[S1] TRF: Slice Of Love • Par...

De loveydescent

3.5K 562 52

[enhypen's malay fanfiction] This girl gets a hereditary curse, love spell. In which all men will be attracte... Mais

1. Beginning
Cast
2. Senior
3. Rumor
4. Suspicious
5. Weird
6. Dodge
7. Winter
8. Her Husband?
9. Being Extra
10. Our Day
11. Beautiful View In The World: Someone You Love
12. The Curse Of Descent
13. In The Soop
14. Everland
15. Lacy and Seohyun First Met
16. (っ.❛ ᴗ ❛.)っ
trf cast random tweet
17. Speak Now
19. The Blooming Sakura
20. Palace

18. Blood

106 21 0
De loveydescent

Waktu rehat memang panjang selama 1 jam. Lacy berjalan untuk menuju ke kelasnya. Harapan untuk menemani Sunghoon musnah kerana munculnya nenek lampir.

Ketika dia berjalan, tiba-tiba ada seorang perempuan yang menegurnya. "Lacy?"

"Uh?" Lacy memberhentikan langkahnya. "Ya?"

Perempuan itu tersenyum. Tangannya tiba-tiba mengeluarkan lipas yang masih hidup, dia menunjuknya pada Lacy.

Lacy sudah cemas berdiri. "U-uh? Ada apa ya?"

Perempuan itu tidak menjawab, dia semakin tersenyum jahat dan mendekati Lacy.

Lacy perlahan-lahan berjalan undur. Dia dapat teka, perempuan depannya itu cuba untuk menakutkannya. Lacy kemudian berlari.

"Aaakh!!" dia menoleh kebelakang, perempuan itu mengejarnya. Air mata Lacy tiba-tiba mengalir.

Tiba-tiba ada dua orang lagi perempuan yang mendekat dan menghulurkan kakinya sambil tersenyum jahat.

Lacy terlanggar kaki perempuan itu dan dia jatuh tersungkur di lantai. Lututnya sangat sakit. Dia tak dapat nak bangun. Telapak tangannya juga terluka.

Rupanya ketiga mereka ada rancangan jahat.

Perempuan yang memegang lipas tadi makin dekat ke arah Lacy dan tangannya terus maju untuk menakutkan Lacy.

Air mata Lacy keluar dari hujung matanya.

Orang ramai yang berada di situ, melihat mereka. Mereka yang tidak berada di situ pun ikut berkumpul untuk menyaksikan apa yang terjadi. Ada juga yang sudah membuka telefonnya untuk merakam video.

"Huh!" perempuan itu meletakkan lipas itu di lantai dan memijaknya sampai mati.

Lacy menelan salivanya perit. Matanya memandang lipas yang mati itu dan kemudian memandang ketiga perempuan yang berdiri di depannya.

Mereka bertiga memberi jarak di tengah-tengah dan muncul Wonyoung yang tersenyum sinis.

"Kau!"

Wonyoung ketawa sinis. "Haha, tak sangka kau boleh nangis disebabkan seekor lipas? Sepatutnya aku takutkan kau dari awal."

Lacy juga ikut ketawa sinis. Orang yang sama. Tak heran. "Huh! Masih tak puas hati dengan aku? Memang pengecut. Kau sebenarnya takut kau kalah dengan aku, 'kan?"

Ayat itu cukup membuatkan Wonyoung kepanasan. Faktanya, orang lain juga nampak apa yang Lacy nampak pada Wonyoung.

Wonyoung mengeraskan rahangnya. "Pegang dia." arah Wonyoung pada ketiga orang tadi.

Setelah di beri arahan, tangan kiri dan kanan Lacy di pegang oleh kedua perempuan.

"Kau nak buat apa?" tanya Lacy dan masih cuba untuk tenang.

Korang pun tahu kan? Kat mana ada kejadian di situ ada Beomgyu. Beomgyu membisik sesuatu pada salah seorang juniornya dan pergi sampaikan pada Sunghoon.

"Huhu~ Aku?" Wonyoung berlutut untuk menyamakan posisinya dengan Lacy. "Nak main sikit dengan kau~" Wonyoung mengangkat dagu Lacy.

Lacy dengan kasar menarik wajahnya dari tangan Lacy. Tapi Wonyoung dengan kasar juga menahan kedua pipi Lacy supaya tetap melihatnya.

"Kau ni memang susah sikit nak dengar cakap, 'kan? Aku belum pernah lagi cuba benda ni kat orang lain tapi disebabkan kau perempuan yang paling degil aku pernah jumpa, jadi aku terpaksa guna cara ni and excited to try something new."

Wonyoung mengeluarkan sebekas jarum dari poket blazernya.

"Jarum, memang jarum. Tapi kau tak tahu lagi rasa dia bila di cucuk dalam daging, 'kan? Aku tak kan guna jarum yang nipis. But yang paling tebal dan panjang. And!"

Wonyoung mendekat ke wajah Lacy, "Kalau kau lemah, pergi lah join geng bunuh diri tu, mesti diorang alu-alu kan kehadiran kau." katanya dengan suara perlahan.

Lagi² Lacy tersenyum. "Tak mungkin aku akan bunuh diri. Siapa yang akan temankan Sunghoon bila dia dah tua nanti? Tak mungkin orang tu kau~ aku tak kan biarkan kau dapatkan Sunghoon. Pe.nge.cut."

Wonyoung hilang kesabaran dan menampar pipi kanan Lacy dengan sangat kuat sehingga perempuan itu menoleh ke kiri, suara tamparan itu sangat nyaring. Pipi kanannya memerah dan hujung bibirnya terkoyak sehingga mengeluarkan darah.

"Ahaha, AHAHA!" Wonyoung ketawa puas. "Akhirnya tangan ni naik jugak. Aku dah kata kau dah melampau." Wonyoung menahan kedua pipi Lacy lagi.

"Satu pipi tak cukup, kena lah sama rata."

PLAKK!!

Satu lagi tamparan kuat mendarat di pipi Lacy. Tapi dia hanya diam.

Pelajar² yang melihatnya mulai heboh.

"DIAM!!" jerit Wonyoung pada penonton mereka.

Mereka pun diam, tidak berani masuk campur.

"Perfect, Lacy Choi. Now, let's try our new things. Menjerit lah sekuat hati, mintak tolong kawan-kawan kau, Jake Winter Sunoo Yeeun. Jerit sepuas hati sebelum aku hilangkan suara kau. Aku bagi masa."

Dada Lacy naik turun dengan laju menahan amarah. Dia tak boleh, tak boleh guna kuasa, atau minta tolong siapa-siapa. Dia tak boleh susahkan siapa-siapa. Ayahnya tidak boleh tahu pasal semua yang berlaku sekarang!

"Masa kau dah tamat." ucap Wonyoung.

Wonyoung beri bekas jarum di tangannya pada perempuan ketiga yang tidak memegang Lacy.

"Sebab tangan kau gatal nak bergayut dengan Sunghoon,, cucuk semua jari dia!"

Lacy menggenggam tangannya. Tetapi perempuan itu memaksa tangan Lacy sehingga terbuka.

Lacy hanya mampu menelan salivanya perit melihat jarum yang di pegang sangat tebal daripada jarum-jarum biasanya.

Perempuan itu muka mencucuk ibu jarinya.

Dahi Lacy berkerut menahan kesakitan. Dia menggigit bibir bawahnya. Tidak, dia tak boleh buat sembarang suara. Kawan-kawannya tak boleh tahu.

Perempuan itu berhenti sehingga jarum itu masuk separuh dan menariknya keluar dengan paksa.

Lagi-lagi air mata dia keluar dari hujung mata. Lacy memandang Wonyoung yang tersenyum jahat menyaksikan pemandang di depannya.

Perempuan ketiga itu mengulang semula perkara itu di sepuluh jari Lacy. Lacy benar-benar tidak mahu menjerit minta bantuan. Dia fikir perkara ini akan jadi makin rumit jika Jake dapat tahu perkara ini.

Darah yang keluar dari jari jemari Lacy menitis banyak di lantai. Tubuhnya lemah. Perempuan itu melepaskan tangan Lacy. Tapi Lacy tidak bergerak sedikit pun, dia sangat lemah sekarang. Melihat darahnya sendiri mengalir di lantai membuatnya mahu pitam.

"Lacy!" itu Yeeun dan Sunoo. Mereka berlari mendekati Lacy tetapi dihalang dengan kedua perempuan tadi.

"Baik korang jangan masuk campur ataupun Lacy akan berakhir macam perempuan² yang mati dalam stor sekolah!!" jerit Wonyoung pada Sunoo dan Yeeun.

"Jang Wonyoung! Kau dah melebih!" jerit Sunoo.

Air mata Yeeun jatuh melihat baju Lacy hingga ke lantai terkena darah Lacy yang menitis.

"Aku tak kan mula dulu kalau kawan kau ni tak cari masalah!" kata Wonyoung. "Buka mulut dia!"

Perempuan ketiga itu membuka mulut Lacy.

Kini Wonyoung sendiri yang turun tangan. "Ini balasan sebab mulut kau terlampau kurang ajar dengan aku!"

Wonyoung cucuk tekak Lacy berkali-kali. Cucukkan terakhir sengaja dia buat dalam dan menariknya keluar perlahan agar Lacy merasa sakitnya.

"Lacyy!" tangisan Yeeun semakin kuat.

"WONYOUNG!!!" Sunghoon datang dan terus menolak Wonyoung ketepi, begitu juga dengan perempuan yang membuka paksa mulut Lacy tadi.

Lacy terbatuk teruk sehingga darahnya keluar menitis dari mulutnya. Rasanya seperti mahu muntah.

Sunghoon terus mengambil alih Lacy. Perlahan-lahan di menyentuh perempuan itu. Wajahnya jelas sekali menunjukkan yang dia sangat risau. Dahi berkerut, kening menyatu.

"Lacy? I'm sorry.." ucapnya perlahan. Sunghoon menyandarkan Lacy di dadanya dan memegang pipi perempuan itu supaya memandangnya. Baju putihnya berubah menjadi warna merah terkena darah Lacy.

Lacy dah terlampau lemah untuk bergerak. Tapi dia masih berusaha untuk menggerakkan tangan walaupun rasanya sakit untuk di gerakkan. Dia mahu menggapai tangan Sunghoon.

"I- i'm ok-okay." ucap Lacy susah kerana tekaknya yang pedih dan dia memaksa untuk senyum.

Sunghoon perlahan-lahan menggapai tangan Lacy, dia tidak mahu sakiti perempuan kecil kesayangannya itu. Belum dapat di sentuh, Lacy sudah tumpas. Perempuan itu pengsan. Rahang Sunghoon mengeras.

Yeeun terkejut. "Hah-! Sunoo call ambulance cepat!" Yeeun menggoncang tangan Sunoo.

Sunoo cepat mengeluarkan telefonnya.

Manakala Sunghoon lekas mendukung Lacy dan meninggalkan tempat itu.

"Sunghoon-" Wonyoung mendekati Sunghoon tetapi Sunghoon mendiamkannya dengan satu ayat.

"Renungkan berapa orang yang dah jadi mangsa awak dan berapa nyawa yang tewas. And! The reasons why you never got my attention."

Kata-kata Sunghoon membuatkan Wonyoung terdiam berdiri di tempatnya. Sunghoon tak pernah kata apa-apa sebelum ini tentang perkara ini.

Sunghoon berlalu pergi dan diikuti dengan Yeeun serta Sunoo yang sibuk bercakap dengan telefon.

Wonyoung menatap pemergian Sunghoon dengan mata yang berkaca dan mengepalkan tangannya sekuat mungkin sehingga tangannya terluka kerana cucukkan kukunya.





•••••

"Seronok kena reject?" tanya Winter pada Jake.

"Dah la kau. Ni semua salah kau sebab mulut masin!" Jake merajuk.

Mereka duduk di meja batu indoor bawah pokok. Mereka masih sibuk mencari maklumat tentang orang yang selalu mengikuti Lacy diam-diam.

"Siapa suruh lambat."

"Kau lah punca dia! Lacy ingat aku suka kau sebab tu dia move on!"

"Salah aku?! Kau yang tak habis-habis kenakan dia dari dulu sampai sekarang. Salah siapa?! Prank sana prank sini. Done lah Lacy lama-lama dengan kau!"

Jake takut lah pula bila Winter marah. "Okay lah aku salah."

Tiba-tiba seorang lelaki berlari memanggil Jake dari jarak jauh lagi.

"Jake!" lelaki itu mengatur nafas. "Lacy di larikan ke hospital!"

"Lacy?!" jerit Jake dan Winter serentak.

"Haah!"

"Kenapa?!"

"Wonyoung! Wonyoung-"

Jake terus berdiri dan meninggalkan tempat itu.

"Shit!"

"Jake!" panggil Winter tetapi lelaki itu tidak menoleh sama sekali. "Ish dia ni!" Winter berlari menyamakan jalannya dengan Jake.

"Wonyoung ada dalam bilik pengetua!" jerit lelaki itu.

Jake dan Winter lekas ke bilik pengetua.






•••••

"Wonyoung, saya rasa kami dah tak boleh tutup kes ni. Sebab kali ni yang jadi mangsa kamu tu, Lacy. Kamu tahu kan dia dari Royal Family. Future Queen. Kalau video tu tersebar and sampai ke tangan mereka. Kamu tahu kan apa yang akan jadi?" ucap pengetua sekolah.

Selama ini dia lah yang mengcover ke semua kejahatan Wonyoung kerana dia sudah di bayar mahal dengan keluarga Jang.

"Jadi?" jawabnya ringkas.

"Wonyoung, awak tak sepatutnya buat macam tu sesuka hati. Perkara ni dah di luar kawalan. Sampai bila awak nak terus kan macam ni?" ucap Heeseung pula. Heeseung lah yang membawa Wonyoung ke bilik pengetua.

"Luar kawalan?" Wonyoung ketawa sinis. "Sunbae ada kat sana dari awal sampai akhir! Kenapa Sunbae tak datang berhentikan semula tu dari awal? Huh! Bukan Sunbae selalu ada dengan dia? Follow her like a lost puppy all the time. Kenapa tak tolong dia tadi? Seronok tengok movie? You hiding something isn't it? Hm?" dia tersenyum pada Heeseung.

Heeseung menelan salivanya susah.

"Tak boleh jawab kan? you dumb."

Heeseung menghembus nafas kasar. Dia sedang marah. Dia berhenti bercakap dengan Wonyoung dan mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Huh! Dah agak."

Tiba-tiba pintu di buka dengan kuat. Jake terus menghampiri Wonyoung dan menarik collar baju perempuan itu sehingga Wonyoung berjingkit kaki.

"Jake lepas!" terkejut Winter. Dia cuba leraikan Jake dan Wonyoung tapi tidak berjaya. Tangannya tidak sekuat genggaman Jake pada baju Wonyoung.

"Kau buat apa kat Lacy!!" jerit Jake pada Wonyoung.

Walaupun Wonyoung sudah ketakutan dengan Jake, dia berusaha terlihat tenang.

"Aku cuma main sikit dengan perempuan yang tak tahu diri." ucap agak susah, Wonyoung senyum miring.

Jake semakin menarik collar baju Wonyoung.

"Jake dia perempuan! Lepas Jake!!" suruh Winter, dia benar-benar terkejut dengan Jake yang sangat marah sekarang dan air mata Wonyoung mengalir dari hujung matanya. Dah sakit tapi tak nak mengalah.

Jake diam sebentar dan menolak Wonyoung ke tepi sehingga perempuan itu jatuh di lantai.

Wonyoung terduduk di lantai dan memegang lehernya.

"Jake! Dia perempuan-"

"Habis tu Lacy bukan perempuan ke?!!" bentak Jake.

"I know but please at this situation cuba tenangkan diri kau dulu! Tak ada guna nak mengamuk! Benda dah jadi, Lacy pun dah kat hospital kan?"

Jake keluar dari bilik itu tanpa menghiraukan sesiapa. Dia betul² sedang di layan dengan perasaan marahnya.

Masing-masing dalam bilik itu tidak berani bercakap apa-apa.

To Be Continued...

Continue lendo

Você também vai gostar

27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
991 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
9.8K 748 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
44.5K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...