New Mentor-Boboiboy X Ejen Al...

By NFathiatulnisaZ

51.4K 3.6K 786

Boboiboy telah menjadi salah satu daripada ahli ejen muda terawal di M.A.T.A akibat kejadian ketika dia berum... More

Prolog-Ragut
Misi : Serang Hendap
Misi : Mantee lama
Misi : M.A.T.A
Misi : Asrama
Misi : Kuasa
Misi : New Mentor
Misi : Berkenalan
Misi : Latihan bermula
Misi : Latihan Kecepatan
Misi : Latihan Kelincahan
Misi : Tak tahu :v
Misi : Sekolah
Misi : Bengang
Misi : Latihan Keseimbangan
Misi : Latihan Mengelak
Misi : Pemerhatian
Misi : Benteng Pulau Rintis
Misi : Latihan Keseimbangan 2.0
Misi : Lulus

Misi : Bertahan hidup(ehek-)

1.3K 130 28
By NFathiatulnisaZ

Mika : MAHLUK APA KEBENDA NI WOIIIIIIIII?!?!?!

Para para Ejen Muda sedang bertarung hidup mencuba untuk mengelak serangan mengejut dari Golem Tanah milik Gempa itu.

Gempa : HAHAHAHAHA! AMACAM?! SEDAP TAK ELAK GIGA KESAYANGAN AKU?!?!

Gempa yang tadinya tenang, tiba tiba menggila.

Senang nak kata, typical mak mak asian lepaskan geram pada anaknya. Ohok-

Dah macam anak ayam bertebaran dah diorang lari sana sini.

Dah lah diorang dekat atas nunnnnn di sana! Kalau bukan sebab tanjakkan tinggi yang dibuat Gempa itu, 20% latihan itu akan menjadi sedikit mudah, kerana ada banyak tempat nak mengelak.

Ali, dah naik pucat hampir jatuh 10 kali lari dari Golem Tanah. Nasib kasut dia ada roket. Kalau tak, dah arwah.

Gempa : KALAU KORANG MEMANG CAKAP JUJUR YANG KORANG NI HEBAT SANGAT, CUBA LAH BERTAHAN DARI KENA TERKAM DENGAN GIGA!!!

Latihan Keseimbangan milik Gempa, adalah latihan mencuba untuk tidak jatuh atau terlengah bila ada musuh yang besar dan kuat di depan macam mereka, macam Tres.

Khai, hm, dah bergayut sebab salah langkah.

Khai : Huhuhuhu, aku nak latihan biasa Ejen Leon balikkkkkkk!!!!

Gempa langsung tidak terkesan dengan celoteh dan rungutan para para Ejen Muda itu. Dia malah makin bertambah seronok.

Alicia di tepi, mencuba mencari titik buta Golem Tanah itu, walaupun dalam keadaan cemas itu.

Alicia : Ish! Macam mana aku nak kesan kalau dah lari macam kena kejar Zombie ni?!?!

Situasi itu memang membuatkan fikiran mereka semua tertekan, memikir cara untuk survive latihan itu.

Itu memang apa yang Gempa nak.

Gempa : Bagus. Jadi makin tertekan. Aku nak tengok korang boleh berfikir ke tidak dalam keadaan ni.

Gempa langsung tidak memberi tahu apa apa arahan lain pasla latihan itu kecuali jangan jatuh ke bawah sahaja.

Gempa memang tidak berlembut.

Masih kena ingat dia masih lagi sebahagian dari Trio Ori, Trio yang sudah ada sejak awal bersama dengan tuan mereka, yang semestinya akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan semua orang yang dia sayang.

Dia mahu tengok, adakah mereka mampu lakukan benda yang sama.

Gempa : Bagus, tunjukkan ke aku lagi. Kesemua KEMAMPUAN KORANG!!!!

Gempa menumbukkan tangannya ke bawah, bersama sama dengan Giga yang dikawalnya. Membuatkan tanah di bawah merska semakin banyak naik ke atas, membuatkan semakin banyak tempat untuk lari.

Tetapi, ianya sudah mulai menjadi semakin tidak stabil.

Ada tanah yang tinggi, dan ada yang rendah. Membuatkan mereka tak nampak sebahagian besar kawasan di hadapan mereka.

Jet : Aduhhhhhb, benda apa pulak ni?!?!

Gempa : Penjahat akan lakukan apa sahaja untuk kelirukan korang, dan ambil kesempatan itu untuk jatuhkan kamu semua.

Mereka melihat Gempa sedang berdiri di atas Golem Tanah yang berdiri di tanah tinggi yang paling menjulang di sana.

Gempa : Jadi, fikirkan aku sebagai penjahat, musuh M.A.T.A, musuh kamu semua. Apa yang korang akan buat untuk kalahkan aku kalau korang berada di keadaan sekarang, di perlawanan sebenar?

Gempa betul betul serius dalam mengajar mereka.

Betul cakapnya. Penjahat akan selalu mengambil peluang yang ada. Tak kira ianya adil ataupun tidak.

Gempa terdiam, melihat ke arah kesemua Ejen Muda dengan pandangan kosong, sejenak.

Dia seperti mampu melihat wajah Thorn, Taufan, Solar dan Hali pada mereka semua.

Kekesalannya kerana tak mampu nak selamatkan mereka masih lagi terbuku di dalam hatinya.

Sejak dia terbersatu dengan elemental yang lain, dia sudah mula memandang mereka sebagai keluarganya. Semuanya berkat Ochobot dan Boboiboy.

Dia tidak akan sanggup melihat ke wajah Ejen Ejen Muda itu lagi sekiranya dia turut kehilangan mereka juga.

Gempa : Aku bagi korang semua 5 minit. Bincangkan apa yang korang patut bincangkan untuk kalahkan Giga dan aku. 5 minit bermula dari...... sekarang.

Tanah di bawah mereka bergerak, dan bercantum menjadi satu, memudahkan mereka untuk berbincang.

Gempa yang masih berada di atas Giga, duduk di atas bahunya, dan menggoyangkan kakinya, menunggu perbincangan mereka selesai.

Tanpa mereka sedar, mata emas milik Gempa, tiba tiba berubah menjadi Coklat, dan cahaya di matanya lenyap sejenak, bersama dengan senyumannya.

Boboiboy : Kalau lah Ejen Zain dan Ejen Djin tengok keadaan aku sekarang, diorang akan bangga dengan aku ke?

Hayunan kaki Boboiboy berhenti, dan hanya tatapan kosong sahaja yang mampu dilihat padanya.

3 minggu yang lalu, sebelum latihan Hali, dia ada pergi berjumpa dengan Ketua Teras, dan bertanya, dimana Ejen Zain? Di mana Ejen Djin? Kenapa hanya ada ketua berdua sahaja.

Yang semestinya, Ketua Teras terasa berat hati mahu memberitahu Boboiboy perkara sebenar.

Dia sudah tahu yang Djin hianat M.A.T.A, dan Ejen Zain dan UNO terkorban di dalam peperangan yang dibuat oleh UNO sendiri.

Memang betul apa yang para atasan katakan. Sudah berlaku macam macam benda sejak dia tinggalkan M.A.T.A.

Tapi..... dia tak sangka pulak sehingga begini sekali.

Tak kisahlah, apapun yang dah jadi, Ejen Djin, masih lagi Mentornya.

Itulah juga perasaan Rudy.

Boboiboy : Kalau aku berjaya bentuk Ejen Ejen Muda menjadi Ejen yang hebat, Tok Aba akan bangga tak?

Duduklah sahaja dia di atas sana sehingga waktunya tiba.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

5 minit telah berlalu.

Gempa melihat ke jam kuasanya, dan berdiri semula.

Para Ejen Muda juga sudah siap berbincang, dan kembali melihat Mentor sementara mereka itu, dengan wajah yang serius.

Gempa : Baiklah. Masa sudah tamat. Tunjukkan pada aku...... KORANG LAYAK DIGELAR EJEN MUDA M.A.T.A!!!!!

Dengan jeritan terakhir Gempa, bermula lah latihan mereka berikutnya.

Giga dilepaskan, dan mula melompat dari satu tiang ke satu tiang dengan ganas.

Orang pertama yang diincarnya adalah Jet.

Jet : KENAPA MESTI AKU?!?! TUAN TAUFAN MASIH MARAH DENGAN AKU LAGI KE?!?!?!

Berlari bak tikus tak cukup tanah lah dia jawapnya.

Giga tidak berhenti mengejarnya, Jet melompat dari satu tiang ke tiang yang lain seperti tangga akibat menaik.

Jet berhenti di tiang tertinggi, dan berpaling melihat Giga yang masih tidak berhenti mengejarnya lagi.

Akibat saiznya, kelajuan Giga terbantut, tapi dia masih mampu mengejar.

Jet : Serang lah aku!!!

Jet mencabar Giga, dan cabaran itu diterima.

Dengan ganas, Giga memanjat naik, dan melompat ke arahnya.

Jet : Heh! Macam apa yang aku rancang.

Sebelum sempat Giga menerkamnya, Jet melompat ke atas, menyebabkan Giga tersasar, dan terpeluk tiang tanah itu, sehingga ianya runtuh akibat beratnya.

Jet kini terbang di udara.

Jet : Yay, berjaya!

Gempa tak ada larang diorang pun gunakan alatan diorang. Jet hanya gunakan kelebihan alatannya untuk latihan itu.

Gempa tersenyum.

Gempa : Boleh tahan.

Gempa mengarahkan Giga untuk serang yang lain pula.

Moon pula yang jadi sasaran.

Moon : HAHAHAHAHHAHA KEJAR LAH KALAU BOLEH!!!!

Moon cepat cepat berpecah, dan hologramnya bergerak ke macam macam arah.

Satu persatu Giga cuba tangkap, tapi satu pun tak kena, alias, hologram.

Moon 1 : Sini lah encik batu!

Moon 2 : Ehhhh bukan! Sini lah!

Moon 3 : Kejar je semua!!!

Sementara perhatian Giga teralih akibat Moon, datang pemangsa dari tepi.

Roza mengstabilkan senapangnya ke arah sasarannya.

Roza : Tepat.

Beberapa peluru dilepaskan.

Ianya betul betul mengenai badan Giga, seperti apa yang dia jangkakan.

Tetapi, peluru itu tidak cukup kuat untuk menembusi kulit Giga yang keras.

Giga berpusing memandang Roza pula.

Roza : Tch.

Roza melompat pergi, mencuba mencari tempat baru untuk menembak.

Sementara Giga teralih perhatian pada Roza, kelihatan Moon yang sedang berdiri di atas kepala Giga.

Moon : Hai Encik Batu! Encik Batu nak pergi mana tu?!

Akibat gerakkan Giga yang kuat, menyebabkan Moon kehilangan kestabilan, dna terpeleset jatuh dari kepala Giga, dan terjunam ke bawah.

Moon : AHHHHHHHHH!!!!!

Sebelum sempat Moon jatuh makin ke bawah lari, Alicia melompat ke arahnya, dan menyelamatkannya, dan mendarat di salah satu tiang tanah itu.

Alicia : Ish kau ni! Bahaya tahu tak?!

Alicia meluku kepala Moon yang tak berhati hati itu. Nasib tak mati lagi minah ni. Kalau Alicia tak selamatkan, hm, mayat.

Moon : Adoi! Ehehehe..... sorry sorry.

Sementara diorang bergaduh itu, mereka tak perasan Giga sudah pun berada di depan mereka.

Moon, Alicia : HUH?!?!

Gempa : Heh! Siaplah korang!!!

Gempa mengangkat kedua dua tangannya ke atas, ingin mengentam mereka berdua.

Gerakkan itu diikuti Giga juga.

Dua gadis itu berpelukkan sesama sendiri, tidak tahu mahu berbuat apa.

Gempa : RASAKAN- eh?

Gempa merasakan sesuatu di tangannya.

Dia menurunkan kedua dua tangannya, dan melihat tangannya, digari.

Gempa terbeliak, dan melihat ke belakangnya.

Di sana adalah Rudy. Yang menyah-aktifkan sut halimunannya.

Rudy : Heh. Masuk perangkap.



























1301 perkataan

WUHUUUUUU BUKU NI KEMBALIIIII!!!!

Sorry lah lama tak up buku ni. Author kena writerblock, tak tahu macam mana nak buat adegan perlawanan :'v

Continue or nah?

Apa apa pun, SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!!

Bye- *lompat masuk lemang*

Continue Reading

You'll Also Like

95K 5K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...
2.3K 431 52
"Aku mempunyai seutuh kasih yang tidak pernah terusik hanya untukmu." [Not edited]
133K 11.3K 46
"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak.. hiks... bersama dengan ibu dan ayah...
75.6K 391 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...