Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On...

By isyannaa

21.8K 1K 48

Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal... More

Bab 1 ☕❤️
Bab 2 ☕❤️
Bab 3 ☕❤️
Bab 4 ☕❤️
Bab 5 ☕❤️
Bab 6 ☕❤️
Bab 7 ☕❤️
Bab 8 ☕❤️
Bab 10 ☕❤️
Bab 11 ☕❤️
Bab 12 ☕❤️
Bab 13 ☕❤️
Bab 14 ☕❤️
Bab 15 ☕❤️
Bab 16 ☕❤️
Bab 17 ☕❤️
Bab 18 ☕❤️
Bab 19 ☕❤️
Bab 20 ☕❤️
Bab 21 ☕❤️
Bab 22 ☕❤️
Bab 23 ☕❤️
Bab 24 ☕❤️
Bab 25 ☕❤️
Bab 26 ☕❤️
Bab 27 ☕❤️
Bab 28 ☕❤️
Bab 29 ☕❤️
Bab 30 ☕❤️
Bab 31 ☕❤️
Bab 32 ☕❤️
Bab 33 ☕❤️
Bab 34 ☕❤️
Bab 35 ☕❤️

Bab 9 ☕❤️

502 29 0
By isyannaa

SYANINA berjalan memusing satu Gallery itu melihat lukisan-lukisan yang indah terpapar di dinding. Ada sesekali dia berhenti merenung lukisan yang menarik perhatiannya.

Sudah dekat satu jam dia berada di situ. Amyra pun sudah lesap entah ke mana. Beli air agaknya. Syanina tidak peduli akan itu malah dia terus lanjutkan aktiviti melihat lukisan-lukisan di situ.

Sangat cantik. Kebanyakan lukisan di situ nama pelukisnya ialah Am. Am. Syanina benar-benar yakin ianya orang yang sama. Pelukis lukisan di sini dan seseorang yang memberinya tisu dengan ayat yang menenangkannya ialah orang yang sama.

Mula-mula tak terfikir langsung dia tentang itu tetapi setelah diingat kembali. Dia seratus peratus yakin. Melihat dari hasil lukisan orang itu Syanina dapat rasakan orangnya ialah baik perwatakannya. Agak-agak lelaki ke perempuan ya? Yalah mana tahu Am itu nama singkatan seseorang itu? Entah-entah namanya Amalina? Ammara? Tak pun... Amyra? Haha! Amyra itu kelihatan mustahil.

Amyra hanya reti mereka baju-baju pengantin dan sebagainya. Amyra kurang mahir melukis menggunakan cat air.

Sedang dia termenung itu kaki terhenti dihadapan satu lukisan yang agak besar saiznya berbanding lukisan lain. Syanina terkaku. Gambar itu...

Gambar dia?

Wajah gadis di lukisan itu persis Syanina.

Mata jatuh pada bawah kanan lukisan itu. Am. Ukiran tulisan bernama Am dengan warna emas menyapa di mata. Siapa Am ini?

Setelah hampir setahun dia datang ke D.A Gallery ini baru pertama kali dia melihat lukisan ini. Mungkin pekerja di sini baru meletaknya?

Mata Syanina bergerak ke bawah lukisan.

-Sweetheart is her.
-Artist: Am.

Bibir ukir senyum secara tiba-tiba. Cepat senyuman itu terukir cepat lagi senyuman itu hilang. Sekejap!

Dia telah diperhatikan seseorang ke selama ini?

Diri mula disaluti rasa takut dan gusar. Dia pandang sekeliling Gallery itu. Air liur ditelan, pahit! Syanina pegang erat tali beg tangan sebelum berlalu pergi. Gila!

Pelukis ini stalk dia?!

Sampai ke luar Gallery tubuh tiba-tiba berlaga dengan tubuh seseorang. Syanina terundur kebelakang sama seperti gadis itu.

"Eh! Ya Allah! Kau ni Sya! Terkejut aku! Kau ni pahal? Dah macam kena kejar hantu," ujar Amyra sambil gelengkan kepala. Nasib baik air dia tidak tumpah tadi. Kalau tak mahu kena jadi cleaner dia depan Gallery ni! Habis jatuh maruah dia!

"Eh ini lebih teruk dari hantu tahu tak!" Syanina tinggikan suara tanpa sengaja. Turun naik dadanya tika ini. Otak masih segar lukisan wajahnya di dalam Gallery itu.

Amyra berkerut dahi sebelum menyedut Caramel frappuccino yang baru di beli di Starbucks. Dia jauhkan bibir dari straw. Kepala di dongakkan sekali.

"Sini." Amyra diheret masuk ke dalam D.A Gallery itu semula. Dia mula berjalan laju ke tempat lukisannya.

Sampai di hadapan lukisan itu, Syanina lepaskan tangan Amyra. Dia dongakkan kepalanya sekali pada lukisan itu.

Mulut Amyra ternganga luas melihat wajah siapa yang sempurna terukir di frame itu. Cawan Caramel frappuccino jatuh ke sisi. Sah! Dia kenal sungguh dengan wajah ini! Wajah di lukisan ini persis dengan wajah manusia yang berada di sebelahnya. Aira syanina!

"Weh! Sejak bila kau jadi model lukisan, pelukis kegemaran kau ni?" tanya Amyra tidak percaya. Amyra turut kenal siapa Am. Bukan sebab tisu yang Am berikan pada Syanina tetapi Am ialah pelukis yang digemari Syanina!

Setelah Syanina masuk ke dalam alam seni. Syanina mula kenal Am. Pelukis rahsia yang tidak diketahui identitinya. Tapi Syanina tidak peduli tentang itu. Rupa atau jantina tidak mengganggu Syanina. Syanina sekadar menggemar lukisan Am.

"Myra I'm deadly serious!" Mata bulat Syanina menjadi tajam. Amyra ni nak bergurau pun tak kena tempat. Dia tengah takut ni!

"I don't even know who's her. Or him! And how damn that my face can be here?!"

"Alaaa... Sya! Kau boleh tahan famous kut dekat Instagram! Mungkin Si Am ni minat kau jugak. Sebab itu dia lukis kau dan paparkan dekat Gallery ni!" Suara Amyra selamba, mahu sedapkan hati Syanina. Di sudut hati sebenarnya takut juga. Kut kutlah member dia ni kena stalk dengan orang yang tidak dikenali...

"Tapi agak-agak kan... Am ni perempuan ke lelaki? Kalau lelaki tak peliklah... Tapi kalau perempuan! Habislah! Pelukis favourite kau ni tak straight!" Sempat lagi Amyra bergurau.

"Amyra Az-Zania!"













SUASANA di meja makan sunyi. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan. Tiada siapa yang sudi bersuara. Mendahulukan adab yang tidak elok bercakap ketika makan.

Tetapi bunyi rempuhan pintu buat suasana mula riuh. Tambahan lagi dengan suara yang ceria menyapa di telinga keluarga kecil itu.

"Pak long! Mak long!" Asyraf berlari ke meja makan, riang. Seperti kanak-kanak yang kecil yang baru pulang sekolah.

"Asy! Lama dah tak datang jenguk mak long ya..." Tengku Danissa asyikin sambut kehadiran Asyraf dengan senang. Dia senyum pada anak saudaranya itu.

Asyraf sengih malu. Dia garuk kepala yang tidak gatal. Baru saja nak bersuara tapi ada satu suara dingin menyampuk.

"Adab mana adab? Datang rumah orang tak bagi salam," ujar suara dingin itu dengan nada perlahan. Dariel jeling tajam Asyraf yang berdiri di sebelahnya. Kurang gemar dengan sifat sepupunya yang main terjah rumah orang tak bagi salam. Tapi nak buat macam mana kan? Orang wayar putus memang gini!

"Asy duduklah. Mari makan sama," ajak Tengku Afham. Tidak mahu ada pertelingkahan di antara dua jejaka itu.

"Terima kasih pak long, mak long!" Asyraf pantas tarik kerusi di sebelah Dariel dan labuhkan punggungnya di situ. Mata bercahaya memandang pelbagai lauk yang terhidang di atas meja. Sangat menyelerakan! Masakan di atas meja itu buatkan dia teringat akan mak nya. Haih... Lama sudah dia tidak balik di rumah orang tuanya. Bukan apa! Dia tengah merajuk sebenarnya, itu yang datang rumah mak long nak minta kasih sayang cikit. Ceh!

"Wahhh! Nampak sedap lauk-lauk ni mak long! Gemuklah Asy macam ni! Habis nanti tak ada anak dara nak!"

"Heh! Kau gemuk ke, sado ke, kurus ke... Memang tak ada siapa nak dekat kau," sampuk Dariel. Dia jeling tajam Asyraf disebelahnya. Geram. Tahu sangat tujuan Asyraf datang sini nak rampas mummy dan daddy dia! Ingatkan dia nak bagi? Memang taklah! Mak bapak sendiri ada sibuk nak dekat mak bapak orang!

"Mak long... Tengok Am ni!" Asyraf mengadu manja. Selain mak nya, mak long juga jadi tempat dia mengadu. Dia lebih suka mengadu pada mak long kerana mak long pasti membelanya.

"Am..." Suara Tengku Danissa asyikin meleret. Pandangannya sedikit tajam pada anaknya.

Asyraf sengih sinis. See! Mak long back up dia! Tapi kalau dengan mak sendiri... Memang Dariel lah yang dibelanya! Konpius dia ni anak sape! Anak mak long ke anak mak dia?!

"Dah makan-makan. Jangan bertengkar di depan rezeki! Tak elok." Tengku Afham jadi penghenti pertengkaran kecil itu.

Asyraf mengaduh sakit apabila terasa kaki dipijak kuat. Mak oi! Kaki gajah ke siakk! Bapak sakit!

Mata jeling tajam gerangan disebelahnya yang sudah tersedia memandang tajam dirinya. Dua-dua tidak mahu kalah. Pandang lah sampai tembus dua-dua!













DARIEL rebahkan tubuh ke katil. Telefon yang sentiasa melekat di tangan dipandang. Bibir terukir senyum, sangat tipis. Tidak terlalu terlihat senyumannya. Bibir susah sangat nak senyum! Hati bergelora melihat story Instagram Syanina. Ya. Sejak kenal Syanina dia sanggup memasang aplikasi Instagram di telefonnya. Nak stalk bakal isteri punya pasal!

Dan melihat isi story Instagram Syanina ini dia kenal sangat Gallery yang Syanina kunjung itu!

Gallery dia!

D.A Gallery!

Tak sangka, bakal isterinya mengunjungi Gallery nya itu. Memang asalnya dia hanya bos sekaligus pelukis untuk D.A Gallery tetapi sejak enam bulan lepas dia mendapat jawatan sebagai pengarah syarikat di syarikat keluarganya Dariel jarang menjenguk Gallery nya itu.

Baru-baru ini baru dia berpeluang untuk datang ke sana. Itu pun kerana mahu melihat hasil seni lukisan terbarunya dipaparkan di D.A Gallery. Sweetheart is her. Itulah nama lukisan yang diberi.

Dengan itu buat Dariel tersentak. Tegak terus tubuhnya. Syanina datang ke situ...

Damn!

Dariel yakin Syanina sudah melihat lukisan wajah gadis itu sendiri! Agak-agak apa reaksinya melihat wajah sendiri di Gallery itu?

Tak boleh brain!

"Masak kau Dariel!"

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 14.6K 10
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai ma...
47.4K 5.5K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
579K 22.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
48.1K 4.8K 25
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...