WAIZ REVELLO [HIATUS]

By thenurul__

2.3K 238 26

3.0: š—Ŗš—”š—œš—­ š—„š—˜š—©š—˜š—Ÿš—Ÿš—¢ cover: @btrisyanjiha [ON GOING] "Will you marry me, senorita ?" WAIZ REVELLO TY... More

WAIZ REVELLO
PROLOG
BAB 1 - WAIZ REVELLO
BAB 3 - WAIZ REVELLO
BAB 4 - WAIZ REVELLO
BAB 5 - WAIZ REVELLO
BAB 6 - WAIZ REVELLO

BAB 2 - WAIZ REVELLO

249 36 9
By thenurul__

Sliding door itu ditolaknya ketepi. Catiey mengeluh kecil sebelum kakinya bergerak ke kolam renang itu. Lalu dia duduk diatas kerusi yang berada disitu. Angin malam yang menerpa ke tubuh badannya  menyebabkan dia tubuh badannya sedikit sejuk. Dia tersenyum manis memandang ke arah langit. Teringat pula kepada mama dan papanya yang sudah dijemput Ilahi akibat kemalangan yang dia sendiri  tidak dijangka.

Dulu dia harap sangat yang ibu bapanya hadir di majlis perkahwinannya. Mungkin sampai bila - bila ibu bapanya tidak boleh hadir. Yes, sampai bila bila memang tak boleh hadir. Kadang kadang dia merasakan kemalangan ibu bapanya itu dirancang oleh seseorang. Kerana tiba -  tiba sahaja kereta yang dipandu oleh bapanya hilang kawalan. Biasanya sebelum gerak ke mana - mana sahaja ayahnya akan cek kereta dahulu.

" Mungkin ajal mama dengan papa dah tiba masanya. Kau kena redha, Sha " kata Catiey di dalam hati. Hidupnya dulu sangat bahagia tetapi hidupnya berubah 100% apabila ibu bapanya meninggal dunia.

Pada mulanya Catiey berasa tekaknya perit menahan tangis. Nafasnya pula mula berubah tidak teratur. Dadanya sesak dengan rasa sebak. Akhirnya, cecair jernih mula berkolam di tubir mata dan cecair hangat itu mengalir turun ke pipi.

Tiba tiba dia merasakan ada orang yang memerhatinya, lalu dipusing kepalanya menghadap ke arah kanan. Mukanya sedikit terkejut apabila melihat Waiz yang sedang merenungnya dengan tajam.  Dengan cepat dia mengelap sisa air matanya menggunakan hujung lengan bajunya.

"Awak , awak buat apa kat sini ?" soal Catiey dengan polosnya.

"Memancing" jawab Waiz dengan selambanya. Mula mula dia tercari juga dimana isterinya berada. Cari punya cari tak jumpa akhirnya dia membuat keputusan untuk berenang. Setiap malam dia akan berenang untuk melepaskan beban di kepala otaknya.

"Betul - betul lah. Awak buat apa kat sini ? Cari saya ke ?" kata Catiey dengan perasannya.

"Tak. Aku datang sini nak berenang. Bukan cari kau" Waiz berkata dengan dingin. Menipu je dia tak cari Catiey. Padahal dia yang gelabah apabila Catiey tiada dalam bilik. Catiey tu bukannya biasa dengan keluarga Waiz ini. Setakat mummy , daddy , atuk , nenda , Athiff dan Fath sahaja yang dia kenal dalam rumah ini. Yang lain bukannya dia kenal pun.

"Oh okay" Mereka berdua mendiamkan diri apabila tiada apa yang hendak diperbualkan. Kedua - duanya senyap macam tiada ada apa - apa yang berlaku. Setelah beberapa mereka minit mendiamkan diri, akhirnya Waiz membuatkan keputusan untuk bertanya soalan kepada Catiey.

"Sha, kau pandai berenang ?" soal Waiz dengan lembut. Jarang - jarang Waiz nak cakap dengan lembut kepada perempuan. Biasanya mummy sahaja yang dia cakap dengan lembut.

"Tak pandai" jawapan daripada mulut Sha menyebabkan Waiz bangun dari duduknya. Lalu dia berdiri di belakang Sha dan mengangkat Sha dengan bridal style.

"Eh ! Awak ! Awak nak buat apa ni ?" jerit Catiey apabila Waiz mengangkatnya lalu menuju ke dalam kolam . Dia nak campak aku ke ? Janganlah , aku dah lah tak pandai berenang.

"Diam lah, bising. Orang nak tidur nanti bangun macam mana? Aku nak ajar kau berenang. Kalau aku takde nanti , kau jatuh kat sungai ke laut ke ataupun kolam senang lah kau nak selamatkan diri. Takde lah kau mati lemas ke apa
Serius Waiz berkata. Catiey yang mendengarnya meneguk air liurnya dengan kasar. Waiz melihat muka Catiey yang berkerut itu hanya menggelengkan kepala.

"Aku cakap je. Bukan betul pun. Itupun nak nangis. Cengeng macam Fath" selamba Waiz berkata begitu. Terselit juga nama Fath di dalam perbualan mereka. Teringat pula kepada Fath yang takut air. Baru air cecah buku lali dah menggelupur.

"Yelah, tadikan awak cakap ' kalau aku takde nanti ' macam awak nak pergi jauh je dari saya" Catiey mengajuk percakapan Waiz sebentar tadi membuatkan Waiz tersenyum kecil.

"Haih, overthinking betul kau ni. Maksud aku, kalau aku pergi outstation ke apa ke"

Dengan perlahan - lahan Waiz menurunkan tubuh badan Catiey di dalam kolam itu. Waiz yang melihat Catiey hampir lemas dalam kolam itu cepat - cepat mendukung Catiey. Hm teringat Zul Ariffin dengan perempuan itu. Sebaik Catiey tak pakai baju maid kalau tak mesti ada whipping cream sekali Eh- ghisau. Astaghfirullahalazim.

"Eee awak! Sebaik tak jatuh saya. Kalau jatuh macam mana ?" rengek Catiey yang masih berada di dalam dukungan Waiz.

"Tak mati lagi kan ?" kata Waiz lalu mengetatkan lagi pengangan tangannya di pinggang Catiey.

"Em awak"

"Ya, sayang ?" kata Waiz sambil tersenyum nakal memandang ke arah Catiey. First time Waiz panggil Catiey dengan panggilan ' sayang '. Catiey yang mendengarnya itu pipinya sudah merah.

"Baru panggil sayang dah blushing" gumam Waiz perlahan.

"Boleh tak kalau lepas ni kita tukar panggilan ?" soal Catiey dengan perlahan.

"Maksud kau ? Tukar panggilan macam mana ? Baby sayang ke ?" Kata Waiz lalu kaki panjangnya bergerak ke arah luar kolam untuk meletakkan Catiey di atas lantai.

"No. Macam awak saya ke. Kalau tak boleh takpe" kata Catiey dengan takut - takut apabila melihat senyuman sinis daripada Waiz.

"Okay. Kau panggil aku abang , aku panggil kau sayang , tesoro , sunshine , baby girl and ma bella" kata Waiz sambil matanya merenung ke dalam mata Catiey dengan tajam.

"O...okay a-abang" kata Catiey yang juga merenung ke dalam anak mata milik Waiz.

"Dah malam ni, jom naik" kata Waiz sambil kaki panjangnya melangkah ke arah meja yang berdekatan untuk  mengambil tuala yang berhampiran dengannya. Lalu dipakai ke tubuh badan Catiey untuk menutup badan Catiey yang terdedah. Maklumlah Catiey memakai baju putih.

"Cepat naik belakang aku. Aku tak larat nak angkat kau guna tangan" arah Waiz dengan lembut.  Dengan cepat Catiey melompat ke atas tubuh badan tegap milik Waiz.

Tanpa mereka sedar seseorang telah memerhati mereka  daripada awal hingga akhir.

Pov Athiff.

Ketika Athiff hendak menaik ke atas untuk tidur. Dia terdengar bunyi kocakan daripada arah kolam renang. Dia membuka sliding door dengan perlahan. Ketika dia sedang mengintai dia ternampak Waiz dan Catiey membuat adegan mesra di kolam renang itu.

Ketika dia melihat adegan mesra Catiey dan Waiz itu , air matanya sudah bertakung. Tetapi dia menahan air matanya dari tumpah. Apabila dia merasa tidak sanggup untuk melihat lagi adegan mesra mereka dia terus menaik ke atas menggunakan lift.

Athiff membuka pintu biliknya lalu menutup pintu itu dengan kasar. Dia terduduk di atas lantai itu sambil menekup mulutnya menggunakan tangannya. Macam ni ke sakitnya apabila menaruh perasaan dekat kawan baik sendiri ? Macam ni ke sakitnya apabila orang yang kita cintai kahwin dengan abang sendiri ?

"Ath, kau kena redha. Dia bukan milik kau" suara itu berkata dengan tegas sekali.

"Jangan dekat dengan aku ! Pergi ! Pergi ! Pergi kau dari sini !" jerit Ath dengan sekuat hati. Dia menutup telinganya dengan kuat apabila suara itu tidak habis gelakkan dirinya.

"Jangan kacau aku ! Aku tak kenal kau ! Pergi ! Pergi !" kata Ath sambil tangannya seperti menghalau orang.

"Pergi ! Pergi ! Pergi ! Aku kata pergi ! Pergi !" makin lama tidak lagi didengari suara Ath. Pengsan mungkin.

TO BE CONTINUE...

290322,
1104 words.

Adakah anda masih berminat untuk baca ?

Nak update Bab 3 sebelum korang balik asrama ?

Continue Reading

You'll Also Like

243K 16.2K 41
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
221K 11.7K 56
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
3.1M 278K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
34.1K 4K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...