lelaki itu.

Lelaki itu gelak kecil. Amyra yang berada di pertengahan antara mereka tidak berani masuk campur. Dia lebih selesa diam memerhati dua orang itu bertengkar kecil.

"It still the same. Aira. Syanina. Aira Syanina. Aira is your name too right, darling?"

"Stop it! I'm not your darling or what so ever!" Mata Syanina tajam menikam mata lelaki itu. Tidak mahu lama-lama di situ Syanina terus berlalu pergi.

Tetapi tak sampai beberapa saat tangannya dipegang kasar oleh lelaki yang bernama Fariez itu. Syanina cuba menarik tangannya tetapi gagal.

"Fariez lepaslah!"

"Oi mamat sengal! Lepaskan tangan kawan aku. Kau tak malu ke jadi pusat perhatian orang ramai?" Bukan sahaja Syanina, Amyra turut naik angin melihat tindakan kasar lelaki itu.

"Kau diam! Ini urusan aku dengan girlfriend aku. Kau tak payah nak masuk campur. Blah!" Mata Fariez tajam menikam mata Amyra. Dia pandang pula Syanina yang wajahnya sudah berkerut.

"Girlfriend? Hey! Biar aku betulkan ya! Ex girlfriend! Kau orang dah lama putus! Kau pun dah ada girlfriend lain kan? Jadi buat apa kau nak sibuk dekat Sya!" bentak Amyra. Dia turut cuba untuk melepaskan tangan Fariez dari Syanina.

"Kau tutup mulut kau lah perempuan! Kalau aku nak balik pada Sya pun apa masalah kau?! Sya! Ikut I!"

"Ish aku tak naklah! Aku dah tak ada hati dekat kau! Aku benci kau! Lepaskan tangan aku, sebelum aku Jerit!" Dia cuba untuk lepaskan tangan Fariez tetapi Fariez tampaknya memang tidak mahu lepaskannya. Sangat kuat dan ketat pegangan Fariez.

Ini kalau lebam tangan aku, siap kau mamat sengal!

"Oi Fariez! Kalau kau tak lepaskan tangan Sya. Aku telefon polis!" Amyra cuba mengugut Fariez. Tapi dia memang tak teragak-agak untuk telefon polis betul-betul kalau Fariez berkasar dengan Syanina.

Fariez gelak kecil.

"Kau berani ke hah?"

"Kau tak kenal aku lagi Fariez! Aku sanggup buat apa sahaja untuk Sya!"

"Well... Tak takut rahsia kau pecah? Kalau Sya tahu... Boleh jamin Sya tak nak kawan dengan kau. Kau pun tak dapatlah nak peralatkan Sya lagi kan? Melepas lah kau duit Sya yang berkepuk-kepuk tu!" Fariez tersenyum sinis. Amyra telan air liur mendengar ugutan Fariez.

Syanina berkerut dahi tidak faham. Rahsia? Rahsia apa? Apa yang Amyra rahsiakan dari dia?

"Let her go, Amyra." Mendatar suara Fariez. Amyra ketap rahang. Ah! Biarlah kalau Syanina tahu pun!

"Tak nak. Cakaplah apa yang kau nak cakap pun. Aku tak akan bagi Sya ikut lelaki buaya macam kau ni! Tak guna! Bodoh!"

"Kau!" Sebelah lagi tangan Fariez ingin hinggap di pipi Amyra tetapi terhenti seketika melihat satu sosok menghampiri mereka.

Mata Amyra terpejam melihat tangan Fariez yang sudah tinggi.

"Wo! Wo!" Mata Amyra terbuka. Dia pandang satu sosok yang menyelit di antara pertelingkahan mereka.

"Apa ni bro nak pukul perempuan? Tak malu ke? Dah tak ada rasa hormat pada perempuan? Heh!" Lelaki itu sengih sinis. Dia berdiri di hadapan Syanina dan Amyra.

Automatik tangan Fariez terlepas dari memegang tangan Syanina. Syanina menghela nafas lega sebelum menyorok di belakang lelaki yang baru muncul itu bersama Amyra.

"Berani kau ya nak naik tangan dekat perempuan? Depan pak su dan mak su kemain alim. Pijak semut pun tak mati! Belakang dia orang? Dah serupa iblis!" ujar Asyraf selamba. Kebetulan dia berjalan di mall ini ternampak pula Fariez. Sangat mengejutkan apabila melihat sepupunya itu ingin naik tangan pada seorang gadis bertudung.

Fariez diam tidak terkata. Tidak mahu membalas kata-kata pedas Asyraf. Turun naik dadanya tika ini.

"Tunggu apa lagi dekat sini? Blah lah! Aku report dekat pak su dengan mak su, baru kau tahu nanti!" ugut Asyraf lagi membuatkan Fariez berlalu pergi dari situ. Sempat juga dia bercakap pada Syanina bahawa dia akan kembali lagi.

Selepas pemergian Fariez, Asyraf terus memusing tubuh menghadap dua gadis itu. Asyraf senyum manis.

"Awak berdua tak ada apa-apa?" soal Asyraf lembut. Dia pandang dua gadis itu bersilih ganti. Dia sangat kenal dengan gadis yang tidak bertudung itu. Bakal isteri Dariel!

Dan di sebelah bakal isteri Dariel ini. Err... Tak kenallah, maaf.

"Tak. Kami okay. Terima kasih encik..."

"Asyraf! Asy should be nice. By the way nice to meet you guys! And I'm really sorry behalf on my cousin. Dia tu... Memang otak mereng sikit." Asyraf sengih tanpa rasa serba salah setelah mengutuk sepupunya.

"Then you guys are...?"

"Syanina."

"Amyra."

"Okayyy... Gembira dapat berkenalan dengan kau orang berdua. Okay lah! Kalau ada jodoh, kita berjumpa lagi ya? Bye!" Asyraf senyum manis sebelum berlalu pergi.

Syanina dan Amyra menghantar pemergian Asyraf dengan pandangan polos. Setelah hilang sosok itu mereka memandang satu sama lain.

"Sepupu Fariez ke tu? Helok! Kenapa kau tak cakap dekat aku yang Fariez ada cousin handsome macam tu!" ujar Amyra teruja. Hilang sudah malunya.

Wajah Syanina datar. Dia memeluk tubuh sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Kau ada rahsia dengan aku?" Itu yang di soal Syanina. Suaranya datar langsung tiada nada ceria.

Mendengar akan soalan itu buat Amyra telan air liur.

Continue lendo

Você também vai gostar

1.4M 52.9K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
60.3K 3.6K 60
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
302K 19.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
623K 24K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...